Sunday, January 31, 2010

Resepi Nasi Goreng Kampung

Nasi Goreng Kampung

Bahan-Bahan:
3 Cawan Nasi Sejuk
Ikan Bilis Secukupnya
Minyak Sikit
Garam sikit
2 Cili Padi (hiris)
1 Sudu Teh Kicap Pekat
1 Sudu Besar Kicap Cair
1 Sudu Besar Cili Boh

Cara:
1. Goreng ikan bilis sampai garing
2. Masukkan cili boh & segala kicap
3. Masukkan cili padi & garam
4. Masukkan nasi & gaul sebati
5. Goreng 5 minit


Tambahan:
Tambah ayam/daging/sotong/udang/telur

1994

Tahun 1994...tahun kritikal...tahun berkenaan penulis mengambil peperiksaan SPM. Sudah 16 tahun berlalu...terasa cepat masa berlalu.

Masa berumur 17 tahun, penulis memikirkan masa depan. Jika gagal SPM bagaimana??? Apa nak buat??

Penulis nekad untuk berjaya. Syukur..berkat usaha, penulis kembali semula ke sekolah. Bukan sebagai seorang pelajar tapi seorang pendidik.

Cabaran bidang perguruan kini amat mencabar. Menuntut berkorban masa dan tenaga untuk kejayaan anak murid. Guru ibarat lilin menerangi kehidupan pelajar. Adakalanya usaha kita langsung tidak dihargai. Malah ada ibubapa yang pandang rendah pada golongan guru.

Salah siapakah??

Bercerita pasal guru, hanya golongan pendidik sahaja yang mengetahuinya.


Masa terus berlalu. Ada juga terfikir...apa akan terjadi jika penulis ingkar kata guru dahulu. Malas belajar dan sebagainya. Persoalan???

Walaupun hidup tidak mewah dan bergaya, penulis berpuas hati kerana dapat menjadi salah seorang pengerak untuk memajukan modal insan manusia.

Keinginan untuk melihat anak malaysia berjaya terlalu tinggi.

1994...jika tersilap langkah...tidak mungkin penulis akan berada didalam situasi sekarang.

Bersambung..........................

TANDA-TANDA KIAMAT KECIL

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

2) Zina bermaharajalela.

3) Bermaharajalela alat muzik.

4) Menghias masjid & membanggakannya.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

10) Bulan sabit kelihatan besar.

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

Saturday, January 30, 2010

Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi

Apa nak jadi dunia hari ini...

Ustaz dicekup separuh bogel

Sumber : Harian Metro

KOTA BHARU: Akibat tidak tahan godaan syaitan, seorang ustaz didakwa tergamak menggoda seorang gadis bawah umur dengan tayangan video lucah melalui komputer riba miliknya.

Rangsangan video lucah terbabit menyebabkan ‘kekasihnya’ itu berahi sebelum mereka meneruskan adegan ‘panas’ dalam sebuah kereta di tempat sunyi. Namun, adegan asmara itu hanya mampu bertahan beberapa minit apabila pasangan terbabit dicekup sepasukan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS).
Pasangan itu dicekup berkhalwat dalam sebuah kereta Kancil di Lebuhraya Kota Bharu-Pasir Mas, Tendong, dekat sini, petang kelmarin, Dalam serbuan kira-kira jam 3 petang itu, ustaz berusia lingkungan 30-an serta tidak diketahui status perkahwinan itu dikatakan cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran beberapa kereta di belakang kenderaannya.
Namun, tindakannya untuk meloloskan diri gagal apabila kenderaannya berjaya dihalang kenderaan dinaiki ahli SRS itu menyebabkan dia ditahan bersama pelajar perempuan berusia 16 tahun. Paling mengejutkan, ketika serbuan, ustaz terbabit yang dipercayai mengajar di sebuah sekolah menengah agama di sebuah daerah di negeri ini dikatakan dalam keadaan separuh bogel manakala pasangannya pula dalam keadaan kain terlondeh ke paras kaki.
Difahamkan sebelum kejadian, ustaz itu dikatakan baru menjemput pelajar berkenaan dari sekolahnya di Tumpat sebelum dibawa bersiar-siar dan singgah di kawasan sunyi berhampiran rumah usang tidak bernombor di tepi lebuh raya itu.
Difahamkan, kawasan itu sering dijadikan ‘markas maksiat’ beberapa pasangan kekasih. Sebaik memperkenalkan diri sebagai ahli SRS, ustaz terbabit merayu supaya dilepaskan memandangkan dirinya seorang guru, namun tidak diendahkan, sebaliknya terus dibawa ke pejabat agama negeri bersama pasangannya.
Sementara itu, seorang ahli SRS berkata, sebelum tangkapan dilakukan, dia berada di rumah dan terdengar siren jentera bomba menyebabkannya bergegas mengejar kenderaan pasukan penyelamat itu. Namun hasratnya untuk mengetahui kejadian lanjut terbantut apabila tidak dapat mengejar jentera bomba yang dipandu agak laju sebelum terpandang sebuah kereta jenis Kancil menghala masuk ke kawasan sunyi yang terletak berhampiran Kada Tanjung Puri itu.
“Saya menghampiri kawasan itu sebelum mendapati kenderaan terbabit berada dalam keadaan mencurigakan dan terus menghubungi rakan-rakan lain. Menurutnya, sebaik dihampiri, mereka terkejut apabila mendapati, sepasang kekasih berada dalam keadaan memalukan apabila lelaki separuh bogel manakala gadis itu pula cuba menutup pahanya dengan komputer.
“Pasangan itu kemudian dibawa ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK),” katanya. Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAHEAIK, Mohd Ab Aziz Mohd Noor, ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan dilakukan SRS terhadap pasangan terbabit. Bagaimanapun butiran lanjut identiti sebenar individu yang ditangkap dalam kejadian itu belum diketahui ldan siasatan lanjut akan dijalankan terhadap pasangan berkenaan.
Banyak kejadian pelik berlaku...Ustaz pun tergadai nafsu...

Spending My Time

What's the time?
Seems its already morning
I see the sky, its so beautiful and blue
The TV's on
But the only thing showing is a picture of you

Oh, I get up and make myself some coffee
I try to read a bit but the story's too thin
Then I thank the Lord above
That you're not there to see me
In this shape

I'm in Spending my time
Watching the days go by
Feeling so small
I stare at the wall
Hoping that you think of me too
I'm spending my time

I try to call but I don't know what to tell you
I leave a kiss on your answering machine
Oh, help me please
Is there someone who can make me
Wake up from this dream?

Spending my time
Watching the days go by
Feeling so small
I stare at the wall
Hoping that you are missing me too

I'm spending my time
Watching the sun go down
I fall asleep to the sound
Of "tears of a clown"
A prayer gone blind

I'm spending my time

My friends keep telling me:
Hey, life will go on
Time will make sure will get over you
This silly game of love you play you win only to lose

Spending my time
Watching the days go by
Feeling so small
I stare at the wall
Hoping that you are missing me too

I'm spending my time
Watching the sun go down
I fall asleep to the sound
Of "tears of a clown"
A prayer gone blind

Friday, January 29, 2010

Pemanasan Global (Global Warming)

Punca Pemanasan Global


Menurut Ahli Kaji Iklim (Climatologist), menyatakan pemanasan global bermula sejak 1800-an lagi. Manusia merupakan penyebab utama pemanasan global melalui aktiviti yang menghasilkan gas rumah hijau (greenhouse gases). Kesan rumah hijau ini memerlukan proses yang kompleks yang membabitkan cahaya matahari, gas, dan partikel di atmosfera. Gas tersebut akan memerangkap haba diatmosfera yang dikenali sebagai gas rumah hijau.

Punca Pemanasan Global


a) Pembakaran bahan api fosil (arang batu, minyak dan gas asli)


b) Pembersihan hutan dan tanah


c) Proses semulajadi iaitu tenaga matahari yang berlebihan diterima oleh bumi.


Kesan Pemanasan Global menurut NASA


Pemanasan global akan mengancam tumbuhan dan haiwan. Ia juga akan memaksa haiwan dan tumbuhan didarat untuk berpindah ke habitat baru. Kesan pencairan bongkah-bongkah ais dikutub yang telah menghasilkan fenomena peningkatan paras laut dan perubahan ini juga mengancam produktiviti dan tuaian hasil pertanian.


a) Ancaman Hidupan Laut


b) Perubahan Habitat


c) Kerosakan Cuaca


d) Peningkatan Paras Laut


e) Ancaman Kesihatan Manusia


f) Perubahan Tuaian Makanan


Tindakan Mengatasi Pemanasan Global


Perjanjian Kyoto yang ditandatangani di Kyoto, Jepun pada 1997 perlu dilaksanakan dengan lebih serius, cekap dan berkesan.


Ahli kaji Iklim sedang berusaha untuk mengatasi masalah pemanasan global ini iaitu


a) Menghadkan pembebasan CO2


b) Memencilkan CO2 Menghalang CO2 dari memasuki ruang atmosfera atau membuang CO2 yang sudah berada disitu.


Kenapa...??????


2 Guru ‘bergusti’
Sumber : Harian Metro

BANTING: Memalukan apabila seorang ustazah dan guru wanita di sebuah sekolah rendah di sini bergaduh sesama sendiri dengan disaksikan pelajar dan guru lain di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi, ustazah berusia 40-an dan guru Matematik berusia 24 tahun dikatakan ‘bergusti’ selepas berlaku salah faham ketika berada di kantin sekolah. Difahamkan, guru muda terbabit terpaksa melarikan diri sambil dikejar sehingga ke padang sekolah sebelum ditampar dan bergelut dengan ustazah terbabit. Sumber berkata, kejadian itu dipercayai berpunca daripada dendam ustazah berkenaan sejak setahun lalu selepas anaknya yang diajar guru terbabit dipukul dengan pembaris kerana melakukan kesalahan. Bagaimanapun katanya, tindakan guru itu menimbulkan perasaan tidak puas hati ustazah itu sehingga membawa kepada pergaduhan.
“Guru muda itu dikatakan dikejar sehingga ke padang sekolah sebelum dia ditampar, dipukul dan bergelut dengan ustazah itu. “Insiden itu berlaku beberapa minit dan dipercayai turut disaksikan pelajar yang sedang melakukan aktiviti luar sebelum beberapa guru lain berjaya mententeramkannya,” katanya di sini, semalam.
Difahamkan, kejadian itu kali pertama berlaku di sekolah berkenaan, bagaimanapun kejadian itu boleh menimbulkan implikasi negatif kerana ia disaksikan pelajar. Susulan kejadian itu, guru Matematik itu kemudian membuat satu laporan polis kira-kira jam 10 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat berhubung kejadian itu. Kedua-dua guru berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan, bagaimanapun difahamkan mereka sudah dipanggil pentadbir sekolah untuk mendapatkan penjelasan mengenai kejadian itu kerana ia mula menjadi buah mulut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohamad Radzi Ishak ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu. “Saya difahamkan kedua-dua guru terbabit pernah berselisih faham sebelum berlaku kejadian ini. “Bagaimanapun ia dapat dikawal dan diselesaikan secara baik oleh pihak sekolah,” katanya.
Kenapa.......???????

Thursday, January 28, 2010

TARIKH PEPERIKSAAN AWAM TAHUN 2010

Tarikh Penting

UPSR
21, 22, 23 September 2010

PMR
5, 6, 7, 11, 12 Oktober 2010

SPM
22 November 2010 – 16 Disember 2010

SPM(U)
22 & 23 Jun 2010

STAM (LISAN)
12 hingga 23 Julai 2010

STAM (Bertulis)
18, 19, 20, 26, 27 Oktober 2010

Bercakap Dengan Jin


Penulis adalah peminat Tamar Jalis yang telah berjaya menghasilkan sebuah novel seram yang bertajuk Bercakap Dengan Jin. Beliau telah menulis cerita-cerita pendek yang disiarkan didalam majalah Variasari. Cerita-cerita seram dengan gaya penceritaan yang bersahaja telah menjadi kegemaran sekitar tahun 80an dan 90s, dan akhirnya koleksi cerita-cerita pendek tersebut dibukukan sebagai “Siri Bercakap Dengan Jin”..
Gaya penulisan Tamar jalis amat menarik dan terasa seolah olah kita berada di tempat berkenaan semasa kejadian tersebut terjadi. Bahasa yang mudah dan tidak meleret menyebabkan novel ini menjadi kegilaan ramai.
Penulis masih mencari SBDJ. Buku buku yang lama sudah pun hilang. Hendak merasai saat saat seram kembali.

Wednesday, January 27, 2010

Alam Sekitar

Jenis-jenis pencemaran

Terbahagi kepada dua jenis iaitu :

Pencemaran yang disebabkan oleh faktor Semulajadi

Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi adalah pencemaran yang berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan gunung berapi, dilanda ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya .

Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia .

Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia adalah pencemaran yang dilakukan oleh manusia samada sengaja atau tidak disengajakan .
Antaranya adalah:

a. Pencemaran Udara

Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya .

b . Pencemaran Air

Contohnya, pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia, haba, pembuangan sampah dan sebagainya .

c . Pencemaran Tanah

Contohnya, pemusnahan hutan akibat pembalakan, pembuangan sisa-sisa kimia dan sisa-sisa pepejal .

Kesan Pencemaran :
Mengancam Kesihatan Manusia
Mengancam tumbuhan dan binatang
Kerosakan Harta Benda

Pembantu Peribadi (PA) - Nokia E71



Sudah hampir 8 bulan penulis menggunakan Nokia E71. Hasilnya..menakjubkan. Telefon jenis ini sesuai sebagai PA atau pembantu peribadi kita.
E71 banyak memudahkan kerja penulis. Jadual waktu, program office, diari, memo, dan sebagainya. Sebagai seorang manusia yang memerlukan pembantu peribadi, E71 sesuai. Ia boleh merekod segala aktiviti kita sepanjang hari, minggu dan tahun. Mudah bukan.
Sesuai untuk golongan profesional yang mahukan segalanya. E71 dapat memastikan segala kerja dan temujanji kita dilaksanakan dengan mudah.
Kepada yang pernah menggunakan produk ini, pasti setuju dengan pendapat penulis.
Tidak perlu setiausaha yang cantik. E71 boleh dijadikan sebagai Pembantu Peribadi atau PA kita.
Salam.

Elak Serangan Virus

Perisian antivirus tidak memberi jaminan seratus peratus bahawa sistem komputer kita tidak diserang oleh virus. Langkah sampingan perlu diambil seperti :

1) PASTIKAN anda scan disket, portable hardisk dan tumbdrive dengan menggunakan perisian antivirus sebelum membuka fail yang terdapat didalamnya.

2) JANGAN sesekali membuka e-mail attachments daripada orang yang anda tidak kenali kerana fail yang di hantar mungkin mempunyai virus ( fail .exe, .vbs dll).

3) PASTIKAN anda log off akaun email anda selepas menggunakannya.

4) JANGAN memberi respon atau reply kepada email spam.

5) JANGAN sesekali menghantar maklumat penting seperti password, maklumat peribadi dan sebagainya walaupun kepada orang yang dikenali.

6) Sila mengikuti arahan administrator dari masa ke semasa kerana mungkin terdapat virus baru yang tidak boleh dihalang dengan menggunakan perisian antivirus yang ada.

Kesimpulan : Nak selamat daripada serangan virus...

1) Jangan guna internet.

2) Jangan benarkan pendrive, disket dan sebagainya memasuki sistem kita..perkataan mudah...guna komputer untuk peribadi saja...hanya kita yang guna...sure selamat (Jika bolehlah).

100% selamat.

Tuesday, January 26, 2010

Ciri-ciri Pelajar Cemerlang

OPTIMISTIK

JANGAN BERSIKAP PESIMISTIK

KESEDARAN MEMIKUL TANGGUNGJAWAB

TUMPUAN SEPENUH HATI

MULAKAN DARI AWAL

SENTIASA BERSEDIA

LENGKAPKAN PERALATAN

TEPATI WAKTU BELAJAR

DAPATKAN BANTUAN GURU

BERI PANDANGAN MEMBINA

BERBINCANG DENGAN RAKAN

TUBUHKAN KUMPULAN SYUDY

LAKUKAN PEPERIKSAAN KENDIRI

SEDIAKAN JADUAL WAKTU

SERTAI CERAMAH MOTIVASI

MAKANAN SEIMBANG

MALU BERTANYA SESAT JALAN

SEMBAHYANG

DOA

TAWAKKAL

Monday, January 25, 2010

20 Sekolah Berprestasi Tinggi 2010



1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.
2. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.
3. Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan.
4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.
5. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.
6. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.
7. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.
8. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.
9. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.
10. SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.
11. SMK (P) St. George, Pulau Pinang.
12. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis.
13. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
14. SMS Muzaffar Syah, Melaka.
15. Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.
16. SK Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan.
17. SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur.
18. SK Convent Kota, Taiping, Perak.
19. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
20. SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor.

Sunday, January 24, 2010

Pemain No 1 dunia : Datuk Lee Chong Wei

Datuk Lee Chong Wei meraih kejayaaan keenamnya dalam Kejuaraan Terbuka Malaysia apabila menumpaskan pemain Thailand Ponsana Boonsak 21-13, 21-7 dalam masa 34 minit dalam pertandingan akhir di Stadium Putra Putra, Kompleks Sukan Bukit Jalil.
Syabas...

10 cara untuk meningkatkan jangka hayat bateri laptop anda

Sumber : sesiput.com

1. Lakukan defragmentation sebaiknya seminggu sekali. Defragmentation boleh mempercepatkan carian data pada Hard disk anda dan ia serba sedikit dapat mengurangkan beban tambahan pada bateri komputer riba anda.

2. Mengurangkan kecerahan(brightness) pada skrin komputer anda pada tahap paling minima. Kebanyakan model komputer riba terkini menyediakan fungsi itu pada papan kekunci. Cahaya yang rendah menggunakan voltan yang rendah.

3. Jangan menjalankan ’scan virus’ yang tidak perlu bila anda menggunakan bateri, carian virus menambah beban tambahan kepada CPU anda lantas meningkatkan penggunaan tenaga bateri.

4. Bersihkan penghubung bateri anda: ia selalu disarankan untuk membuka bateri anda sekali dalam dua atau tiga bulan dan membersihkan logam tersebut dengan kain yang dibasahi dengan alkohol. (Rujuk gambar seperti diatas)

5. Pilih ‘Hibernate’ atas ’standby’. Walaupun mod siap sedia tidak menjimatkan kuasa tetapi tempat yang dekat bila dibandingkan dengan ‘Hibernate’ mode, sehingga memilih untuk ‘Hibernate’ dan bukan ’standby’.

6. Matikan skrin komputer riba anda apabila anda tidak berada didepan skrin buat waktu pendek yang tertentu.

7. Kekalkan mengecas dan nyahcas secara seimbang. Caranya, anda sepatutnya mengecas bateri setelah ia benar-benar kosong. Anda digalakkan melakukannya sekurang-kurangnya seminggu sekali.

8. Matikan fungsi wireless, bluetooh atau infared sekiranya anda tidak memerlukan semasa menggunakan komputer. Kebiasaanya anda boleh menutupnya jika sedang bermain game.

9. Jangan memasang peranti USB [jika anda tidak benar-benar memerlukannya] yang melekat pada notebook anda ketika berjalan pada peranti seperti iPod. USB jika dibiarkan mencucuk pada notebook anda, pasti akan mengurangkan bateri anda dengan cepat. Kerana setiap peranti USB memerlukan voltan tertentu untuk bersambung dengan laptop anda.

10. Membuat aturan bijak pada penggunaan ‘Power Options’ yang boleh didapati di ‘Control Panel’ windows anda.

Saturday, January 23, 2010

Datuk Lee Chong Wei


Perlawanan separuh akhir badminton Terbuka Malaysia.

Datuk Lee Chong Wei mara ke Final badminton Terbuka Malaysia. Beliau mengalahkan Nguyen Tien Minh di peringkat separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Malaysia yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil.

Keputusan Rasmi :

PERSEORANGAN LELAKI:
Lee Chong Wei (MAS) kln Nguyen Tien Minh (VIE) 22-20, 21-11
Syabas..Malaysia boleh.

JPA Nafi COLA Dan ITP Ditarik Balik

Sumber : Bernama

PUTRAJAYA, 22 Jan (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menafikan laporan yang mendakwa pembayaran elaun sara hidup (COLA) dan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) yang dinikmati penjawat awam akan ditarik balik.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam ketika dihubungi Bernama di sini berkata: "Itu semua khabar angin dan tidak benar".Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan laman blog dan penyebaran SMS yang mendakwa bahawa kerajaan akan menghapuskan pembayaran COLA dan ITP penjawat awam sebagai langkah penjimatan perbelanjaan negara.

Semalam, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Omar Osman menafikan khabar angin itu dan berkata jika ia dilaksanakan, sudah pasti ada surat pekeliling dengan ditandatangani secara rasmi oleh pihak berkenaan dan diedarkan untuk pengetahuan kira-kira sejuta penjawat awam.-- BERNAMA


Kesimpulannya : Jangan percaya khabar angin.

Friday, January 22, 2010

Elaun Cola

Sumber : Utusan Malaysia
21/1/2010

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menafikan khabar angin kononnya elaun sara hidup kakitangan awam (COLA) dan elaun perumahan akan ditarik balik oleh kerajaan.Presidennya, Omar Osman berkata, sekiranya ia dilaksanakan, sudah pasti ada surat pekeliling dengan ditandatangani secara rasmi oleh pihak berkenaan dan diedarkan untuk pengetahuan kira-kira sejuta kakitangan awam.
''Perkara baru yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan perlu mempunyai surat dan tarikh kuat kuasa dan ia tidak akan sah tanpanya,'' ujar beliau ketika dihubungi malam ini.Omar mengulas berita yang tersebar dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman-laman blog yang mendakwa elaun tersebut akan ditarik balik oleh kerajaan sebagai langkah penjimatan perbelanjaan negara.
"Semalam saya ada bertemu dengan pegawai tertinggi Perbendaharaan dan Pegawai Akauntan Negara mengenai perkara itu dan mereka tidak tahu mengenai pemotongan tersebut," katanya.Katanya, jika benar elaun itu ditarik balik, ia akan menjadi masalah besar kepada kakitangan awam kerana bonus tahun 2009 juga tidak diberi kepada mereka.

Wednesday, January 20, 2010

Calon mohon KPLI kini perlu ada ijazah pengkhususan

Sumber : Utusan Malaysia
19/01/2010 6:46pm

KUALA LUMPUR 19 Jan. – Syarat Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kini diperketatkan termasuk mewajibkan calon memiliki ijazah dalam subjek yang ingin diajar, kata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Asariah Meor Sharuddin.

Beliau berkata, syarat itu yang bertujuan menghasilkan tenaga pengajar berkualiti dan guru pakar telah dilaksana sejak pengambilan tahun lepas."Kalau dahulu kita tak tekankan pada bidang pengkhususan pelajar semasa mereka di universiti kerana bagi kita memadai sekiranya mereka ada ijazah pertama. Tetapi sekarang mereka perlu ada ijazah dalam sesuatu subjek yang ingin diajar.

"Contohnya kalau mereka ingin mengajar subjek Matematik, mereka perlu ada ijazah dalam subjek itu bagi membolehkan mereka diterima mengikuti kursus ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Pengurusan Pelajar Baru KPLI pengambilan Januari 2010, di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Ilmu Khas di sini, hari ini.

Mengenai jumlah pengambilan pelajar pada tahun ini, beliau berkata, seramai 1,473 orang daripada 60,000 pemohon dipilih untuk mengikuti 17 bidang pengajian di 27 buah kampus institut pendidikan guru yang pendaftarannya bermula semalam. - Bernama

Monday, January 18, 2010

Jom Berhenti Merokok



Terdapat beberapa kaedah untuk membuang tabiat buruk merokok dan ianya bergantung kepada pilihan perokok itu sendiri. Caranya adalah:

1. Berhenti mendadak.
Perokok berhenti daripada mengambil rokok sama sekali seperti yang dilakukan semasa berpuasa. Kaedah ini memerlukan motivasi, ketahanan diri dan kesungguhan yang tinggi.

2. Berhenti beransur-ansur.
Perokok mengurangkan jumlah batang rokok yang dihisap dalam sehari secara beransur-ansur sehingga ketahap tanpa rokok. Namun begitu, disebabkan faktor-faktor persekitaran dan emosi kaedah ini sering mengalami kegagalan.

3. Menangguh pengambilan.
Perokok menangguhkan pengambilan rokok. Sebagai contoh jika kebiasaannya menghisap sebatang rokok setiap jam, kurangkan kekerapannya kepada sebatang rokok bagi setiap dua jam. Kaedah penangguhan ini disyorkan agar tidak melebihi tempoh dua minggu untuk memberhentikan tabiat buruk merokok sepenuhnya.

4. Penggantian nikotin.
Nikotin merupakan bahan aktif penyebab ketagihan dalam rokok. Bagi mengurangkan kesan gian, perokok boleh mengambil nikotin dalam bentuk lain seperti koyok atau getah kunyah dan sebagainya.

Kesimpulannya...perlu azam yang kuat untuk berhenti merokok. Tepuk dada, tanya selera.

Sunday, January 17, 2010

Tayar Oh Tayar




Selalunya bila kita menaiki sebuah kereta, jarang sekali kita mengambil berat pasal tayar. Asal boleh jalan cukup. Ingat...tayar yang kurang angin akan cepat haus dan membahayakan keselamatan pemandu. Berapa tips yang ingin dikongsi oleh penulis.

Cuba lihat tayar anda. Cukup angin atau tidak. Tiada benda pelik melekat di bahagian tayar atau mana-mana bahagian kereta. Jika tayar anda selalu kehilangan tekanan angin bermakna kemungkinan besar paku telah tertembus pada tayar anda.

Tayar kereta tidak pancit terus dan hanya hilang angin sedikit demi sedikit. Ini disebabkan tayar kereta menggunakan teknologi tubeless iaitu tanpa tiub dan angin akan masih berada di dalam tayar walaupun tertusuk paku.


Seminggu sekali, pergi ke pam minyak dan periksa tekanan tayar. Tekanan yang sesuai ada di catatkan di bahagian dalam tiang B sebelah pemandu. Periksa juga tekanan tayar simpanan. Setiap 3 bulan pergi ke kedai tayar dan rotate tayar mengikut aturan yang sesuai.

Jika tayar anda sudah hampir botak, pergi ke kedai tayar dan tukar secepat mungkin. Tayar depan lebih penting kerana kawalan kereta bergantung padanya. Untuk periksa harga tayar, buat survey dulu baru tukar. Jangan beli tayar celup.

Friday, January 15, 2010

Keluarga AF


Keluarga AF.
Sudah lama penulis tidak menggunakan photoshop. Sudah lupa....Dulu mahir juga. Bila lama tinggal sudah rasa kekok menggunakannya. Jadi amatur balik lah kiranya penulis ini.
Tidak mengapa...penulis akan cuba lagi. Berusaha sehingga dapat balik skill yang hilang itu.

Kitar Semula

Pelajar SMK Pengkalan sedang mengumpul bahan bahan terbuang seperti suratkhabar lama, kertas-kertas lama, kotak dan sebagainya untuk dikitar semula.
Tauke Azizul menerima barang terbuang daripada pelajar sekolah untuk dikitar semula. Diperhatikan bahawa tauke Azizul sedang sibuk membuat kerja. Syabas..teruskan usaha anda.


APA ITU KITAR SEMULA?
Proses mengitar semula melibatkan usaha mengumpul, memproses dan mengguna semula bahan-bahan yang pernah dianggap sebagai sampah.

KENAPA KITAR SEMULA?

- Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih
- Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran.
- Kitar semula untuk menjimatkan kos
- Kitar semula untuk menjimatkan sumber kita.
- Kitar semula untuk menjimatkan tenaga
- Kitar semula untuk menyelamatkan hutan


Marilahlah...jadikan amalan kitar semula sebagai sebahagian kehidupan kita.

Thursday, January 14, 2010

Gerhana Matahari Separa di Malaysia pada 15.1.2010



Esok hari Jumaat, 15.1.2010, sebuah lagi kejadian gerhana matahari akan berlaku. Gerhana Matahari Cincin yang akan dapat dilihat disepanjang laluan sejauh 300km yang merentasi benua Afrika, kemudian melalui Lautan Hindi di mana gerhana akan berada pada fasa paling lama iaitu 11 m 8 saat.

Pada ketika berlakunya ijtimak di antara Bulan dan Matahari, Bulan akan bergerak betul-betul di hadapan Matahari, lalu mengakibatkan cahaya matahari dihalang daripada sampai ke sesebuah kawasan di Bumi.

Gerhana Matahari Cincin terjadi disebabkan saiz bulatan Bulan kelihatan kecil sedikit berbanding saiz bulatan Matahari. Pada waktu puncak gerhana, Bulan akan berada di tengah-tengah, manakala saki baki bulatan matahari akan kelihatan di sekeliling Bulan membentuk seolah-olah sebuah cincin.

Di Malaysia, kita hanya berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa sahaja, iaitu hanya sebahagian matahari sahaja yang akan terlindung oleh Bulan.

Kesimpulannya, suasana tidak akan kelihatan gelap seperti Gerhana Penuh, tetapi kita mungkin akan dapat merasa keadaan seperti redup sedikit, walaupun ketika itu Matahari kelihatan seperti memancar macam biasa di langit.

Jangkaan berlaku Gerhana ini sekitar jam 2.00 petang hingga 6.00 petang .Jangan lepaskan peluang ini. Saksikan kebesaran ciptaan Allah s.w.t.

Tuesday, January 12, 2010

PMKP

Terkenang semasa dulu....

Penulis pernah belajar di sini..terasa cepat masa berlalu.. Penulis selitkan info berkenaan dengan PMKP seimbas lalu...

Pusat Matrikulasi (UKM), Kementerian Pendidikan Malaysia ini mula beroperasi pada 1 Julai 1988 hasil kerjasama di antara Kementerian Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus. Pusat ini bertujuan menyediakan pelajar-pelajar Bumiputera untuk memasuki fakulti-fakulti di UKM.

Pusat ini diletakkan di bawah Unit Sekolah Berasrama Penuh, Bahagian Sekolah. Dasar kurikulum dan perlaksanaannya pula berada di bawah bidang kuasa Lembaga Kurikulum dan Pusat Matrikulasi, Program Pengajian Jarak Jauh, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Darul Ehsan.


Sejak penubuhannya Pusat ini mengendalikan Kursus Matrikulasi Sains dan Kejuruteraan satu tahun atau dua tahun mengikut keperluan semasa UKM.

Bagi memenuhi tuntutan semasa negara, PM(UKM)KP juga menyediakan pelajar-pelajar untuk ke luar negara terutamanya dalam bidang perubatan, pergigian dan kejuruteraan.

1 Malaysia



LOGO 1 MALAYSIA

Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

MATLAMAT

‘1 Malaysia’ bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.

‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat seperti yang terpamer melalui slogan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’

NILAI-NILAI 1 MALAYSIA

Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep ‘1 Malaysia’. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai-nilai tersebut adalah:

1. Budaya kecemerlangan
2. Ketabahan
3. Rendah hati
4. Penerimaan
5. Kesetiaan
6. Meritokrasi
7. Pendidikan
8. Integriti

Sunday, January 10, 2010

Laptop Dell Inspiron 1440







Semalam hari sabtu saya dan isteri pergi ke PC Fair 2010 di Stadium Indera Mulia Ipoh. Tujuan pergi ke sana untuk melihat gajet terbaru PC yang terdapat dipasaran. Ramai sungguh manusia berada disini.

Penulis memang suka bab bab komputer ini. Peminat setialah katakan berkaitan barang barang komputer. Penulis ke sana dengan satu tujuan....mendapatkan sebuah laptop yang sesuai dengan bajet yg ada. Pilihan penulis pada kali ini adalah DELL INSPIRON 1440 berharga RM1799. Cantik laptop ini. Yg bestnya..windows 7 original...ada cd dibekalkan untuk itu..Cd driver pun diberi..senang kalau masalah kemudian hari..
Penulis juga suka dengan barang free yang diberikan sebanyak 20 jenis...banyak...
Kesimpulannya...memang berbaloi dengan nilai wang yang dilaburkan...



Thursday, January 7, 2010

PEPERIKSAAN PTK



Peperiksaan PTK

Pelaksanaan Peperiksaan PTK di KPM Bagi Tahun 2010
Sukacita dimaklumkan bahawa Peperiksaan PTK Aneka Pilihan tahun 2010
bagi Anggota Khidmat Sokongan (AKS) gred 17 dan 22 serta Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PPP) gred 29, 32, 41 dan 44 akan diadakan
pada tarikh 8, 9 dan 10 Jun 2010.

Tempoh Pendaftaran

25 Januari hingga 15 Februari 2010
(2 minggu)

Tarikh Peperiksaan PTK
8, 9 dan 10 Jun 2010
(jadual lengkap tarikh peperiksaan
mengikut gred jawatan akan
dimaklumkan kemudian)

Rujukan: Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi

Monday, January 4, 2010

Jadual Gaji Kakitangan Awam 2010

Penulis berharap Kakitangan Awam dapat faedah dari info yang diberikan. Rancanglah perbelanjaan dengan berhemah.

Sunday, January 3, 2010

Eco Park

Isteri dan anak
Penulis bersama anak


Ikan yang terdapat di Eco Park



Permandangan Indah

Orang ramai melihat ikan







Pada waktu petang penulis mengambil kesempatan untuk pergi beriadah ke Eco Park di Bandar Seri Botani. Bandar Botani ini adalah bandar terancang di Ipoh. Taman ini kepunyaan Taiko.

Ramai orang berkunjung disini. Keindahan alam terserlah di sini...nyamannya..terasa indahnya ciptaan tuhan.

Ada yang memberi ikan makan, ada yang main layang-layang, ada yang berjoging dan sebagainya.
Taman ini hanya dibuka sementara untuk pengunjung luar. Bila kawasan perumahan mewah Banglo dan Semi D siap dibina, taman ini akan ditutup untuk orang ramai. Penulis dimaklumkan bahawa taman ini akan menjadi milik khas pembeli banglo mewah dan semi d sahaja.
Agak merugikan..kawasan secantik ini hanya sementara.



Saturday, January 2, 2010

Gula



Berkuatkuasa 1.1.2010 harga gula naik 20 sen kepada RM 1.65 sen sekilogram di Semenanjung dan RM1.75 sen di Sabah dan Sarawak.

Kerajaan ada sebab untuk menaikkan harga gula. Sebagai pengguna kita kena mengurangkan pengambilan gula. Kita kena jadi pengguna yang bijak. Penulis ingin menceritakan serba sedikit mengenai gula. Bukan makan saja..tapi mesti tahu apa itu gula...mana datangnya dan sebagainya.

Jenis gula

1.Monosakarida
Monosakarida atau gula ringkas menyimpan tenaga yang boleh digunakan oleh sel-sel biologi. Gula ini mempunyai satu molekul sahaja.

Glukosa terdapat dalam dekstrosa dan gula darah.
Fruktosa atau levulosa terdapat dalam gula buah.
Galaktosa terdapat dalam susu.


2.Disakarida
Disakarida merupakan dua molekul yang diikat melalui pemeluwapan:

Sukrosa yang terdapat dalam gula pasir merupakan gabungan satu molekul glukosa dengan satu molekul fruktosa.
Laktosa yang terdapat dalam gula susu merupakan gabungan molekul glukosa dengan molekul galaktosa.
Maltosa yang terdapat dalam gula malt merupakan gabungan dua molekul glukosa.

Pengeluaran gula negara kini dikuasai oleh empat kilang iaitu:-

Malayan Sugar Manufacturing (MSM),Prai, Pulau Pinang
Central Sugar Refinery (CSR), Shah Alam, Selangor
Gula Padang Terap (GPT), Padang Terap, Kedah
Kilang Gula Felda Perlis (KGFP), Chuping, Perlis.

Mulai saat ini, rakyat Malaysia kena mengurangkan penggunaan gula seharian. Ini baik untuk kesihatan kita.