Saturday, April 30, 2011

Perkahwinan Diraja



PUTERA William menyarung cincin perkahwinan ke jari Kate Middleton di depan Ketua Biskop Canterbury, Rowan Williams, pada upacara perkahwinan diraja di Westminster Abbey.

Friday, April 29, 2011

CUEPACS MINTA KERAJAAN SELARAS GAJI UNTUK IMBANGI KENAIKAN HARGA BARANG

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan melakukan pelarasan gaji tahun ini, berikutan kenaikan harga barangan yang semakin membebankan penjawat awam.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan harga barang itu menyebabkan perbelanjaan penjawat awam bertambah lebih RM500 setiap bulan sedangkan pendapatan bulanan tidak berubah.

Penyelarasan yang boleh dibuat dengan mengambil kira purata perbelanjaan tambahan penjawat awam itu sekurang-kurangnya boleh meringankan beban mereka, kata Omar kepada pemberita, di sini Rabu.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung Kesatuan Pembantu Tadbir Pelajaran (Keptan) Perlis, berkata Cuepacs juga mencadangkan agar bantuan sara hidup (Cola) semua penjawat awam diselaraskan kepada RM300 sebulan.

Ini kerana katanya, kos sara hidup di luar bandar juga semakin meningkat seperti di bandar.

Omar berkata Cuepacs juga mencadangkan elaun tetap perumahan untuk penjawat awam yang bergred 40 dan ke bawah dinaikkan kepada RM350 sebulan berbanding RM180 sekarang.

"Mana ada rumah yang boleh disewa RM180 sebulan di kawasan bandar malah di luar bandar juga sewa rumah telah meningkat," katanya.

Selain itu, kesatuan tersebut juga menyarankan had umur persaraan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Thursday, April 28, 2011

Petua Imam Syafie

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam


Empat perkara menajamkan Mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan Mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit Dan
Bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat Malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak Dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Wednesday, April 27, 2011

8 penyakit yang boleh sembuh dengan berjalan kaki

1. Serangan Jantung
2. Stroke
3. Membakar Lemak
4. Melangsingkan Badan
5. Kanser
6. Mencegah Osteoporosis
7. Mencegah Kencing Manis
8. Depresi

Friday, April 22, 2011

Kelebihan seorang yang botak


1.Orang botak sering dikaitkan dengan kebijaksanaan. Tambah pula jika dia berkaca mata. Orang yang botak di bahagian depan kepala kita kata dia "ingat". Orang yang botak bahagian atas atau tengah kepala kita kata dia "pandai". Bagi orang yang botak pada kedua-dua bahagian kita kata dia "ingat dia pandai".


2.Botak jimat perbelanjaan. Tak perlu gunting rambut bagi hensem, cukup dengan cukur atau botakkan terus, jadi lambat tumbuh untuk dicukur semula kemudiannya. lagi jimat kalau beli mesin potong rambut sendiri dari China yang murah.


3.Wang juga dapat dijimatkan daripada membeli minyak atau gel rambut. Tak payah pergi ke saloon atau beli syampu untuk basuh rambut. Benda-benda tersebut bukannya murah.


4.Masa juga dapat dijimatkan untuk bersikat atau melaram didepan cermin. Rupa kepala selepas bangun tidur tak tergugat. Orang yang banyak rambut akan kelihatan tak siap selepas baru bangun tidur.


5.Lepas mandi cukup dengan sekali sapu kain tuala pada kepala terus kering. Tak payah gosok lama-lama atau gunakan pengering rambut. Sekali lagi jimat masa dan juga jimat duit.


6.Mandi mudah bagi kepala botak. Air yang dijirus terus mengalir ke bawah ke seluruh anggota badan lain. Jimat masa dan juga jimat air.


7.Ada juga pendapat yang berkata botak itu sunnah. jadi orang botak sentiasa dapat pahala sunnah asalkan pasang niat.


8.Kepala botak punyai kelebihan pada waktu panas. Kepala yang banyak rambut pada musim panas sering berpeluh dan gatal-gatal.


9.Solat bagi orang botak amat mudah walaupun terlupa bawa kepiah. Rambut tak akan menutup dahi ketika bersujud. Dalam Mazhab Shafie'e, dahi adalah salah satu anggota sujud.


10.Berwuduk mudah bagi orang botak ketika perlu menyapu tangan yang basah pada bahagian kepala. Elok sapu keseluruhan kepala dengan tangan yang basah, ianya lebih afdal.


11.Bagi yang sudah berkahwin, isteri tak akan menaruh syak wasangka yang bukan-bukan. Samada melaram atau tidak sama saja. kepala tetap botak. Isteri tak risau.




12.Kepala botak digabungkan dengan sejemput janggut menampilkan perwatakan warak, ini menjadi pendinding kalau ada niat nak buat jahat.

Tuesday, April 19, 2011

Ulang Tahun Keputeraan Ke-83 Sultan Perak, Sultan Azlan Shah

Sumber: Utusan

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mengetuai senarai 927 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-83 Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah di sini, esok.

Sultan Muhammad V dianugerahkan Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati (DK).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir pula menerima anugerah Darjah Seri Paduka Sultan Azlan Shah Perak Yang Amat Dimulia (SPSA) yang membawa gelaran Datuk Seri Diraja.

Gabenor wilayah Lampung, Indonesia, Komisaris Jeneral Polis, Drs. H. Sjachroedin pula menerima anugerah Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) membawa gelaran Datuk Seri.

Pengerusi Eksekutif PricewaterhouseCoopers Malaysia, Datuk Ahmad Johan Raslan; Pengerusi The New Straits Times Press (NSTP) Malaysia, Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Seri Dr. Anthony Francis Fernandes dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP), juga membawa gelaran Datuk Seri.

Bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Ismail; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd. Zin menerima Darjah Seri Panglima yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) Kementerian Kewangan, Datuk Zalekha Hassan menjadi penerima tunggal Darjah Datuk Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) membawa gelaran Datuk.

Sementara itu, seramai 54 individu dikurniakan Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) membawa gelaran Datuk.

Antaranya, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu, Sham Mat Sahat; Ketua Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan; Timbalan Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Perak, Dr. Naran Singh dan Pengarah Pelajaran Perak, Mohd. Rauhi Mohd. Isa serta Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Ismail Saffian.

Turut menerima DPMP, Pengurus Besar Yayasan Perak, Abdul Jamil Mat Kasa dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Abu Hassan Mohd. Isa; Pegawai Daerah Manjung, Ahmad Shafiee; Pengarah Perkhidmatan Veterinar negeri, Dr. Quaza Nizamuddin Hassan Nizam; Pengarah Tanah dan Galian negeri, Syed Mokhtar Syed Iddris dan Ketua Pegawai Eksekutif Invest Perak, Ir. Muhammad Hafni Ibrahim.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Asariah Mior Shaharuddin; Timbalan Pengarah Kanan (Pembangunan) Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kementerian Kesihatan, Jagjit Singh; Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Mahir; bekas ADUN Kuala Sepetang, See Tean Seng dan Pengetua Sekolah Agama Maahad Al-Maarif Al-Islamiah, Changkat Jering, Abdul Majid Zainal Abidin turut dikurniakan DPMP.

Sementara itu, tiga pegawai tinggi pasukan keselamatan iaitu Panglima 8 Briged, Abdul Rahim Abdul Mutalib; Mohd. Nuar Rijaldin dari Cawangan Sumber Manusia Markas Tentera Darat dan Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof dianugerahkan Darjah Datuk Pahlawan Taming Sari (DPTS) membawa gelaran Datuk Pahlawan.

Sempena sambutan Hari Keputeraan kali ini, Sultan Azlan Shah turut mengurniakan 14 Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM), 65 Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP), 25 Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM), 192 Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP), 274 Pingat Pekerti Terpilih (PPT), 280 Pingat Jasa Kebaktian dan 10 Pingat Lama Perkhidmatan (PLP).

Wartawan Kumpulan Utusan Biro Perak, Ani Awang merupakan antara penerima PJK.

Monday, April 18, 2011

Kelebihan Kahwin Suami Orang

Antara kelebihan kahwin suami orang adalah:


1.Suami orang biasanya penyabar dan menilai tinggi institusi kekeluargaan. Mereka tidak mudah melafazkan kata cerai dan cuba mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk berkekalan.

2.Suami orang makan minumnya terurus rapi. Oleh kerana dah ada orang yang menjaga hal makan minum serta pakaian, maka tidak sukarlah untuk isteri kedua menjaganya.

3.Suami orang sudah tentu berpengalaman dalam menunaikan tanggungjawab batinnya kepada isteri, tentu isteri kedua akan bahagia.

4.Suami orang lebih baik dari duda yang ada anak. Jika seorang wanita kahwin duda, dialah yang akan menjaga anak-anak duda tersebut. tapi jika kahwin suami orang sudah ada orang yang memelihara anak-anaknya.

5.Suami orang lebih baik dari teruna, kerana suami orang tak perlu senantiasa tinggal dirumah janda yang dikahwininya kerana masih ada rumah lagi satu yang dia perlu pulang sedangkan teruna akan sentiasa tinggal bersama janda yang dikahwininya. Ini membuatkan janda rasa tidak selesa dan lemas melayan teruna.

6.Suami orang biasanya murah rezeki terutamanya yang ramai anak, jadi bolehlah tumpang rezekinya.

7.Suami orang biasanya tenang dan tidak tergopoh-gapah.

8.Suami orang biasanya tak suka berfoya-foya demi keluarga jadi tak perlu risau bila dia keluar dari rumah kemana-mana.

9.Suami orang biasanya susah nak dapat kerana sentiasa dikawal oleh isterinya. Barang susah dapat biasanya mahal. Jadi suami orang adalah barang yang mahal. Untuk maklumat hanya 5% daripada lelaki muslim di negara kita yang berkahwin lebih dari satu.

Sunday, April 17, 2011

Semua Kenderaan Wajib Jalani Pemeriksaan Puspakom Mulai Jun 2011

Mulai Jun 2011, kerajaan akan menguatkuasakan Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan) 2010 yang telah diluluskan, di mana setiap kenderaan bermotor terpakai, dibaikpulih dan diubahsuai diwajibkan menjalani pemeriksaan menyeluruh di Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) bagi memastikan kenderaan berkenaan berkeadaan baik dan selamat.


Antara faktor utama penguatkuasaan itu ialah untuk mengelakkan pengguna terbeli kenderaan potong, mempunyai sejarah jenayah, kereta curi atau kereta diubahsuai tanpa kebenaran pihak berkuasa.Kita sedia maklum, bahawa banyak kes-kes orang ramai yang “terbeli” atau tertipu dengan kereta potong sikit waktu dulu.

Saturday, April 16, 2011

Nokia W7 dan W8 bakal menggunakan OS Window Phone

Nokia bakal mengeluarkan Nokia w7 dan w8 berasaskan OS Windows. W7 bakal dikeluarkan seawal suku ke 4 2011 dan selewatnya suku 1 2012. Selama ini Nokia menggunakan Symbian OS. Adakah Windows OS bakal menamatkan penggunaan OS Symbian di dalam telefon Nokia akan datang.


Hanya masa yang akan menentukannya.



Friday, April 15, 2011

Symbian Anna

Nokia kini telah pun mengumumkan dua peranti berasaskan Symbian yang serba baru iaitu Nokia E6 dan juga Nokia X7, selain pada masa yang sama turut memperlihatkan kemaskini sistem operasi Symbian yang serba baru. Kemaskini baru ini dikenali dengan nama kod Symbian Anna, dan membawakan beberapa pembaharuan pada sistem operasi Symbian.

Melalui Symbian Anna, Nokia membawakan ikon yang serba baru, Ovi Maps versi baru, pelayar web yang lebih pantas, selain turut memberikan nafas baru pada platform Symbian. Symbian Anna juga membawakan input teks yang diperkemaskini, memudahkan kemasukkan teks padanya, serta papan kekunci atas skrin QWERTY versi potrait turut diperkenalkan.

Symbian Anna akan diperkenalkan kepada semua pengguna Symbian dalam beberapa bulan akan datang. Namun begitu, sekiranya anda ingin menggunakannya dengan lebih pantas, anda boleh mendapatkan Nokia X7 ataupun Nokia E6, serta mengalami pelbagai perkara baru yang didatangkan bersama-sama dengannya.



Thursday, April 14, 2011

Nokia X7

Nokia X7 menggunakan 4” nHD AMOLED Gorilla Glass. Casing stainless steel . 8GB microSD card dan bateri boleh tahan sehingga 50 jam jika mendengar lagu atau 6 jam jika menggunakan video.

Ciri ciri lain seperti quad-band 2G dan tri-band 3G, Wi-Fi b/g/n , Bluetooth 3.0. Camera 8MP dengan dual-LED flash beserta 720p video recording.

Menggunakan OS Symbian Anna – atau Symbian^3.




Wednesday, April 13, 2011

Nokia E6


Nokia E6 adalah upgrade daripada telefon Nokia E71 dan E72. Akan berada dipasaran tidak lama lagi.



Sunday, April 10, 2011

Telur Ayam Tiruan Boleh Mudarat Kesihatan

Rupanya sebiji macam telur ayam tetapi rupa-rupanya ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.

Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar,demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di sini .

Presiden CAP S.M Mohamed Idris berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natriumalginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

“Komponen bahan-bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati,” katanya.

Saturday, April 9, 2011

Pukul Cikgu

SAKIT...Mariati menutup hidungnya yang patah akibat ditumbuk pelajar sendiri.

KANGAR: Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Jaafar Hassan, di sini, bertindak kurang ajar apabila menumbuk muka seorang guru perempuan sehingga mangsa patah hidung, tengah hari semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, guru berkenaan dipercayai baru saja selesai mengajar subjek Sejarah sebelum keluar menuju ke bilik guru.

Difahamkan, suspek berang selepas guru terbabit Mariati Mat Ail, 37, ingin membawanya ke bilik guru disiplin selepas suspek didapati bergaduh di koridor sekolah itu.Jurucakap Jabatan Pelajaran Negeri Perlis (JPNPs) berkata, mangsa terserempak dengan satu pergaduhan di mana suspek sedang membelasah seorang pelajar tingkatan satu di kaki lima sekolah itu sebelum cuba menyuraikannya.

“Mangsa menarik suspek yang pernah dibuang sekolah untuk dibawa ke bilik guru disiplin kerana membelasah pelajar berkenaan.“Suspek yang enggan dibawa ke bilik itu tiba-tiba melepaskan satu tumbukan kuat tepat ke muka guru itu yang mengenai hidung mangsa,” katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, semalam.Katanya, hidung mangsa patah akibat tumbukan berkenaan menyebabkan mangsa pening sebelum terjatuh.

“Sambil menekup hidungya dengan kain, mangsa mengagahkan dirinya untuk bangun dan pergi meminta bantuan daripada rakannya yang berada di bilik guru sekolah itu.“Suspek yang menumbuk mangsa kemudian melarikan diri sebelum mangsa pergi mendapatkan rawatan kecemasan di HTF dan membuat laporan polis kira-kira jam 4 petang, semalam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros ketika dihubungi berkata, suspek berusia 14 tahun ditahan kira-kira jam 5 petang semalam sebaik saja menerima laporan mangsa.Katanya, suspek sebelum itu membelasah seorang pelajar tingkatan satu sekolah berkenaan kerana tidak berpuas hati masalah peribadi sebelum disuraikan mangsa.

“Mangsa cuba menyelamatkan pelajar tingkatan satu terbabit sebelum dia ditumbuk suspek di muka.“Polis memandang serius perkara ini kerana membabitkan kawasan sekolah dan akan menyiasat punca kejadian,” katanya.

Menurutnya, polis menerima dua laporan kejadian itu, daripada guru terbabit dan pelajar tingkatan satu yang dibelasah suspek.



Sumber : myMetro: 8 April 2011

Thursday, April 7, 2011

Hari Keluarga SMK Pengkalan





HARI KELUARGA 2011

TEMA : KELUARGA BAHAGIA, WARGA CERIA


TEMPAT : ULU CHEPOR PERAK


Sambutan Hari Keluarga SMK Pengkalan pada 2.4.2011 bertempat di Ulu Chepor Perak telah mencatat sejarah kerana buat julung kalinya Kelab Keluarga SMK Pengkalan berjaya menganjurkannya. Program anjuran Kelab Keluarga ini pertama kali dalam tempoh 10 tahun penubuhan Kelab Keluarga.


Saya sebagai Pengerusi Kelab Keluarga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli Kelab kerana menjayakan program ini.

Wednesday, April 6, 2011

Guru lambat terima tuntutan perjalanan

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendedahkan ada Jabatan Pelajaran Negeri belum membayar tuntutan perjalanan pegawai pendidik walaupun selepas lebih setahun tuntutan dibuat. Ia membabitkan tuntutan perjalanan ke program dan kursus anjuran Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) sejak Februari serta Mac tah un lalu.

Berikutan itu, NUTP meminta jabatan dan pejabat yang berkenaan supaya menyegerakan bayaran balik tuntutan kerana ia dikenal pasti menjadi tekanan kepada guru. Presidennya, Hashim Adnan, berkata kelewatan itu berpunca daripada peruntukan disediakan tidak mencukupi. “Keadaan ini menyebabkan ramai guru terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk menghadiri program dan kursus yang diadakan jabatan, selain menanggung bayaran lain seperti rumah dan kereta.

“Di Johor, hanya 50 peratus tuntutan perjalanan diberi surat makluman pada minggu lalu bahawa mereka akan dibayar selepas perbincangan diadakan dengan Kementerian Pelajaran. “Kita sudah mengadakan perjumpaan dengan pegawai Kementerian Pelajaran yang memberi jaminan akan menyiasat dan menyegerakan pembayaran terbabit,” katanya kepada Berita Harian, di sini, semalam.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohamed Sabri Mohd Arsad, berkata masalah kelewatan pembayaran tuntutan perjalanan membabitkan hampir semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak. “Saya dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pelajaran, Datuk Wan Khazanah Ismail pembayaran lewat disebabkan peruntukkan tidak mencukupi.

“Kita berharap kementerian akan menambah peruntukan kepada Jabatan Pelajaran Negeri untuk menyegerakan pembayaran berdasarkan tuntutan semasa,” katanya. “Peruntukan tambahan juga diperlukan untuk elaun keraian guru besar dan pengetua, selain guru ganti bagi mereka yang bersalin,” katanya.

Sumber: Berita Harian Online: 5 April 2011

Monday, April 4, 2011

......................................

//Beginikah sikap seorang Ustaz. Pukul murid sehingga koma. Seorang bergelar ustaz sepatutnya mempunyai sifat kesabaran yang tinggi. Bukan mengikut emosi.



Ustaz minta maaf atas perbuatannya


KANGAR 4 April - Bapa angkat kepada murid yang dipukul sehingga meninggal dunia tidak menyangka individu yang menjemputnya untuk melihat keadaan anak angkatnya itu di hospital merupakan indivdu yang melakukan perbuatan tersebut.

Mohd Zamri Shafie, 40, seorang pekerja kilang simen berkata, ustaz tersebut yang menelefonnya sendiri pada pukul 1.40 pagi Jumaat lalu untuk memaklumkan bahawa anak angkatnya Saiful Syazani Saiful Sopfidee 7, telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah akibat mengalami sawan dan mengajaknya untuk melihat kanak-kanak tersebut.

"Pada mulanya saya tidak menyangka ustaz itu yang memukul anak saya sehinggalah beliau sendiri datang jumpa saya pada pagi hari Jumaat dan meminta maaf atas perbuatannya,” kata Mohd Zamri kepada pemberita di rumahnya di Jejawi dekat sini hari ini. Saiful Syani, seorang anak yatim pada mulanya koma setelah dikatakan dipukul hampir dua jam oleh seorang ustaz yang berumur 26 tahun yang juga penyelia asrama di Sekolah Rendah Islam Al-Furqan di Jejawi.

Kanak-kanak tersebut kemudianya meninggal dunia di hospital pada 8.50 pagi semalam.

Sunday, April 3, 2011

Anak yatim koma dibelasah guru

Jangan Bertindak Mengikut Perasaan. Guru diamanahkan untuk mendidik dan bukan mendera.


ARAU: Seorang murid sekolah agama di sini yang juga anak yatim dipercayai dibelasah seorang guru tanpa belas kasihan dalam keadaan dua tangannya terikat pada tingkap asrama sehingga mangsa koma dalam kejadian tiga hari lalu.

Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, diperlakukan guru lelaki berusia 26 tahun yang juga warden asrama sekolah agama itu selepas dituduh terbabit dalam beberapa kes kecurian wang. Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 7 malam Khamis lalu selepas mangsa dibawa guru berkenaan ke bilik sebelum dua tangannya diikat dan disoal siasat berhubung insiden kecurian.

Mangsa dikatakan merayu dilepaskan tetapi tidak diendah dengan guru terbabit didakwa terus memukul dan menyoal siasat sehingga kanak-kanak itu diserang sawan dan terus pengsan. Guru itu yang panik kemudian mendapatkan bantuan rakan setugasnya sebelum mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar kira-kira jam 1.40 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, ketika dihubungi, berkata Saiful Syazani yang tidak sedarkan diri akibat masalah jantung dan pendarahan otak kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pediatrik.

“Sebaik menerima laporan bapa mangsa, polis menggerakkan usaha memburu suspek sebelum lelaki itu menyerah diri di Balai Polis Arau, petang semalam (kelmarin) dan direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah," katanya.

Bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata sebaik menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 8 malam kelmarin, dia bergegas ke HSB dan terkejut melihat tubuh anaknya penuh kesan lebam dengan muka bengkak dan lebam pada mata kiri serta pipi selain melecet pada tangan kiri.

"Saya kesal dengan apa yang berlaku dan mahu mereka yang terbabit dihadapkan ke muka pengadilan," katanya yang bekerja sebagai pemandu pelancong di Jitra. Katanya, Saiful Syazani yang tinggal bersama keluarga angkat di Kangar sejak kematian ibunya, Jahiyah Che Amat pada 2006, seorang yang pendiam. -BH

Friday, April 1, 2011

Minyak RON97 naik 20 sen esok menjadi RM2.70 seliter

Harga minyak petrol RON97 akan naik sebanyak 20 sen seliter berkuatkuasa tengah malam ini. Harga baru = RM2.70. Minyak Ron 95 dan diesel masih kekal dengan harga asal.

Permohonan Kemasukan Politeknik Julai 2011


Permohonan kemasukan Politeknik KPT Sesi Julai 2011 dibuka mulai hari Isnin, 10 Januari 2011 untuk pemohon daripada kategori lulusan SPM dan setaraf , manakala bagi Lulusan Sijil Politeknik KPT, Lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT, Lulusan Diploma Politeknik KPT dan lulusan Kolej Matrikulasi KPM , permohonan mulai dibuka pada 4 Mac 2011 yang lalu.

Bagi pemohon lulusan SPM, anda perlu memohon Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi Julai 2011 melalui kaedah dalam talian (ON-LINE) dengan melayari laman web : http://upu.mohe.gov.my/

Manakala, bagi lepasan Lulusan Sijil Politeknik KPT, Lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT, Lulusan Diploma Politeknik KPT dan lulusan Kolej Matrikulasi KPM, permohonan kemasukan hendaklah dibuat di laman web: http://www.politeknik.edu.my/

Untuk mengakses e-Borang pemohon mesti menggunakan kombinasi nombor kad pengenalan dan nombor PIN. Pemohon diminta membeli nombor PIN di kaunter atau Mesin ATM Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM6.00 (Ringgit Malaysia: Enam sahaja) untuk permohonan lepasan Lulusan Sijil Politeknik KPT, Lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT, Lulusan Diploma Politeknik KPT dan lulusan Kolej Matrikulasi KPM, manakala bagi lulusan SPM, RM 10.60 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ringgit dan Enam Puluh Sen).

Pemohon perlu mengemukakan Kad Pengenalan atau MyKad semasa membeli nombor PIN di kaunter BSN. Jika pemohon mewakilkan seseorang untuk membeli nombor PIN, salinan Kad Pengenalan atau MyKad pemohon mesti dikemukakan oleh wakil tersebut kepada pihak BSN.

Maklumkan dengan jelas kepada pihak BSN bahawa nombor PIN yang hendak dibeli adalah untuk permohonan kemasukan ke Politeknik KPT. Pastikan slip pembayaran BSN dicetak nombor Kad Pengenalan atau MyKad pemohon dengan betul serta terdapat nombor PIN enam (6) digit bermula dengan “40? dan diikuti empat angka yang lain sebelum meninggalkan kaunter BSN. Contoh No PIN : 401051 Nombor PIN ini hanya boleh digunakan bagi kemasukan Sesi Julai 2011 dan Disember 2011 sahaja.

Pemohon perlu membeli semula nombor PIN sekiranya lupa.

NOTA:

Setelah mengisi e-Borang, pemohon dikehendaki melaksanakan langkah-langkah berikut: Menghantar maklumat e-Borang dengan menekan butang “HANTAR MAKLUMAT PERMOHONAN” sehingga arahan mencetak butiran permohonan dipaparkan.

Cetak butiran permohonan sebagai dokumen pengesahan penghantaran. Sila simpan untuk rujukan. Pindaan maklumat pada e-Borang boleh dibuat sebelum tarikh tutup dan ulangi langkah di atas.

Pemohon berkeperluan khas (masalah pendengaran) ialah pelajar lepasan tingkatan lima dari Sekolah Pendidikan Khas kelolaan Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atau Program Pencantuman Pendidikan Khas di bawah KPM. Permohonan hendaklah dibuat melalui Bahagian Pendidikan Khas KPM, di alamat : Pengarah,Bahagian Pendidikan Khas,Kementerian Pelajaran Malaysia,Aras 2, Blok E2, Parcel E,Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62604 PUTRAJAYATelefon : 03-88849190

Borang permohonan boleh didapati dari Jabatan Pelajaran Negeri atau Bahagian Pendidikan Khas Tarikh tutup Permohonan kemasukan ke program pengajian Politeknik KPT Sesi Julai 2011 ditutup pada 04 April 2011 (Isnin) .