Sunday, July 31, 2011

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok, 1 Ogos

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 1 Ogos 2011 bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pada 26 Julai lalu, pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mengumumkan tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.

Majlis Raja-Raja juga telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah serta hisab.

Saturday, July 30, 2011

Penduduk Malaysia kini 28.3 juta

Malaysia kini mempunyai 28.3 juta penduduk dengan bilangan lelaki melebihi wanita, demikian menurut laporan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.

Penduduk lelaki kini adalah 14.56 juta orang dan wanita 13.77 juta orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ketika mengumumkan laporan itu, yang turut dihadiri Ketua Perangkawan Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof.

Nor Mohamed berkata, purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan pula ialah sebanyak 2 peratus untuk tempoh 2000 hingga 2010, menurun berbanding 2.6 peratus bagi tempoh 1991 hingga 2000.

Friday, July 29, 2011

Perhimpunan Agung UMNO 2011 29 November - 3 Disember

Perhimpunan Agung UMNO 2011 akan diadakan pada 29 November hingga 3 Disember tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO berkata, perhimpunan dimulakan dengan perhimpunan ketiga-tiga sayap parti - Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri - pada 29 November.

Perhimpunan Agung pula diadakan pada 1 hingga 3 Disember.

Tentang Bulan

Fatin Nur Afifah


Bulan dan bintang
Bersinar berkelipan
Dan menerangi
keindahan malam
Tanpamu bulan
Malam kegelapan
Tanpamu bintang
Hilanglah keindahan

Ini kisah tentang bulan
Bulan bintang jadi kawan
Bergitulah persahabatan
Yang cuba kami eratkan
Moga berkekalan selamanya

Bergitulah kami hidup lima sekawan
Sesama berjanji susah senang dirasa
Dibawah sinaran cahaya bulan bintang
Menjadi saksi janji kami semua

Piala Dunia 2014: Seri 1-1

Malaysia dan Singapura terikat 1-1 pada perlawanan kedua pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014, yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Keputusan itu mengakhiri peluang Malaysia untuk melangkah ke pusingan ketiga.

Menerusi jaringan malam ini, Singapura menang dengan agregat 6-4.

Pasukan negara tewas 3-5 dalam perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar Sabtu lalu.

Kedua-dua pasukan mejaringkan gol pada separuh masa kedua

Wednesday, July 27, 2011

PERSEDIAAN MENYAMBUT RAMADAN

1. Hendaklah menjaga mata daripada memandang perkara-perkara yang dicela oleh agama yang mana akan melalaikan hati serta jauh dari mengingati Allah.

2. Hendaklah memelihara lidah dari berbohong, bercakap dusta, bermusuh-musuhan dan membangga-bangga diri.

3. Hendaklah menjaga telinga dari mendengar perkara-perkara yang tidak baik dan haram, kerana Allah menyamakan mendengar perkara yang haram itu seperti memakan yang haram.

4. Menghindarkan anggota badan yang lain dari berbuat dosa dan perkara-perkara yang dilarang.

5. Jangan makan terlalu banyak ketika berbuka sampai penuh perutnya.

6. Hendaklah hati kita itu merasa goncang antara harap dan cemas setelah selesai berbuka sebab kita tidak tahu apakah puasa kita itu diterima oleh Allah atau ditolak.

Sunday, July 24, 2011

Malaysia kalah 3 - 5 di Singapura

Lapan gol terhasil pada pertembungan dramatik dua musuh tradisi, Malaysia dan Singapura di Stadium Jalan Besar di sini malam tadi. Namun kesudahannya, Malaysia tewas 3-5 pada aksi pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 itu biarpun berjaya bangkit seketika setelah ketinggalan 1-4 pada babak pertama.

Malaysia kini perlu menang sekurang-kurangnya 2-0 pada aksi kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Khamis ini seandainya mahu layak ke pusingan ketiga.

Wednesday, July 20, 2011

Ramalan Cuaca untuk 7 Hari bagi Ipoh

Rabu, 20/07/2011

Pagi : Tiada Hujan
Petang : Mendung
Malam : Tiada Hujan
Minimum : 24 °C
Maksimum : 33 °C



Khamis, 21/07/2011

Pagi : Tiada Hujan
Petang : Hujan
Malam : Tiada Hujan
Minimum : 24 °C
Maksimum : 33 °C



Jumaat, 22/07/2011

Pagi : Tiada Hujan
Petang : Mendung
Malam : Tiada Hujan
Minimum : 24 °C
Maksimum : 33 °C



Sabtu, 23/07/2011

Pagi : Tiada Hujan
Petang : Mendung
Malam : Tiada Hujan
Minimum : 24 °C
Maksimum : 33 °C



Ahad, 24/07/2011

Pagi : Tiada Hujan
Petang : Mendung
Malam : Tiada Hujan
Minimum : 24 °C
Maksimum : 33 °C



Isnin, 25/07/2011

Pagi : Tiada Hujan
Petang : Mendung
Malam : Tiada Hujan
Minimum : 24 °C
Maksimum : 33 °C



Selasa, 26/07/2011

Pagi : Tiada Hujan
Petang : Mendung
Malam : Tiada Hujan
Minimum : 24 °C
Maksimum : 33 °C


Sumber:Malaysian Meteorological Department

Tuesday, July 19, 2011

50 Ranking Universiti Terbaik Malaysia 2011

1. Universiti Sains Malaysia
2. Universiti Teknologi Malaysia
3. Universiti Kebangsaan Malaysia
4. Universiti Putra Malaysia
5. University of Malaya
6. Universiti Malaysia Perlis
7. Multimedia University
8. Universiti Teknologi Mara
9. Universiti Malaysia Pahang
10. International Islamic University of Malaysia
11. Universiti Utara Malaysia
12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
13. Universiti Tenaga Nasional
14. Universiti Malaysia Sabah
15. Open University Malaysia
16. University of Nottingham Malaysia
17. Universiti Teknologi Petronas
18. Universiti Sains Islam Malaysia
19. Universiti Pendidikan Sultan Idris
20. Taylor’s University College
21. Universiti Teknikal Malaysia Melaka
22. Universiti Tunku Abdul Rahman
23. Universiti Malaysia Terengganu
24. Universiti Malaysia Sarawak
25. Universiti Tun Abdul Razak
26. Monash University Malaysia
27. Universiti Industri Selangor
28. Wawasan Open University
29. UCSI University
30. Curtin University of Technology Sarawak Campus
31. Asia Pacific Institute of Information Technology
32. International Medical University
33. Help University College
34. Tunku Abdul Rahman College
35. Al Madinah International University
36. Universiti Kuala Lumpur
37. National Defence University of Malaysia
38. Segi College
39. Universiti Sultan Zainal Abidin
40. Universiti Malaysia Kelantan
41. Limkokwing University of Creative Technology
42. KDU College
43. Selangor International Islamic University College
44. Sunway University College
45. Malaysia Theological Seminary
46. Malaysia University of Science & Technology
47. Olympia College Malaysia
48. Swinburne University of Technology Sarawak Campus
49. Malaysian Institute of Management
50. University of Malaya Medical Center

Saturday, July 16, 2011

Liverpool 6 Malaysia 3

Kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpoool, mengalahkan Malaysia 6-3 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Separuh Masa: 1-1 Penjaring: Malaysia - Safiq Rahim (minit ke-42), Mohd Safee Mohd Sali (79 & 81).

Liverpool: Charlie Adam (26)), David Ngoc (57 & 58), Maxi Rodriguez (74 & 90), Dirt Kuyt (93).

BONUS DUA BULAN

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada seluruh penjawat awam tahun ini.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata Cuepacs telah memohon secara rasmi mengenai perkara itu dan mengharapkan berita baik daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet Oktober ini.

"Kami telah menghantar surat memohon dua bulan bonus bukan setakat sehingga gred 54 sahaja tetapi keseluruhan penjawat awam, namun ia tertakluk kepada kemampuan kerajaan.

"Penjawat awam harapkan sesuatu tahun ini kerana syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ada yang mendapat sehingga lapan bulan bonus sedangkan kita penjawat awam yang betul-betul di bawah kerajaan persekutuan, negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan hanya dapat bantuan khas RM500," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tri Tahunan kali ke-24 Anulae cawangan Majlis Perbandaran Kuantan di sini, Jumaat.

Beliau berkata pemberian bonus yang kali terakhir diberi pada dua tahun lepas perlu dipertimbangkan berdasarkan peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa ini.


Wednesday, July 13, 2011

Semakan Nama Calon Latihan Khidmat Negara (PLKN 2011/2012)

Semua bakal calon Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) boleh mula membuat semakan nama untuk sesi PLKN 2012.

Ada 2 cara untuk membuat semakan samada menggunakan SMS ataupun Online.Berikut adalah cara-cara membuat semakan nama PLKN.

Semakan Secara Online PLKN

* Layari Laman sesawang PLKN.
* Masukkan no. kad pengenalan anda di dalam kotak carian.
* Tekan”Semak” untuk membuat semakan

Semakan secara SMS PLKN

* Taipkan “PLKN SEMAK IC Number dan hantar ke 15888″

Monday, July 11, 2011

Kelayakan Olimpik : Malaysia Diundi Bersama Bahrain, Syria & Jepun





Selepas kejayaan anak-anak buah Ong Kim Swee membenam pasukan Lebanon bulan yang lepas, Malaysia akhirnya berjaya layak ke peringkat kumpulan kelayakan Olimpik. Malaysia diundi bersama-sama dengan pasukan Japan, Bahrain, dan Syria dalam kumpulan C .

Malaysia akhirnya berjaya layak ke peringkat kumpulan kelayakan Olimpik. Tidak mustahil kita bakal mencipta sejarah sekali lagi.

Thursday, July 7, 2011

Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadhan 2011


Kita sedang menghampiri bulan Ramadhan 2011. Menurut laman web Majlis Raja-Raja,tarikh yang ditetapkan untuk melihat anak bulan untuk penetapan tarikh awal puasa 2011 adalah pada 31 julai 2011.




Cepatnya masa berlalu.

Monday, July 4, 2011

Kabinet Tidak Luluskan Permohonan Astro Naikkan Tarif Perkhidmatan

Kabinet hari ini membuat keputusan untuk tidak membenarkan stesen televisyen berbayar Astro menaikkan tarif perkhidmatan mereka selagi tidak mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, isu tarif itu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan Kabinet berpendapat Astro tidak sewajarnya menaikkan apa pun tarif berkaitan perkhidmatan mereka pada waktu ini.

“Saya bersetuju untuk SKMM tidak membenarkan kenaikan sebarang tarif Astro kecuali ianya diluluskan oleh SKMM, dan mengikut kadar yang berpatutan, serta mengikut lunas undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Angkasapuri di sini, hari ini. – BERNAMA

Friday, July 1, 2011

Permohonan Kemasukan Ke UITM Semester 2011 / 2012


Mulai hari ini,1 Julai 2011, UiTM membuka tawaran baru kemasukan ke UiTM sesi 2011/2012 dan permohona boleh dibuat melalui laman UiTM Online.

Ini merupakan berita gembira buat adik-adik lepasan SPM 2010 yang tidak mendapat tempat di universiti, mahupun di politeknik, untuk mencuba sekali lagi memohon dan menyambung pengajian anda di universiti.Tak kira lah dimana anda belajar pun, yang penting ilmu yang anda dapat, boleh anda gunakan untuk menabur bakti kepada keluarga dan juga negara.


Maklumat lanjut boleh didapati di http://istudent.uitm.edu.my/ dan http://www.online.uitm.edu.my/.