Friday, September 30, 2011

Benarkah Berita Ini?

Banyak spekulasi berkenaan dengan bajet 2012 terutamanya berkenaan dengan gaji kakitangan awam.

Sila baca :


KUALA LUMPUR, 30 Sept — Putrajaya dijangka memperkenalkan sistem saraan baru sektor awam, menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) — antara lain menawarkan skim gaji satu lapis atau peringkat — yang bakal membawa kenaikan gaji sehingga 40 peratus


Sistem saraan yang namanya masih dirahsiakan dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 — yang ramai melihatnya sebagai “bajet pilihan raya umum ke-13”.

Kerajaan bercadang untuk melaksanakan mulai 1 Januari 2012 bersama sistem penilaian baru, yang dikenali sebagai Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek).

“Difahamkan agensi-agensi kerajaan sudah melengkapkan kajian memperkenalkan sistem saraan yang baru, bukan pelarasan tetapi satu sistem yang baru, skim gaji satu lapis yang pernah digunakan sebelum SSB,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Di bawah sistem satu lapis bilangan tangga gaji juga akan ditambah sampai 25 hingga 30 dan kemungkinan lebih dalam gred tertentu.

Minggu lalu, The Malaysia Insider membawa laporan bahawa kerajaan kemungkinan akan menaikkan gaji kakitangan awam dan membayar bonus menerusi bajet kali sebelum menghadapi pilihan raya umum.

Kali terakhir kerajaan meluluskan pelarasan adalah pada 2007 iaitu sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.

Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Satu sumber berkata, “langkah ini (memperkenalkan sistem saraan baru) juga satu bentuk kenaikan gaji tetapi pelaksanaan menjangkaui kenaikan gaji sebab ia akan membabitkan penyusunan semula skim dan gred.”

“Tindakan paling signifikan ialah memperkenalkan sistem gaji satu peringkat,” kata beliau yang turut merujuk kepada permintaan Cuepacs pada 1995, mendesak kerajaan memperkenalkan semula sistem gaji satu lapis dengan memansuhkan SSB.

Bagaimanapun tuntutan itu tidak dilayan dan kerajaan hanya memberi pelarasan gaji ketika itu.

“Cuepacs juga sebenarnya telah berharap sistem gaji satu lapis akan diperkenalkan semula pada 2002 (ketika SSM diperkenalkan), tetapi tidak menjadi kenyataan.

“Jika ia diperkenalkan semula bermakna ia akan membawa faedah besar kepada kakitangan awam ... kenaikan kemungkinan boleh sampai RM300 hingga RM700, bergantung pada skim dan gred masing-masing,” kata sumber itu sambil menambah, maklumat ini benar sehingga semalam dan kemungkinan boleh berubah mengambil kira keadaan ekonomi global dan tempatan.

“Kalau dari segi peratusan, kita boleh katakan kenaikan ini antara lapan hingga 30 peratus, mungkin dalam kes gred tertentu boleh mencapai 40 peratus,” kata sumber itu lagi.

Satu lagi perubahan di bawah sistem saraan baru ini ialah langkah kerajaan menyatukan Kumpulan Sokongan I dan II iaitu perkhidmatan kumpulan rendah di bawah satu grup yang bahawa dikenali sebagai Kumpulan Pelaksana. Nama Kumpulan Pengurusan dan Profesional dijangka akan dikekalkan.

SSM diperkenalkan pada 2002 menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB) yang mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan awam.

SSM terdiri daripada sistem gaji tiga lapis dengan kenaikan tahunan secara mendatar, menegak atau melintang dengan masing-masing mempunyai kuota.

Sistem kuota itu yang mencetuskan rasa tidak puas hati dan dakwaan wujud diskriminasi dalam proses penilaian prestasi. Proses penilaian itu kemudian digantikan dengan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan sekali lagi membawa kepada kontroversi.

The Malaysian Insider difahamkan sistem saraan ini, yang mirip dari segi sistem gaji satu lapis yang digunakan sejak negara merdeka sehingga 1991.

Awal bulan ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi jaminan bahawa Prospek, sistem baru menggantikan PTK, akan membuka lebih peluang kepada penjawat awam untuk mendapat kenaikan pangkat.

Penjawat awam yang mempunyai kompetensi dan memiliki potensi iaitu melepasi syarat untuk lulus dan melepasi tahap potensi yang telah diukur oleh panel penilai dijamin memperolehi ganjaran.

Prospek yang diperkenalkan Mei lalu hanya akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari ini.

Mei lalu, JPA mengumumkan Prospek sebagai pengganti PTK berkuat kuasa 1 Julai lalu, tidak lagi berasaskan peperiksaan tetapi akan ditentukan oleh panel penilai yang berwibawa.

Ia membabitkan lapan prinsip penilaian baru iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.


Info : the malaysian insider

Wednesday, September 28, 2011

Harga Rokok Bakal Naik?

Bajet 2012 akan dibentangkan di Parlimen pada 7.10.2011(Jumaat). Harga rokok bakal mengalami kenaikan RM1.00 sekotak(Dijangka). Jika dulu harga rokok RM7.00, harga baru RM8.00. Kepada penghisap rokok anda ada tiga pilihan :




1. Berhenti merokok


2. Kurangkan merokok


3. Teruskan merokok seperti biasa




Mana pilihan anda?





Tuesday, September 27, 2011

Friday, September 23, 2011

(Bajet 2012) Perdana Menteri Kaji Bonus Atau Kenaikan Gaji Kakitangan Awam

Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13.

Berikutan pengumuman ini,berkemungkinan khabar-khabar angin bahawa kenaikan gaji bagi kakitangan awam bakal dilaksanakan.Ini adalah baik bagi menampung segala kos kenaikan yang sangat mendadak sejak 3 tahun kebelakangan ini.Pastinya kenaikan gaji kakitangan awam ini akan menyebabkan banyak spekulasi mengenai harga barang selepas ini, namun kami pasti, ianya mesti mempunyai sebab yang munasabah untuk dilakukan.

Namun begitu,sekiranya kenaikan gaji bagi kakitangan awam tidak dibentangkan dalam Bajet 2012 tidak lama lagi,berkemungkinan besar ianya digantikan dengan pemberian bonus sebanyak sebulan setengah gaji yang dijangka akan dibayar pada penghujung Disember 2011 ini.

Sunday, September 18, 2011

Lagi Power, Lagi Best














Perodua Myvi 1.5 SE


Manual – RM50,900 – RM 51,400

Automatic – RM 53,900 – RM 54,400 (with standard audio headunit)
Automatic – RM 56,000 – RM 56,500 (with multimedia & navigation system)

Perodua Myvi 1.5 Extreme
Manual – RM 58,200 – RM 58,700
Automatic – RM 61,200 – RM 61,700

Myvi baru 1.5 SE dan Extreme, Myvi 1.5 Extreme datang dengan standard yang lebih agresif dengan gaya badan-kit sistem, multimedia dengan navigation (built-in GPS, DVD player, Bluetooth dengan fungsi bebas tangan, port USB), semi tempat duduk baldi dengan meliputi kulit, dan cermin tingkapnya.


Sebaliknya, Myvi 1,5 SE hanya datang dengan kain tempat duduk semi-bucket, standard SE badan-kit, dan sistem multimedia dengan navigasi (Myvi 1,5 SE Auto hanya).

Mengenai variasi warna, New Myvi 1,5 SE datang dalam 5 warna (Pepejal Majestic Kuning, Pepejal Ivory White, Metallic Purple Mistik, Ebony Black Metallic, dan gilang-gemilang Silver Metalik). Pada masa yang sama, New Myvi 1,5 Extreme hanya datang dalam 3 warna (Kuning Majestic Pepejal, Ivory White Solid, dan Ebony Black Metallic).

Dalam aspek keselamatan, kedua-dua varian dilengkapi dengan dua beg udara SRS, ABS dengan EBD dan BA sistem sebagai standard. Selain itu, Perodua mendakwa bahawa varian baru ini juga datang dengan sebuah badan yang tahan perlanggaran untuk menghadapi impak serta mempunyai perlindungan pejalan kaki untuk mengurangkan kemungkinan kecederaan serius kepada pejalan kaki.


Tuesday, September 13, 2011

Cukai 6 peratus ditangguh

Cadangan pelaksanaan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar yang dijadual Khamis ini, ditangguhkan sehingga kajian mengenainya selesai.

Menurut Rais, penangguhan itu dibuat bagi membolehkan kajian sama ada cukai tersebut akan dikenakan terhadap pengguna yang membeli pek permulaan talian prabayar atau mengenakannya setiap kali pengguna membuat tambah nilai kredit.

Sunday, September 11, 2011

Logo Baru Maybank





Logo itu melambangkan bank yang lebih agresif, dinamik dan berwajah kontemporari dengan perkembangan semasa serta sejajar dengan wawasan menjadi peneraju perkhidmatan kewangan serantau.



Bercirikan lebih moden dan terkini dengan mengekalkan elemen utama iaitu nama Maybank, warna kuning dan lambang kepala harimau mempamerkan bank berkenaan, manakala penggunaan lambang kepala harimau yang lebih hebat dan gagah menterjemah kekuatan kumpulan perbankan itu dan kepemimpinannya di rantau ini.

Friday, September 9, 2011

6% Cukai Perkhidmatan

Mulai 15.9.2011, semua pembelian reload dan pek permulaan prabayar akan dikenakan 6% Cukai Perkhidmatan.



Baca ini


Cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus akan dikenakan bagi pembelian tambah nilai prabayar serta pek atau kad SIM prabayar bagi semua syarikat telekomunikasi, berkuat- kuasa 15 September ini. Dengan cukai tersebut, pelanggan yang membeli kad prabayar bernilai RM10 perlu membayar RM10.60.


Dalam kenyataan bersama hari ini, syarikat-syarikat telekomunikasi berkata, para pelanggan prabayar akan dimaklumkan mengenai perkara itu mulai petang ini. Para pengguna juga boleh merujuk di laman sesawang telekomunikasi untuk maklumat lanjut atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan untuk sebarang pertanyaan.


Cukai perkhidmatan itu adalah cukai perbelanjaan dan dikenakan kepada pengguna, seperti yang termaktub dalam Undang-undang Cukai Perkhidmatan. Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memperuntukkan syarikat-syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar semasa untuk perkhidmatan telekomunikasi termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.


Cukai itu sama dengan levi cukai perkhidmatan bagi pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel. Sebelum ini, syarikat telekomunikasi telah menyerap cukai itu dalam perkhidmatan prabayar mudah alih sejak ia diperkenalkan pada 1998.


Langkah itu diambil untuk memastikan perkhidmatan prabayar kekal kompetitif berbanding pascabayar memandangkan kadar prabayar lebih tinggi untuk membuat panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Wednesday, September 7, 2011

UPSR 2011

Peperiksaan bertulis Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 akan berlangsung selama tiga hari bermula 13, 14 dan 15 Sept.

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran hari ini, seramai 497,691 calon telah mendaftar untuk menduduki UPSR di 8,235 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan melibatkan 48,560 petugas peperiksaan.

Tuesday, September 6, 2011

Monday, September 5, 2011

Calon SPM wajib lulus mata pelajaran Sejarah mulai 2013

Mulai 2013, mata pelajaran Sejarah akan menjadi subjek wajib lulus sebagai syarat untuk layak mendapat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selain mata pelajaran Bahasa Melayu.

Subjek Sejarah akan mula diperkenalkan dalam SPM Ulangan mulai tahun 2014.

Format pentaksiran mata pelajaran Sejarah akan menggunakan sukatan pelajaran sedia ada bermula dari tahun 2013 sehingga 2017. Bermula SPM 2018, ia akan menggunakan sukatan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Mengikut format pentaksiran yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat pada April lalu, subjek Sejarah akan diuji dalam tiga kertas yang melibatkan soalan aneka pilihan, struktur dan esei serta tugasan.

info: Utusan Malaysia