Thursday, October 23, 2014

iPhone 6 tiba di Malaysia seawal 7.11.2015

Laman web tempatan, theskop.com mendedahkan pengguna di Malaysia boleh mendapatkan gajet Apple baru, iPhone 6 dan 6 plus seawal 7 November dengan syarikat telekomunikasi terkemuka, DiGi paling awal memperkenalkannya dalam laman web mereka digi.com.my/iphone.
Pelanggan DiGi boleh menempah iPhone 6 dan 6 plus daripada syarikat itu bermula 31 Oktober dan ia akan mengepos peranti paling awal sampai ke tangan pelanggan pada 7 November 2014.
Kedua-dua iPhone 6 baru ini dilengkapi paran Retina HD yang baru. iPhone 6 memiliki resolusi 1334 x 750 manakala resolusi untuk iPhone 6 Plus pula ialah 1920 x 1080. Rekabentuk iPhone 6 juga lebih nipis dari iPhone 5S iaitu iPhone 6 hanya senipis 6.8mm manakala iPhone 6 Plus 7.1mm.
Butang kuasa kini terletak pada kanan telefon, berbeza dengan sebelum ini apabila ia terletak di atas. Ini bagi memudahkan capaian menggunakan sebelah tangan, kerana penambahan saiz skrin.