Showing posts with label Macam Macam Hal. Show all posts
Showing posts with label Macam Macam Hal. Show all posts

Monday, February 6, 2012

PUNCA : SEWA RUMAH

Pertengkaran sepasang suami isteri mengenai bayaran sewa rumah menjadi ganas selepas lelaki itu menggigit jari manis dan menumbuk pipi serta paha isterinya dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Pasir, Hulu Klang, di sini, kelmarin.Dalam kejadian jam 10 malam itu, wanita terbabit berusia 20 tahun yang juga pencuci mengalami pendarahan pada jari selain bengkak pada muka dan tubuh kerana dibelasah suaminya.

Menurut sumber polis, sebelum bertengkar wanita terbabit bertanyakan suaminya bila mahu membayar sewa rumah mereka bagi bulan ini yang beberapa hari tertangguh.“Suami mangsa berusia 30-an mendakwa tiada duit dan meminta mangsa mendahulukan duitnya.“Namun, mangsa tidak bersetuju membayar sewa rumah menggunakan duitnya kerana tahu suaminya itu tidak mengganti semula wang berkenaan,” katanya.Katanya, situasi itu menyebabkan pasangan terbabit bertengkar sebelum suami mangsa yang berang mengambil telefon bimbit mangsa dan merosakkannya.

“Mangsa yang terkejut dengan perbuatan suaminya cuba mengambil kad modul pengenalan pengguna (SIM) telefon bimbit yang terjatuh.“Bagaimanapun, suami mangsa cuba merebut kad SIM itu dan menggigit jari manis mangsa supaya melepaskan kad berkenaan. Malah, suami mangsa juga menumbuk pipi kanan dan paha mangsa selepas dia enggan menyerahkan kad itu,” katanya.Sumber berkata, mangsa yang bimbang suaminya bertindak lebih ganas melarikan diri dan membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati sejurus kejadian.

Sunday, March 6, 2011

Kikis 80 teman lelaki


KUALA TERENGGANU: Selepas diceraikan suami kerana curang, seorang wanita pertengahan umur sedikit pun tidak insaf, sebaliknya semakin ligat bertukar-tukar pasangan untuk mengikis wang mereka. Sasarannya ialah lelaki berusia 60 hingga 70 tahun.

Mahu dikenali sebagai Nora, wanita berusia 44 tahun itu berkata, sudah lebih lapan tahun dia mendapatkan wang dengan cara tidak bermoral itu dan sepanjang tempoh berkenaan kira-kira 80 lelaki veteran menjadi mangsanya. Dalam pengakuannya kepada Harian Metro, Nora memberitahu dia mula menjalin hubungan sulit dengan lelaki tua yang berduit ketika dia masih bergelar isteri orang.

“Kira-kira tujuh tahun saya curang di belakang suami saya. Terus terang saya lakukan itu semua kerana duit disebabkan suami saya kurang berkemampuan. Apabila tembelang saya dikesan suami, saya diceraikan awal tahun lalu. “Selepas menjanda, saya semakin ligat kerana tiada siapa yang menanggung hidup saya. Hasilnya, kini saya mampu membeli rumah, kereta, motosikal dan barangan kemas,” katanya yang mempunyai seorang anak hasil perkongsian hidup dengan bekas suami.

Nora mendakwa dia mempunyai lebih 80 teman lelaki, majoritinya berusia 60 hingga 70 tahun yang sedia memberi wang kepadanya pada bila-bila masa dan balasannya dia perlu menyerahkan tubuhnya kepada mereka.

“Rakan rapat menggelar saya pisau cukur, tapi saya tak hiraukan gelaran itu kerana lebih penting saya dapat hidup mewah,” katanya.
Menurutnya, setiap kali membeli-belah, dia akan meminta teman lelakinya membelikan pelbagai pakaian dan barangan dengan harga mencecah ratusan ringgit.
“Walaupun paras rupa tidak berapa cantik dan usia sudah lanjut, namun dengan menggunakan sedikit ilmu kebatinan yang dipelajari, saya mampu menundukkan mana-mana lelaki yang didampingi.

“Saya menganggap hubungan saya dengan mereka sebagai adil. Mereka mahu meniduri saya dan saya pula inginkan wang serta barangan berharga,” katanya.

Katanya, dia selesa dengan apa yang dilakukannya kerana pada setiap waktu wang RM2,000 hingga RM3,000 pasti berada di dalam beg tangannya. Menurutnya, dengan menggunakan taktik pujuk rayu sambil membelai lelaki ‘hidung belang’ dia bukan saja mendapat wang, malah rumahnya turut diubah suai oleh teman lelakinya.
“Perwatakan sopan dengan mengenakan pakaian menutup aurat membuatkan lelaki mudah terpikat pada saya dan selepas itu baru saya menjerat mereka dengan kata-kata manis dan berkesudahan di ranjang.
“Saya akui tahu perbuatan saya ini salah, namun perangai mengikis wang lelaki sukar untuk dibuang selepas lebih lapan tahun bergelumang melakukan kerja ini,” .