Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Sunday, November 1, 2015

JDT cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai Piala AFC (1-0)





Juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) melakar sejarah baharu bola sepak tanah air selepas muncul pasukan pertama dari Malaysia menjuarai Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Jaringan tunggal perancang tengah dari Argentina, Leandro Velazquez pada minit ke-22 sudah cukup bagi skuad Harimau Selatan menundukkan juara bertahanLiga Tajikistan, Istiklol FC pada aksi final di Stadium Republican Central di Dushanbe, Tajikistan, malam ini.

Pencapaian itu sekali gus, mengubat kekecewaan mereka yang gagal melepasi saingan peringkat kumpulan dalam penampilan sulung pada 2009, yang ketika itu dikenali sebagai Johor FC.

Selaku juara, JDT membawa pulang trofi piala AFC yang disampaikan sendiri Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, selain wang tunai berjumlah AS$350,000 (RM1.502 juta), manakala Istiklol FC meraih AS$250,000 (RM1.072 juta) selaku naib juara.

Lebih manis, kapten JDT Safiq Rahim dinobatkan sebagai pemain paling bernilai, manakala kapten Istiklol FC, Vasiev Dilshod dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.

Kejayaan berkenaan merupakan trofi ketiga yang diraih JDT musim ini, selepas muncul juara Piala Sumbangsih (Piala Sultan Ahmad Shah) menerusi kemenangan 2-0 ke atas Pahang di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 31 Januari lepas, selain menjuarai Liga Super 2015.

Beraksi di atas padang tiruan malam ini, nyata memberi kelebihan kepada pasukan tuan rumah yang menguasai babak awal perlawanan dengan melakukan beberapa percubaan berbahaya ke arah pintu gol JDT, namun ketumpulan jentera serangan menyaksikan mereka gagal meraih sebarang gol.

Nasib sebaliknya menyebelahi skuad Harimau Selatan yang berjaya mengejutkan pasukan tuan rumah apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-22 menerusi Velazquez, sekali gus menggembirakan hampir 500 penyokong skuad Harimau Selatan yang turut hadir memberikan sokongan.

Gol berkenaan berpunca daripada sepakan penjuru Safiq yang ditampan keluar penjaga gol tuan rumah, Nikola Stosic sebelum Velazquez meluru sebelum melepaskan rembatan kaki kiri daripada luar kotak penalti.

Tersentak dengan gol itu, Istiklol FC kembali memperkemaskan permainan untuk memburu gol penyamaan namun kekebalan benteng pertahanan JDT diketuai Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Marcos Antonio menyaksikan keputusan 1-0 itu kekal sehingga berakhirnya babak pertama perlawanan.

Bersambung separuh masa kedua, pasukan tuan rumah meneruskan serangan ke arah kubu JDT, dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-51 menerusi Dzhalilov Manuchehr Jalilov, namun jaringannya dibatalkan pengadil, Minoru Tojo dari Jepun selepas Dilshod berada pada kedudukan ofsaid.

Jalilov sekali lagi, berjaya menjaringkan gol penyamaan pada penghujung perlawanan, namun Minoru tidak membenarkan gol berkenaan kerana pemain itu berada pada kedudukan ofsaid, dan keputusan 1-0 itu kekal sehingga wisel penamat. 

SUMBER :  Bernama, 31 Oktober, 2015.



Sunday, August 5, 2012

Datuk Lee Chong Wei tewas

Harapan Malaysia meraih pingat emas pertama Sukan Olimpik musnah selepas Datuk Lee Chong Wei tewas di tangan Lin Dan 21-15,10-21 dan 19-21 pada perlawanan akhir perseorangan badminton lelaki di Wembley Arena.

Sunday, October 23, 2011

MotoGP Malaysia 2011 dibatalkan berikutan kematian Simoncelli akibat kemalangan

SEPANG: Perlumbaan Grand Prix (MotoGP) Malaysia 2011 dibatalkan berikutan kematian pelumba Itali Marco Simoncelli akibat kemalangan pada pusingan kedua di Litar Sepang di sini hari ini.


Simoncelli berusia 24 tahun.


Perlumbaan tersebut dibatalkan oleh penganjur perlumbaan, Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports iaitu pemegang hak perlumbaan MotoGP Dunia.


Pengarah Perubatan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Dr. Michele Macchiagodena mengumumkan kematian Simoncelli pada sidang media di Litar SIC.


Katanya, pelumba pasukan San Carlo Honda Gresini itu, yang mengalami kecederaan di bahagian toraks dan perut, meninggal dunia pada pukul 4.56 petang di pusat perubatan SIC di litar berkenaan.


Perlumbaan yang bermula 4 petang itu tersebut tidak diteruskan empat minit kemudian selepas Simoncelli terjatuh dan motosikalnya dirempuh oleh pelumba Yamaha, Colin Edwards dan pelumba Ducati, Valentino Rossi di selekoh ke-11.


Perlumbaan ditangguhkan pada pukul 4.05 petang dan Simoncelli kemudian dibawa dengan ambulans ke pusat perubatan di litar itu.


Bagaimanapun, Ewards terselamat daripada kecederaan serius manakala Rossi tidak mengalami kecederaan.
-Bernama-

Monday, February 21, 2011

AzizulHasni Awang Juara Keseluruhan Piala Dunia Di Manchester


Mohd. Azizulhasni Awang, mencatatkan sejarah tersendiri sukan lumba basikal apabila menjadi juara keseluruhan Piala Dunia yang berlangsung di Manchester, England.

Azizulhasni mengumpul 28 mata menerusi tiga perlumbaan sebelum ini, untuk menewaskan juara Olimpik yang juga musuh ketat peribadinya, Chris Hoy.

Syabas. Anda adalah wira negara.

Sunday, November 28, 2010

Impian Tercapai

Malaysia mendapat 9 pingat emas, 18 perak dan 14 gangsa mengumpulkan jumlah keseluruhan 41 pingat tetap satu pencapaian terbaik negara dalam Sukan Asia.

Atlet emas seperti Datuk Nicol David , Azlan Iskandar, pasukan skuasy wanita dan Azizulhasni Awang menepati jangkaan apabila menyerlah dalam sukan masing-masing dan kejayaan mereka menyuntik atlet lain yang tiada dalam sasaran emas seperti Chai Fong Ying, Alex Liew, Adrian Ang, Ku Jin Keat dan R Puvaneswaran untuk melengkapkan sembilan emas.

Syabas Malaysia.

Saturday, November 13, 2010

Sukan Asia XVI


GUANGZHOU, China - China melancarkan Temasya Sukan Asia XVI di bandar ini dengan flotilla bot yang bercahaya sambil membawa 45 pasukan sepanjang Pearl River semalam.

Setiap bot yang dihiasi dengan pelbagai lampu neon dengan ikon nasional setiap pasukan bersaing diarak sepanjang sungai berkenaan sambil disaksikan oleh 34,000 pegawai dan pengunjung di bandar Pulau Haixinsha itu.

Malaysia akan membuka tirai dengan misi memburu pingat pertama dalam empat acara sukan yang menawarkan rebutan pingat esok.

Renang, basikal trek, menembak dan wushu menjadi taruhan hari pertama kontinjen seramai 333 atlet dan 144 pegawai sepanjang temasya dari 12 hingga 27 November ini.

Tuesday, October 5, 2010

Shera - The Mascot

SUKAN KOMANWEL, DELHI 2010

Sukan Komanwel merupakan satu-satunya sukan OKU yang dijalankan pada masa, tarikh dan tempat yang sama semasa berlangsungnya sukan komanwel bagi atlet normal. Edisi 2010 di Delhi, India merupakan edisi yang ketiga selepas Manchaster 2002 dan Melbourne 2006.

Tidak seperti Temasya Sukan yang lain, Sukan Komanwel hanya menawarkan 4 jenis sukan iaitu Olahraga, Renang, Ping Pong dan Powerlifting.

Atlet paralimpik negara telah berjaya menyumbang 1 pingat perak dan 3 pingat gangsa dalam acara olahraga, powerlifting dan lawn ball di Manchaster 2002 tetapi tidak berjaya mengulangi pencapaian tersebut di Melbourne 2006. Pada tahun 2010, Sukan Komanwel merupakan salah satu sasaran untuk mencipta kegemilangan.

Tarikh: 3.10.2010 hingga 14.10.2010

Sunday, May 16, 2010

China Juara Piala Thomas

China mempertahankan kejuaraan badminton Piala Thomas selepas menundukkan Indonesia 3-0 di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Pasukan China terlalu kuat dan kukuh untuk ditewaskan. Mereka telah menunjukkan kehebatan selaku juara dunia. Pasukan Malaysia kena mencari bakat baru jika ingin merampas Piala Thomas. Itu sahaja jawapannya.

Buat masa kini, China terlalu kuat. Masa hadapan tidak pasti. Bangkit Malaysia.

Saturday, May 15, 2010

Korea Selatan - Johan Piala Uber 2010


Korea Selatan merampas Piala Uber daripada juara bertahan, China selepas menang 3-1 pada perlawanan akhir di Stadium Putra.

Roboh juga Tembok Besar China.

Friday, May 14, 2010

Impian Musnah


Malaysia 0 China 3.

Pasukan Badminton Malaysia tewas ditangan China. Impian musnah. Pasukan China terlalu kuat untuk Malaysia. Pemain Malaysia bermain seperti tidak bermaya. Serangan balas berjaya ditangkis oleh Pemain China. Malaysia banyak membuat kesilapan dan memberi mata kepada pihak China.

Tahun 2010 bukan milik kita. Mungkin lama lagi Piala Thomas akan kembali ke pangkuan Malaysia.

Sunday, May 9, 2010

Piala Thomas





Kejohanan Badminton Piala Thomas akan berlangsung pada hari ini sehingga 16 Mei di Stadium Putra Bukit Jalil. Acara ini dilangsungkan 2 tahun sekali. Kali terakhir pasukan Malaysia memenangi Piala Thomas pada tahun 1992 setelah menundukkan Indonesia 3-2. Tahun 2010 tahun penuh harapan. Pasukan Malaysia diharapkan merampas kembali Piala Thomas.


Perseorangan
1. Lee Chong Wei
2. Wong Choong Han
3. Mohd Hafiz Hashim
4. Tan Chun Seang


Beregu
1. Koo Kean Keat
2. Tan Boon Heong
3. Mohd Zakry Abdul Latif
4. Mohd Fairuzizuam Mohd Tazari
5. Hoom Thien How
6. Ong Soon Hock

Sunday, March 28, 2010

Bengkel Asas Permainan Petanque




Sabtu 24.3.2010. Bengkel Permainan Petanq.

Tuesday, March 16, 2010

Juara Terbuka ALL England


Datuk Lee Chong Wei akhirnya dinobat sebagai juara perseorangan lelaki pada sambutan ulang tahun ke-100 All England selepas menjinakkan cabaran kental bintang baru Jepun, Kenichi Tago 21-19, 21-19.

Kemenangan tersebut menjadikan Chong Wei perseorangan kedua Malaysia dalam tempoh 44 tahun berjaya merangkul gelaran berprestij ini, selepas Muhammad Hafiz Hashim menang buat kali terakhir pada 2003.



Friday, February 26, 2010

Badminton

Penulis bersedia.


Penulis sedang beraksi.



Setiap hari Khamis jam 9.00 p.m hingga 11.00 p.m penulis dan rakan rakan akan bermain badminton di Fasa Bina. Semua guru lelaki akan turun untuk bermain badminton pada hari tersebut.

Tujuan aktiviti berkenaan :

1. Merapatkan hubungan sesama guru.


2. Persediaan untuk pertandingan badminton semasa Hari Guru.


3. Menyihatkan badan.


4. Merehatkan minda dari bebanan kerja di Sekolah.


5. Salah satu aktiviti Kelab Keluarga.












Thursday, February 25, 2010

Sukan Tahunan kali ke 9 2010 SMK Pengkalan

Acara Sukan Tahunan kali ke 9 2010 SMK Pengkalan berlangsung hari ini.

Keputusan :

Johan : Hijau
Naib Johan : Kuning
Ketiga : Merah
Keempat : Biru

Tahniah kepada semua pemenang.

Bakal Juara


Sunday, January 24, 2010

Pemain No 1 dunia : Datuk Lee Chong Wei

Datuk Lee Chong Wei meraih kejayaaan keenamnya dalam Kejuaraan Terbuka Malaysia apabila menumpaskan pemain Thailand Ponsana Boonsak 21-13, 21-7 dalam masa 34 minit dalam pertandingan akhir di Stadium Putra Putra, Kompleks Sukan Bukit Jalil.
Syabas...

Saturday, January 23, 2010

Datuk Lee Chong Wei


Perlawanan separuh akhir badminton Terbuka Malaysia.

Datuk Lee Chong Wei mara ke Final badminton Terbuka Malaysia. Beliau mengalahkan Nguyen Tien Minh di peringkat separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Malaysia yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil.

Keputusan Rasmi :

PERSEORANGAN LELAKI:
Lee Chong Wei (MAS) kln Nguyen Tien Minh (VIE) 22-20, 21-11
Syabas..Malaysia boleh.