Wednesday, January 26, 2011

Sunday, January 23, 2011

‘Wanita Samseng’

“Mahligai perkahwinan kami dibina atas dasar suka sama suka. Lima tahun berkenalan membuatkan saya mengimpikan hidup bahagia dengannya. Sepanjang berkenalan hinggalah bertunang dalam tempoh itu, memang ada pergaduhan dan beberapa kali saya dimakinya, namun dia (isteri) meminta maaf dan berjanji untuk berubah.

Saya terima dia dengan hati terbuka dengan harapan dia berubah. Namun selepas bergelar suami isteri, dugaan demi dugaan menimpa saya. Hari bersanding dia sudah buat hal.Saya dan keluarga tiba lewat sedikitpun dia menengking. Rakan saya datang dari jauh mahu mengambil gambar bersama pun dia naik angin sambil berlalu dengan jelingan benci. Malu saya dengan rakan yang hadir.

Selepas sebulan hidup bersama, saya lihat perangainya semakin menjadi-jadi. Jika saya lambat mengangkat telefon atau membalas SMS, dia mengamuk. Bukan mengamuk biasa, tetapi sampai minta cerai.Walhal, saya bukan tidak menjawab panggilan atau SMS dihantarnya, tetapi lambat jawab kerana ketika itu bermesyuarat atau berbincang dengan majikan.Dia tuduh saya lambat jawab telefon atau SMS sebab ada perempuan lain. Atas sebab itu dia minta cerai.

Ikutkan hati saya nak ceraikan saja, tetapi saya masih waras dan sayangkannya.Saya buat tak tahu saja dan keluar rumah seketika bagi meredakan keadaan. Apabila pulang, saya pujuk dan sejukkan hatinya, OK lah dia sikit. Namun, perangai samsengnya tak berubah.Kalau marah, habis disumpah seranahnya saya. Perkataan seperti babi, bodoh, tolol, pergi jahanam dan pergi mampus sentiasa diungkapkan kepada saya.

Tak puas sumpah seranah menerusi mulut, dia SMS kepada saya.Bukan saja kepada saya, tetapi juga adik-beradik dan beberapa rakan saya. Malu saya dibuatnya. Antara SMS mengatakan saya jantan tak guna, menyesal kahwin dengan saya, jangan ingat anak dalam kandungan akan menjadi milik saya dan pergi jahanam.Saya cuba mengambil pendekatan tegas dengan menegur perbuatannya.

Apabila ditegur, dia sesuka hati keluar rumah. Pernah sekali dia hilang empat hari, katanya pergi kerja, tetapi rupa-rupanya balik kampung tanpa pengetahuan saya.Risaunya saya ketika itu hanya Allah SWT yang tahu. Saya risau sebab dia mengandung. Selepas itu baru saya sedar, ibu dan ayahnya kerap masuk campur dengan hal rumah tangganya. Saya menemui SMS daripada ibu mentua di dalam telefon bimbit isteri.

Mentua ‘mengajar’nya supaya meletakkan ‘air penawar’ di dalam makanan atau minuman saya supaya saya tunduk dengan isteri.Lebih menyedihkan saya, satu lagi SMS ditulis ibunya menuduh saya mencuri barangan isteri untuk dibuat ‘guna-guna’ supaya isteri tunduk kepada saya.Isteri saya bukan saja memusuhi saya tetapi keluarga saya. Sepanjang bergelar isteri kepada saya, dia tidak pernah berkunjung ke rumah mentuanya.

Pernah satu ketika ketika abang saya datang ke rumah saya, isteri memaki abang saya, antaranya dengan perkataan ‘kepala mak kau aku pijak’.Saya tidak tahu kenapa isteri membenci keluarga saya, padahal keluarga saya tidak mencampuri urusan kami. Memang abang ada beri nasihat, tetapi sekadar nasihat dan isteri tak boleh terima.Dalam tempoh hampir setahun perkahwinan, lebih 10 kali isteri meminta cerai dengan alasan remeh, tetapi saya bersabar.

Saya pernah membawanya berjumpa kaunselor, tetapi selepas tamat sesi kaunseling, saya dijadikan tempat meluahkan kemarahan.Habis ustaz yang memberi kaunselor itu dimakinya. Dia kata ustaz bodoh dan tak layak beri kaunseling. Saya pelawanya bertemu kaunselor sekali lagi, tetapi dia dengan tegas tidak mahu lagi mendapatkan kaunseling.Sikap samseng isteri bertambah buruk apabila pernah satu ketika dia menggunakan kaki untuk mengejutkan saya daripada tidur. Dua kali dia tolak badan saya dengan kaki saya diam, masuk kali ketiga saya tepis kakinya dan memarahinya.

Pernah juga kerana saya lewat menjawab panggilan telefon dan SMSnya, komputer riba syarikat yang saya gunakan dihempas sampai hancur. Dia SMS kepada saya: “Hahaha... aku dah pecahkan notebook (komputer riba) kau.”Paling mengecewakan saya, isteri pulang ke kampungnya untuk bersalin dan saya hanya diberitahu ketika isteri hampir bersalin. Kelam kabut jadinya apabila saya terpaksa tergesa-gesa pulang ke kampung isteri.Saya datang bersama abang kerana saya minta pertolongannya untuk bergilir-gilir memandu.

Apabila isteri melahirkan anak kami, saya mahu mengazankannya, tetapi mentua seperti tidak membenarkannya.Namun saya buat juga kerana bayi itu anak saya. Sedih saya dibuatnya apabila ibu mentua sengaja menunjukkan arah kiblat yang salah ketika saya mahu mengazankan anak saya.Seperti menidakkan zuriat saya kepada bayi itu, selepas saya mengazankan anak saya, dengan segera ayah mentua mengazankannya dengan kedudukan kiblat yang betul.Dalam keadaan selepas bersalin, isteri sekali lagi buat hal apabila menghantar SMS memaki hamun saya kerana membawa bersama abang saya, walhal abang saya tunggu di luar saja.

Saya dan keluarga saya dikatakannya sial... ibu bapa saya dikatakannya bodoh dan keluarga saya lebih teruk daripada kafir.Saya terus diketepikan isteri dan keluarganya. Saya tidak dialu-alukan bersama isteri. Ketika mendapat tahu anak saya ditempatkan di wad kerana demam kuning selepas pihak hospital menghubungi saya, cubaan saya untuk menghubungi isteri tidak berjaya.Telefon tidak diangkat, SMS tidak dibalas selepas beberapa hari. Satu ketika isteri membalas SMS, tetapi bukan memberitahu mengenai keadaan anak saya tetapi meminta memasukkan sejumlah wang ke dalam akaunnya.Bercerita mengenai wang, isteri kini menuntut wang daripada saya yang dikatakan sebagai hutang perkahwinan satu ketika dulu.

Walhal, ketika memberi wang berkenaan, kami berjanji ia adalah wang bersama, tetapi atas rasa tanggungjawab saya cuba juga membayarnya semula sedikit demi sedikit.Soal saya terpaksa menggunakan wangnya adalah atas kehendaknya. Saya merancang dan menyediakan untuk membuat kenduri kecil-kecilan di sebelah keluarga saya, tetapi dia mahu buat kenduri besar.

Saya tidak mahu kerana tidak cukup wang, tetapi dia memberi wangnya untuk merealisasikan kenduri yang diimpikannya. Saya akur, tetapi sekarang dia mula mengungkitnya semula.Hampir setahun berumah tangga, saya sudah memikirkan sedalam-dalamnya untuk berpisah dengan isteri. Apa guna saya terus bersabar kerana isteri terus membuat dan melayan saya seperti ‘kain buruk’.


Sumber: Harian Metro

Thursday, January 20, 2011

Wednesday, January 19, 2011

Nokia C6


Nokia C6 menggunakan sistem operasi yang berbeza yang menggunakan Symbian ^ 3 dan tidak dilengkapi dengan keyboard QWERTY. Nokia C6 mempunyai ciri-ciri kamera 8 megapiksel dengan autofocus dan dual LED flash, dan sokongan untuk merakam video HD 720p.

Nokia C6 juga dilengkapi dengan layar AMOLED 3.2 inch dengan penggunaan teknologi Clearblack Nokia yang menjanjikan secara signifikan meningkatkan paparan gambar dari siri sebelumnya.





Monday, January 17, 2011

TERKINI !!!! SEMAKAN KEPUTUSAN TEMUDUGA KPLI

KEPADA BAKAL-BAKAL GURU…SEMOGA BERJAYA….

SEMAKAN KEPUTUSAN TEMUDUGA KPLI AMBILAN JAN 2011 PADA 17 JAN 2011.

http://kpli.moe.gov.my/twr11/index.cfm

TARIKH LAPOR DIRI DI IPG PADA 24 JAN 2011.

Friday, January 14, 2011

Semakan Keputusan KPLI Ambilan 2011 (moe.gov.my)

Keputusan semakan KPLI ambilan Januari 2011 (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) akan diumumkan pada 17 Januari 2011 bersamaan hari Isnin ini.

Tarikh semakan keputusan KPLI ambilan bulan Januari : 17 Januari 2011
Lapor diri dan sesi pendaftaran : 24 Januari 2011.

Semakan KPLI ambilan Januari 2011 ini boleh pergi ke link ini :

Kepada yang tidak berjaya, boleh hantar surat rayuan dengan secepat mungkin. Dijangkakan, semua calon lelaki yang pergi temuduga KPLI Jqaf tempoh hari akan diterima, disebabkan calon lelaki yang memohon pun tak ramai.

Wednesday, January 12, 2011

Ranking Malaysia dalam FIFA

Kedudukan Malaysia dalam ranking dunia FIFA setakat Januari 2011.

Malaysia naik dua anak tangga dari kedudukan 144 ke kedudukan 142 pada bulan Januari 2011.
Kedudukan terbaik Malaysia adalah pada Ogos 1993 iaitu berada pada kedudukan ke 75.
Kedudukan terburuk Malaysia pada April 2008 iaitu pada tangga ke 170.

Tuesday, January 11, 2011

Anugerah FIFA 2010

Lionel Messi (Barcelona & Argentina), Pemain Terbaik Dunia FIFA 2010

Jurulatih Terbaik Dunia 2010, Jose Mourinho (Real Madrid)

Senarai pemain-pemain yang tersenarai dalam pasukan terbaik dunia 2010 :

* Penjaga Gol : Iker Casillas (Real Madrid & Spain)
* Pertahanan: Maicon (Inter Milan & Brazil), Gerard Pique (Barcelona & Spain), Lucio (Inter Milan & Brazil), Carles Puyol (Barcelona & Spain)
* Pemain Tengah: Andres Iniesta (Barcelona & Spain), Xavi (Barcelona & Spain), Wesley Sneijder (Inter Milan & Holland)
* Penyerang : Cristiano Ronaldo (Real Madrid & Portugal), David Villa (Barcelona & Spain), Lionel Messi (Barcelona & Argentina)

Monday, January 10, 2011

Anugerah Juara Lagu 25



Senarai pemenang Anugerah Juara Lagu 25 (AJL25)


Persembahan Terbaik: Hanyut, Faizal Tahir

Vokal Terbaik: Noktah Cinta, Hafiz AF

Tempat Ketiga AJL25: Noktah Cinta, Hafiz AF

Naib Juara AJL25; Drama King, Meet Uncle Hussain dan Black

Juara AJL25: Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali

Thursday, January 6, 2011

Perodua Myvi Facelift FL

Perodua Myvi Facelift akan mula dilancarkan sekitar suku pertama 2011 iaitu bulan April nanti.


Antara penambaikan bagi model Perodua Myvi Facelift FL ini ialah :

Perodua Myvi Facelift (FL) menggunakan enjin berkapasiti 1.5 liter

Perodua Myvi Facelift (FL) mengambil model asas atau kerangka MyVi sedia ada dengan mengekalkan ‘DNA’ modelnya dan Perodua juga ada membuat sedikit perubahan ke atas.



Tuesday, January 4, 2011

Luahan Pembantu Makmal

Sumber: Utusan

SAYA mewakili Pembantu Makmal Gred C17 yang bertugas di sekolah menengah ingin meluahkan rasa tidak puas hati mengenai beberapa perkara.

Kami menyahut seruan Perdana Menteri untuk tampil ke hadapan menyuarakan rasa dan memberikan pendapat supaya dapat memantap serta memperkasakan pendidikan terutamanya Sains di kalangan pelajar.

Pertama - mengenai masa bertugas. Pada waktu persekolahan kami bermula dari pukul 7 pagi sehingga 4 petang bagi satu sesi.

Setelah selesai pelajar dan guru menggunakan makmal, kami terpaksa pula membersihkan makmal dan selepas itu baru kami boleh rehat sejam untuk makan.

Cadangan - mengapa kami tidak boleh seperti jururawat yang boleh rehat waktu makan dan terus pulang ke rumah? Oleh itu, biarlah kami bertugas dari pukul 7 pagi hingga 3 petang selama lapan jam bertugas dan waktu makan selama sejam iaitu dari pukul 3 petang hingga 4 petang bagi sekolah satu sesi persekolahan.

Kedua - kami bertugas di makmal yang pada kebiasaannya terletak di belakang blok sekolah, jauh dari pejabat sekolah. Kami mendapat arahan daripada guru yang mengajar mata pelajaran Sains Teras dan Elektif.

Selain itu, kami juga menerima arahan Ketua Bidang Sains. Adalah janggal dan tidak adil prestasi kami dinilai oleh Ketua Pembantu Tadbir Gred N22 atau penolong-penolong kanan yang tidak pernah menjenguk kami bekerja dalam serba kekurangan dan persekitaran yang tidak kondusif, bahaya dengan bahan kimia dan peralatan yang boleh memudaratkan kesihatan.

Markah prestasi kami sering rendah berbanding pembantu tadbir yang bertugas dalam keadaan selesa, kondusif, ada pendingin hawa dan serba lengkap.

Cadangan - mengapa kami tidak dinilai oleh Ketua Panitia atau Ketua Bidang Sains yang lebih memahami bidang tugas kami? Selain itu, pembantu pengurusan murid boleh menyuarakan masalah mereka kepada Penolong Kanan Pendidikan Khas sedangkan masalah kami tiada siapa yang mahu mendengarnya.

Ketiga - bidang tugas yang berlainan memerlukan persefahaman semua pihak. Pada waktu cuti sekolah, kami dibebani dengan tugas perkeranian.

Pembantu tadbir kadang-kadang sengaja tidak membuat kerja mereka kerana tahu kerja tersebut akan dibuat oleh guru sandaran, guru baru, pembantu makmal dan pembantu pengurusan murid. Kerja hakiki kami sering terabai dan kerap ditegur oleh Ketua Bidang Sains apabila tugasan tidak siap.

Cadangan - kami perlu menghabiskan kerja hakiki dan tugasan di pejabat yang dilakukan oleh mereka yang dilantik menjalankan tugas di pejabat seperti ketua pembantu tadbir, pembantu tadbir dan pembantu am pejabat.

Keempat - bidang tugas kami berdepan risiko. Kami terpaksa mengurus selia perkakasan yang merbahaya dan bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan. Malah, kami terpaksa membayar lebih untuk membeli premium insurans kerana dalam Kumpulan Sokongan 2. Risiko kami lebih tinggi daripada guru dan pembantu tadbir.

Cadangan - Mengapa kami tidak dibayar elaun seperti pembantu tadbir kewangan, pembantu pengurusan murid, warden asrama dan juruteknik komputer. Oleh itu, perlu difikirkan untuk elaun risiko atau elaun kritikal.

Kelima - Pada masa ini kenaikan pangkat C17 ke C22 hanya diberikan kepada sekolah yang ada tingkatan enam aliran sains sahaja. Oleh itu, kami yang bertungkus-lumus menyiapkan bahan untuk memperkasakan pendidikan tidak mendapat habuan yang sewajarnya.

Jika prestasi pekerja Gred C17 boleh dinilai oleh ketua pembantu tadbir N22, mengapa jawatan pembantu makmal kanan C22 tidak boleh menilai N17? Mengapa kami C17 tidak boleh dinaikkan pangkat dan bertugas di pejabat sekolah dan mengarahkan pembantu tadbir membuat tugasan lain?

Cadangan - Bukalah peluang kenaikan pangkat seluas-luasnya kepada semua pembantu makmal Gred C17 di sekolah yang ada makmal sains supaya kami boleh naik pangkat sama seperti yang dinikmati oleh pembantu tadbir hingga ke N27.

Saya berharap luahan rasa ini mendapat perhatian semua pihak terutama Menteri Pelajaran, Ketua Pengarah Pelajaran, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam, Jabatan Pelajaran dan Pejabat Pelajaran Daerah.

Walaupun kami tidak mengajar, namun tanpa kami yang menyiapkan bahan, amali sains tidak dapat dijalankan dan akhirnya matlamat untuk mencapai status negara maju akan terhalang.

Terima kasih

PEMBANTU MAKMAL JOHOR TERSEPIT

Sunday, January 2, 2011

Gagasan 1 Malaysia


1 Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

"1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia."

Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak
Perdana Menteri Malaysia

Saturday, January 1, 2011

Majlis Perkahwinan Azza Rizal & Shima


Majlis Perkahwinan kembar penulis telah berlangsung pada hari ini. Penulis ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan Semoga Kekal Bahagia Hingga Anak Cucu.

Amin.