Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Wednesday, December 31, 2014

Harga Baru RON95 (RM1.91) RON97 (RM2.11) 1 Januari 2015

  • Harga petrol RON95 2015 : RM1.91 seliter
  • Harga baru petrol RON97 2015 : RM2.11 seliter
  • Harga baru minyak diesel RM2.20 2015 : RM1.93 seliter
Ulasan : Harap peniaga-peniaga menurunkan harga barang apabila harga minyak turun seperti mana harga barang naik bila harga minyak dinaikkan. Bukan harga barang sahaja perlu turun tetapi harga perkhidmatan lain juga harus turun selaras dengan penurunan harga minyak esok.

Tunggu dan lihat...


Tuesday, December 2, 2014

Ringgit Malaysia (US$1=RM3.42)

Ringgit Malaysia Terus Jatuh Teruk (US$1=RM3.42).

Kesan 

Negara terpaksa membayar beban hutang dengan kadar yang lebih tinggi, khususnya jika kerajaan berhutang ke luar negara.

Walaupun hutang negara tidak bertambah, ekoran kejatuhan nilai mata wang akan menyebabkan kerajaan membayar lebih tinggi kadar pinjaman, sekaligus menyebabkan beban hutang meningkat.

Kejatuhan nilai mata wang turut memberi kesan kepada industri import, di mana Malaysia banyak bergantung ke atas industri terbabit.

Malaysia banyak bergantung dengan import, khasnya makanan dan automotif. Apabila nilai jatuh, nilai import akan meningkat yang boleh menyebabkan inflasi. Apabila harga import meningkat, barangan import tersebut akan meningkat sekaligus kuasa membeli rakyat rendah kerana terpaksa membeli dengan harga yang lebih mahal.

Kesimpulan

Kejatuhan nilai mata wang Ringgit Malaysia menyebabkan kuasa beli menurun ekoran kenaikan harga barangan diimport khususnya makanan.

Suasana ekonomi itu berlaku apabila nilai mata wang negara mengecil berbanding mata wang asing sekali gus kemampuan berbelanja terjejas.

Kita mengalami masalah untuk mendapatkan barang pada harga sama sebelum kejatuhan nilai mata wang negara

Ini menyebabkan kemampuan membeli barangan itu semakin merosot.

Penurunan nilai mata wang itu juga menyebabkan barangan import seperti barangan keperluan turut mengalami peningkatan harga.




Thursday, July 11, 2013

Bonus 2 bulan setengah gaji 2013 ?

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua setengah bulan kepada seluruh penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, CUEPACS telah memohon secara rasmi mengenai perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari ini dan berharap permintaan ini akan dipertimbangkan.

“Melihat pada keadaan ekonomi semasa sekarang, pada kami permohonan pemberian bonus dua setengah bulan ini yang telah diputuskan semasa mesyuarat CUEPACS pada dua minggu lepas adalah sesuai,” kata beliau dalam sidang media di sini hari ini.

Omar berkata, pemberian bonus bukan sahaja khabar gembira buat 1.4 juta penjawat awam bahkan akan turut memberi kesan langsung kepada ekonomi negara apabila terdapat aliran tunai yang aktif di dalam negara.

“Namun begitu, saya berharap jika adanya pengumuman bonus kelak peniaga tidak akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang sesuka hati,” katanya.

Katanya, bersempena dengan kedatangan Ramadan dan menjelang sambutan Aidilfitri nanti semestinyalah penjawat awam mengharapkan bantuan dalam bentuk bonus daripada kerajaan bagi meringankan beban kewangan mereka. – BERNAMA

Monday, June 17, 2013

Friday, September 28, 2012

Bajet 2013


Tema Bajet 2013 : “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati”

Jumlah Bajet 2013 : RM251.6 bilion
Perbelanjaan Operasi Bajet 2013: RM201.9 bilion
Perbelanjaan Pembangunan Bajet 2013 : RM49.7 bilion

Maklumat Umum Pembentangan Bajet 2012 Malaysia

Pendapatan per kapita negara : RM31,000
Rizab antarabangsa : RM432.2 bilion.
Hasil kerajaan 2013 dijangka : RM208.6 bilion
Hasil kerajaan 2012 : RM207 bilion
Defisit kerajaan 2013 dijangka : 4 peratus berbanding 4.5 peratus pada 2012
Defisit kerajaan 2012 : 4.5%

Kandungan Penting Pembentangan Bajet 2013 Malaysia

Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.

Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.

Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.

Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

Dana Infra Nasional Bhd menerbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk membiayai pembangunan MRT.

RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.

Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan 

Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.

Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.
Industri halal

SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.

Pemberian insentif cukai bagi pelaburan dalam aktiviti penapisan produk petroleum dengan pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 10 tahun, pengecualian cukai pegangan dan duti setem.

Pemberian pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 3 tahun pertama pengendalian syarikat dagangan LNG.

Petani, nelayan & penjaja kecil
Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.

Memperkenalkan empat kawasan jelapang padi baru berkeluasan 19,000 hektar di Kota Belud, Batang Lupar, Rompi dan Pekan, dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik padi.

Sebanyak 55,000 nelayan diberikan bantuan RM200 sebulan dan skim insurans perlindungan dengan perlindungan maksimum hingga RM100,000.

Subsidi dan insentif pertanian sebanyak RM2.4 bilion diteruskan.

Memperkenalkan skim takaful pertanian sehingga RM13,000 kepada 172,000 pesawah.

Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.

Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.

RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.

Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.

Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.

Terbitan dua tawaran permulaan awam (IPO) terbesar di dunia melalui Felda Global Ventures Holdings (RM9.9 bilion) daqn IHH Health Berhad (RM6.3 bilion).

DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.

Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.

Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.

Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.

RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.

Seramai 125,708 anggota tentera diberikan insentif khas RM200 sebulan.

Elaun wataniah dinaikkan dari RM4 kepada RM7.8 sejam.

Seramai 224,000 pesara tentera tidak pencen mendapat bantuan one-off RM1,000.

Seramai 242,200 anggota polis dan tentera akan menerima insurans berkelompok kepada dengan had perlindungan RM15,000.

Pinjaman perumahan & pelatih praperkhidmatan

Pinjaman perumahan penjawat awam akan disusun semula, manfaat dan bantuan kekal 4 peratus.

Seramai 31,135 pelatih akan mendapat kenaikan elaun praperkhidmatan.

Unit Rondaan Bermotosikal dengan 1,000 motosikal di kawasan perumahan.

SPRM akan ditambah baik dengan penambahan 150 perjawatan (5,000 anggota).

Seramai 1.4 juta ahli Perkeso diberikan pemeriksaan percuma bernilai RM200 juta.

Diskaun separuh harga bayaran pasport kepada warga emas RM150 untuk lima tahun dan RM80 untuk dua tahun.

Sebanyak 40,000 tangki air akan dibekalkan di pedalaman Sabah-Sarawak.

Sebanyak RM100 juga diperuntukkan untuk menaik taraf 350 klinik kerajaan.

Pemeriksaan percuma mamogram untuk 100,000 wanita.

Rebat kepada belia (21-30 tahun) RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G.

Diskaun separuh harga tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan bawah RM3,000.

Had pendapatan Skim Rumah Pertamaku ditetapkan RM10,000 untuk suami-isteri dan RM5,000 untuk individu dengan nilai hartanah tidak lebih RM400,000.

Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M) RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bawah RM2,000.

Diskaun separuh harga tambang feri Sarawak-Labuan-Sabah.

Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah diteruskan.

Baucar buku RM250 kepada pelajar universiti diteruskan.

Pelepasan cukai SSPN dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000.

Pemberian diskaun 20 peratus kepada penyelesaian sekali gus pinjaman PTPTN (sehingga 30 September 2013).

Diskaun 10 peratus kepada pembayar PTPTN yang konsisten

Pemberian bonus sebulan setengah kepada penjawat awam



Sumber : Berita Semasa 




Wednesday, September 19, 2012

CUEPACS tuntut rumah lebih murah untuk penjawat awam

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini menuntut kerajaan agar memastikan pemaju bandar menyediakan kuota sebanyak 35 peratus untuk rumah mampu milik yang berharga RM150,000 untuk penjawat awam, di dalam Bajet 2013 yang akan dibentangkan minggu hadapan.

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, sementara rumah mampu milik terdapat di kawasan luar bandar, ia terlalu jauh untuk berulang-alik ke tempat kerja.

“Kita mahu kerajaan untuk mencadangkan polisi untuk memastikan 35 peratus dari perumahan di bandar bernilai RM60,000 hingga RM150,000 untuk dilaksanakan agar penjawat awam yang memperolehi pendapatan kurang dari RM3,000 untuk mudah ke tempat kerja,” kata Osman.

Dia juga menambah beberapa tuntutan seperti menggantikan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), selesaikan isu 45,000 hingga 60,000 penjawat awam kontrak dan penambahan elaun penambahan kos (COLA) yang pernah dibangkitkan dahulu.


Saturday, March 31, 2012

PANAS..Pekeliling Perkhidmatan SSM


Pengiraan Pemindahan Gaji

Caranya :

1.Pilih samada anda daripada daripada pecahan kumpulan yang berkaitan dengan anda
2.Masukkan gaji lama anda pada 31 Disember 2012. Dan akan tertera gaji baru anda (SSM) secara uatomatik selepas itu bermula 1 Januari 2012
3.Tahniah kami ucapkan

Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) – SSM

■KGT SSM baru sama macam seperti yang terkandung dalam SBPA. Tiada perubahan


■Berkaitan dengan kenaikan gaji tahunan (KGT), anda perlu menunggu surat kelulusan pergerakan gaji terlebih dahulu. Biasanya sekitar hujung bulan 5 atau awal bulan 6.

■Jikalau sudah dapat surat daripada jabatan, barulah boleh dapat gaji baru SSM untuk tangga gaji baru bersama-sama tunggakan kenaikan gaji tahunan (KGT)

■Berdasarkan maklumat yang diperolehi berdasarkan lampiran gaji, kenaikan gaji tahunan melibatkan gred 41 adalah sebanyak RM225. Maknanya kalau sebelum ini sudah bertahun-tahun, anda hanya menerima kenaikan gaji tahunan RM90 sahaja, kali ini ia melompat terus kepada RM225. Itu untuk DG41


■Apabila sudah menerima surat pengesahan daripada jabatan, barulah kirannya seperti ini :

■RM225 x dengan berapa bulan yang tertunggak. Contohnya : Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) Januari, tunggakan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) anda boleh dapat bulan 7

Pengiraan Gaji SSM Baru 2012 :

Gaji baru SSM 2012 = (Gaji 31 Disember 2011 x 13%) + Gaji pada 31 Disember 2011)
Seperti yang kami katakan sebelum ini, pada bulan April 2012 ini tunggakan 13% (selama 3 bulan) sekali dengan gaji baru SSM) anda

Merujuk semula kepada kenaikan gaji tahunan (KGT), ini bermakna pada bulan Julai kelak contohnya. anda akan memperolehi RM225 x 6 (Januari – Jun) + (RMgaji baru SSM 2012 + RM225 KGT)

Antara Butiran Penting Pekeliling Perkhidmatan SSM Bagi Kenaikan Gaji Baru Kakitangan Awam :

1. COLA kakitangan awam akan mula berkuatkuasa pada 1 April 2012. Ini bermakna tiada tunggakan melibatkan COLA. Pelarasan 13 % itu mungkin datang sekali dengan penambahan COLA
2. gaji minimum – maksimum bergantung kepada peringkat semasa SSM

Download Pekeliling Perkhidmatan (Gaji Baru SSM 2012)

Untuk mendapatkan pekeliling kenaikan ini, sila klik link di bawah ini dan download fail-fail yang terkandung di dalamnya :

PP 1/2012: Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia
PP 2/2012: Kenaikan Gaji Bagi Perkhidmatan Polis DiRaja Malaysia Di Bawah Sistem Saraan Malaysia
PP 3/2012: Kenaikan Kadar Bantuan Sara Hidup (COLA)


sumber : Beritasemasa

Thursday, March 22, 2012

Gaji SSM 2012 (Baru) & Tunggakan 3 Bulan Akan Mula Dibayar April

KSN menyatakan gaji SSM 2012 (baru) akan mula dibayar bermula bulan April ini.

Info :
■Contohnya: P1T2 Gred N17 (Gaji 31.12.2011) RM 870.29 x 13% = RM 983.43
■Jadi jumlah RM 983.43 adalah merupakan gaji yang akan dibayar pada bulan 4 nanti

Wednesday, March 7, 2012

NUTP RAYU LAKSANA SKIM KHAS

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) merayu kerajaan melaksanakan skim perkhidmatan khas untuk penyandang (KUP) iaitu kenaikan pangkat berdasarkan ‘time base’ membabitkan kira-kira 450,000 guru di negara ini seperti diumumkan kerajaan pada Bajet 2012.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata NUTP menyokong skim perkhidmatan itu yang dilihatnya laluan kerjaya terbaik untuk warga pendidik serta menjadi pemangkin kepada guru meningkatkan mutu kerja masing-masing. “Maksud ‘time base’ ialah cukup tempoh masa perkhidmatan dan guru itu akan mendapat kenaikan pangkat. Contohnya, mengikut sistem baru ini, guru siswazah gred DG44 yang berkhidmat lapan tahun akan naik pangkat untuk jawatan gred DG48 berbanding tempoh masa 10 tahun sebelum ini.“Bagi guru bukan siswazah gred DG29 yang turut berkhidmat lapan tahun, akan naik pangkat untuk jawatan gred DG32, jika sebelum ini seorang guru itu terpaksa menunggu 10 tahun untuk naik pangkat tetapi kini hanya lapan tahun saja.

“NUTP menyokong penuh penambahbaikan dilakukan kerajaan terhadap sistem ‘time base’ yang mula dilaksanakan sejak Sistem Saraan Malaysia (SSM) pada 2002,” katanya di sini, semalam.Hashim berkata, NUTP berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan berita baik pelaksanaannya seiring dengan pengumuman semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang bakal diumumkan keputusannya tidak lama lagi.

“Ke mana saja kepemimpinan tertinggi NUTP pergi dan turun padang, guru sering bertanya kepada kami mengenai KUP ini seperti diumumkan kerajaan tahun lalu, tanya kami bila ia dilaksanakan kerana beribu guru masih tidak berpeluang mendapat kenaikan pangkat.“NUTP amat berharap ketika kerajaan mengumumkan keputusan semakan semula SBPA, Perdana Menteri akan turut menyampaikan berita baik kepada warga pendidik di negara ini,” katanya.Sementara itu, Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng berkata, kesatuan itu turut mengirim telegram kepada Perdana Menteri, kelmarin merayu jasa baik pemimpin nombor satu negara supaya turut mengambil kira kebajikan golongan pendidik.

Monday, March 5, 2012

Perhimpunan penjawat awam bersama YAB Perdana Menteri Malaysia

Perhimpunan penjawat awam bersama YAB Perdana Menteri Malaysia akan diadakan pada:

Tarikh : 8 Mac 2012

Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Tempat : Dewan Perdana, Dewan A dan Dewan B Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Friday, March 2, 2012

Semakan Semula Gaji SBPA 2012 Dijangka Siap April 2012?

Berita terbaru SBPA Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin mengatakan semakan semula gaji SBPA 2012 hanya akan siap pada awal bulan April.

Cuepacs pula mengatakan Perdana Menteri akan mengumumkan keputusan semakan semula gaji SBPA pada 19 Mac 2012.

Apa yang PM mahu umumkan pada 19.3.2012 sedangkan SBPA hanya siap semakan pada awal April. ?????..

Thursday, February 23, 2012

Najib bakal buat pengumuman adil, saksama bagi SSM, SBPA

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijangka membuat pengumuman yang adil dan saksama berkaitan perkhidmatan awam, termasuk mengenai Skim Saraan Malaysia (SSM) dan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Perkara itu dinyatakan Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman selepas mengadakan pertemuan hampir dua jam dengan Perdana Menteri di pejabatnya di sini hari ini.

Perkara itu akan diumumkan dalam waktu terdekat dan dijangka memberikan keadilan dan kebaikan untuk semua penjawat awam.

SBPA :Cadangan Cuepacs : Kenaikan Gaji RM700 – RM2,500 Bagi Gred 1 – Gred 54

Antara Tuntutan & Cadangan Gaji SBPA Yang Dikemukakan Ialah :


Memberi kenaikan gaji di antara RM700 hingga RM2,500 melibatkan kakitangan awam Gred 1 hingga Gred 54.

Kenaikan gaji tersebut yang dituntut Cuepacs ini mesti dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM)

Selepas kenaikan gaji tersebut berjaya dilaksanakan barulah Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) boleh dibuat penambaikan

Kakitangan awam yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.

Contohnya kakitangan awam yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar tunggakan sebanyak RM500

Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji setimpal dengan usaha mereka selama ini.

Cadangan Gaji SBPA Cuepacs : Kenaikan Gaji

Gred 1 – 16 : Kenaikan gaji sebanyak RM700
Gred 17 – Gred 26 : Kenaikan gaji sebanyak RM1,000
Gred 27 – Gred 40 : Kenaikan gaji sebanyak RM1,500
Gred 41 – Gred 48 : Kenaikan gaji sebanyak RM1,800
Gred 52 – Gred 54 : Kenaikan gaji sebanyak RM2,500

Cadangan Gaji SBPA Cuepacs : Contoh Pengiraan

Gaji kakitangan awam gred 17 semasa dalam SSM : RM820
Selepas kenaikan gaji sebanyak RM1,000 : RM1800

Monday, January 30, 2012

ISU SBPA : 5 TUNTUTAN CUEPACS

Presiden CUEPACS beri kata dua tarik diri jika syarat tidak dipenuhi.

Kaji semula pindaan gaji Gred 54 ke bawah.
Kaji gaji penjawat awam mencapai gaji maksimum.
Kaji kekananan dalam SSM sebelum bertukar kepada SBPA.
Kaji kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus.
Semak penstrukturan semula semua gred penjawat awam.

Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengemukakan lima perkara utama untuk dipertimbangkan dalam semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dengan tumpuan kepada aspek keadilan dan kesaksamaan, terutama bagi penjawat awam gred 54 dan ke bawah.

Sunday, January 29, 2012

SBPA: Najib kata 3 bulan ... CUEPACS pula ancam tarik diri

Tidak puas hati dengan jumlah 'panel khas' dalam menyemak semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam(SBPA), Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengancam akan menarik diri daripada menganggotai pasukan petugas itu.

"Sekiranya tiga pegawai saya tidak dibenarkan untuk turut serta dalam mesyuarat itu saya akan tarik diri dari pasukan itu, kerana ia tidak adil bagi saya.

"Saya adalah wakil kepada 1.3 juta penjawat awam yang lain," katanya sambil menambah Cuepacs akan memberi penerangan kepada penjawat awam dalam siri jelajah April nanti.

Pada masa sekarang beliau menasihatkan semua penjawat awam supaya bersabar sehingga semuanya selesai.

SBPA yang sepatutnya dilaksana bulan ini ditangguhkan sementara bagi memberi peluang kepada pasukan petugas khas menyemak semula skim itu yang dikatakanpersatuan penjawat awam sebagai agak kurang adil serta mengelirukan.

Pasukan petugas khas itu yang ditubuhkan pertengahan bulan ini diberi masa tiga bulan untuk melakukan semakan dan mengemukakan cadangan baru kepada kerajaan.

Thursday, December 29, 2011

Beberapa Penambaikan Dalam Skim SBPA 2012 Termasuk Dasar Exit Policy & LNPT!!

Terma-terma Yang Lama SBPA JPA:


Kalau prestasi kakitangan awam di bawah 75 markah maka tak ada kenaikan gaji berlaku.Markah bagi pelaksanaan Dasar pemisah (exit Policy), mana-mana kakitangan awam yang gagal mencapai markah 70 akan dimasukkan dalam Dasar Pemisah.Terima opsyen SBPA atau SSM sehingga 31 Disember 2011



Terma-terma SBPA JPA 2012 Yang Terbaru :

Markah bagi Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) untuk kenaikan gaji dan markah pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) diselaraskan serta-merta. JPA bersetuju untuk menurunkan markah penilaian prestasi bagi kenaikan gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) daripada 75 kepada 65. Pelaksanaan Dasar Pemisah pula, markah diturunkan daripada 70 kepada 60 di mana tempohnya turut dilanjutkan daripada enam bulan kepada 12 bulan(Pengumuman pada 23 Disember 2011) JPA bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15 Jan depan. Wala Terma-terma Yang Lama SBPA JPA:

Kalau prestasi kakitangan awam di bawah 75 markah maka tak ada kenaikan gaji berlaku. Markah bagi pelaksanaan Dasar pemisah (exit Policy), mana-mana kakitanagn awam yang gagal mencapai markah 70 akan dimasukkan dalam Dasar PemisahTerima opsyen SBPA atau SSM sehingga 31 Disember 2011

Perbincangan Semula (SBPA JPA 2012) Antara Cuepacs VS JPA Di Masa Akan Datang?

Diadakan akhir Februari 2012
Isu gaji maksimum dan gred jawatan yang tertinggal

Monday, December 19, 2011

ISU SBPA PERLU DISELESAIKAN SEGERA

SBPA.. belum dilaksanakan sudah pun menjadi isu hangat. NFC yang tiada berkaitan dengan SBPA juga diungkit oleh pihak CUEPACS.


Kerajaan kena bijak menangani isu ini dengan secepat mungkin supaya isu ini dapat diredakan.


Sila baca dibawah ini :


Timbalan Presiden II Cuepacs Zainal Ismail berkata, pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini, sudah pun mencetuskan rasa tidak senang di semua lapisan perkhidmatan awam khususnya mereka dalam Kumpulan Pelaksana.

Kumpulan Pelaksana sebelum ini dikenali sebagai kakitangan Kumpulan Sokongan I dan II.

“Saya minta kerajaan jangan cetuskan perang, kakitangan awam ada 1.4 juta orang, saya berharap kerajaan jangan wujudkan pertikaian dengan melaksanakan SBPA,” kata beliau yang menimbulkan isu NFC, projek ternakan lembu yang dikaitkan dengan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Shahrizat Abdul Jalil, yang juga Ketua Wanita Umno, dalam ucapannya.

Kemudian ketika ditemui The Malaysian Insider, Zainal yang juga pemimpin kanan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia berkata, ramai beranggapan bahawa projek NFC yang menggunakan RM250 juta dana awam itu sebagai satu pembaziran.

“Mengapa RM250 juta boleh dibazirkan dalam projek lembu, kata nak keluarkan lembu dalam setahun dalam sekian-sekian jumlah, tetapi tak jadi, gagal,” soal beliau yang menyamakan mengapa kerajaan tidak boleh memberi manfaat lebih baik bagi kakitangan awam menerusi SBPA.

Masalah dan kegagalan projek NFC ditimbulkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.

“Kerajaan kata gunakan hampir RM3 bilion untuk melaksanakan SBPA, siapa rasai jumlah yang besar? (Difahamkan) seramai 36 penjawat Kumpulan Premier dapat bahagian peruntukan (dalam bentuk perubahan gaji) hampir RM200 juta, hanya sekitar RM300 juta bagi Kumpulan Pelaksana,” katanya lagi.

Rata-rata kesemua pemimpin yang bercakap pada perhimpunan petang ini melahirkan rasa tidak puas hati yang timbul khususnya berkaitan perubahan gaji di bawah SBPA.

SBPA menyediakan sistem gaji satu lapis berbanding tiga lapis sekarang.

Ketika membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perubahan gaji - kenaikan gaji antara tujuh dan 13 peratus.

Ia sebahagian daripada langkah menjadikan negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin Cuepacs mendakwa kenaikan gaji bagi kebanyakan kakitangan awam khususnya Kumpulan Pelaksana adalah kurang daripada tujuh peratus, yang turut menjadi harapan.

Satu slaid yang ditunjukkan kepada lebih 2,000 orang yang menghadiri perhimpunan hari ini menunjukkan penjawat kategori JUSA C menerima kenaikan hampir 45 peratus di peringkat permulaan gaji berbanding Sistem Saraan Malaysia (SSM).

SBPA akan menggantikan SSM.

Maklumat itu menunjukkan kategori Satu JUSA C menerima gaji permulaan RM$6,595 di bawah SSM dan akan dibayar RM$12,000 jika menerima SBPA, Kategori Dua (SSM RM$7,236; SBPA RM$12,645), Kategori Tiga (SSM RM$7,939; SBPA RM$13,345), Kategori Empat (SSM RM$8,710; SBPA RM$14,115) dan Kategori Lima (SSM RM$9,480; SBPA RM$14,885).

Cuepacs mahu membangkitkan lima poin komponen dalam SBPA semasa pertemuan dengan Najib minggu ini.

Dua poin utama ialah menangguhkan urusan penerimaan opsyen dan membatalkan dasar pemisah atau ‘exit policy.

Thursday, December 15, 2011

ISU PANAS : SBPA : CUEPACS BANTAH, ARAH STAF KERAJAAN TIDAK TANDATANGAN BORANG OPSYEN


Cuepacs hari ini mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan perdana menteri minggu depan.Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya bukan menolak SBPA tetapi membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan kurang penjelasan khususnya perubahan gaji.

“Kami memutuskan untuk membantah pelaksanaan opsyen SBPA, kita mahu jumpa perdana menteri pada 19 Disember ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Perlis.Seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa dua minggu mulai esok untuk menerima opsyen sistem SBPA.Azih berkata pihaknya akan menjelaskan kepada perdana menteri alasan-alasan pihaknya membantah pelaksanaan opsyen dan beberapa perkara lain yang berkaitan.“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adakan program jelajah, tetapi tidak memberikan penerangan dan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan SBPA, carta perubahan gaji tidak diberikan, tiada maklumat mengenai dasar pemisah atau exit policy.

“Kakitangan awam yang menghadiri taklimat diberi borang opsyen dan diminta tandatangan terus, walaupun tidak faham dan kurang maklumat,” kata beliau.Cuepacs mengadakan mesyuarat kongres di Kuala Perlis hari ini bagi membincangkan pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).Opsyen menerima SBPA akan dibuka mulai esok. Ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara lain berkaitan peratusan kenaikan gaji dan dasar pemisah atau ‘exit policy’.Pekeliling SBPA dikeluarkan 7 Disember lalu.Semalam, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, “(mesyuarat) kongres (di Kuala Perlis) khusus membincangkan SBPA kerana taklimat JPA kepada kami hanya menyentuh perkara dasar.

”Kami juga tiada maklumat tambahan selain pekeliling yang diedarkan,” katanya.Katanya, tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga terlalu singkat.“Pada pengetahuan kami tawaran JPA melalui SBPA seolah-olah penjawat awam tiada pilihan. Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan penuh tawaran tersebut tidak jelas,” kata Omar.Tambah beliau, hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke sembilan buah negeri sehingga hari ini ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka tidak memahami dengan jelas SBPA.Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, tambah beliau.

Wednesday, December 14, 2011

PANAS : CUEPACS BAKAL BUAT KEPUTUSAN PENTING ESOK MENGENAI SBPA

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan membuat keputusan esok sama ada menerima tawaran skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).Presidennya, Datuk Omar Osman berkata keputusan untuk menerima atau menolak SBPA akan diputuskan oleh 135 ahli persatuan gabungan Cuepacs dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak yang akan menghadiri kongres penuh di Hotel Brasmana, Kuala Perlis.
"Kongres ini khusus membincangkan SBPA kerana taklimat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada kami hanya menyentuh perkara dasar. Kami juga tiada maklumat tambahan selain pekeliling yang diedarkan," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada anggota-anggota Cuepacs negeri Kedah di sini, hari ini.Katanya tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga terlalu singkat.Beliau berkata Cuepacs meminta anggota-anggotanya tidak menandatangani surat tawaran JPA sehingga mereka berpuas hati dan memahami sepenuhnya SBPA.
"Pada pengetahuan kami tawaran JPA melalui SBPA seolah-olah penjawat awam tiada pilihan. Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan penuh tawaran tersebut tidak jelas," kata Omar.Katanya hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke sembilan buah negeri sehingga hari ini ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka tidak memahami dengan jelas SBPA.
Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, tambahnya.Omar berkata Cuepacs akan meminta JPA menyertainya dalam jelajah ke seluruh negara memberi penerangan kepada penjawat awam mengenai SBPA.Katanya keputusan penting lain termasuk meminta JPA melanjutkan tempoh menandatangani surat tawaran SBPA juga akan diputuskan esok.

TELITI TAWARAN SBPA

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggulangi gesaan supaya kakitangan awam tidak terburu-buru menandatangani surat tawaran skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, langkah itu perlu bagi memastikan kakitangan awam tidak teraniaya dengan tawaran SBPA."Kalau kakitangan awam terima surat tawaran SBPA dalam tempoh terdekat ini, mereka perlu membaca dengan teliti dalam tempoh dua minggu sebelum membuat keputusan," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Penerangan SBPA di Dewan Bandaran Ipoh di sini hari ini.Omar berkata, jika ada ketua jabatan yang membuat ugutan terhadap kakitangan awam utnuk memaksa mereka menandatangani tawaran SBPS, mereka boleh membuat aduan kepada CUEPACS.Kira-kira 1.4 juta kakitangan awam di seluruh negara akan diberikan tempoh dua minggu bermula 15 Disember ini untuk berfikir sebelum menandatangani tawaran SBPA.