Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah. Show all posts

Sunday, November 25, 2018

Jadual dan Tarikh Cuti Sekolah 2019 KPM

Kumpulan A : Sekolah-sekolah di negeri Kedah, Johor Kelantan dan Terengganu

\
Kumpulan B : Sekolah-sekolah di negeri perlis, pulau pinang, perak, selangor , negeri sembilan, melaka, pahang, sabah, sarawak, WP Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya


Monday, March 21, 2016

Fenomena El Nino: Semua sekolah di Kedah, Perlis diarah tutup Selasa dan Rabu

Semua sekolah di Kedah dan Perlis diarahkan tutup mulai esok dan Rabu ekoran cuaca panas melampau dan kering akibat fenomena El Nino sekarang.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam catatan di laman Facebook di sini hari ini berkata penutupan itu melibatkan pelajar di kawasan tersebut.

Guru-guru dikehendaki hadir bertugas seperti biasa.

Beliau turut berkata, tiada keperluan untuk pihak sekolah menggantikan kedua-dua hari cuti itu.

Jabatan Meteorologi sebelum ini mengumumkan suhu di Kedah dan Perlis adalah antara yang tertinggi di seluruh negara yang kini dilanda fenomena El Nino sehingga mencapai lebih 37 darjah selsius, terutama di Alor Setar.


Saturday, December 19, 2015

Tawaran Baharu kepada Pengetua 2014


Tn Hj Mohd Jasmi b Alias, AMP  Pengetua Cemerlang SMK Pengkalan  menerima Anugerah daripada Menteri Pendidikan. Beliau telah berjaya membawa SMK Pengkalan ke arah kejayaan yang tidak pernah dijangka oleh semua guru.

Kepimpinan beliau berjaya mengubah fikiran guru. Kita semua boleh berjaya dan berdiri sama tinggi dengan sekolah ternama. Tiada yang mustahil jika kita semua berusaha.

SAYA USAHA!
SAYA YAKIN! 
SAYA BERJAYA!
EXCELLENT

SYABAS Tn Hj Mohd Jasmi b Alias, AMP



Sunday, December 13, 2015

Koperasi SMK Pengkalan Ipoh Bhd



Sila datang seperti tarikh dan waktu yang telah ditetapkan.


Tuesday, November 10, 2015

Cuti sekolah 2016 kalendar takwim penggal persekolahan


KUMPULAN A : SEKOLAH DI KEDAH, JOHOR, KELANTAN DAN TERENGGANU

Cuti Pertengahan Penggal 1 
11 Mac hingga 19 Mac

Cuti Pertengahan Tahun 
27 Mei hingga 11 Jun 

Cuti Pertengahan Penggal 2 
9 September hingga 17 September 

Cuti Akhir tahun 
25 November hingga 31 Disember 2016


KUMPULAN B : SEKOLAH DI PERLIS, PULAU PINANG, PERAK, SELANGOR, NEGERI SEMBILAN, MELAKA, PAHANG, SABAH, SARAWAK, WP KUALA LUMPUR, LABUAN DAN PUTRAJAYA 

Cuti Pertengahan Penggal 1 
12 Mac hingga 20 Mac 

Cuti Pertengahan Tahun 
28 Mei hingga 12 Jun 

Cuti Pertengahan Penggal 2 
10 September hingga 18 September 

Cuti Akhir tahun 
26 November hingga 1 Januari 2017


Sunday, October 25, 2015

Cikgu Banyak Cuti...


Ramai org kata keje cikgu bnyk cuti.. jom buat kira2 mudah..


Tp cikgu..

2. Cuti pertengahan tahun dpt 10 hari..
3. Cuti pertengahan sem 2 dpt 5 hari..
4. Cuti akhir tahun dpt lbh kurang 30 hari..

Kena tolak..

2. Cikgu kena cuti lewat seminggu (kadang 2 minggu) slps cuti sek bermula.. tolak 5 hari..
3. Cikgu kena koko atau ldp atau aktiviti sek hari sabtu.. purata 2 kali sebulan.. darab 10 bulan.. tolak lg 20 hari..

Penjawat awam biasanya akan dpt 30 hari cuti tahun.. lbh 10 thn berkhidmat jd 35 hari.. yg 

boleh diambil pd bila2 waktu yg dia suka asalkan x ganggu tugas penting dan urgent..
1. Cuti pertengahan sem 1 dpt 5 hari..

Jumlah 50 hari.. wow.. bnyk tu.. nanti dulu..

1. Cikgu kena naik awal seminggu sblm naik sek.. tolak 5 hari..

Jumlah dh 30 hari.. so cuti cikgu cumalah 50 - 30 =20 hari..

Tu blm tolak lg kelas tambahan waktu cuti sek.. jaga periksa.. bawak students ke pertandingan.. sukan.. hari terbuka.. mesy pibg.. perkhemahan.. lawatan.. dsb..

SAPE KATA CIKGU BNYK CUTI???

Friday, October 16, 2015

TAHNIAH : SMK PENGKALAN BERJAYA MENDAPAT ANUGERAH BAYARAN INSENTIF TAWARAN BARU 2014

 Tn Hj Mohd Jasmi b Alias, AMP(Pengetua Cemerlang SMK Pengkalan) 
menerima Anugerah  Tawaran Baru daripada Menteri Pendidikan

Wednesday, March 25, 2015

Pengkalan...

Pengkalan..
Saya Usaha!
Saya Yakin!
Saya Berjaya!
Excellent!

Idea daripada Tn Hj Mohd Jasmi b Alias, AMP. Pengetua Cemerlang SMK Pengkalan.

Beliau berusaha untuk mengubah budaya sekolah agar pelajar-pelajar mempunyai jati diri,sayang dan bangga pada SMK Pengkalan.


Wednesday, January 7, 2015

Bantuan awal persekolahan 2015

Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia sebanyak RM100 yang diperuntukkan kepada 5.6 juta murid dan pelajar di seluruh negara boleh dituntut di sekolah masing-masing bermula hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, agihan bantuan tersebut dipercepatkan bagi meringankan beban ibu bapa terutama mangsa banjir untuk membuat persiapan sebelum sesi persekolahan bermula Ahad dan Isnin ini.

Beliau berkata, bagi sekolah yang masih tidak dapat digunakan akibat bencana alam itu, ibu bapa boleh membuat tuntutan di sekolah berhampiran yang ditetapkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah.

“Agihan bantuan RM100 kepada murid bermula hari ini, telah ada peruntukan, kita sudah bagi waran kepada Pengarah Pendidikan negeri maka RM100 boleh dituntut.



Wednesday, December 19, 2012

PMR 2012 : 30,474 calon dapat A keseluruhan mata pelajaran

Seramai 30,474 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) mendapat gred A bagi keseluruhan mata pelajaran, berkurangan sebanyak 3,797 atau 0.85 peratus berbanding 2011.

Bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran berkurang daripada 346 orang (0.08 peratus) pada tahun lalu kepada 241 orang (0.05 peratus) pada tahun ini.

Empat subjek utama iaitu bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam mencatatkan penurunan prestasi.

Saturday, December 15, 2012

Keputusan PMR 2012 Pada 19 Disember 2012


Semakan keputusan PMR 2012 boleh diambil di sekolah masing-masing pada 19 Disember 2012 selepas jam 10 pagi. Bagi kemudahan calon sejumlah 481,424 orang calon telah menduduki PMR 2012 di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara dan keluarga, semakan keputusan PMR juga boleh dibuat dengan menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS).


Semak Keputusan PMR 2012 Secara SMS

Taip PMR [angka giliran] dan hantar ke 15888
Contoh: PMR BC001A040 hantar ke 15888

Saturday, June 23, 2012

Belasah Guru

Seorang guru sebuah sekolah menengah di Chalok, Setiu, menerima lima jahitan di kepalanya apabila dibelasah seorang pelajar tingkatan lima yang berselisih faham dengannya, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, guru berusia dalam lingkungan 30-an itu dikatakan menegur pelajar berkenaan, menyebabkan remaja berkenaan berang dan bergegas pulang ke rumahnya sebelum mengambil sebatang cota.

Tidak lama kemudian, pelajar berusia 17 tahun terbabit kembali ke sekolah yang terletak kira-kira empat kilometer dari rumahnya bersama abangnya berusia 21 tahun dan seorang rakan abangnya berusia lingkungan 20-an.


Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Rohaizat Abd Ani, berkata pelajar itu kemudian terus memukul gurunya di bahagian kepala dengan cota berkenaan menyebabkan guru lelaki terbabit rebah dalam keadaan kepalanya berlumuran darah.

Beliau berkata, orang ramai termasuk pengawal keselamatan sekolah yang menyedari kejadian kemudian membantu meleraikan pergaduhan itu dan guru berkenaan dikejarkan ke Hospital Setiu.

“Akibat kecederaan itu, guru berkenaan menerima lima jahitan di kepala. Dia kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu pada petang kejadian.

“Susulan laporan itu, polis menahan pelajar bersama dua lelaki terbabit. Siasatan kita juga mendapati suspek bebas daripada pengaruh dadah atau rekod jenayah lampau,” katanya.

Rohaizat berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan ketiga-tiga suspek direman tiga hari bermula semalam.


Saturday, June 9, 2012

TINGKAH LAKU GURU PENGARUHI SIKAP PELAJAR

1. Tidak menyukai pelajar:-
Menyukai pelajar adalah rahsia untuk menjadi guru yang berkesan kerana pelajar adalah klien guru. Jika tiada klien ini, maka tiadalah guru. Guru perlu memikirkan mengenai kliennya iaitu pelajarnya. Guru yang menyukai pelajar boleh mengenali tingkah laku pelajarnya. Ini bererti menyukai profesion keguruan.

2. Tidak mengetahui atau mengenali pelajar:-
Memang tidak dapat dinafikan bahawa guru sukar untuk mengetahui nama dan rupa pelajarnya. Apatah lagi jika bilangan pelajarnya ramai. Namun, guru mesti berusaha untuk mengatasi perkara ini. Penggunaan tanda nama dapat membantu guru dalam masalah ini.

3. Melabel pelajar:-
Ada juga guru yang suka memberi gelaran kepada pelajarnya. Elakkan sama sekali memberi gelaran yang negatif. Guru juga perlu mengelakkan menggunakan perkataan yang kotor atau lucah semasa berinteraksi dengan pelajarnya.

4. Menyindir dan memperkecilkan pelajar:-
Guru yang sering menyindir dan memalukan pelajar di hadapan pelajar lain akan dibenci pelajar terbabit kerana tindakan itu akan menjatuhkan maruahnya.

5. Mendera pelajar secara keterlaluan:-
Walaupun peraturan sekolah menetapkan denda atau hukuman akan dikenakan atas pelanggarannya, namun jangan lakukan secara keterlaluan. Pelajar akan menjadi takut yang boleh mengakibatkan berlakunya ponteng sekolah dan membenci guru.

6. Pagar makan padi:-
Amanah yang dipikul guru adalah besar. Guru bukan sahaja mendidik tetapi juga menjaga maruah serta keselamatan pelajarnya. Kejadian sumbang seperti berkhalwat, mencabul dan menodai pelajar perlu dielakkan.

7. Terlalu garang:-
Guru yang terlalu garang menjadikan pelajar sentiasa gelisah dan takut. Ramalan-ramalan yang negatif dari pelajar akan berlaku apabila guru yang terlalu garang masuk ke dalan kelasnya untuk mengajar.

8. Pilih kasih:-
Layanan yang sama rata wajar diberikan oleh guru kepada pelajarnya. Jangan memberi layanan yang lebih semata-mata pelajar itu pandai atau rupa yang menarik. Pelajar yang kurang pandai juga perlu diberi bimbingan dan didikan.

Thursday, May 31, 2012

Guru Wanita Trauma Ingin Bunuh Diri Kerana Dicabul



Seorang guru wanita kini trauma dan mengalami tekanan perasaan serius sehingga mahu membunuh diri selepas mendakwa mengalami gangguan seksual serta dicabul guru lelaki di sekolahnya di sekitar Bangsar, di sini.Gangguan seksual itu didakwa berlarutan sejak lebih tiga tahun lalu dan guru lelaki berusia 50-an yang bercucu itu pernah meluahkan perasaan cinta kepada mangsa.

Guru berkenaan yang mahu dikenali sebagai Ayu, 32, berkata, kemuncak gangguan itu ialah pada 30 April lalu apabila guru lelaki terbabit memegang kemaluannya selepas sering menghantar SMS lucah kepadanya.

“Saya mengalami tekanan seperti mahu membunuh diri. Tiada siapa yang menghulurkan tangan membantu menyelesaikan masalah, sebaliknya menuding jari kepada saya seperti saya pula yang bersalah.

“Sedangkan lelaki yang melakukan pencabulan ke atas saya tidak dikenakan sebarang tindakan. Setiap hari di sekolah saya perlu berdepan dengan lelaki miang itu menyebabkan saya mengalami tekanan perasaan teruk,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Wednesday, May 16, 2012

24,053 guru lepasan ijazah, diploma naik pangkat

Seramai 24,053 guru lepasan ijazah dan diploma di seluruh negara yang memenuhi syarat tempoh perkhidmatan akan dinaikkan pangkat berkuat kuasa 1 Jun hingga 31 Disember ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan perkara itu berkata, ia melibatkan 8,222 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Siswazah dan 15,831 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma.

Saturday, March 24, 2012

20 Top Ranking SBP SPM 2011

Ranking SBP SPM 2011

1 KOLEJ TUNKU KURSHIAH 0.9232
2 SEKOLAH TUN FATIMAH 0.9393
3 SEKOLAH SERI PUTERI 0.98424
4 SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH 1.11835
5 SMS Tuanku Munawir 1.186
6 SBP INTEGRASI GOMBAK 1.2267
7 SM SAINS REMBAU 1.30068
8 KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH 1.35539
9 SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN 1.372510
10 SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK 1.379311
11 SM SAINS ALAM SHAH 1.4412
12 SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU 1.450813
13 THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR 1.457914
14 SM SAINS SULTAN MAHMUD 1.472415 S
15 SM SAINS MUZAFFAR SYAH 1.510916
16 SBP INTEGRASI RAWANG 1.528117
17 SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA 1.528718
18 SM SAINS JOHOR 1.549119
19 SM SAINS KUALA SELANGOR 1.56920
20 SM SAINS SELANGOR 1.592721

Wednesday, March 21, 2012

Keputusan SPM: Indeks gred purata bertambah baik

Pencapaian keseluruhan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 bertambah baik dengan indeks Gred Purata Nasional (GPN), 5.04 berbanding 5.19 pada tahun sebelumnya.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud berkata, sejak 2007 hingga 2011 nilai GPN pada setiap tahun memperlihatkan peningkatan pencapaian calon secara berterusan.

Seramai 506 calon sekolah Kementerian Pelajaran telah berjaya memperoleh gred Cemerlang Tertinggi (A ) bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 363 pada 2010.

Bagi calon selain dari sekolah kementerian pula, seramai 53 pelajar telah berjaya memperoleh gred A bagi semua pelajaran berbanding 40 pada 2010.

Saturday, February 18, 2012

Guru Tidak Akan Naik Pangkat Secara Automatik, Kata Muhyiddin

Kenaikan pangkat guru-guru tidak akan berlaku secara automatik sebaliknya mereka harus melalui proses temuduga dan sebagainya, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kaedah kenaikan pangkat guru terbabit akan diputuskan setelah perbincangan antara Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan kerajaan selesai kelak.

"Berkaitan soal kebajikan guru kita sudah ambil kira. Tetapi apapun, keputusan muktamad belum tercapai kerana urusan ini telah kita bawakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam disamping perbincangan di peringkat wakil-wakil kesatuan dan CUEPACS, katanya pada pemberita selepas menghadiri majlis kenduri rakyat 1Malaysia di Kampung Permatang Tepi, Simpang Empat, dekat sini, Sabtu.

Katanya, isu kenaikan pangkat itu bagaimanapun dijangka selesai dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar yang memetik sebanyak 15,000 guru lepasan ijazah yang belum menerima kenaikan gred akan menikmatinya sebaik semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diselesaikan April ini.

sumber : BERNAMA: 18 Februari 2012

Thursday, February 2, 2012

Kesatuan guru bantah PTD isi jawatan penolong kanan

Menafikan peluang kenaikan pangkat cikgu

KESATUAN guru membantah klausa khas sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang membuka peluang kepada Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) membolot jawatan Penolong Kanan di sekolah menengah.

Jika PTD dibenarkan mengisi jawatan berkenaan, dikhuatiri sebanyak 2,282 jawatan Penolong Kanan pada Gred DG48 akan diisi PTD sekali gus menafikan peluang kenaikan pangkat guru.
Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) melihat kemasukan PTD khas untuk memegang jawatan Penolong Kanan (Pentadbiran) tidak akan menyelesaikan isu pengurusan sekolah yang dikatakan tidak profesional.

Pengerusi KGMMB Cawangan Terengganu, Abdullah Mamat, berkata ketika ini guru pada Gred DG44 yang dilantik sebagai Penolong Kanan (DG48) menguruskan hal ehwal kewangan (pentadbiran) dan juga akademik.

“Penolong Kanan sekarang menjaga dua bahagian pengurusan dan banyak tugas perlu diselesaikan hingga didakwa PTD sebagai tidak profesional.

“Jika PTD memasuki sekolah dengan hanya menjaga bahagian pentadbiran atau kewangan, guru pun boleh melakukan tugas ini kerana sekarang pun mereka sudah menjalankan dua tugas sekali gus.
“Lebih baik Kementerian Pelajaran membuka dua jawatan Penolong Kanan kepada guru, satu untuk pentadbiran dan satu lagi untuk akademik supaya pengurusan lebih kemas,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sementara itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) meminta warga pendidikan bersifat terbuka dengan langkah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membuka jawatan di sekolah dan institusi lain di bawah Kementerian Pelajaran untuk pegawai daripada skim bukan pendidikan.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata pelantikan pegawai bukan skim pendidikan bertujuan menggunakan kepakaran mereka bagi penambahbaikan sistem penyampaian di sekolah dan institusi lain seperti institut pendidikan guru atau Pejabat Pelajaran Daerah.

Beliau berkata, ketika ini, PTD sudah diterima di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dengan memegang jawatan Ketua Sektor (Pengurusan).

“Ini strategi lautan biru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memaksimumkan kepakaran pegawai jabatan lain dengan diminta bertugas di jabatan baru yang bukan secara tradisinya tempat mereka bertugas.

“Pada masa sama, kita berharap pegawai kanan Kementerian Pelajaran daripada skim pendidikan (DG) juga diterima bertugas di kementerian lain jika ada keperluan berbuat demikian,” katanya.

Namun, Hashim berkata, PTD yang sudah ditempatkan di JPN atau Kementerian Pelajaran perlu membuktikan mereka mahu memudahkan urusan guru, bukan sebaliknya.

Beliau berkata, KPPK menerima banyak aduan daripada guru bahawa PTD di Bahagian Kewangan enggan meluluskan tuntutan guru yang bergerak ke luar daerah.
Keengganan itu katanya dengan alasan guru berkenaan sepatutnya bertugas di dalam daerah penempatan masing-masing sedangkan guru berkenaan perlu menjalankan tugas rasmi.

info : Berita Harian Online

Thursday, January 19, 2012

Pelajar dakwa dipukul guru hingga pengsan

"Kami berkelahi tetapi mengapa cikgu masuk campur dan pukul kami berdua sehingga saya cedera teruk."

Demikian luah seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib, Jalan Changkat Jong di sini yang mendakwa dia dipukul sehingga pengsan oleh seorang guru sekolah tersebut semalam.

Pelajar berkenaan, Muhamad Ziqril Hakin Mohd. Farol, 14, mendakwa, kejadian berlaku pada pukul 12.30 tengah hari ketika dia sedang bergaduh dengan seorang pelajar di sekolah tersebut.

"Saya terkejut kerana guru itu menerpa datang dan memukul kami berdua dengan tangannya. Saya dipukul sebanyak tiga kali di muka dan sekali di leher sehingga menyebabkan saya terjatuh.

"Saya tidak ingat apa-apa lagi selepas itu dan sedar-sedar saya sudah terbaring di atas katil di hospital. Saya cuma rasa sakit di tengkuk dan kepala saya," ceritanya ketika ditemui di Hospital Teluk Intan di sini semalam.

Kosmo Online: 18 Januari 2012

SIASAT DULU SEBELUM SALAHKAN GURU