Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Monday, February 7, 2011

Tips rumahtangga bahagia


1.Sentiasa bersyukur

Banyakkan bersyukur pada Allah dan terima pasangan kita seadanya. Bukankah Allah pernah berjanji pada hamba-Nya, jikalau kamu bersyukur akan Aku tambah nikmat-Ku.

2.Kawal emosi dan bermujahadah

Bersabarlah, jangan sakiti hati pasangan dan jangan berdendam, kerana walaupun semasa bergaduh rasa menang tetapi hakikatnya dua-dua kalah (rugi). Rumahtangga yang menjadi mangsa. Zip mulut dengan memperbanyakkan zikir, baca quran dan jangan buang masa dengan perkara-perkara yang melalaikan. Sentiasa baik sangka dengan pasangan.

3.Muhasabah diri

Selalu minta ampun dengan Allah kerana kita hamba-Nya yang lemah tak akan pernah lepas dari membuat kesilapan. Kenali hati budi pasangan, jadilah orang yang suka memaafkan dan meminta maaf. (indah bukan?) Jangan rasa rugi atau malu jika kita (terutama suami) meminta maaf terlebih dahulu.

Saturday, January 1, 2011

Majlis Perkahwinan Azza Rizal & Shima


Majlis Perkahwinan kembar penulis telah berlangsung pada hari ini. Penulis ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan Semoga Kekal Bahagia Hingga Anak Cucu.

Amin.

Friday, December 31, 2010

Majlis Pernikahan antara Azza Rizal & Shima

Sedang mendengar Tuan Kadi memberi penerangan mengenai kehidupan suami isteri.
Bersiap sedia untuk diakad nikah. Hanya sekali lafaz. Shima menjadi milik Azza Rizal selamanya. Tahniah.

Doa kesyukuran.

Akhirnya...kembar penulis telah bergelar suami. Esok akan diadakan majlis perkahwinan di rumah pengantin perempuan. Manakala pada 8.1.2011 majlis perkahwinan sebelah lelaki akan berlangsung.

Selamat Pengantin Baru dan Semoga Kekal Hingga Akhir Hayat.



Wednesday, June 16, 2010

Trip ke Sarawak 2010




Percutian 4H 3M ke Kuching Sarawak bermula 12.6.2010 hingga 15.6.2010 memang menyeronokkan. Kami tinggal di Nadin Homestay. Selesa tinggal disini.

Tempat yang sempat dilawati :

1. Waterfront
2. Pasar Malam Satok
3. Serikin
4. Muzium Kucing, Muzium Sarawak
5. Menara Kuching
6. Jong Crocodile Farm
7. Kilang Pasu
8. Kilang Kek Lapis
9. Main Bazar

Banyak lagi tempat yang tidak dapat dilawati kerana kekangan masa. Kesimpulannya lawatan kali ini memang best dan berbaloi.

Sunday, April 25, 2010

Amir & Awin



Perkahwinan Amir dan Awin berlangsung di Dewan MBSA Selangor pada 25.4.2010. Penulis berkesempatan menghadiri kenduri kahwin ini. ( Sedara sebelah isteri ).
Tahniah. Semoga kekal hingga akhir hayat.

Tuesday, April 6, 2010

Boboy

Adik bongsu penulis...Boboy atau Azza Farid sedang menjalani Program Latihan Khidmat Negara di Kem Bukit Mertajam selama 3 bulan.


Sunday, April 4, 2010

Sukaneka Tadika Qistina Iman









Hari Keluarga dan Sukaneka Tadika Qistina Iman berlangsung hari ini pada pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tgh di padang SAR Taman Pinji Mewah Ipoh Perak.
Tahniah kepada pengurusan Tadika kerana telah berjaya menganjurkan Sukaneka kali ke 10.


Saturday, April 3, 2010

Perkelahan di Teluk Batik

Tayar pancit...susah nak tukar tayar...inilah kali pertama penulis menukar tayar kereta. Kereta sebelum ini tiada masalah.
Sebelum mandi laut.




Selepas mandi laut.
Betapa gembiranya anak anak dapat mandi laut disini. Gambar sedang mandi tiada kerana sedang leka bermain air.
Seronok mandi disini. Cuma air laut kelihatan agak kotor. Tidak sejernih 20 tahun dulu.

Friday, January 15, 2010

Keluarga AF


Keluarga AF.
Sudah lama penulis tidak menggunakan photoshop. Sudah lupa....Dulu mahir juga. Bila lama tinggal sudah rasa kekok menggunakannya. Jadi amatur balik lah kiranya penulis ini.
Tidak mengapa...penulis akan cuba lagi. Berusaha sehingga dapat balik skill yang hilang itu.

Sunday, January 10, 2010

Laptop Dell Inspiron 1440







Semalam hari sabtu saya dan isteri pergi ke PC Fair 2010 di Stadium Indera Mulia Ipoh. Tujuan pergi ke sana untuk melihat gajet terbaru PC yang terdapat dipasaran. Ramai sungguh manusia berada disini.

Penulis memang suka bab bab komputer ini. Peminat setialah katakan berkaitan barang barang komputer. Penulis ke sana dengan satu tujuan....mendapatkan sebuah laptop yang sesuai dengan bajet yg ada. Pilihan penulis pada kali ini adalah DELL INSPIRON 1440 berharga RM1799. Cantik laptop ini. Yg bestnya..windows 7 original...ada cd dibekalkan untuk itu..Cd driver pun diberi..senang kalau masalah kemudian hari..
Penulis juga suka dengan barang free yang diberikan sebanyak 20 jenis...banyak...
Kesimpulannya...memang berbaloi dengan nilai wang yang dilaburkan...



Sunday, January 3, 2010

Eco Park

Isteri dan anak
Penulis bersama anak


Ikan yang terdapat di Eco Park



Permandangan Indah

Orang ramai melihat ikan







Pada waktu petang penulis mengambil kesempatan untuk pergi beriadah ke Eco Park di Bandar Seri Botani. Bandar Botani ini adalah bandar terancang di Ipoh. Taman ini kepunyaan Taiko.

Ramai orang berkunjung disini. Keindahan alam terserlah di sini...nyamannya..terasa indahnya ciptaan tuhan.

Ada yang memberi ikan makan, ada yang main layang-layang, ada yang berjoging dan sebagainya.
Taman ini hanya dibuka sementara untuk pengunjung luar. Bila kawasan perumahan mewah Banglo dan Semi D siap dibina, taman ini akan ditutup untuk orang ramai. Penulis dimaklumkan bahawa taman ini akan menjadi milik khas pembeli banglo mewah dan semi d sahaja.
Agak merugikan..kawasan secantik ini hanya sementara.



Sunday, December 27, 2009

Majlis Pertunangan Azza Rizal & Shima

Sebahagian rombongan meminang.
Sedap..
Azza Rizal melihat hantaran sebelah perempuan(23 dulang)


Sebahagian hantaran balas sebelas perempuan


Saat mendebarkan....Bakal mertua menyarungkan cincin pertunangan kepada bakal menantu(Shima)



Perbincangan mesra antara dua keluarga...





Rombongan meminang.





Sebahagian hantaran sebelah lelaki. Kesemuanya berjumlah 17.


Ipoh-26.12.2009(Sabtu).


Hari bersejarah buat Azza Rizal & Shima. Majlis Pertunangan telah berlangsung dalam keadaan mesra dan harmoni. Ikatan telah terjalin..janji dimeterai..


Akhirnya..adikku bertunang juga..Lama juga menunggu..Saya dapat melihat kegembiraan Azza Rizal. Ej..ej...lama juga saya melihat dia merancang majlis ini.


Kepada Azza Rizal & Shima. Selamat Bertunang dan Moga perhubungan berakhir dijinjang pelamin. Amin.