Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts

Wednesday, June 1, 2011

Tuesday, May 31, 2011

Lawatan ke Hadyai dan Songkla Thailand






Kelab Keluarga SMK Pengkalan telah menganjurkan lawatan ke Hadyai dan Songkla Thailand pada 28.5.2011 hingga 30.5.2011. Banyak tempat menarik yang sempat kami lawati.




Seronok dapat bercuti di hadyai dan pengalaman sebagai Penganjur Program amat berharga.







Sunday, February 6, 2011

Kesesakan Teruk di Lebuh Raya PLUS

Gambar sekadar hiasan.

Sempena Cuti CNY penulis balik bercuti di rumah mertua di Kampung Kubang Palas Kuala Nerang Kedah. Semalam penulis bertolak dari Kedah balik ke Ipoh Perak. Bertolak pukul 4.30 petang dan sampai ke Ipoh pada pukul 1.15 pagi.


Letih. Keadaan di PLUS amat teruk. Kenderaan bergerak amat perlahan.
Kesesakan terbahagi kepada 3 peringkat:
1. Sg Petani ke Tol Sg Dua
2. Tol Sg Dua ke Juru
3. Bukit Gantang ke Sg Perak.


Setiap kali CNY keadaan sesak berlaku. Letih dan lenguh badan dibuatnya. Nasib baik kereta auto. Kalau manual lagi peritlah.


Penulis berharap agar pihak PLUS mengatasi masalah sesak teruk di lebuhraya. Kalau tak mampu nak buat, penulis cadangkan agar bayaran tol dibayar separuh sebab pengguna gunakan lebuhraya untuk elakkan kesesakan lalulintas.

Untuk lebih baik, bayaran tol percuma sempena musim perayaan. Ini dapat melancarkan aliran trafik.Berhenti di kawasan rehat R & R Semanggol untuk makan. Kereta dan manusia terlalu ramai. Sesak. Penulis makan di KFC Semanggol dan terpaksa beratur 1 jam untuk mendapatkan makanan. Betapa ramainya orang.


Letih, penat dan kelaparan. Persoalan : Kenapalah bila musim perayaan selalu berlaku mcm ini. Pihak PLUS diharap tidak menggunakan alasan kereta bertambah di masa perayaan. Cuba fikirkan cara untuk mengurangkan kesesakan.


Sunday, December 20, 2009

Kesesakan Teruk di Lebuh Raya Utara Selatan













Gurun-18.12.2009.

Saya mengambil kesempatan cuti awal muharam untuk balik ke kedah..Bertolak 2.45 ptg dari Ipoh dan sampai ke Gurun lebih kurang pukul 5.20 ptg. Saya hendak berehat di R&R gurun di Lebuh Raya Utara Selatan, malangnya...saya hampir sekali tidak boleh memasuki kawasan rehat berkenaan. Ini berpunya daripada kesesakan yang amat luar biasa sekali. Kereta tidak bergerak langsung.

Keadaan diluar hujan...saya batalkan niat untuk singgah ke kawasan rehat...malangnya..kenderaan terlalu banyak sekali..sehinggakan lebuh raya utara selatan lumpuh..kereta tidak bergerak...rupa-rupanya berlaku kemalangan 10km dihadapan kawasan rehat Gurun...bayangkan....dari tol juru hingga kawasan rehat gurun...jem....


Saya berhentikan enjin kereta pada pukul 5.30 ptg. Pukul 7.00 mlm baru kereta mula bergerak tetapi amat perlahan sekali. Keadaan macam ini amat memenatkan..melihat banyak kereta tersadai ditepi jalan akibat enjin terlalu panas....

Hati pun terasa geram...rasanya ikut jalan lama pun tidak akan berlaku kesesakan seteruk mcm itu..Jem berlaku tepat pukul 4.00 ptg dan berakhir pukul 7 mlm...Bayangkan...betapa seksanya..

Pihak PLUS kena melakukan sesuatu supaya kesesakan tidak seburuk di Gurun...

Tahun baru disambut dgn kesesakan dilebuhraya...hmmm...