Friday, October 26, 2012
Sunday, October 21, 2012
Ibuku Seorang Pembohong
Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.
Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.
Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar." PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.
Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan waktu senangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.
Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.
Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.
Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.
Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit" PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.
Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.
Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." . PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu. -iluvislam
(Koleksi: Hamzah Mohd Taib, Institut Aminuddin Baki)
Sunday, October 14, 2012
Kelebihan Samsung Galaxy S III
Galaxy S3 dipek dengan ciri-ciri pintar yang membolehkan ia memahami dan bertindak balas kepada tindakan kita (bunyinya macam kenal!) seterusnya memberikan pengalaman mudah alih yang paling lancar, semula jadi dan berorientasikan sifat manusia.
Kelebihan :
Reka bentuk - Dari segi reka bentuk, S3 memang agak ringan - 133g dan tahap kenipisannya memang munasabah iaitu 8.6mm. Samsung mendakwa ia telah direka untuk mengoptimumkan cengkaman pegangan kita supaya tidak mudah jatuh dan lancar ketika menaip.
Kapasiti penyimpanan - Galaxy S3 menawarkan pilihan penyimpanan 16GB dan 32GB dengan Samsung menjanjikan versi 64GB akan boleh didapati tidak lama lagi. Telefon ini menyokong slot microSD, yang tidak dimiliki telefon lain seperti iPhone 4S dan HTC One X.
Sistem Operasi — Galaxy S3 akan disetkan pada Android 4.0 (Ice Cream Sandwich) yang dilaporkan menawarkan teknologi intuitif bagi menyampaikan pengalaman mudah alih peribadi yang unik. Betul, setakat, ICS menawarkan kepakaran tinggi dari aspek antaramuka dan penggunaan lancar, sesuai untuk pelbagai tugas yang kita alami seharian.
Komunikasi Jarak Dekat (NFC) - Galaxy S3 mempunyai teknologi NFC yang membolehkan transaksi tanpa tunai dan pemindahan data dengan hanya menyentuh dua peranti secara serasi bersama. Ia belum diperkenalkan dengan meluas di negara ini tapi lama-kelamaan ia pasti tiba dalam masa terdekat.
S Voice - Galaxy S3 mempunyai suara yang diaktifkan sebagai pembantu peribadi (menyamai fungsi Siri pada iPhone 4s) — suara tersebut digelar S - Antaramuka pengguna bahasa yang maju direka seakan semulajadi tersebut boleh menjawab atau menolak panggilan dan boleh memberitahu keadaan kamera semasa proses rakaman dilakukan. Di samping itu, ia lebih dari mampu untuk menghantar mesej dan e-mel dan menetapkan jadual menggunakan suara saja.
Ciri-ciri tambahan - Panggilan terus, Isyarat Pintar, S Beam, Cast AllShare, AllShare Play dan rakaman Burst pada kameranya ditonjolkan dengan ketara dan sememangnya menjadi aspek penting bagi ICS.
Mengecas secara wayarles - Galaxy S3 mempunyai teknologi pengecastanpa wayar yang direka berdasarkan pengecas induktif. Letak saja telefon anda, ia akan mengecas menerusi platform khusus.
Wednesday, October 10, 2012
Monday, October 1, 2012
Laptop dengan OS Windows 8
Jangka hayat sebuah laptop selalunya 2 tahun lebih...masuk tahun ke 3 , macam macam masalah pasti timbul. Laptop saya berjenama compaq sudah berusia lebih 2 tahun. Dari segi teknologi memang jauh ketinggalan kebelakang.
Gajet terbaru dalam pemikiran saya adalah sebuah laptop yang menggunakan sistem operasi windows 8.
Tahun 2011 samsung galaxy tab tab10.1
Tahun 2012 samsung galaxy s3
Tahun 2013 Sebuah laptop jenama Dell ?
Tunggu...
Gajet terbaru dalam pemikiran saya adalah sebuah laptop yang menggunakan sistem operasi windows 8.
Tahun 2011 samsung galaxy tab tab10.1
Tahun 2012 samsung galaxy s3
Tahun 2013 Sebuah laptop jenama Dell ?
Tunggu...
Subscribe to:
Posts (Atom)