Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan Aidilfitri kepada penjawat awam.
Pemberian bantuan itu melibatkan penjawat awam Gred 1 hingga 54. Para pesara pula akan menerima bantuan RM250.
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua setengah bulan kepada seluruh penjawat awam tahun ini.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, CUEPACS telah memohon secara rasmi mengenai perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari ini dan berharap permintaan ini akan dipertimbangkan.
“Melihat pada keadaan ekonomi semasa sekarang, pada kami permohonan pemberian bonus dua setengah bulan ini yang telah diputuskan semasa mesyuarat CUEPACS pada dua minggu lepas adalah sesuai,” kata beliau dalam sidang media di sini hari ini.
Omar berkata, pemberian bonus bukan sahaja khabar gembira buat 1.4 juta penjawat awam bahkan akan turut memberi kesan langsung kepada ekonomi negara apabila terdapat aliran tunai yang aktif di dalam negara.
“Namun begitu, saya berharap jika adanya pengumuman bonus kelak peniaga tidak akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang sesuka hati,” katanya.
Katanya, bersempena dengan kedatangan Ramadan dan menjelang sambutan Aidilfitri nanti semestinyalah penjawat awam mengharapkan bantuan dalam bentuk bonus daripada kerajaan bagi meringankan beban kewangan mereka. – BERNAMA
Berikut adalah
kadar zakat fitrah bagi setiap negeri di Malaysia bagi tahun 2013 *Bagi negeri Johor
dan Terengganu, kadar berbeza mengikut jenis dan gred beras
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
2. Waktu Paling Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya
3. Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan
4. Waktu Makruh
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
5. Waktu Haram
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
Ku dengar kau cinta sangat padanya Ku dengar hatimu kini miliknya Dia kan
menjadi teman sehidup dan semati Aku menjadi sahabatmu
Siksanya
mengakui kau teman biasa Terpaksa ku terima itu hakikatnya Yang pasti aku
tak mau lupakan cinta Kau percik api membakar kenangan lama
Aku tak
tahu menilai cintamu Aku tak mampu pertahankan
Tinggalkanku,
perlahan-lahan ku terima Semakin ku sakit, semakin kau bahagia Mengapakah
aku jadi lemah Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku
bersamamu
Yang pasti aku tak mau lupakan cinta Kau eprcik api membakar
kenangan lama
Aku tak tahu menilai cintamu Aku tak mampu
pertahankan
Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima Semakin ku sakit,
semakin kau bahagia Mengapakah aku jadi lemah Sungguh ku tak sangka dia
membawa jantungku bersamamu, bersamamu
Mengapakah aku jadi
lemah Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu
Katakan padaku kekasih Kesilapan yang pernah ku lakukan dulu Ternyata aku yang harus di persalahkan Ku akui
Aku leka dengan kerjayaku Mengejar kekayaan di dunia ini Betapa hancurnya hatimu laluinya Ku akui
Jika dapatku mengulangi Perjalanan cintaku bersamamu lagi Akan ku jaga Sebaik-baik cinta ini
Kini ku rasa kehilangan Ku sedar betapa pentingnya kau di sisi Yang selalu ada Yang selalu rindu Terhadap diriku
Jangan jangan Jangan ku ulangi lagi
Jika dapatku mengulangi Perjalanan cintaku bersamamu lagi
Akan ku jaga Sebaik-baik cinta ini
Kini ku rasa kehilangan Ku sedar betapa pentingnya kau disisi
Yang selalu ada Yang selalu rindu Terhadap diriku
Dari sumber yang dipetik dari web teknologi Slashgear, salah satu ciri keistimewaan gadget popular milik Samsung ini akan menggunakan RAM berkapasiti besar, iaitu sebesar 3GB.
Layar Galaxy Note III dikatakan berukuran 5,99 inci dengan resolusi Full HD (1920 x 1080) manakala jenis panel display adalah Super AMOLED.
Ukuran tersebut lebih besar setengah inci dari Galaxy Note II, yang memiliki paparan layar 5,5 inci, dengan kamera 13 mega pixel.
Badan Galaxy Note III dijangka sedikit lebih langsing dengan berat lebih ringan, 180 gram serta ketebalan 8 mm.
Semasa pelancarannya nanti, Galaxy Note III akan menggunakan sistem operasi Android terbaru, 4.3 Jelly Bean. Ia juga akan mendukung teknologi jaringan 4G LTE-Advanced dengan prosesor Qualcomm Snapdragon 800 quad-core. Adapun di pasaran lainnya akan menggunakan prosesor buatan Samsung sendiri, Exynos 5 "Octa" SoC.
Sama seperti sebelumnya, Samsung dikhabarkan akan memperkenalkan model baru Galaxy Note III pada pameran tahunan IFA di Berlin, Jerman, pada September 2013.