Sunday, January 11, 2015

KESERONOKAN BEKERJA

Tahun 2015...Semangat baru..

Macam mana dengan kehidupan seharian kita..Gembira, Sedih atau Membosankan.

Apa yg kita lakukan ditempat kerja ada kaitannya kehidupan seharian kita di rumah. Setuju??

Ungkapan keseronokan berkerja dapat diertikan sebagai perihal perasaan yang menyenangkan, menyedapkan hati apabila melaksanakan sesuatu tugas atau tanggungjawab yang diberikan. Perkhidmatan berkualiti pula mempunyai beberapa ciri antaranya; Memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan penuh budi bahasa dan sopan santun, cepat serta tepat masa; Menjalankan tugas dengan penuh amanah, adil serta peka kepada kehendak pelanggan.
            Keseronokan bekerja merupakan tonggak ketiga dari dua belas tonggak yang perlu diamalkan oleh semua kakitangan awam di semua peringkat organisasi. Keseronokan berkerja dihuraikan seperti berikut;
“Sejak zaman berzaman kerja ialah satu beban yang perlu dilakukan untuk hidup sama ada membanting tulang ataupun memeras otak. Kerja bukanlah sesuatu yang ringan, malah bagi kebanyakan mereka yang bekerja itu merupakan perlakuan yang tiada hujungnya. Namun begitu, jika kita mengambil pendirian yang optimistik kita boleh menjadikan kerja itu sesuatu yang mendatangkan keseronokan. 
Pertama, bekerja hendaklah dijadikan suatu ibadah kerana ibadah itu membawa ganjaran. 
Kedua, kerja itu hendaklah dijadikan cabaran yang memerlukan bukan saja daya usaha malah pemikiran dan kreativiti anda. Ia merupakan sumbangan yang hendaklah dikaitkan dengan kebajikan untuk masyarakat dan negara. Dengan sendirinya kita akan merasa puas kerana sumbangan kecil itu telah berjaya membangunkan negara. 
Ketiga, jika kerja itu kita anggap domain kita atau pengkhususan kita maka dengan sendirinya kita menjadi pakar yang diiktiraf.”
             Dari huraian di atas, dapat di senaraikan pula amalan-amalan positif yang dapat dilaksanakan bagi menggambarkan keseronokan berkerja.

AMALAN POSITIF
            Antara amalan positif yang membawa kepada keseronokan bekerja ialah menjadikan kerja yang dibuat itu sebagai ibadat, mendahului sesuatu kerja dengan inisiatif sendiri, mempunyai komitmen terhadap kerja, sentiasa memberi kerjasama kepada usaha-usaha organisasi serta menghasilkan sesuatu yang berfaedah.

BUAT KERJA DENGAN INISIATIF SENDIRI
Murid merupakan pelanggan utama di sekolah. Tanpa murid tidak wujud sekolah. Oleh yang demikian kemenjadian murid dari berbagai aspek perlu sentiasa dipantau. 

Kemenjadian murid dalam bidang akademik menjadi fokus utama dalam usaha dan kerja para guru.  Tugas utama guru ialah mengajar dalam bilik darjah. 
Kegagalan murid akan menjadi bahan templak kepada guru. Antara masalah murid yang sangat ketara dalam bidang akademik ialah malas. Untuk mengatasi sikap malas dikalangan sebilangan murid kita harus mencuba perbagai pendekatan dalam pengajaran.
          Sikap malas menyebabkan murid lemah dalam pembelajaran. Kita berusaha mencari cara mengatasinya. Rasa seronok meneroka dan mencuba beberapa kaedah serta membantu murid dalam pembelajaran mereka. 

Kebanyakan murid malas membaca buku teks tetapi mereka mesti mendapatkan fakta, maklumat serta pengetahuan dari buku teks. Bagi mengatasi masalah ini murid dibimbing cara belajar dengan baik dan dapat menguasai maklumat, fakta dan pengetahuan yang diperlukan.

               Jika kejayaan yang dicapai,  rasa seronok, gembira dan puas dalam melakukan kerja yang berpunca dari inisiatif sendiri ketika menghadapi cabaran semasa mengajar. Untuk lebih memantapkan lagi kejayaan itu murid diajar satu doa untuk mengelakkan rasa malas seperti berikut;

”Ya Allah aku berlindung kepada Mu dari rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepada Mu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Mu dari sifat bacol (pengecut) dan kikir (bakhil). Aku berlindung kepada Mu dari beban hutang dan penindasan.”  

            Oleh itu dapat dirumuskan bahawa inisiatif kendiri dapat mencetuskan keseronokan bekerja dan keseronokan bekerja menggalakkan guru meneroka kaedah pengajaran yang lebih baik. 

Semestinya kaedaan ini dapat mencapai matlamat pengajaran guru serta menyeronokkan  murid dalam melalui proses pembelajaran mereka. Dengan demikian aspek kemenjadian murid dari segi akademik dapat diperbaiki dan dapat menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti.

KOMITED TERHADAP KERJA

Selain kerja mengajar ada masanya guru terlibat dalam kerja-kerja yang berbentuk keraian dan perayaan diperingkat sekolah. Untuk menjayakan perkara ini memerlukan kesungguhan.  Sebelum membuat persediaan bagi keraian atau perayaan perancangan yang teliti diperlukan. 

Sesudah perancangan dibuat usaha perlu digembeling bagai memastikan apa yang dirancang diwujudkan. Sekiranya ingin melihat apa yang dibuat mencapai piawai komitmen terhadap kerja perlu ada.
           Didalam hal ini biasanya guru akan terlibat dalam pelbagai jawatankuasa. Untuk memastikan perjalanan jawatankuasa kerja mengikut piawai sekolah setiap anggota perlu memberikan komitmen yang tinggi. Sememangnya semasa melaksanakan kerja ia meletihkan. 

Tetapi dengan adanya rasa keseronokan berkerja dalam diri menjadikan kerja yang meletihkan itu dapat dibuat dengan jayanya. Apatah lagi kalau menerima pengiktirafan daripada mereka yang menghadiri majlis.
            Sudah menjadi resam pengetua apabila melihat perjalanan program itu mencapai piawai yang dikehendaki, dia akan menyebutnya didalam mesyuarat serta memberikan penghargaan yang setimpal maka usaha yang dibuat rasa berbaloi. 

Bolehlah dikatakan bahawa keseronokan bekerja menimbulkan kepuasan dalam menjalankan tugas serta berjaya menghasilkan perkhidmatan berkualiti. 
Setelah beberapa kali tugas yang diberi menjadi serta mendapat pengiktirafan dan galakan dari orang atasan maka rasanya keseronokan berkerja itu ingin dikongsi dengan rakan-rakan yang lain dengan mengajar mereka cara dan kaedah. 

Akhirnya perkhidmatan yang berkualiti itu dapat pula dikongsi bersama dengan rakan-rakan sejawat.

MEMBERI KERJASAMA

Sebagai anggota satu organisasi, kerjasama adalah penting untuk menjayakan sesuatu aktiviti atau program. Kerja di sekolah bukan setakat mengajar tetapi juga melibatkan berbagai urusan yang dikategorikan sebagai Pengurusan Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum.


            Satu orang tidak boleh menyelesaikan semua masalah tetapi semua orang boleh berkerjasama menyelesaikan banyak masalah. Menghadapi masalah adalah perkara lumrah dalam kehidupan manusia. Prinsipnya kita tidak boleh lari dari masalah sebaliknya kita mesti menghadapi dan mencari jalan menyelesaikan masalah.



           Dengan memberikan kerjasama kepada para guru yang menjalankan tugas dalam bidang ini akan memudahkan kerja-kerja yang mereka buat diselesaikan dengan cepat.
            
Disamping itu kerjasama yang kita berikan merupakan bimbingan kepada mereka yang baru dalam menjalankan tugas. Dengan berkongsi pendapat dan pengalaman menjadikan rakan-rakan guru yang muda dapat melaksanakan tugas mereka dengan selesa dan rasa tidak tertekan. 

Oleh yang demikian memberi kerjasama dalam satu organisasi dapat menghasikan perkhidmatan yang berkualiti disamping hubungan erat antara anggota dapat dicapai serta keseronokan bekerja diwujudkan dikalangan rakan setugas.


BERHENTI MENYALAHKAN ORANG LAIN
Pernahkah kita menyalahkan orang lain dan mengganggap orang lain sentiasa mencari salah kita. Adakalanya kita bersikap kurang rasional dan menggangap orang lain dengki dengan kejayaan kita yang tak seberapa itu.

Kenapakah ini berlaku...ini berlaku KERANA KITA MENGHARAPKAN GANJARAN, PUJIAN dan HABUAN daripada pegawai atasan. Bukannya mengharapkan keredaan daripada Allah s.w.t.

Cakap memang mudah..kerja seikhlas mungkin tetapi hakikatnya tidak begitu. Selaku pekerja yang mempunyai hati dan perasaan, PUJIAN amat diperlukan. 
Pernahkah kita mendengar ungkapan " Kerja kena ikhlas, Jangan Harapkan Ganjaran". Saya percaya orang yang ungkapkan ayat berkenaan adalah pekerja yang tidak ikhlas.

Keseronokan bekerja akan tiba bila kita suka dengan kerja kita dan tidak mengharapkan ganjaran. Percayalah..bila kita ikhlas bekerja..pegawai atasan akan nampak jua akhirnya. 

BERSAMBUNG....


Wednesday, January 7, 2015

Bantuan awal persekolahan 2015

Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia sebanyak RM100 yang diperuntukkan kepada 5.6 juta murid dan pelajar di seluruh negara boleh dituntut di sekolah masing-masing bermula hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, agihan bantuan tersebut dipercepatkan bagi meringankan beban ibu bapa terutama mangsa banjir untuk membuat persiapan sebelum sesi persekolahan bermula Ahad dan Isnin ini.

Beliau berkata, bagi sekolah yang masih tidak dapat digunakan akibat bencana alam itu, ibu bapa boleh membuat tuntutan di sekolah berhampiran yang ditetapkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah.

“Agihan bantuan RM100 kepada murid bermula hari ini, telah ada peruntukan, kita sudah bagi waran kepada Pengarah Pendidikan negeri maka RM100 boleh dituntut.



Monday, January 5, 2015

Berita Terkini Pembayaran Gaji dan Bonus Penjawat Awam 15 Januari 2015!

Berita Terkini Pembayaran Gaji dan Bonus Penjawat Awam : Pada hari ini penjawat awam di negeri Johor, telah mula menerima bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500. 

Manakala kakitangan awam peringkat persekutuan terpaksa dilambat sedikit tetapi lebih awal daripada tempoh masa yang diumumkan sebelum ini (22 Januari 2015) apabila Menteri Kewangan sendiri Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah tampil mengumumkan selepas mengambil kira mekanisme dan kaedah pembayaran yang lebih efisien melibatkan bonus bersama-sama dengan gaji :

Pemberian dan pembayaran bonus kakitangan awam 2015 bakal dibuat bayaran pada 15 Januari 2015 bersamaan hari Khamis 

Yang menariknya lagi tarikh pembayaran gaji bulan Januari 2015 turut diawalkan dan dibayar bersama-sama dengan bayaran bonus Bajet 2015. 

Sumber: BeritaSemasa.

Ulasan: Banyak sangat khabar angin. Sebelum ini dikhabarkan pada 5.1.2015. Tapi tiada. So..tunggu aja lah pada 15.1.2015.


Thursday, January 1, 2015

Tarikh Pembayaran Bonus 2015 bagi Kakitangan Awam

  • Tarikh : 15 Januari 2015 
  • Bayaran kakitangan kerajaan : bonus setengah bulan gaji atau minimum Rm500 untuk 1.5 juta kakitangan awam
  • Bayaran pesara kerajaan : RM250

SELAMAT TAHUN BARU 2015