Friday, April 9, 2010

Kerajaan Pantau Harga Selepas GST Dikuatkuasa

Sumber :Bernama

KOTA KINABALU 7 April - Kerajaan akan memperkenalkan Akta Anti-Keuntungan dan Panduan Harga Pengguna bagi mengawal aktiviti penipuan, kata Pengarah Projek GST Kementerian Kewangan, Ezleezan Othman.
Katanya, kerajaan akan memastikan peniaga atau pembekal perkhidmatan yang tidak bertanggungjawab dikenakan tindakan berat sebaik sahaja akta anti-keuntungan itu dikuatkuasakan kelak."Ini termasuk hukuman penjara dan denda jika disabitkan kesalahan," katanya pada taklimat mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada penjawat awam Persekutuan dan Negeri di sini hari ini.Mengenai GST, beliau berkata kerajaan akan memantau harga barangan dan perkhidmatan setelah GST yang baharu dikuatkuasakan.

Ezleezan berkata, kerajaan tidak menolak kemungkinan wujud peniaga atau pembekal perkhidmatan yang akan menaikkan harga bagi mengelirukan rakyat."Ramai yang masih tidak faham tentang GST. GST ini tidak menyebabkan harga barang naik kerana kerajaan akan menurunkan cukai 5.0 peratus kepada 4.0 peratus."Rakyat tidak sepatutnya membayar lebih. Malah, terdapat barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan dari cukai," katanya.

Thursday, April 8, 2010

10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa

SETIAP anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa demi membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan mulia


1. Memberi bantuan kewangan

Ada ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Jika bekerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.
Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2. Menyediakan tempat tinggal

Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal atau tidak sesuai untuk didiami, menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal lebih sesuai kepada ibu bapa.
Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3. Memberi kasih sayang

Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini dicurahkan ibu bapa. Jadi, seharusnya kasih sayang itu dibalas sebaik-baiknya.
Anak yang baik tidak melupakan jasa dan kasih sayang ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.
Firman Allah bermaksud: “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Isra, ayat 24)

4. Memberi perhatian

Ibu bapa yang diabaikan akan kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak dipedulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.
Ramai ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah penjagaan orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa, sedangkan mereka mampu menjaga dan membesarkan beberapa anak.

5. Memenuhi permintaan

Ibu bapa sering memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.
Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat dan seumpamanya.
Malah, keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama daripada berjihad di medanperang. Diriwayatkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: “Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW: “Apakah perbuatan disukai oleh Allah?” Lalu Baginda bersabda: “Sembahyang pada waktunya.” Kemudian apa?” tanya saya lagi. Baginda menjawab: “Berbakti kepada kedua ibu bapa.” Saya bertanya: “Apa lagi.” Jawab Baginda: “Berjihad pada jalan Allah.”

6. Melakukan apa yang disukai

Ibu bapa tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.
Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).
Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: “Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa. Maka, sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.”

7. Bercakap dengan lemah lembut

Satu cara menjaga perasaan ibu bapa adalah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendak direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.
Firman Allah bermaksud: “Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua-dua orang tua.. Jika salah seorang telah lanjut usianya atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘cis’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi, berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (Surah al-Israk, ayat 23).
Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa.. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

8. Menghadiahkan kejayaan

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9. Meluangkan masa bersama-sama

Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi mereka. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa

Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan walaupun mereka meninggal dunia.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya.” (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil. Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.
Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

Wednesday, April 7, 2010

Panduan Tukar Tayar Pancit

Peralatan yang kita perlukan apabila kita ingin menukar tayar yang pancit:
1) Jek
2) Wrench
3) Pembuka penutup roda
4) Tayar ganti

Langkah 1
Berhentikan kereta dibahu jalan dan pastikan ia tidak mengganggu keadaan lalulintas.Periksa dahulu keadaan tayar ganti yang ingin ditukar itu dalam keadaan baik dan mempunyai tekanan udara yang mencukupi.Tayar ganti ini terletak dibut belakang kereta.

Langkah 2
Jika kereta anda menggunakan penutup rim,gunakan pembuka penutup untuk membuka supaya untuk mendedahkan skru pengikat tayar.Dengan menggunakan wrench,longgarkan skru pengikat tayar kereta anda yang telah pancit.Pusingkan ia kearah lawan jam untuk melonggarkannya.

Langkah 3
Letakkan jek kereta pada jacking point kereta anda.Biasanya tempat inimempunyai lekuk penanda yang membolehkan longkang jek berada betul-betul berada pada jacking point tersebut.

Langkah 4
Dengan menggunakan winder,putarkan jek kearah putaran jam untuk menaikkan kereta anda sehingga terpisah permukan tayar dengan jalan.Kemudian tanggalkan tayar yang pancit tersebut dan letak dibawah kereta untuk keselamatan

Langkah 5
Gantikan tayar yang pancit tadi dengan tayar ganti kereta anda dan ketatkan sedikit skru tayar dengan menggunakan wrench tayar mengikut arah jam.

Langkah 6
Turunkan semula kereta dengan memutarkan winder mengikut arah lawan jam.Ketatkan semula skru tayar dengan menggunakan wrench dengan mengikut arah jam.Jika kereta anda disertakan penutup tayar,pastikan anda memasangnya semula.

Langkah 7
Selepas itu pastikan tayar yang pancit tadi disimpan didalam but mengikut kedudukan tayar ganti.Simpan semula peralatan yang telah digunakan ditempatnya.Bawalah tayar yang sudah pancit tadi ke kedai tayar untuk ditampal


Selamat Mencuba.

Tuesday, April 6, 2010

Boboy

Adik bongsu penulis...Boboy atau Azza Farid sedang menjalani Program Latihan Khidmat Negara di Kem Bukit Mertajam selama 3 bulan.


Sunday, April 4, 2010

Sukaneka Tadika Qistina Iman









Hari Keluarga dan Sukaneka Tadika Qistina Iman berlangsung hari ini pada pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tgh di padang SAR Taman Pinji Mewah Ipoh Perak.
Tahniah kepada pengurusan Tadika kerana telah berjaya menganjurkan Sukaneka kali ke 10.


Saturday, April 3, 2010

Perkelahan di Teluk Batik

Tayar pancit...susah nak tukar tayar...inilah kali pertama penulis menukar tayar kereta. Kereta sebelum ini tiada masalah.
Sebelum mandi laut.




Selepas mandi laut.
Betapa gembiranya anak anak dapat mandi laut disini. Gambar sedang mandi tiada kerana sedang leka bermain air.
Seronok mandi disini. Cuma air laut kelihatan agak kotor. Tidak sejernih 20 tahun dulu.

Thursday, April 1, 2010

Jawatankuasa khas kaji beban guru ditubuh

Sumber: utusan

KUALA LUMPUR 31 Mac - Jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas berlebihan yang ditanggung guru sekolah di seluruh negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan memandang serius masalah itu yang dikhuatiri menjejaskan prestasi guru terbabit dan pencapaian pelajar untuk jangka masa panjang.

Jawatankuasa itu akan menentukan sama ada beban ditanggung itu adalah beban berlebihan atau tanggungjawab guru, katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan wakil Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, jawatankuasa diketuai Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom itu akan dianggotai wakil beberapa pertubuhan terbabit antaranya NUTP selain diberikan tempoh dua bulan untuk mengemukakan cadangan menangani masalah beban tugas guru itu.