Friday, May 7, 2010

Alza Kemalangan













Penulis mengambil gambar ini dari laman web prodas. Teruknya....



Thursday, May 6, 2010

MYVI 1.5 ???





Adakah perodua akan mengeluarkan MYVI 1.5 liter..

Pengarah Urusan Perodua Aminar Rashid Salleh ketika dihubungi Utusan Malaysiamengesahkan tentang pelancaran model itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang spesifikasi serta maklumat terperinci.

"Memang benar Perodua akan melancarkan varian MyVi 1.5 tetapi ia akan dilakukan pada tahun 2011, kemungkinan bulan April dan untuk model SE pula ia akan menampilkan wajah baru yang akan mencipta kejutan kepada para peminat kenderaan di Malaysia pada bulan Jun nanti," kata beliau.

Aminar yang tidak mahu mengulas lanjut tentang model itu, percaya MyVi terbaru itu akan menjadi taruhan Perodua untuk kekal sebagai pengeluar kereta nombor satu di Malaysia selama empat tahun berturut-turut.

Wednesday, May 5, 2010

Perodua Alza dan Masalahnya



1) Masalah Bunyi - Bunyian dari tingkap
- Punca : ia dtg dari cermin kecil sebelah side mirror sebelah kanan.. dan dia ckp keluaran tahun 2010, masalah ni takkan timbul. [ty: bro @sacredturd]
- Penyelesaian : hantar ke SC letak silikon Hitam 2 settle.

2) Bila Brek Berbunyi
- Punca : tidak pasti sama ada berpunca daripada keadaan brek yang masih baru.
- Penyelesaian : Tunggu Respon daripada HQ Service Center

3) Bunyi Enjin Kuat pada kelajuan 110-130
- Punca : ?
- Penyelesaian : Tunggu Respon daripada HQ Service Center

4) 3rd Row Seat side Kanan Panas bila Pemanduan lama
- Punca : ekzos di bawah seat tu sebabkan kepanasan?
- Penyelesaian : Tunggu Respon daripada HQ Service Center atau ianya adalah kes terpencil?


5) Bila hujan turun bunyi bising dari atas kereta Alza macam duduk dalam rumah beratap zink. Dah pergi ke SC Perodua (servis pertama 1000km)
- Punca : dan jawapannya bunyi tu sama dengan semua kereta keluaran Perodua. Kalau betul pun saya tak ada masaalah dengan kereta Proton (tak kan Proton lebih baik ?).
- Penyelesaian : Pergi buat sound insulations

6) Rustproff bawah kereta Alza tak dibuat 100% covered. Saya jumpa few sections di undercarriage yang tak di spray dengan rustproof coating. Potential untuk berkarat.
- Punca: robotic spraying program tak betul.
- Penyelesaian : -

7) Paint coating yang tak sama tebal (nipis pada bahagian bend) pada badan kerata Alza.
- Punca: robotic spraying program tak betul.

8) Bila Pasang Aircond Berbunyi Cit Cit Cit (mcm tikus)
- Punca : Aircond Belt tidak ketat
- Penyelesaian : hantar SC dan suruh ketatkan tali belt.

sumber dari Alza Club forum


Komen : Setakat ini penulis tidak mengalami pengalaman diatas. Kereta Alza penulis berkeadaan baik. Harap perkara diatas tidak timbul.

Monday, May 3, 2010

Sally Sallon

Nak Download Game??
Pertama : Kena ada perisian Bitcomet (utk download...boleh guna perisian lain yang sesuai )

Taip isohunt pada yahoo. Klik pada isohunt.
Taip game yang diminati : Sally Sallon. Klik pada Download torrent.


Tekan open.
Allow



Klik download now
Selesai. Tunggu download habis.
Untuk sally sallon. Penulis cuba download dari web Sally sallon. Boleh. Tetapi hanya boleh main selama 60 minit sahaja. Lepas tu kena beli jika nak main full version.
Cara isohunt...tak pasti lagi kerana penulis sedang download. Kalau guna streamx. cepat sikit download. Kalau broadband..lambat...
Selamat Mencuba..






GOTONG ROYONG PERDANA

Dari laman NUTP

Gotong Royong Perdana pada 15 Mei 2010. Sempena Hari Guru tidak mencerminkan Profesionalisma Guru sebaliknya memberi gambaran bahawa tugas guru beralih ke pembersihan. KPPK cadangkan pada 15 Mei 2010 sebagai sekolah ganti untuk Hari Raya Aidilfitri.

Sunday, May 2, 2010

PC Fair - Ipoh



Setiap kali PC Fair berlangsung, penulis pasti akan pergi untuk melihat gajet PC. Cuma kali ini, keadaan berbeza. Ramai manusia. Sesak. Nak masuk pun sukar. Kebetulan semalam 1.5.2010. Cuti Hari Pekerja.

Gambar diatas, penulis hanya berada diluar. Tidak dapat masuk ke dalam kerana orang terlalu ramai. Jika dapat masuk , pasti akan berhimpit himpit. Tak sanggup.

Misi kali ini :
1. Externel Floppy A
2. Wireless Mouse

//gambar kurang memuaskan kerana menggunakan Tel bimbit sahaja.

Saturday, May 1, 2010

Semakan Permohonan Kemasukan Pelajar Ke UTHM Sem I 2010/2011 Bagi Program Lepasan SPM/Setaraf

Pelajar boleh buat semakan kemasukan ke program pengajian diploma mulai sekarang di :

http://webapp.uthm.edu.my/tawaran/

Selamat Berjaya.