Saturday, May 15, 2010

Korea Selatan - Johan Piala Uber 2010


Korea Selatan merampas Piala Uber daripada juara bertahan, China selepas menang 3-1 pada perlawanan akhir di Stadium Putra.

Roboh juga Tembok Besar China.

Friday, May 14, 2010

Impian Musnah


Malaysia 0 China 3.

Pasukan Badminton Malaysia tewas ditangan China. Impian musnah. Pasukan China terlalu kuat untuk Malaysia. Pemain Malaysia bermain seperti tidak bermaya. Serangan balas berjaya ditangkis oleh Pemain China. Malaysia banyak membuat kesilapan dan memberi mata kepada pihak China.

Tahun 2010 bukan milik kita. Mungkin lama lagi Piala Thomas akan kembali ke pangkuan Malaysia.

Wednesday, May 12, 2010

Tuesday, May 11, 2010

Proton SUV

Proton akan melancarkan model SUV??

Projek Iguana merupakan SUV Proton yang pertama berasaskan model Exora. Sebelum ini kita mungkin terlihat dan dengar-dengar Proton akan membuat model gantian Proton Arena. Di Malaysia, model Arena tidak mendapat perhatian oleh rakyat kerana aspek penggunaannya. Walaubagaimanapun, Arena cukup popular di luar negara.

Untuk terus relevan dan bersaing dengan jenama lain, memang sudah tiba masanya Proton memperkenalkan sebuah SUV keluarannya. Go Proton..Go..

Monday, May 10, 2010

MEB: NAIKKAN GAJI SEJUTA KAKITANGAN AWAM


Sumber : Sinar

KOTA BHARU - Menaikkan gaji sejuta kakitangan awam di negara ini menjadi antara elemen utama bagi menjayakan Model Ekonomi Baru (MEB) kata Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein. Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan hasrat MEB untuk menjadikan pendapatan rakyat di negara ini daripada golongan berpendapatan sederhana kepada rakyat yang berpendapatan tinggi. “Langkah ini pernah dilaksanakan di Singapura beberapa tahun dahulu yang bertujuan untuk meningkatkan produktiviti sektor awam sekali gus menjamin pelaksanaan pembangunan yang cemerlang.

“Singapura telah menetapkan pendapatan gaji sektor awam yang tinggi dan selesa sehingga mereka berjaya meningkatkan prestasi ekonomi melalui meningkatkan motivasi pekerja. Maka penjawat awam di negara tidak boleh diabaikan,” katanya ketika berucap merasmikan penutup mesyuarat agung tiga tahunan kesatuan perkhidmatan teknik semenanjung Malaysia Cawangan Kelantan, di sini, semalam. Awang Adek berkata, kerajaan akan mengambil langkah tertentu bagi memastikan gaji para pekerja dinaikkan selaras dengan matlamat Model Ekonomi Baru (MEB) untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi.

Beliau berkata, 80 peratus rakyat di negara ini berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan atau dolar US$7,000 setahun. “Menjadi hasrat kerajaan untuk meningkatkan pendapatan rakyat negara ini kepada US$15,000 hingga US$20,000 setahun,” katanya. Beliau secara purata kini 80 peratus rakyat di negara ini memperoleh RM21,000 setahun dan dengan pelaksanaan MEB itu, kerajaan berhasrat untuk meningkatkan pendapatan rakyatnya kepada RM45,000 setahun.

Sunday, May 9, 2010

Piala Thomas





Kejohanan Badminton Piala Thomas akan berlangsung pada hari ini sehingga 16 Mei di Stadium Putra Bukit Jalil. Acara ini dilangsungkan 2 tahun sekali. Kali terakhir pasukan Malaysia memenangi Piala Thomas pada tahun 1992 setelah menundukkan Indonesia 3-2. Tahun 2010 tahun penuh harapan. Pasukan Malaysia diharapkan merampas kembali Piala Thomas.


Perseorangan
1. Lee Chong Wei
2. Wong Choong Han
3. Mohd Hafiz Hashim
4. Tan Chun Seang


Beregu
1. Koo Kean Keat
2. Tan Boon Heong
3. Mohd Zakry Abdul Latif
4. Mohd Fairuzizuam Mohd Tazari
5. Hoom Thien How
6. Ong Soon Hock

Perkhemahan Kadet Pertahanan Awam di SK Pos Raya Simpang Pulai





Perkhemahan berlangsung pada hari Jumaat hingga Ahad. Kadet JPA ini dibimbing oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Tahniah kepada semua yang terlibat.