Friday, November 12, 2010

Viva Elite Exclusive Edition (2010)





Perodua telah melancarkan varian terbaru Viva yang ditambahbaik, Viva Edisi Eksklusif. Edisi terbaru Viva ini dijangka akan melonjakkan lagi penguasaan Perodua, selain daripada model Myvi dan Alza.

Viva Elite Edisi Eksklusif ini dijual dengan harga RM42, 000 di atas jalan. Boleh didapati dengan warna baru, Classy Purple, ia disasarkan kepada golongan muda mahupun keluarga yang inginkan kereta kedua. Model ini juga terdapat 2 lagi warna pilihan iaitu, Midnight Blue dan Ivory White.

Thursday, November 11, 2010

48,327 calon UPSR dapat keputusan cemerlang, semua A

Seramai 48,327 daripada 482,334 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini mendapat keputusan cemerlang atau semua A.

Ketua Pengarah pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, pencapaian keseluruhan peperiksaan itu didapati meningkat dan merupakan terbaik dalam empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN).

Syabas kepada semua pelajar yang mendapat keputusan cemerlang. Yang kurang cemerlang masih ada ruang untuk perbaiki dalam peperiksaan awam yang akan datang.

Wednesday, November 10, 2010

Proton Inspira. Pelancaran Rasmi Hari Ini.


Gambar: paultan.org

■Proton Inspira 1.8 M/T – RM78,999
■Proton Inspira 1.8 CVT – RM84,999
■Proton Inspira 2.0 CVT – RM91,999

Kereta Proton Inspira didatangkan dengan empat warna iaitu hitam, perak, putih dan merah dengan teknologi CVT dengan sistem kawalan elektronik kenderaan pintar dan inovasi (INVECS-III).

Ciri-ciri lain ialah 'auto cruise', lampu automatik dan pengesan hujan, sistem penyaman udara automatik penuh dengan sistem kawalan cuaca bagi penumpang di hadapan dan belakang serta beg udara keseluruhan bagi keselamatan penumpang.

Masih Adakah Yang Sayang

Seorang lelaki berusia 23 tahun menetak kepala ibunya dengan kapak sehingga mati kerana menuntut ilmu salah di koridor rumah mereka di Felda Chini Timur 1, Pekan Pahang.

Dalam kejadian pada pukul 10.30 malam itu, mangsa, Che Wa Isa, 57, meninggal dunia akibat pendarahan di kepala selepas ditetak dengan kapak pemotong buah sawit.

Tuesday, November 9, 2010

Harga getah SMR20 naik

Harga getah SMR20 yang mencatat paras tertinggi dalam sejarah negara semalam, membolehkan kira-kira 350,000 keluarga pekebun kecil getah mendapat keuntungan kasar sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan.


Harga getah SMR20 yang mencatat harga RM12.44 sekilogram semalam menunjukkan trend yang melonjak sejak beberapa bulan lalu.

Hujan, ribut petir di Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu malam ini

KUALA LUMPUR 9 Nov. - Hujan serta ribut petir diramalkan berlaku malam ini di satu dua tempat di Kedah, Perlis, Kelantan, dan Terengganu.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, hujan turut diramalkan pagi esok di beberapa tempat sekitar pantai Kedah dan Perlis.

Pada petang dan malam esok pula hujan berserta ribut petir diramal berlaku di beberapa tempat di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. - Bernama

Monday, November 8, 2010

Air Asia Beri Sejuta Tempat Duduk Percuma

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd akan memberi secara percuma satu juta tempat duduk sekali lagi bagi semua destinasi domestik dan antarabangsanya.

Syarikat penerbangan tambang murah itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, tawaran itu akan bermula 9 November hingga 14 November 2010 dan tersedia secara eksklusif dalam talian di laman web www.airasia.com.

Ia berkata, tempoh perjalanan bagi kempen tersebut adalah dari 1 Julai hingga 10 November 2011.

Ketua Komersial Serantaunya, Kathleen Tan berkata, tempat duduk itu adalah percuma dan pelanggan hanya perlu membayar cukai lapangan terbang.

"Kali ini, terdapat dua lagi saluran Blackberry dan Android App selain daripada laman web dan laman mudah alih untuk pelanggan mendapatkan tempat duduk percuma mereka," katanya.

Tan berkata, pada Ogos tahun ini AirAsia telah memecah rekod jualan dunia dengan menjual lebih 500,000 tempat duduk dalam masa 24 jam semasa kempen 'Mind Blowing Fare' dengan tambang berharga RM1.

Menurutnya, bahagian percutian syarikat, AirAsiaGo, juga akan menawarkan bilik hotel berharga RM1 di destinasi domestik dan antarabangsa secara eksklusif menerusi www.airasiago.com.

"Tawaran itu terhad bagi tempoh tempahan 9 ke 14 November 2010, dan terpakai bagi tempoh perjalanan daripada sekarang hingga 31 Ogos 2011," katanya. - BERNAMA