Friday, November 26, 2010

Facebook


Timbalan Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Othman Mustafa berkata, sebanyak 27,110 kes perceraian telah direkodkan daripada 135,136 perkahwinan yang telah didaftarkan pada tahun 2009.

Punca utamanya ialah pasangan gagal menjalankan tanggung jawab masing-masing. Walaupun tidak diperincikan bentuk kegagalan tersebut, sedikit sebanyak jelas pengabaian tanggung jawab itu memang ada hubung kait dengan ‘ketagihan’ sama ada suami atau isteri dengan laman web sosial masing-masing.

Ini hasil daripada temu bual ringkas yang penulis sendiri jalankan dengan beberapa rakan yang juga dikenali menerusi laman web Facebook. Itu tidak termasuk kes-kes nyaris bercerai kerana salah faham dan cemburu dari hasil hubungan sama ada suami atau isteri di laman Facebook masing-masing.

Di Amerika Syarikat, satu kaji selidik dari Akademi Pengacara Perkahwinan Amerika (AAML) harus diberi perhatian. Hasil kajian mereka menemukan bukti jumlah perceraian meningkat gara-gara aktiviti suami atau isteri di Facebook, Myspace dan Twitter.

Mengikut perincian yang diperolehi daripada data kajian AAML, 66 peratus kes perceraian adalah dari Facebook, Myspace 15 peratus dan Twitter (lima peratus).

Maka tidak hairanlah, beberapa ulama Mesir mengeluarkan fatwa mengharamkan Facebook, kerana kesan negatifnya kepada pasangan suami isteri.

Wednesday, November 24, 2010

Sarapan Pagi

Antara kelebihan Bersarapan Waktu Pagi adalah :

1) INGIN ketahui rahsia untuk menjadi bijak, gembira dan langsing tubuh badan? Jangan sesekali tinggalkan sarapan pagi!


2)Membantu seseorang untuk berfikir, merasa dan kelihatan lebih baik. Ia juga penentu suasana untuk hari itu yang seterusnya.


3)Memulakan hari dengan sarapan yang seimbang khasiatnya mempunyai kesan positif ke atas kepekaan, tumpuan dan membantu pelajar dan pekerja meningkatkan sikap yang positif terhadap pelajaran atau tugas masing-masing.


4)Banyak kajian menunjukkan hubungan antara pengambilan sarapan pagi dan pengurusan berat badan. Satu kajian oleh Jurnal Penyelidikan Obesiti pada 2002 melaporkan bahawa 3,000 sukarelawan di Amerika Syarikat mendapati 78 peratus daripada mereka berjaya mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan itu hasil pengambilan sarapan pagi setiap hari.

Monday, November 22, 2010

SPM 2010

SPM 2010 akan bermula pada 23.11.2010 sehingga 20.12.2010. Penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menjawab Soalan SPM 2010. Berjuang sehingga akhir. Jangan mengalah. Kejayaan menanti anda.

Selamat Berjaya.

Saturday, November 20, 2010

Cuti Sekolah Bermula


Cuti Sekolah akan bermula dari 20.11.2010 hingga 2.1.2011. Penulis mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua pelajar.

Untuk pelajar SPM 2010, Selamat menghadapi peperiksaan SPM. Jawablah dengan sebaik mungkin.

Gunakan cuti sekolah sepenuhnya dengan aktiviti yang berfaedah.

Thursday, November 18, 2010

Celcom Broadband

Mengapa gunakan teknologi tanpa wayar, sedangkan teknologi berwayar lebih stabil? Ada beberapa perkara yang menyebabkan pengguna internet tempatan lebih suka beralih kepada teknologi tanpa wayar (wireless). Salah satu faktornya adalah kelembapan proses pemasangan tersebut.


Berbanding dengan broadband sedia ada, dikatakan proses pemasangan Streamyx amat melecehkan pengguna dimana mereka terpaksa menunggu berminggu-minggu.

Masa mula-mula sangat kagum dengan kelajuan dia. Tapi lepas tuh… hmmm..

Khidmat pelanggan boleh tahan bagus. Ade sedikit ketidakpuasan hati sebab pada semasa nak guna broadband pekerja Celcom mendakwa Internet tanpa had. Tiba-tiba dapat message had penggunaan dah mencecah 5Gb?

Liputan Celcom baik tetapi kelajuan internet macam siput. Perlukah saya menukar ke syarikat yang lain?

Monday, November 15, 2010

Hikmah Perkahwinan

Pertama:
Untuk mengekalkan dan meneruskan zuriat manusia di muka bumi ini dan seterusnya meramaikan manusia, kerana baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam akan berbangga dengan umat baginda yang ramai di akhirat nanti.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

Maksudnya:
Dari Ma’qal bin Yasar, dia berkata: Telah bersabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam: Berkahwinlah kamu dengan wanita yang pengasih dan subur, kerana aku akan berbangga dengan jumlah kamu yang ramai. (Riwayat Al-Imam Abu Daud).

Kedua:
Untuk menjaga kehormatan diri.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

Maksudnya:
Dari Abdullah bin Mas’ud Radiallahu-Anhu ia berkata: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda kepada kami: Wahai orang-orang muda! Barangsiapa yang berkuasa antara kamu untuk berkahwin, maka berkahwinlah, sesungguhnya perkahwinan itu melembutkan pandangan dan menjaga kehormatan dan barangsiapa yang tidak mampu, kerjakanlah puasa kerana puasa itu boleh melembutkan syahwat. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Ketiga:
Memudahkan datangnya rezeki.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

Maksudnya:
Dari Aisyah Radiallahu-Anha, telah bersabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam: Berkahwinlah kamu kerana perempuan itu juga boleh menolong kamu mencari harta atau boleh menolong kamu menjimatkan harta. (Riwayat Al-Imam Al-Bazzar).

Keempat:
Bertujuan untuk hidup bahagia dengan aman damai, berkasih sayang dan cinta mencintai.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Ar-Ruum, ayat 21:

Tafsirnya:
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatnya, bahawa ia menciptakan untuk kamu wahai kaum lelaki, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri. Supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang-orang yang berfikir.

Kelima:
Untuk menambah kaum kerabat, memperhubungkan Silaturrahim antara satu dengan lain.

Muslimin yang berbahagia,
Bersempena dengan kita meraikan Istiadat Perkahwinan Diraja ini, marilah kita sama-sama menadah tangan kehadrat Allah Subhanahu Wataala, mendoakan agar diberkati dan mendapat perlindungan Allah Subhanahu Wataala. Amin Ya Rabbal-'Aalamin.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al Furqaan, ayat 74:

Tafsirnya:
Dan juga mereka yang diredhai Allah itu ialah orang-orang yang berdoa dengan berkata: “Wahai tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan menjadikan kami imam ikutan bagi orang-orang yang mahu bertakwa.

Saturday, November 13, 2010

Sukan Asia XVI


GUANGZHOU, China - China melancarkan Temasya Sukan Asia XVI di bandar ini dengan flotilla bot yang bercahaya sambil membawa 45 pasukan sepanjang Pearl River semalam.

Setiap bot yang dihiasi dengan pelbagai lampu neon dengan ikon nasional setiap pasukan bersaing diarak sepanjang sungai berkenaan sambil disaksikan oleh 34,000 pegawai dan pengunjung di bandar Pulau Haixinsha itu.

Malaysia akan membuka tirai dengan misi memburu pingat pertama dalam empat acara sukan yang menawarkan rebutan pingat esok.

Renang, basikal trek, menembak dan wushu menjadi taruhan hari pertama kontinjen seramai 333 atlet dan 144 pegawai sepanjang temasya dari 12 hingga 27 November ini.