Thursday, December 16, 2010

Keputusan PMR 2010 diumumkan 23 Disember ini.

Kementerian Pelajaran Malaysia dalam satu kenyataan berkata analisis keputusan PMR 2010 akan diumumkan pada 23.12.2010 di pejabat Kementerian di Putrajaya.

Keputusan akan dikeluarkan di sekolah masing-masing pada hari yang sama mulai pukul 10 pagi manakala calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

Sejumlah 479,675 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini dan daripada jumlah itu, seramai 446,896 orang calon adalah daripada sekolah kerajaan.

Sumber: Bernama

Malaysia 2 Vietnam 0

Malaysia menumpaskan Vietnam 2-0 pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010, yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam tadi.

Mohd Safee Mohd Sali menjadi wira negara apabila menjaringkan kedua-dua gol pada minit ke-60 dan 79.

Perlawanan timbal balik separuh akhir kedua akan berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi, Vietnam pada 18 Dis ini.

Monday, December 13, 2010

Bond 23



PELANCARAN : November 2012

Filem Bond yang ke 23 akan ditayangkan pada 2012 dengan Daniel Craig sebagai James Bond. Kepada semua peminat filem James Bond, nantikan tayangannya pada tahun 2012.

//Penulis berharap agar watak Q dan Moneypenny kembali dalam filem terbaru Bond nanti.

Friday, December 10, 2010

Finalist Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25) 2010

AJL akan diadakan pada 9.1. 2011 di Stadium Bukit Jalil.

Peserta AJL ke 25:

1.Hanyut – Faizal Tahir
2.Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Shahir
3.Noktah Cinta – Hafiz
4.Drama King – Black & Meet Uncle Hussain
5.Ku Ada Kamu – Adira
6.Cinta Sempurna – Yuna
7.Pelita – API
8.Berlari – Tomok
9.Sofea Jane – Black
10.Mencari Konklusi – Hujan
11.Selamat Malam – Faizal Tahir
12.Extravaganza – Bunkface
13.Jahat- Stacy
14.Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali

Thursday, December 9, 2010

Transformer 3 : Dark Of The Moon


Filem Transformer : Dark of The Moon, akan masuk ke versi ke-3 selepas kejayaan filem pertama Transfomer pada tahun 2007 & Transfomer : Revenge of The Fallen. Filem arahan pengarah yang sama, Micheal Bay akan ditayangkan secara serentak pada 1 Julai 2011 masih mengekalkan hero yang sama, Shia Lebeouf.

Rosie Huntington-Whiteley akan mengantikan tempat Megan Fox.

Jalan cerita Transformer penuh dengan aksi lawan di antara Autobots & Deceptions dalam bentuk 3D.

Tuesday, December 7, 2010

SELAMAT DATANG 1432

Tarikh Hijrah juga menandakan permulaan tahun dan tarikh baru bagi umat Islam. Di dalam Takwim Hijrah, asas kalendarnya adalah berdasarkan pergerakan bulan mengelilingi bumi.

Hijrah merujuk kepada sebuah perjalanan yang diambil oleh umat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622 Masihi dari Makkah ke Madinah. Tujuan penghijrahan ini adalah untuk meneruskan penyebaran Islam.

Ancaman orang Arab Quraisy juga telah menjejaskan aktiviti penyebaran ajaran Islam. Hijrah merupakan satu strategi Nabi Muhammad s.a.w untuk mengembangkan Islam dengan aman. Hijrah membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan. Perjalanan sejauh 320 km ini mengambil masa 8 hari.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432. Semoga tahun baru kita diberkati oleh Allah s.w.t.


Saturday, December 4, 2010

Subsidi bahan api, gula diselaras

KUALA LUMPUR 3 Dis. - Kerajaan hari ini mengumumkan pengurangan subsidi sebanyak lima sen bagi setiap liter petrol RON 95 dan diesel, lima sen setiap kilogram (kg) bagi Gas Asli Cecair (LPG) dan 20 sen sekilogram bagi gula berkuat kuasa esok.

Berikutan pengurangan subsidi itu, harga petrol RON95 adalah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 satu kg dan gula RM2.10 satu kg.

Menurut kenyataan itu, penyelarasan harga runcit bagi semua barangan berkenaan di Malaysia masih rendah berbanding negara jiran Indonesia, Singapura dan Thailand.

Sebagai contoh, petrol RON95 berharga RM2.46 seliter di Indonesia, RM4.36 di Singapura dan RM4.25 di Thailand, manakala harga diesel pula RM2.50 seliter di Indonesia, RM3.18 di Singapura dan RM2.96 di Thailand.

Harga LPG pula RM2 bagi satu kg di Indonesia, RM6.42 di Singapura dan RM1.93 di Thailand, manakala harga gula RM3.50 bagi satu kg di Indonesia, RM3.80 di Singapura dan RM2.80 di Thailand.

Langkah pertama program rasionalisasi subsidi dilaksanakan pada 16 Julai apabila subsidi bagi petrol RON95 petrol dan diesel dikurangkan sebanyak lima sen seliter, 10 sen bagi satu kg untuk LPG dan 25 sen bagi satu kg gula.

Menurut kenyataan itu lagi, rasionalisasi subsidi perlu dilakukan kerana kerajaan mendapati ia perlu terus mengurus kedudukan fiskalnya dengan cara meningkatkan jumlah kutipan hasil dan pada masa sama, mengurangkan perbelanjaan.


Sumber : Utusan