Tuesday, February 8, 2011

Syabas Kerajaan Malaysia

Penghantaran pulang 5,000 pelajar di Mesir selesai sebelum Ahad



JEDDAH 8 Feb. - Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan berusaha mengeluarkan lebih 5,000 pelajar dari Mesir yang ditempatkan di Pusat Transit Haji, Madinatul Hujjaj di sini, sebelum Ahad ini.

Setiausaha MKN, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohamed Tajudeen Abdul Wahab berkata, bagi menghargai jasa baik kerajaan Arab Saudi, pihak sekretariat yang bertanggungjawab membawa keluar para pelajar Malaysia dari Mesir cuba menamatkan misi ini lebih awal.

"Ini adalah kali pertama kerajaan Arab Saudi mengeluarkan visa pada hari ketibaan atas semangat hubungan baik Kuala Lumpur dengan Riyadh.

"Namun kita tidak boleh sewenang-wenangnya mempergunakan kemudahan yang disediakan untuk melengahkan usaha membawa keluar rakyat kita di negara ini,” katanya ketika dihubungi di Jeddah hari ini. - Bernama

Monday, February 7, 2011

CUEPACS mahu kerajaan wujudkan gaji minimum penjawat awam

KUALA LUMPUR 7 Feb. - CUEPACS hari ini meminta kerajaan menetapkan gaji minimum bagi penjawat awam supaya mereka dapat menampung kos kehidupan yang semakin tinggi.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata, pada masa ini, gaji yang diterima penjawat awam terutama kumpulan sokongan, masih lagi berada di bawah garis kemiskinan RM720 sebulan.

"Contohnya bagi Gred 1 hingga Gred 16 dalam Kumpulan Sokongan II, permulaan gaji RM647, bawah paras gaji kemiskinan. Sekarang paling tidak mesti RM850 atau RM920, dan ini tak termasuk elaun, hanya gaji pokok.

"Kakitangan kerajaan sekarang ni, kalau ikut betul-betul gaji, memang belum sampai gaji minimum. Tapi disebabkan tambah elaun, maka sampai (paras gaji minimum),” katanya kepada pemberita selepas Bengkel Pemantapan Disiplin dan Integriti Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata gaji yang rendah boleh mengakibatkan produktiviti pekerja terjejas terutamanya apabila mereka melakukan pekerjaan sambilan. - Bernama

Tips rumahtangga bahagia


1.Sentiasa bersyukur

Banyakkan bersyukur pada Allah dan terima pasangan kita seadanya. Bukankah Allah pernah berjanji pada hamba-Nya, jikalau kamu bersyukur akan Aku tambah nikmat-Ku.

2.Kawal emosi dan bermujahadah

Bersabarlah, jangan sakiti hati pasangan dan jangan berdendam, kerana walaupun semasa bergaduh rasa menang tetapi hakikatnya dua-dua kalah (rugi). Rumahtangga yang menjadi mangsa. Zip mulut dengan memperbanyakkan zikir, baca quran dan jangan buang masa dengan perkara-perkara yang melalaikan. Sentiasa baik sangka dengan pasangan.

3.Muhasabah diri

Selalu minta ampun dengan Allah kerana kita hamba-Nya yang lemah tak akan pernah lepas dari membuat kesilapan. Kenali hati budi pasangan, jadilah orang yang suka memaafkan dan meminta maaf. (indah bukan?) Jangan rasa rugi atau malu jika kita (terutama suami) meminta maaf terlebih dahulu.

Sunday, February 6, 2011

Kesesakan Teruk di Lebuh Raya PLUS

Gambar sekadar hiasan.

Sempena Cuti CNY penulis balik bercuti di rumah mertua di Kampung Kubang Palas Kuala Nerang Kedah. Semalam penulis bertolak dari Kedah balik ke Ipoh Perak. Bertolak pukul 4.30 petang dan sampai ke Ipoh pada pukul 1.15 pagi.


Letih. Keadaan di PLUS amat teruk. Kenderaan bergerak amat perlahan.
Kesesakan terbahagi kepada 3 peringkat:
1. Sg Petani ke Tol Sg Dua
2. Tol Sg Dua ke Juru
3. Bukit Gantang ke Sg Perak.


Setiap kali CNY keadaan sesak berlaku. Letih dan lenguh badan dibuatnya. Nasib baik kereta auto. Kalau manual lagi peritlah.


Penulis berharap agar pihak PLUS mengatasi masalah sesak teruk di lebuhraya. Kalau tak mampu nak buat, penulis cadangkan agar bayaran tol dibayar separuh sebab pengguna gunakan lebuhraya untuk elakkan kesesakan lalulintas.

Untuk lebih baik, bayaran tol percuma sempena musim perayaan. Ini dapat melancarkan aliran trafik.Berhenti di kawasan rehat R & R Semanggol untuk makan. Kereta dan manusia terlalu ramai. Sesak. Penulis makan di KFC Semanggol dan terpaksa beratur 1 jam untuk mendapatkan makanan. Betapa ramainya orang.


Letih, penat dan kelaparan. Persoalan : Kenapalah bila musim perayaan selalu berlaku mcm ini. Pihak PLUS diharap tidak menggunakan alasan kereta bertambah di masa perayaan. Cuba fikirkan cara untuk mengurangkan kesesakan.


Borang BE



LHDN Tidak Mengeluarkan Borang BE Tahun Taksiran 2010

Borang BE Tahun Taksiran 2010 tidak akan dikeluarkan . Anda boleh terus menggunakan perkhidmatan e-Filing untuk memfailkan Borang B / BE / P Tahun Taksiran 2010. Program e-Filing Tahun Taksiran 2010 akan bermula pada 1 Mac 2011. Sila layari laman web LHDNM https://e.hasil.gov.my untuk maklumat lanjut.

Tarikh akhir pengemukaan borang nyata ialah seperti berikut:


Borang BE Tahun Taksiran 2010(pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan)

Tarikh akhir : 30 April 2011



Sekiranya terlupa Kata Laluan bagi Sijil Digital, sila layari laman web di atas dan klik menu ‘Terlupa Kata Laluan'. Untuk set semula kata laluan,perlu ingat Petunjuk Kata Laluan dan jawapannya. Sekiranya gagal untuk set semula kata laluan, sila hubungi cawangan LHDNM yang terdekat atau Pusat Khidmat Pelanggan di talian 1-300-88-3010.

Krisis beri kesan harga minyak, makanan

Konflik berpanjangan di Mesir dan masa depan yang tidak menentu turut memberi kesan kepada ekonomi dunia.


Pakar ekonomi Moody’s Analytics, Mark zandi, berkata jika konflik itu mampu dikekang supaya berlaku di Mesir saja, kesan terhadap harga petroleum adalah minimum.
“Tetapi sekarang adalah jelas kesan protes itu merebak ke sekitar Timur Tengah dan ada asas untuk bimbang ia akan menjadi semakin buruk,” katanya.


Protes seumpama itu berjaya menumbangkan kerajaan Tunisia sebelum ini dan ia mungkin turut membawa kesan sama kepada Yaman dan Jordan.

Tuesday, February 1, 2011

Harga Minyak Ron 97 Naik

Harga minyak untuk RON 97 naik lagi 1o sen menjadikan harganya sekarang adalah RM 2.50. Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.