Monday, February 28, 2011

Cabul sebelum rotan


KUALA LUMPUR: Gara-gara mahu menjadi ‘doktor’, seorang guru disiplin sebuah sekolah menengah di Ampang, di sini, diberkas polis selepas didakwa mencabul 12 pelajar perempuan, Jumaat lalu.

Difahamkan, guru lelaki berusia lewat 30-an itu mahu melakukan pemeriksaan mengenai tahap kesihatan semua pelajar terbabit terlebih dahulu sebelum merotan mereka kerana gagal hadir ke perhimpunan sekolah.


Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, semua pelajar terbabit dilaporkan tidak mengikuti perhimpunan sekolah kerana mendakwa mahu menyiapkan kerja sekolah di dalam kelas.

Menurut sumber, ketika guru disiplin itu melakukan rondaan, dia melihat kumpulan 12 pelajar perempuan tingkatan tiga berkenaan berada dalam kelas sebelum memarahi mereka.


“Guru disiplin terbabit mahu mengambil tindakan terhadap semua pelajar berkenaan kerana tidak mengikuti perhimpunan.


“Biarpun semua pelajar cuba menjelaskan keadaan sebenar, guru terbabit tidak mempedulikan alasan itu, sebaliknya memberitahu akan melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap semua mereka sebelum mengambil tindakan,” katanya.


Sumber berkata, guru disiplin itu dengan bersahaja memberitahu akan memeriksa tahap degupan jantung mereka.


“Dia mendakwa bimbang tahap kesihatan pelajar berkenaan akan menyebabkan mereka pengsan atau mengalami masalah jika dirotan membuta tuli.

“Guru lelaki terbabit memegang payu dara semua pelajar perempuan berkenaan. Difahamkan, dia mengambil masa kurang daripada 10 saat untuk melakukan pemeriksaan bagi setiap pelajar pada peringkat pertama,” katanya.


Sumber berkata, disebabkan ketakutan, semua pelajar terbabit akur dengan tindakan guru terbabit.


“Guru disiplin terbabit bagaimanapun sekali lagi melakukan tindakan keji apabila dia mendakwa tidak berpuas hati dengan pemeriksaan kali pertama sebelum melakukannya sekali lagi.


“Kali ini, dia didakwa memasukkan tangan ke dalam baju semua pelajar perempuan terbabit. Selepas berpuas hati, guru disiplin itu merotan tangan semua pelajar dan meninggalkan kelas berkenaan,” katanya.


Sumber berkata, sebaik pulang ke rumah, pelajar perempuan berkenaan mengadu perbuatan guru terbabit kepada waris.


“Waris yang mendapatkan khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan berkenaan tampil membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah,” katanya.


Sebaik menerima laporan, sepasukan anggota polis menahan guru disiplin itu berhampiran sekolah menengah berkenaan, kira-kira jam 11 pagi Sabtu lalu .


Difahamkan, dia direman empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK) iaitu menggunakan kekerasan dengan niat mencabul kehormatan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan selain penahanan guru terbabit.

Sumber: myMetro: 28 Februari 2011

Sunday, February 27, 2011

CUEPACS MINTA SEMAK GAJI 5 BIDANG


Sumber :
CUEPACS MINTA SEMAK GAJI 5 BIDANG
Berita Harian
2011/02/26



KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menyemak semula skim gaji penjawat awam beruniform iaitu bomba, Jabatan Kastam, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan pendapatan mereka setaraf anggota polis dan tentera.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata skim gaji bagi lima bidang penjawat awam beruniform itu tidak sesuai dengan bidang tugas dan tanggungjawab dipikul. > “Jika kita lihat lima bidang penjawat awam itu, tugas mereka perlukan ketahanan fizikal dan mental di mana mereka perlu berhadapan dengan berjaga sehingga lewat malam, berkawal di sempadan negara dan semua ini berkaitan dengan risiko serta tanggungjawab mereka.

“Saya berharap kerajaan semak dan menilai semula skim gaji mereka dan menyelesaikannya dalam tahun ini,” katanya selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina dan pertemuan pertamanya bersama Exco Kanan Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) di sini, semalam.

Selain itu, Omar turut mengingatkan orang ramai bahawa Koperasi CUEPACS Berhad adalah satu badan yang berbeza dengan CUEPACS dan mereka tiada hak menyentuh isu berkaitan kongres itu.

Ini berikutan aduan diterima CUEPACS berhubung koperasi itu.
“Saya ada menerima beberapa aduan orang ramai dan saya ingatkan kepada semua, koperasi itu di bawah satu badan lain dan tiada kena mengena dengan CUEPACS,” katanya

Wednesday, February 23, 2011

Mazda 3 MPS

Kereta Mazda 3 MPS akan dilancarkan di Malaysia pada 2 Mac 2011 dengan harga pengenalan RM 175,000, kata Bernaz Motor, iaitu pengedar sah dan eksklusif untuk kenderaan jenama Mazda di Malaysia.

Dicipta oleh Mazda Performance Series, Mazda 3 MPS ini akan dikuasakan enjin 2.3 liter Turbocharged MZI DISI yang mempunyai 259 kuasa kuda dan 380 Nm kuasa kilas.

Tuesday, February 22, 2011

Gempa bumi di New Zealand

Sebuah gempa kuat melanda kota terbesar kedua di Christchurch, New Zealand merobohkan bangunan, menyebabkan banyak jiwa terkorban.

65 orang dilaporkan meninggal dunia akibat gempa bumi tersebut.

Ini merupakan kali kedua bandar raya itu dilanda gempa bumi dalam tempoh enam bulan, selepas kali pertama pada September lepas di mana gempa berukuran 7.1 pada skala Richter mengakibatkan kerosakan serius kepada bangunan dan jambatan.

Monday, February 21, 2011

HARGA TELEFON NOKIA ( 21.2.2011 )


Nokia 6600 Slide
RM 730
Nokia 3600
RM 490
Nokia E52
RM 650
Nokia E72
RM 910
Nokia X6 16GB
RM 870
Nokia N900
RM 1250
Nokia C5
RM 500
Nokia X3
RM 420
Nokia X5-01
RM 620
Nokia 2330
RM 185
Nokia 6700 Slide
RM 545
Nokia N97 mini
RM 1090
Nokia X2
RM 355
Nokia 5220 XpressMusic
RM 415
Nokia 5320 XpressMusic
RM 490
Nokia E75
RM 730
Nokia C6
RM 810
Nokia E5
RM 610
Nokia C7
RM 1240
Nokia X3-02 Touch and Type
RM 510
Nokia C3
RM 380
Nokia E71
RM 680
Nokia E66
RM 700
Nokia 1680
RM 170
Nokia E63
RM 600
Nokia N97
RM 1270
Nokia 6120 Classic
RM 425
Nokia 2630
RM 240
Nokia 2760
RM 235
Nokia 2680
RM 265
Nokia N85
RM 980
Nokia N79
RM 815
Nokia 5800
RM 670
Nokia 5130
RM 305
Nokia 5730 XpressMusic
RM 890
Nokia N86
RM 1310
Nokia 5530 XpressMusic
RM 615
Nokia 6303
RM 400
Nokia 6600i
RM 725
Nokia 6730
RM 850

AzizulHasni Awang Juara Keseluruhan Piala Dunia Di Manchester


Mohd. Azizulhasni Awang, mencatatkan sejarah tersendiri sukan lumba basikal apabila menjadi juara keseluruhan Piala Dunia yang berlangsung di Manchester, England.

Azizulhasni mengumpul 28 mata menerusi tiga perlumbaan sebelum ini, untuk menewaskan juara Olimpik yang juga musuh ketat peribadinya, Chris Hoy.

Syabas. Anda adalah wira negara.

Aduhai MOKHTAR SABAH



ADUHAI GURU TERBEBAN

SAYA ingin mengucapkan terima kasih kepada Guru Tua, Norhisyam dan Othman yang mengulas tulisan saya pada 8 Februari lalu. Untuk makluman, saya pernah bertugas selama lima tahun di Kedah, empat tahun di Johor, enam tahun di Selangor dan selebihnya di Sabah, berkhidmat di sekolah rendah dan menengah, dari guru Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) sehinggalah ke Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS), selain pernah menyandang guru warden asrama desa dan jurulatih sukan kepada Darat (Sukda).

Justeru, saranan Guru Tua dan Norhisyam agar saya keluar dari tempurung telah lama saya laksanakan sejak dulu lagi. Guru Tua ada menyebut tentang masih wujud Guru A di Johor. Kenapa ia berlaku? Jawapannya (rujuk kenyataan Guru Tua) iaitu “Hanya guru bermasalah yang memegang jawatan minimum”. Persoalannya, kenapa guru bermasalah tidak diambil tindakan? Guru sebeginilah yang menjadikan guru-guru yang bagus dan ikhlas terpaksa memikul bebanan tugas tambahan.

Saya menafikan kenyataan Norhisyam berhubung guru sukan. Tulisan saya menyentuh tentang guru-guru bersukan, bukannya guru sukan. Aduhai rakan guru, pelanggan kita adalah pelajar, ibu bapa pelajar, masyarakat komuniti dan pemegang dasar. Tugas perkeranian yang dinyatakan adalah sebahagian daripada sistem pendidikan kita dan ia adalah tugas kita.

Kepada Othman, memang ada guru diperuntukkan mengajar minimum enam waktu seminggu, selain Guru Besar atau Pengetua. Antaranya Guru Data, Guru Pusat Sumber, Setiausaha Peperiksaan dan Guru Bestari. Jangan lupa, ada sekolah berstatus Sekolah Kurang Murid (SKM). Kepada warga pendidik, sifarkan rungutan dan ikhlas bekerja kerana semua itu kerja kita dan ia adalah ibadah. Fikir-fikirkanlah.

MOKHTAR SABAH

Utusan Malaysia Online: 20 Februari 2011