Thursday, March 10, 2011

KU ADA KAMU – ADIRA AF8

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Wednesday, March 9, 2011

Perodua Myvi 2011



Perodua Myvi 2011 akan dilancarkan dalam masa terdekat. Adakah ia sekadar facelift atau baru. Pembaca boleh nilaikan sendiri dengan gambar diatas. Khabar angin mengatakan bahawa Myvi baru ini akan menggunakan enjin 1.5 akan terjawab bila pelancaran Myvi nanti.

Kepada peminat Perodua, nantikan kemunculan kereta ini pada tahun 2011.

Tuesday, March 8, 2011

Bom Gegar Sekolah

//Kerjaya Guru amat mencabar hari ini. Pelajar zaman sekarang boleh bertindak diluar dugaan kita. Adakah semua ini salah Guru atau sistem pendidikan perlu dirombak untuk membina modal insan yang cemerlang.

Sila Baca:

KUALA LUMPUR: Gara-gara tidak puas hati dengan guru, dua pelajar nekad meletupkan bangunan sebuah sekolah menengah di pinggir ibu kota dengan ‘bom’ buatan sendiri yang dipercayai diperbuat daripada mercun bola dan lingkaran nyamuk, semalam.

Tindakan ala ‘MacGyver’ itu dilakukan kedua-dua pelajar tingkatan tiga terbabit pada kira-kira jam 7.40 pagi menyebabkan berlaku tiga letupan di tiga lokasi berasingan sekolah berkenaan, sekali gus menggemparkan guru dan pelajar yang baru memulakan sesi pembelajaran.

Sumber polis berkata, pelajar terbabit dipercayai cuba membakar bangunan sekolah mereka, namun ketiga-tiga letupan yang dihasilkan tidak mencetuskan kebakaran.

“Biarpun insiden itu tidak mendatangkan kemalangan jiwa atau kecederaan kepada guru mahupun pelajar, ia kesalahan serius dan polis kini memburu kedua-dua pelajar terbabit yang dikenal pasti identiti mereka,” katanya.

Menurutnya, letupan pertama kedengaran ketika sesi pembelajaran baru bermula dan tersentak dengan itu, beberapa guru bersama pengawas sekolah bergegas mencari lokasi kejadian.

“Dalam kebingungan mencari punca letupan, satu lagi letupan berlaku kira-kira 10 minit kemudian di bangunan berhampiran pejabat dan kira-kira 20 meter dari lokasi letupan pertama yang berlaku dalam sebuah bilik darjah kosong di blok berlainan,” katanya.

Sumber itu berkata, ketika letupan kedua, beberapa guru mendakwa melihat cebisan kertas yang hancur dan beberapa lingkaran nyamuk yang masih berasap di atas bangunan berkenaan.

Menurutnya, bimbang dengan keadaan itu, pihak pengurusan sekolah menghubungi polis dan lima anggota dari Balai Polis Setapak tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian.

“Anggota polis berkenaan mula menggeledah bangunan sekolah itu, namun gagal mengesan suspek. Dalam kesibukan itu, tiba-tiba kedengaran pula letupan ketiga pada kira-kira jam 8.40 pagi di kawasan padang sekolah berkenaan,” katanya.

Menurutnya, seorang saksi yang juga pelajar sekolah terbabit mendakwa melihat dua pelajar lengkap berpakaian sekolah tergesa-gesa meninggalkan sekolah dengan menggunakan motosikal yang diletakkan di luar sekolah.

Sehubungan itu, wakil sekolah berkenaan membuat laporan di Balai Polis Setapak di sini dan Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan itu.

“Siasatan awal mendapati pelajar terbabit menggunakan mercun bola dan lingkaran nyamuk untuk menghasilkan letupan itu. Sehingga kini tiada tangkapan dilakukan dan motif sebenar masih dalam siasatan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, pihaknya menyerahkan siasatan penuh dilakukan pihak berkuasa mengenai motif sebenar insiden berkenaan.

“Jika hasil siasatan mendapati perbuatan itu dilakukan pelajar sekolah berkenaan, tindakan tegas akan diambil,” katanya.

Monday, March 7, 2011

Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2011

Calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia seperti di bawah :

A. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) :
Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Kepujian)

B. Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara :
Fizik . Kimia . Biologi . Matematik . Pendidikan Khas . Bahasa Cina

C. Program Kembar Bahasa Perancis :
Bachelor of Arts Degree in Sciences of Language and Information Specializing in Teaching French As Foreign Language

D. Program Kembar Bahasa Jerman :
Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Jerman Dengan Pendidikan

Permohonan boleh dibuat mulai 7 Mac 2011 (Isnin) melalui laman di sini.

PERBEZAAN MENGAJAR DAN MENDIDIK

Masalah para guru pada hari ini; mengajar tetapi tidak mendidik. Banyak perbezaannya diantara mengajar dan mendidik. Mengajar akan menjadikan pelajar kita PANDAI tetapi jika kita mendidik, pelajar akan menjadi BIJAK. Mendidik memerlukan ketabahan.

Ketabahan dan ketulusan yang datang dari dalam diri guru yang ikhlas. Pelajar boleh merasakan ketulusan guru sewaktu pengajaran. Mereka boleh membezakan guru mana yang mengajar dan guru mana yang mendidik.

Pelajar yang memiliki guru yang mendidik selalunya akan mempunyai pekerti yang mulia dan tahu menghormati pengorbanan dan ketulusan guru mereka.

Sunday, March 6, 2011

Kikis 80 teman lelaki


KUALA TERENGGANU: Selepas diceraikan suami kerana curang, seorang wanita pertengahan umur sedikit pun tidak insaf, sebaliknya semakin ligat bertukar-tukar pasangan untuk mengikis wang mereka. Sasarannya ialah lelaki berusia 60 hingga 70 tahun.

Mahu dikenali sebagai Nora, wanita berusia 44 tahun itu berkata, sudah lebih lapan tahun dia mendapatkan wang dengan cara tidak bermoral itu dan sepanjang tempoh berkenaan kira-kira 80 lelaki veteran menjadi mangsanya. Dalam pengakuannya kepada Harian Metro, Nora memberitahu dia mula menjalin hubungan sulit dengan lelaki tua yang berduit ketika dia masih bergelar isteri orang.

“Kira-kira tujuh tahun saya curang di belakang suami saya. Terus terang saya lakukan itu semua kerana duit disebabkan suami saya kurang berkemampuan. Apabila tembelang saya dikesan suami, saya diceraikan awal tahun lalu. “Selepas menjanda, saya semakin ligat kerana tiada siapa yang menanggung hidup saya. Hasilnya, kini saya mampu membeli rumah, kereta, motosikal dan barangan kemas,” katanya yang mempunyai seorang anak hasil perkongsian hidup dengan bekas suami.

Nora mendakwa dia mempunyai lebih 80 teman lelaki, majoritinya berusia 60 hingga 70 tahun yang sedia memberi wang kepadanya pada bila-bila masa dan balasannya dia perlu menyerahkan tubuhnya kepada mereka.

“Rakan rapat menggelar saya pisau cukur, tapi saya tak hiraukan gelaran itu kerana lebih penting saya dapat hidup mewah,” katanya.
Menurutnya, setiap kali membeli-belah, dia akan meminta teman lelakinya membelikan pelbagai pakaian dan barangan dengan harga mencecah ratusan ringgit.
“Walaupun paras rupa tidak berapa cantik dan usia sudah lanjut, namun dengan menggunakan sedikit ilmu kebatinan yang dipelajari, saya mampu menundukkan mana-mana lelaki yang didampingi.

“Saya menganggap hubungan saya dengan mereka sebagai adil. Mereka mahu meniduri saya dan saya pula inginkan wang serta barangan berharga,” katanya.

Katanya, dia selesa dengan apa yang dilakukannya kerana pada setiap waktu wang RM2,000 hingga RM3,000 pasti berada di dalam beg tangannya. Menurutnya, dengan menggunakan taktik pujuk rayu sambil membelai lelaki ‘hidung belang’ dia bukan saja mendapat wang, malah rumahnya turut diubah suai oleh teman lelakinya.
“Perwatakan sopan dengan mengenakan pakaian menutup aurat membuatkan lelaki mudah terpikat pada saya dan selepas itu baru saya menjerat mereka dengan kata-kata manis dan berkesudahan di ranjang.
“Saya akui tahu perbuatan saya ini salah, namun perangai mengikis wang lelaki sukar untuk dibuang selepas lebih lapan tahun bergelumang melakukan kerja ini,” .

Thursday, March 3, 2011

Surat pemberhentian 13,000 guru sandaran ditarik balik

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan berita gembira buat 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang menerima surat pemberhentian pada tahun lepas bahawa notis itu ditarik balik.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, beliau telah meneliti keadaan itu dan membuat keputusan GSTT harus dikekalkan.

"Saya minta Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran mengeluarkan surat pemberitahuan kepada mereka yang sudah berkhidmat dua, tiga hingga lima tahun, kita beri mereka peluang meneruskan perkhidmatan dan menempatkan mereka di tempat yang sesuai,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan dividen ladang Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Tongod dan Geran Komunal Lalampas Tongod di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas masalah 578 GSTT di Sabah yang ditamatkan kontrak dan terdapat permintaan termasuk daripada Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan agar kontrak mereka ini disambung semula.

Muhyiddin berkata, beliau sudah mengeluarkan arahan sejak dua bulan lepas bagi menarik balik surat pemberhentian itu dan mengekalkan khidmat GSTT terlibat. – Bernama