Sunday, May 1, 2011

Selamat Menyambut Hari Pekerja 1 Mei 2011



Sambutan Hari Pekerja 2011 diraikan pada hari ini. Hari Pekerja mula diiktiraf kerajaan pada 1973 apabila ia mengisytiharkan 1 Mei setiap tahun sebagai cuti umum.


Mulai 1991, kerajaan turut menganjurkan Perhimpunan Hari Pekerja secara tetap setiap tahun sebagai mengiktiraf dan menghargai sumbangan golongan pekerja kepada pembangunan negara.Perhimpunan yang disertai pekerja sektor awam dan swasta juga bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara pihak kerajaan, majikan dan pekerja.


Pada tahun ini, perhimpunan yang bertemakan ‘Pekerja Merealisasi Transformasi Negara’ akan diadakan pada 7 Mei di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.Sebagai penghormatan kepada golongan pekerja, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju untuk menyampaikan amanat khas pada perhimpunan berkenaan.

Saturday, April 30, 2011

Perkahwinan Diraja



PUTERA William menyarung cincin perkahwinan ke jari Kate Middleton di depan Ketua Biskop Canterbury, Rowan Williams, pada upacara perkahwinan diraja di Westminster Abbey.

Friday, April 29, 2011

CUEPACS MINTA KERAJAAN SELARAS GAJI UNTUK IMBANGI KENAIKAN HARGA BARANG

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan melakukan pelarasan gaji tahun ini, berikutan kenaikan harga barangan yang semakin membebankan penjawat awam.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan harga barang itu menyebabkan perbelanjaan penjawat awam bertambah lebih RM500 setiap bulan sedangkan pendapatan bulanan tidak berubah.

Penyelarasan yang boleh dibuat dengan mengambil kira purata perbelanjaan tambahan penjawat awam itu sekurang-kurangnya boleh meringankan beban mereka, kata Omar kepada pemberita, di sini Rabu.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung Kesatuan Pembantu Tadbir Pelajaran (Keptan) Perlis, berkata Cuepacs juga mencadangkan agar bantuan sara hidup (Cola) semua penjawat awam diselaraskan kepada RM300 sebulan.

Ini kerana katanya, kos sara hidup di luar bandar juga semakin meningkat seperti di bandar.

Omar berkata Cuepacs juga mencadangkan elaun tetap perumahan untuk penjawat awam yang bergred 40 dan ke bawah dinaikkan kepada RM350 sebulan berbanding RM180 sekarang.

"Mana ada rumah yang boleh disewa RM180 sebulan di kawasan bandar malah di luar bandar juga sewa rumah telah meningkat," katanya.

Selain itu, kesatuan tersebut juga menyarankan had umur persaraan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Thursday, April 28, 2011

Petua Imam Syafie

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam


Empat perkara menajamkan Mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan Mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit Dan
Bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat Malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak Dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Wednesday, April 27, 2011

8 penyakit yang boleh sembuh dengan berjalan kaki

1. Serangan Jantung
2. Stroke
3. Membakar Lemak
4. Melangsingkan Badan
5. Kanser
6. Mencegah Osteoporosis
7. Mencegah Kencing Manis
8. Depresi

Friday, April 22, 2011

Kelebihan seorang yang botak


1.Orang botak sering dikaitkan dengan kebijaksanaan. Tambah pula jika dia berkaca mata. Orang yang botak di bahagian depan kepala kita kata dia "ingat". Orang yang botak bahagian atas atau tengah kepala kita kata dia "pandai". Bagi orang yang botak pada kedua-dua bahagian kita kata dia "ingat dia pandai".


2.Botak jimat perbelanjaan. Tak perlu gunting rambut bagi hensem, cukup dengan cukur atau botakkan terus, jadi lambat tumbuh untuk dicukur semula kemudiannya. lagi jimat kalau beli mesin potong rambut sendiri dari China yang murah.


3.Wang juga dapat dijimatkan daripada membeli minyak atau gel rambut. Tak payah pergi ke saloon atau beli syampu untuk basuh rambut. Benda-benda tersebut bukannya murah.


4.Masa juga dapat dijimatkan untuk bersikat atau melaram didepan cermin. Rupa kepala selepas bangun tidur tak tergugat. Orang yang banyak rambut akan kelihatan tak siap selepas baru bangun tidur.


5.Lepas mandi cukup dengan sekali sapu kain tuala pada kepala terus kering. Tak payah gosok lama-lama atau gunakan pengering rambut. Sekali lagi jimat masa dan juga jimat duit.


6.Mandi mudah bagi kepala botak. Air yang dijirus terus mengalir ke bawah ke seluruh anggota badan lain. Jimat masa dan juga jimat air.


7.Ada juga pendapat yang berkata botak itu sunnah. jadi orang botak sentiasa dapat pahala sunnah asalkan pasang niat.


8.Kepala botak punyai kelebihan pada waktu panas. Kepala yang banyak rambut pada musim panas sering berpeluh dan gatal-gatal.


9.Solat bagi orang botak amat mudah walaupun terlupa bawa kepiah. Rambut tak akan menutup dahi ketika bersujud. Dalam Mazhab Shafie'e, dahi adalah salah satu anggota sujud.


10.Berwuduk mudah bagi orang botak ketika perlu menyapu tangan yang basah pada bahagian kepala. Elok sapu keseluruhan kepala dengan tangan yang basah, ianya lebih afdal.


11.Bagi yang sudah berkahwin, isteri tak akan menaruh syak wasangka yang bukan-bukan. Samada melaram atau tidak sama saja. kepala tetap botak. Isteri tak risau.




12.Kepala botak digabungkan dengan sejemput janggut menampilkan perwatakan warak, ini menjadi pendinding kalau ada niat nak buat jahat.

Tuesday, April 19, 2011

Ulang Tahun Keputeraan Ke-83 Sultan Perak, Sultan Azlan Shah

Sumber: Utusan

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mengetuai senarai 927 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-83 Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah di sini, esok.

Sultan Muhammad V dianugerahkan Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati (DK).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir pula menerima anugerah Darjah Seri Paduka Sultan Azlan Shah Perak Yang Amat Dimulia (SPSA) yang membawa gelaran Datuk Seri Diraja.

Gabenor wilayah Lampung, Indonesia, Komisaris Jeneral Polis, Drs. H. Sjachroedin pula menerima anugerah Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) membawa gelaran Datuk Seri.

Pengerusi Eksekutif PricewaterhouseCoopers Malaysia, Datuk Ahmad Johan Raslan; Pengerusi The New Straits Times Press (NSTP) Malaysia, Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Seri Dr. Anthony Francis Fernandes dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP), juga membawa gelaran Datuk Seri.

Bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Ismail; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd. Zin menerima Darjah Seri Panglima yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) Kementerian Kewangan, Datuk Zalekha Hassan menjadi penerima tunggal Darjah Datuk Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) membawa gelaran Datuk.

Sementara itu, seramai 54 individu dikurniakan Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) membawa gelaran Datuk.

Antaranya, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu, Sham Mat Sahat; Ketua Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan; Timbalan Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Perak, Dr. Naran Singh dan Pengarah Pelajaran Perak, Mohd. Rauhi Mohd. Isa serta Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Ismail Saffian.

Turut menerima DPMP, Pengurus Besar Yayasan Perak, Abdul Jamil Mat Kasa dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Abu Hassan Mohd. Isa; Pegawai Daerah Manjung, Ahmad Shafiee; Pengarah Perkhidmatan Veterinar negeri, Dr. Quaza Nizamuddin Hassan Nizam; Pengarah Tanah dan Galian negeri, Syed Mokhtar Syed Iddris dan Ketua Pegawai Eksekutif Invest Perak, Ir. Muhammad Hafni Ibrahim.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Asariah Mior Shaharuddin; Timbalan Pengarah Kanan (Pembangunan) Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kementerian Kesihatan, Jagjit Singh; Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Mahir; bekas ADUN Kuala Sepetang, See Tean Seng dan Pengetua Sekolah Agama Maahad Al-Maarif Al-Islamiah, Changkat Jering, Abdul Majid Zainal Abidin turut dikurniakan DPMP.

Sementara itu, tiga pegawai tinggi pasukan keselamatan iaitu Panglima 8 Briged, Abdul Rahim Abdul Mutalib; Mohd. Nuar Rijaldin dari Cawangan Sumber Manusia Markas Tentera Darat dan Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof dianugerahkan Darjah Datuk Pahlawan Taming Sari (DPTS) membawa gelaran Datuk Pahlawan.

Sempena sambutan Hari Keputeraan kali ini, Sultan Azlan Shah turut mengurniakan 14 Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM), 65 Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP), 25 Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM), 192 Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP), 274 Pingat Pekerti Terpilih (PPT), 280 Pingat Jasa Kebaktian dan 10 Pingat Lama Perkhidmatan (PLP).

Wartawan Kumpulan Utusan Biro Perak, Ani Awang merupakan antara penerima PJK.