Monday, December 5, 2011

Muslim Facebook' Bakal Dilancarkan Tahun Depan


Salamworld.com merupakan versi yang seakan-akan sama dengan Facebook tetapi lebih bermatlamatkan Islam sebagai halatuju perkhidmatan mereka. Facebook muslim tersebut mensasarkan pengguna seramai 50 juta dalam tempoh 3 tahun.Salam.com yang berpusat di Istanbul itu akan menekankan nilai-nilai Islam terhadap pengguna muda dan menjauhi nilai-nilai tidak bermoral yang bakal dipantau oleh moderator.

Selain daripada tapisan-tapisan tertentu, pengguna juga diharap dapat mendisiplinkan diri mereka sendiri agar tidak melakukan sesuatu yang terpesong dari prinsip Islam.Salam.world juga akan dijadikan landasan bagi menyebarkan maklumat ilmu tauhid dan juga khidmat nasihat. Para pengguna juga boleh menggunakan Salam.com bagi mengetahui Masjid berdekatan dikawasan mereka berada dan juga maklumat kedai-kedai yang menyediakan makanan halal.

Sunday, December 4, 2011

Best Guna Samsung Galaxy Tab 10.1

Sudah hampir 2 bulan saya menggunakan Samsung Galaxy Tab 10.1. Best ke tidak. Jawapannya memang best dan berbaloi dengan wang yang telah dilaburkan untuk membeli gajet ini yang bernilai RM1899.00.

Apa yang saya puas hati setakat ini.


1. Internet

Senang untuk saya surf internet pada bila bila masa. Laju, cepat dan pantas. Jika guna laptop kena tunggu untuk windows loading dulu. Makan masa. dengan tablet ini, kurang 1 minit saja boleh terus online.


2. Blog

Memudahkan saya berblog. Ciri tablet ini sama dengan laptop. Boleh copy paste. Boleh download gambar dan sebagainya.


3. Office

Untuk kerja kerja ringan amat sesuai guna tablet. Dengan skrin yang luas memang puas hati. Boleh edit word, powerpoint dan excel. Pdf pun disokong oleh gajet ini.


4. Hiburan

Sebagai satu gajet yang sesuai untuk berhibur. Boleh tengok movie..dengar lagu..macam kita gunakan dilaptop.


5. Game

Wow...grafik cantik. Dengan prosessor 1Ghz dual core dan Ram 1 Gb memang puas. Ada yang free dalam market. Kalau nak leboh teruja, banyak game yang HD tetapi berbayar.


6. Ringan

Semestinya. Senang nak dibawa kemana mana.


Kesimpulannya :

Memang puas hati. Kepada yang berminat..ada samsung galaxy tab 8.9..bakal keluar samsung galaxy tab 7.7 dan 7 plus. Skrin berbeza beza. Bergantung kepada cita rasa masing masing.


Friday, December 2, 2011

PERKARA SUNAT DILAKUKAN PADA HARI JUMAAT 

1. Mandi
Bagi kita di Malaysia dan penduduk negara lain yang mempunyai cuaca serupa, mandi ialah suatu rutin hidup. Namun, mandi boleh menjadi amal soleh jika kita meniatkannya semata-mata kerana Alah s.w.t. Contohnya ialah mandi pada hari Jumaat dengan maksud mematuhi galakan Rasulullah s.a.w.Sabda baginda yang bermaksud, "Apabila datang kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

2. Menghias dan Pakai Wangi²an
Menghias diri, memakai pakaian yang baik dan memakai wangi-wangian Hari Jumaat umpama hari raya untuk minggu tersebut. Justeru, kita disunatkan menghias diri dengan kadar yang dibenarkan oleh syarak dengan memakai pakaian yang baik dan berwangi-wangian. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:"Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi untuk menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat seperti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu." (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim)Sekiranya kita mampu pakailah baju berwarna putih pada hari Jumaat.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Pakailah pakaian kamu yang berwarna putih. Sesungguhnya ia adalah pakaian kamu yang paling baik dan kafankanlah orang-orang yang telah meninggal dunia di kalangan kamu dengannya."

3. Memotong Kuku
Islam amat mementingkan kebersihan dan kekemasan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)Persoalan kebersihan hendaklah diberi perhatian pada sepanjang masa terutama pada hari Jumaat kerana pada hari tersebut kita akan pergi beramai-ramai ke masjid dan berjumpa dengan saudara seagama. Sudah tentu kita tidak mahu dipandang hina oleh orang lain hanya kerana kita tidak mahu menjaga kebersihan dan kekemasan diri.

4. Membaca Surah al-Kahfi
Sunat membaca Surah al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan." (Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)Sabda Rasulullah s.a.w lain yang bermaksud, "Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antaranya dan Baitul `Atiq." (Riwayat Al-Baihaqi)

5. Memperbanyak Doa
Doa adalah senjata bagi orang-orang yang beriman. Kita mempunyai ramai musuh sama ada di dalam atau luar diri kita, di samping berhadapan dengan banyak cabaran sepranjang hidup kita. Sehubungan itu, kita amat mengharapkan pertolongan dan rahmat daripada Allah s.w.t untuk menghadapi segala ujian ini. Antaranya dengan cara berdoa.Kita digalakkan untuk banyak berdoa, apatah lagi pada malam dan hari Jumaat terutama sekali semasa waktu-waktu mustajab berdoa. Di antara hadis Rasulullah s.a.w mengenai perkara ini ialah Sabda baginda yang bermaksud, "Waktu mustajab berdoa itu ialah masa di antara imam duduk sehingga selesai solat." (Riwayat Muslim).

6. Berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
Pada hari Jumaat, kita juga disunatkan supaya banyak berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Sabda baginda yang bermaksud, "Sesungguhnya hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan di hadapanku

Thursday, December 1, 2011

BERIKUT MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN SKIM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) 2012 :

Semua kenaikan pangkat tidak lagi bergantung kepada kekosongan jawatan tetapi bergantung kepada tahap prestasi dan syarat kelayakan...Seseorang guru boleh mencapai ke tahap DG 54 ( 1-6 ) setelah 25 tahun berkhidmat...Syarat sah dlm perkhidmatan hanya 6 BULAN dan 5 HARI menduduki KURSUS INDUKSI...

Kenaikan pangkat daripada :
DG 1-1 ke DG 1-2 = 8 tahun,
DG 1-2 ke DG 1-4 = 8 tahun,
DG 1-4 ke DG 1-5 = 6 tahun
DG 1-5 ke DG 1-6 = 3 tahun

Kenaikan tahunan untuk :
DG 41... RM 230
DG 44...RM 250
DG 48...RM 270
DG 52...RM 290
DG 54...RM 320

GAJI PERMULAAN :
DG 41 ( DG 1-1 ) RM 1925....maksimum RM 6220
DG 44 ( DG 1-2 ) RM 2985....maksimum RM 7235
DG 48 ( DG 1-4 ) RM 4390....maksimum RM 8710
DG 52 ( DG 1-5 ) RM 5260....maksimum RM 9610
DG 54 ( DG 1-6 ) RM 7025....maksimum RM 11,505

Gaji kakitangan awam akan disemak setiap 3 tahun sekali,bermakna 2015 ada lagi semakan, demikian juga pada 2018...Pada 2013 dan 2016 kadar elaun akan disemak semula, dan pada 2014 dan 2017 pelarasan gaji akan dilakukan bergantung kepada kedudukan kewangan kerajaan supaya menjelang 2020 pendapatan perkapitan kakitangan awam pada 2020 adalah USD15,000...

* Selepas ini tiada lagi gred DG 41, 44, 48, 52, dan 54.... semua gred DG itu diganti dengan 1-1,1-2,1-4,1-5 dan 1-6.....( 1-3 tak ada )...MOGA PERKONGSIAN INI BERMANFAAT UTK. SEMUA...


Sumber : Kelab Guru Malaysia

Proton Saga 1.6 FLX SE



Enjin 1.6 litre Campro dengan CVT. Harga RM49,899 (metallic) dan RM49,449 (solid). Warna Fire Red dan Solid White.

Wednesday, November 30, 2011

Celcom broadband vs Digi broadband

Cukup menyampah dengan digi, selalu putus connection. Perlu ke saya langgan pakej celcom untuk saya punya samsung galaxy tab10.1?

Sekarang saya gunakan Celcom broadband untuk laptop manakala Digi broadband untuk tablet. Kalau saya guna celcom pada tablet, leceh sebab kena masukkan sim card setiap kali nak guna internet.

Celcom memang puas hati sebab lancar tetapi untuk digi..lembab, selalu putus.

Kesimpulannya :
Coverage : Celcom
Prestasi : Celcom

Walaupun celcom pun lembab tapi digi lagi lembab. Bila sudah guna dua dua pakej internet ini, terpaksa berpuas hati dengan perkhidmatan celcom.

Kepada yang ingin mencuba pakej broadband, pilihan terbaik adalah celcom.

Gaji SBPA 2012. Pekeliling Baru Bulan Disember Ini!!

Pekeliling Gaji SBPA 2012 baru akan keluar tidak lama sahaja lagi disebabkan Rang Undang- Undang Pembekalan 2012 telah pun diluluskan di Dewan Rakyat pada 23/11/2011 jam 10:33 malam yang lalu.

Antara maklumat sistem gaji SBPA baru 2012 ialah :

1) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: “Exit Policy”

Mana-mana kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti. Manakala kepada kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya bersara dengan berbekalkan PERKS yang lumayan.Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang berada dalam pengurusan premier dijangka agak kurang selamat. Pencapaian mereka ini akan diukur berdasarkan outcome dan kesan, bukan lagi output seperti yang sebelumnya.

2) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: Pengredan Semula Jawatan

Akan wujud pelbagai lapisan gred seperti berikut (secara kasar) :

Premier
Jusa
Pengurusan Tinggi
Pengurusan dan Profesional
Pelaksana

Kalau diikutkan gred Premier dan Pelaksana adalah merupakan gred baru yg diwujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yang telah digred semula mengikut keperluan organisasi.Maksudnya kalau ambil gred bawah sekali iaitu Pelaksana, seseorang yang sekarang ini hanya bertugas sebagai pemandu, kenalah ada multiskill, mampu buat kerja tambahan yang lain seperti jadi tukang bancuh kopi, tukang photostat, tukang taip, tukang angkat telepon dan lain-lain lepas ini.

3) Skim Gaji Baru SBPA 2012. Penilaian Markah Penjawat Awam

Bagi sistem gaji SBPA yang baru ini, markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam. Secara kasar akan dinilai seperti berikut :

Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
Markah 75 % – tiada kenaikan
Markah 70 % – disyorkan tamat perkhidmatan

4) Jadual Gaji SBPA 2012 Baru : Sistem Gaji Baru

Mengikut formula yang digunakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas menjalankan kajian, secara kasarnya, gaji penjawat awam bermula daripada jawatan KSN adalah seperti berikut :

Ketua Setiausaha Negara – RM50,000
Premier – RM40,000
Jusa C – RM12,000
Pengurusan & Profesional – RM6,000
Pelaksana – RM3,000

// Untuk maklumat lebih lanjut, kita tunggu pekeliling akan keluar x lama lagi.