Tuesday, January 31, 2012

SAYA NAK SAMSUNG GALAXY TAB : MANA SATU NAK PILIH?


Senarai samsung galaxy tab yang terbaru dan terkini. Gambar di atas dapat menolong bakal pemilik tablet samsung membeli model samsung galaxy tab yang bersesuaian dengan citarasa masing masing.

Banyak sangat pilihan dan tidak tahu nak pilih yang mana satu kan? Yang mana berbaloi untuk di beli dan mempunyai kelebihan tersendiri. Tepuk poket anda dulu sebelum nak beli model samsung galaxy tab nie.

Saya sudah memiliki samsung galaxy tab 10.1. Puas hati. Sebuah gajet yang bagus dan berguna. Lebih2 lagi screen samsung galaxy tab 10.1 besar dan amat seronok bila online.

Zaman sekarang tablet hampir menjadi satu keperluan. Tidak rugi jika anda menggunakan galaxy tab ini.




Monday, January 30, 2012

ISU SBPA : 5 TUNTUTAN CUEPACS

Presiden CUEPACS beri kata dua tarik diri jika syarat tidak dipenuhi.

Kaji semula pindaan gaji Gred 54 ke bawah.
Kaji gaji penjawat awam mencapai gaji maksimum.
Kaji kekananan dalam SSM sebelum bertukar kepada SBPA.
Kaji kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus.
Semak penstrukturan semula semua gred penjawat awam.

Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengemukakan lima perkara utama untuk dipertimbangkan dalam semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dengan tumpuan kepada aspek keadilan dan kesaksamaan, terutama bagi penjawat awam gred 54 dan ke bawah.

8.2.2012 : SYMBIAN BELLE

Sunday, January 29, 2012

SBPA: Najib kata 3 bulan ... CUEPACS pula ancam tarik diri

Tidak puas hati dengan jumlah 'panel khas' dalam menyemak semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam(SBPA), Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengancam akan menarik diri daripada menganggotai pasukan petugas itu.

"Sekiranya tiga pegawai saya tidak dibenarkan untuk turut serta dalam mesyuarat itu saya akan tarik diri dari pasukan itu, kerana ia tidak adil bagi saya.

"Saya adalah wakil kepada 1.3 juta penjawat awam yang lain," katanya sambil menambah Cuepacs akan memberi penerangan kepada penjawat awam dalam siri jelajah April nanti.

Pada masa sekarang beliau menasihatkan semua penjawat awam supaya bersabar sehingga semuanya selesai.

SBPA yang sepatutnya dilaksana bulan ini ditangguhkan sementara bagi memberi peluang kepada pasukan petugas khas menyemak semula skim itu yang dikatakanpersatuan penjawat awam sebagai agak kurang adil serta mengelirukan.

Pasukan petugas khas itu yang ditubuhkan pertengahan bulan ini diberi masa tiga bulan untuk melakukan semakan dan mengemukakan cadangan baru kepada kerajaan.

Friday, January 27, 2012

Gaji Februari penjawat awam berdasar SSM

Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Februari akan dibayar berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM), setelah kerajaan memutuskan pembayaran gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) hanya akan dibuat selepas semakan semulanya dimuktamadkan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, pembayaran baki perbezaan gaji bulan Januari bagi penjawat awam yang memilih opsyen SBPA pada 31 Januari ini juga tidak dapat dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini pada 9 Januari.

Pembayaran pelarasan gaji berdasarkan SBPA hanya akan dibuat setelah semakan semula SBPA dimuktamadkan dengan mengambil kira tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Januari 2012.

Sunday, January 22, 2012

SBPA LAGI : NAJIB BERI TEMPOH 3 BULAN

Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sedang diteliti pasukan petugas khas akan memberi kepuasan menyeluruh kepada setiap peringkat perkhidmatan awam.Menurut Perdana Menteri, pasukan petugas khas itu yang diberi tempoh tiga bulan akan melakukan semakan sebaik-baiknya supaya tidak ada lagi situasi yang boleh diibaratkan sebagai 'rumah siap, pahat berbunyi.

'"Sebelum ini saya dengar yang di bawah, kenaikannya terlalu rendah dan yang di atas kenaikannya terlalu tinggi, macam-macam saya dengar."Tak apalah, saya bagi tempoh tiga bulan kepada jawatankuasa ini kaji semula dan insya-Allah kita akan dapatkan hasil yang disifatkan sebaik-baiknya supaya kita dapat memberi kepuasan kepada semua," katanya.Najib berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Kakitangan Awam bersama Perdana Menteri di Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang dekat sini hari ini.

Majlis yang dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob itu disertai kira-kira 7,000 kakitangan awam melibatkan pelbagai peringkat termasuk Pusat dan negeri.Satu pasukan petugas khas yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam ditubuhkan setelah Najib mengarahkan SBPA disemak semula untuk menyelesaikan beberapa isu yang dibangkitkan oleh pihak tertentu.

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) baru-baru ini mendakwa lebih 1.3 juta penjawat awam Gred 54 ke bawah tidak berpuas hati dengan skim SBPA yang didakwa tidak adil terhadap mereka.

Saturday, January 21, 2012

Fikirkan : Punca pelajar menengah gagal membaca, menulis

SEBUAH ARTIKEL YANG MENARIK : SILA BACA




SAYA ingin merujuk kepada tulisan Hassan Salleh bertajuk 'Di Manakah Silap Guru' di ruangan ini yang menyentuh soal wujudnya pelatih-pelatih PLKN lepasan sekolah menengah yang masih tidak boleh membaca dan menulis.


Jawapan saya sebagai seorang guru yang telah lima tahun mengajar di sekolah menengah ialah:


Di maktab perguruan, kami diajar bahawa murid yang tidak mengikut peraturan perlu dihukum. Tapi hakikatnya di sekolah, semua jenis hukuman ditangguhkan. Hukuman terbesar seperti buang sekolah pun boleh dibangkang oleh murid kerana kita ada dasar pendidikan wajib 11 tahun. Jadi semua murid boleh melanggar semua peraturan sekolah, seperti ponteng kelas dan tidak perlu menyiapkan kerja sekolah kerana tidak ada satu peraturan yang boleh menyentuh mereka. Murid boleh berjalan keluar dari kelas ketika guru sedang mengajar dan tidak ada siapa boleh menghalang mereka.


Di maktab perguruan, kami diajar supaya mendahulukan kepentingan murid berbanding sekolah. Tapi hakikatnya di sekolah, guru disuruh bertungkus-lumus membuat kerja perkeranian sehingga tidak ada masa untuk mengajar. Terbaru di negeri Johor, pertandingan dibuat di antara sekolah-sekolah untuk mencari siapakah guru yang paling cekap membuat kerja perkeranian dan mengurus fail. Tentunya guru yang menang itu akan diberi anugerah dan dapat mengharumkan nama pengetua. Tapi kebanyakan guru yang menang itu tidak pernah memenangkan murid dalam apa-apa pertandingan pun.

Di maktab perguruan, kami diajar supaya memikirkan cara bagaimana hendak mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya murid yang pelbagai kerenah boleh dibantu. Tapi hakikatnya di sekolah, yang dipelbagaikan ialah jenis jawatankuasa, borang dan fail, bukan teknik pengajaran. Akhirnya setiap guru akan memegang 10 hingga 15 jawatan dalam pelbagai jawatankuasa, dan murid kadang-kadang satu buku pun tidak ada.

Di maktab perguruan, kami diajar supaya 'buat apa yang betul untuk murid'. Tapi hakikatnya di sekolah, pengetua hanya mahu mencari nama dan hendak cepat naik pangkat dan naik gaji. Oleh itu semua guru mesti berhempas pulas mengurus hal-ehwal sekolah. Kadang-kadang guru terpaksa meninggalkan kelas untuk hadir mesyuarat kerana pengetua mahu semua fail lengkap dan terkini.

Di maktab perguruan, kami diajar supaya mengajar mengikut tahap murid. Untuk itu, murid diasingkan mengikut kelas. Murid yang pandai dan cekap akan diletak di kelas pandai, supaya guru boleh mengajar dengan pantas. Jika kurang cekap dan lemah, akan diletak di kelas kurang pandai supaya guru boleh mengajar perlahan-lahan dan murid boleh dibantu.

Tapi hakikatnya, ibu bapa menuduh guru menganggap anaknya bodoh jika diletak di kelas hujung, jadi ibu bapa akan bawa wartawan, bawa ahli politik dan bawa ketua kampung untuk serang guru di sekolah. Oleh kerana sekolah tidak suka orang politik mencari populariti dalam sekolah, sekolah pun beralah dan murid kurang pandai ini pun diletakkanlah di kelas pandai.

Ibu bapa pun baliklah dengan bangga dan berceritalah kepada jiran-jiran, kononnya anaknya di kelas pandai. Tapi akhirnya anaknya ketinggalan kerana tak mampu mengejar murid pandai yang lain dan guru akan diserang lagi kerana tak pandai mengajar.

Di maktab perguruan, kami diajar supaya mendahulukan kepentingan klien. Tapi pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran tidak pernah anggap guru sebagai klien mereka. Guru sekolah hanya 'kuli' pihak PPD dan jabatan semata-mata. Jika PPD dan jabatan minta data, guru mesti sediakan secepat mungkin. Kalau boleh dua saat selepas diminta, data mesti sudah sampai ke pejabat.

Dua hari selepas data dihantar, PPD dan jabatan akan telefon sekolah untuk memarahi pengetua kerana guru tidak hantar data. Pengetua pun marahlah kepada guru dan guru pun terpaksalah meninggalkan kelas untuk menghantar lagi data buat kesekian kalinya kerana PPD dan jabatan memang tidak pernah simpan apa-apa data pun. Setiap kali mahu apa-apa mereka akan minta dari sekolah, sehingga data yang sama boleh dihantar hampir sepuluh kali ke pejabat. Tanyalah kepada Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, berapa kali agaknya data enrolmen murid dihantar ke pejabat dalam setahun.

Saya fikir kesilapan pihak guru ialah, lain yang diajar di maktab, lain yang perlu dbuat. Pengetua, PPD, jabatan dan ibu bapa, semua membuli guru sekolah. Kalau maktab perguruan mahu membantu hapuskan buta huruf, ajarlah guru pelatih bagaimana hendak 'mengajar' orang atasan.

AKMAL FAIRUZ Lembah Pantai, Kuala Lumpur

Sumber: Utusan Malaysia On-line Forum 16 Januari 2012