Monday, February 6, 2012

Lirik Awan Nano – Hafiz AF7

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu


Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Saturday, February 4, 2012

Cuepacs: Formula gaji SBPA keliru

Cuepacs akan mengemukakan formula perpindahan gaji daripada Skim Saraan Malaysia (SSM) kepada Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) untuk dipertimbangkan dalam semakan semula skim baru itu, yang rata-rata mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan awam.

Timbalan Presiden 1 Cuepacs, Aziz Muda berkata, perpindahan gaji berkenaan mengambil kira gaji maksimum dan kekananan agar ia diterima baik oleh semua
penjawat awam.
"Setakat ini kenaikan gaji penjawat awam dalam SBPA tidak jelas dan mengelirukan," katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam Kesatuan Sekerja Lembaga Air Sibu (SWBEU) di sini malam tadi.

Dipetik Bernama, beliau berkata, hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi iaitu sekitar US$15,000 setahun menjelang tahun 2020
tidak akan tercapai dengan kadar gaji yang diperkenalkan SBPA sebelum ini.

Sementara itu Cuepacs telah mengemukakan lima tuntutan utama yang akan menjadi indikator tuntutannya kepada kerajaan bagi memastikan penambahbaikan
berlaku secara menyeluruh pada pelaksanaan SBPA.

Beliau berkata berdasarkan perkembangan semasa, Cuepacs yakin lima asas utama itu akan dipertimbangkan pasukan petugas khas SBPA.
"Sekiranya lima asas utama tuntutan ini masih tidak diterima oleh jawatankuasa, Cuepacs juga tidak akan menerima pandangan mereka. Ini kerana penambahbaikan tidak berlaku.
"Kalau ini (penambahbaikan) tidak berlaku ia akan menyebabkan rasa tidak puas hati (di kalangan penjawat awam) berterusan," katanya.

Friday, February 3, 2012

PERODUA ALZA SR




Perodua melancarkan varian terbaru bagi kenderaan pelbagai guna (MPV), Perodua Alza SR (Smart Ride) bagi versi mampu milik dengan harga yang lebih murah. Apa yang membezakan Perodua Alza ini berlainan dengan varian standard adalah :

Perbezaannya Perodua Alza SR (Smart Ride) VS Perodua Alza (varian Standard)

Warna : Glittering Silver, Ivory White dan warna baru Mystical Purple
Tiada air bag
Tiada ABS
Tiada EBD
Tiada BA
Tiada butang audio di stereng
Di bahagian dashboard hanya satu tone sahaja

Harga Perodua Alza (SR)


Perodua Alza SR 1.5 BX (Manual) Solid – RM53,013.50
Perodua Alza SR 1.5 BX (Manual) Metalik – RM53,513.50
Perodua Alza SR 1.5 BZ (Automatik) Solid – RM56,013.50
Perodua Alza SR 1.5 BZ (Automatik) Metalik – RM56,513.50

DIVIDEN TABUNG HAJI 2011

Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan pembayaran bonus kepada pendeposit sebanyak enam peratus bagi 2011. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mengumumkan perkara itu, berkata ia adalah kenaikan 0.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Rekod Pengumuman & Pembayaran Dividen Tabung Haji (1994-2011)
Kadar Dividen Tabung Haji (%)

1994 – 9.5
1995 – 9.5
1996 – 9.5
1997 - 9.5
1998 – 8.0
1999 – 8.0
2000 – 5.5
2001 – 3.25
2002 – 3.5
2003 – 4.0
2004 – 4.3
2005 – 4.5
2006 – 4.75
2007 – 5.0 + 2.0 bonus
2008 – 5.0
2009 – 5.0
2010 – 5.5
2011 – 6.0

Thursday, February 2, 2012

Kesatuan guru bantah PTD isi jawatan penolong kanan

Menafikan peluang kenaikan pangkat cikgu

KESATUAN guru membantah klausa khas sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang membuka peluang kepada Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) membolot jawatan Penolong Kanan di sekolah menengah.

Jika PTD dibenarkan mengisi jawatan berkenaan, dikhuatiri sebanyak 2,282 jawatan Penolong Kanan pada Gred DG48 akan diisi PTD sekali gus menafikan peluang kenaikan pangkat guru.
Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) melihat kemasukan PTD khas untuk memegang jawatan Penolong Kanan (Pentadbiran) tidak akan menyelesaikan isu pengurusan sekolah yang dikatakan tidak profesional.

Pengerusi KGMMB Cawangan Terengganu, Abdullah Mamat, berkata ketika ini guru pada Gred DG44 yang dilantik sebagai Penolong Kanan (DG48) menguruskan hal ehwal kewangan (pentadbiran) dan juga akademik.

“Penolong Kanan sekarang menjaga dua bahagian pengurusan dan banyak tugas perlu diselesaikan hingga didakwa PTD sebagai tidak profesional.

“Jika PTD memasuki sekolah dengan hanya menjaga bahagian pentadbiran atau kewangan, guru pun boleh melakukan tugas ini kerana sekarang pun mereka sudah menjalankan dua tugas sekali gus.
“Lebih baik Kementerian Pelajaran membuka dua jawatan Penolong Kanan kepada guru, satu untuk pentadbiran dan satu lagi untuk akademik supaya pengurusan lebih kemas,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sementara itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) meminta warga pendidikan bersifat terbuka dengan langkah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membuka jawatan di sekolah dan institusi lain di bawah Kementerian Pelajaran untuk pegawai daripada skim bukan pendidikan.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata pelantikan pegawai bukan skim pendidikan bertujuan menggunakan kepakaran mereka bagi penambahbaikan sistem penyampaian di sekolah dan institusi lain seperti institut pendidikan guru atau Pejabat Pelajaran Daerah.

Beliau berkata, ketika ini, PTD sudah diterima di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dengan memegang jawatan Ketua Sektor (Pengurusan).

“Ini strategi lautan biru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memaksimumkan kepakaran pegawai jabatan lain dengan diminta bertugas di jabatan baru yang bukan secara tradisinya tempat mereka bertugas.

“Pada masa sama, kita berharap pegawai kanan Kementerian Pelajaran daripada skim pendidikan (DG) juga diterima bertugas di kementerian lain jika ada keperluan berbuat demikian,” katanya.

Namun, Hashim berkata, PTD yang sudah ditempatkan di JPN atau Kementerian Pelajaran perlu membuktikan mereka mahu memudahkan urusan guru, bukan sebaliknya.

Beliau berkata, KPPK menerima banyak aduan daripada guru bahawa PTD di Bahagian Kewangan enggan meluluskan tuntutan guru yang bergerak ke luar daerah.
Keengganan itu katanya dengan alasan guru berkenaan sepatutnya bertugas di dalam daerah penempatan masing-masing sedangkan guru berkenaan perlu menjalankan tugas rasmi.

info : Berita Harian Online

Wednesday, February 1, 2012

OBJEKTIF SARA 1 MALAYSIA



OBJEKTIF SARA 1 MALAYSIA

Untuk memastikan taraf hidup rakyat terutama mereka yang tergolong dalam kumpulan berpendapatan rendah dapat ditingkatkan, kerajaan melakar satu lagi detik sejarah apabila melancarkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) yang bakal memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah berpendapatan rendah.


Ketika mengumumkannya, Perdana menteri datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mereka yang layak akan diberi peluang membuat pelaburan sebanyak RM5,000 dalam Sara 1Malaysia iaitu salah satu produk Permodalan Nasional Berhad (PNB) sama ada melalui simpanan peserta atau dalam bentuk pinjaman.


Skim yang diperkenalkan itu terbuka kepada kumpulan isi rumah berpendapatan antara RM500 hingga RM3,000 sebulan.Bagi mereka yang tidak mempunyai simpanan, mereka boleh membuat pinjaman sebanyak RM5,000 daripada bank-bank yang mengambil bahagian iaitu Maybank, CIMB Bank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).


Bagi peserta yang menyertai skim ini dan di kalangan mereka yang tidak membuat pinjaman dengan mana-mana pihak bank terpilih, mereka dijamin memperoleh pulangan sebanyak RM134 sebulan. Sementara bagi mereka yang membuat pinjaman, mereka tetap memperoleh imbuhan sebanyak RM50 sebulan selepas ditolak sebanyak RM84 sebagai bayaran balik pinjaman kepada pihak bank.


Sekiranya mereka yang tidak membuat pinjaman dengan pihak bank dan tidak mengambil pulangan yang diterima setiap bulan dalam tempoh lima tahun, mereka mampu memperoleh pendapatan memcecah RM13,000.Sementara bagi mereka yang membuat pinjaman, mereka juga berpeluang memperoleh RM5,000 untuk tempoh yang sama.

Tuesday, January 31, 2012

CUEPACS tubuh jawatankuasa bertindak tambah baik SBPA

Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) CUEPACS bagi menyediakan kertas kerja yang komprehensif ke arah penambahbaikan skim itu.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kertas kerja yang berdasarkan kepada lima tuntutan utama CUEPACS sebelum ini, dijangka disiapkan dalam tempoh tiga minggu bermula 10 Februari sebelum diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jawatankuasa dianggotai 15 orang dan dipengerusikan Timbalan Presiden 1 CUEPACS, Azih Muda.