Saturday, March 24, 2012

20 Top Ranking SBP SPM 2011

Ranking SBP SPM 2011

1 KOLEJ TUNKU KURSHIAH 0.9232
2 SEKOLAH TUN FATIMAH 0.9393
3 SEKOLAH SERI PUTERI 0.98424
4 SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH 1.11835
5 SMS Tuanku Munawir 1.186
6 SBP INTEGRASI GOMBAK 1.2267
7 SM SAINS REMBAU 1.30068
8 KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH 1.35539
9 SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN 1.372510
10 SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK 1.379311
11 SM SAINS ALAM SHAH 1.4412
12 SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU 1.450813
13 THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR 1.457914
14 SM SAINS SULTAN MAHMUD 1.472415 S
15 SM SAINS MUZAFFAR SYAH 1.510916
16 SBP INTEGRASI RAWANG 1.528117
17 SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA 1.528718
18 SM SAINS JOHOR 1.549119
19 SM SAINS KUALA SELANGOR 1.56920
20 SM SAINS SELANGOR 1.592721

Thursday, March 22, 2012

Gaji SSM 2012 (Baru) & Tunggakan 3 Bulan Akan Mula Dibayar April

KSN menyatakan gaji SSM 2012 (baru) akan mula dibayar bermula bulan April ini.

Info :
■Contohnya: P1T2 Gred N17 (Gaji 31.12.2011) RM 870.29 x 13% = RM 983.43
■Jadi jumlah RM 983.43 adalah merupakan gaji yang akan dibayar pada bulan 4 nanti

Wednesday, March 21, 2012

Keputusan SPM: Indeks gred purata bertambah baik

Pencapaian keseluruhan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 bertambah baik dengan indeks Gred Purata Nasional (GPN), 5.04 berbanding 5.19 pada tahun sebelumnya.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud berkata, sejak 2007 hingga 2011 nilai GPN pada setiap tahun memperlihatkan peningkatan pencapaian calon secara berterusan.

Seramai 506 calon sekolah Kementerian Pelajaran telah berjaya memperoleh gred Cemerlang Tertinggi (A ) bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 363 pada 2010.

Bagi calon selain dari sekolah kementerian pula, seramai 53 pelajar telah berjaya memperoleh gred A bagi semua pelajaran berbanding 40 pada 2010.

Tuesday, March 13, 2012

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2011

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) 2011 akan diumumkan pada 21.3.2012(Rabu). Calon calon boleh mendapatkan keputusan mereka disekolah masing masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pelajaran tempat mereka berdaftar dulu.

Calon juga boleh mengetahui keputusan Spm 2011 melalu SMS iaitu MySMS ke 15888. Perkhidmatan ini akan aktif pada pukul 10.00 pagi 21.3.2012 sehingga tengah malam 27.3.2012.

SELAMAT BERJAYA.

Thursday, March 8, 2012

PENJAWAT AWAM TERIMA BAYARAN TUNGGAKAN MAC ATAU APRIL

Para penjawat awam seluruh negara dijangka menerima bayaran tunggakan gaji pada bulan ini atau bulan depan berikutan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan pengembalian kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, bayaran tunggakan berasaskan gaji pokok terkini itu akan dikira mulai 1 Januari 2012.

“Cara pembayaran tunggakan iaitu sama ada sekali gus atau berperingkat-peringkat, bagaimanapun perlu ditentukan oleh bahagian sumber manusia agensi masing-masing.

“Ini kerana gaji tersebut perlu dikira semula, tetapi bagus juga kalau ia dibayar sekali gus,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, hari ini.

Dalam perhimpunan tersebut, Najib mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana serta pelarasan antara tujuh peratus hingga sembilan peratus untuk kumpulan lain.

PELARASAN GAJI BERKUATKUASA 1 JAN

Pelarasan gaji yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak Khamis akan berkuatkuasa 1 Jan tahun ini dan dibayar mulai bulan ini atau April, kata Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.

Katanya ia berdasarkan kepada perbincangan Cuepacs dengan Perdana Menteri sebaik selesai Perhimpunan Khas Penjawat Awam Bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini di mana pengumuman itu dibuat.

"Sama ada pembayaran akan dibuat secara penuh atau berperingkat, ia bergantung kepada jabatan masing-masing," kata Omar ketika ditemui pemberita selepas itu.

Pada perhimpunan itu Perdana Menteri turut mengumumkan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik.

Najib turut mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 1 hingga 54; sembilan peratus untuk Gred Utama dan Gred Khas C,B dan A; lapan peratus Kumpulan Turus III dan Turus II; dan tujuh peratus untuk Kumpulan Turus I dan Ketua Setiausaha Negara.

Omar berharap pengumuman itu disambut baik 1.4 juta penjawat awam dan tiada lagi suara tidak puas hati sebaliknya mereka perlu membalas keperihatinan kerajaan dengan bekerja lebih rajin serta berusaha meningkatkan produktiviti.

Mengenai penubuhan suruhanjaya yang akan turut disertai wakil Cuepacs untuk mengkaji secara menyeluruh perkhidmatan awam Malaysia, beliau berharap suruhanjaya itu akan memberi tumpuan kepada tuntutan Cuepacs yang lain.

Mengenai Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) beliau berkata, PTK kekal dimansuhkan seperti mana yang diumumkan sebelum ini dan diganti dengan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK).

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Lok Yim Pheng berkata pengumuman Perdana Menteri itu turut menggembira kaum guru.

"Ia jelas menunjukkan golongan pendidik tetap diberi keutamaan oleh kerajaan kerana kenaikan pangkat tidak perlu menunggu masa yang lama iaitu selama 10 tahun," katanya.

Kerajaan mengumumkan akan mengekalkan keputusan penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan prinsip "time-based" pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti yang dimumkan dalam Bajet 2012.