Wednesday, April 18, 2012

Anugerah Guru Dinamik 2011


Hari ini saya mendapat Anugerah Guru Dinamik 2011 sempena Hari Anugerah Cemerlang.

Memang tidak sangka akan mendapat anugerah ini. Walaubagaimana pun, anugerah ini sedikit sebanyak memberikan saya dorongan dan semangat untuk terus berjuang dan mendidik anak bangsa menjadi insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Monday, April 16, 2012

Proton Preve





16.4.2012. Proton Preve dilancarkan secara rasminya. Respon : Wow....Cantik. Proton Preve memang berbaloi untuk dimiliki. Harga bermula serendah RM59,540 sehingga RM72,990.


Harga sebenar

Proton Prevé 1.6 Premium CFE
RM72,990 (metallic) and RM72,540 (solid),

Proton Preve 1.6 Premium IAFM+
RM62,990 (metallic) and RM62,540 (solid).

Proton Preve 1.6 MT Executive
RM59,990 (metallic) and RM59,540 (solid).

Proton Preve ini akan mula berada di semua pusat jualan proton diseluruh negara esok. Jangan lupa tengok kereta terbaru daripada Proton. Kesimpulannya, memang beruntung jika dapat membeli Proton Preve ini.

Sistem Buddy Untuk Kakitangan Awam

Sistem Buddy Untuk Kakitangan Awam Yang Bermasalah Bermula Bulan Mei Ini.

Tujuan Sistem Buddy Diperkenalkan :

Diperkenalkan dan merupakan inisiatif unit psikologi. “buddy” akan dipilih oleh jawatankuasa khas yang terdiri daripada kakitangan sumber manusia dan psikologi :

1.Menjadikan perkhidmatan awam ”lebih dinamik” dengan meningkatkan produktiviti kalangan kakitangan awam yang bermasalah
2.Membina semangat dikalangan kakitangan awam

Thursday, April 12, 2012

Proton Preve 2012. Harga Bermula RM59,540.00 – RM72,990.00

Nama Proton Preve 2012


Disebabkan Proton sebelum ini mengalami masalah kepercayaan daripada pemilik Proton sebelum ini, maka Proton cuba bangkit semula dengan model global baru mereka ini, di mana nama Proton Preve 2012 pada mulanya datang daripada perkataan “Prove”
Asalanya, sebutan nama Preve, ialah “preev”
Tetapi Proton telah menukar bentuk sebutan “preev” kepada “prae-vae” kerana mahu menampakkan lebih komersil.


Harga Proton Preve 2012


1) Proton Preve 1.6 MT Executive (Transmisi Manual 5-Kelajuan)
RM 59,990.00 / Metallic (OTR)
RM 59,540.00 / Solid (OTR)


2) Proton Preve 1.6 CVT Executive (Transmisi CVT 6-Kelajuan)
RM 62,990.00 / Metallic (OTR)
RM 62,540.00 / Solid (OTR)

3) Proton Preve 1.6 CVT Premium (Transmisi CVT ProTronic 7-Kelajuan)
RM 72,990.00 / Metallic (OTR)
RM 72,540.00 / Solid (OTR)


Hari pelancaran Proton Preve 2012 dijangka diadakan pada 16 April ini

Tuesday, April 3, 2012

Harga Minyak RON 95 Naik 10 Sen

Harga minyak RON 97 naik lagi sebanyak 1o sen menjadikan harga minyak RON97 sebelum ini RM2.80 bakal menjadi RM2.90. Kenaikan harga minyak RON97 bermula tengah malam ini.

Saturday, March 31, 2012

PANAS..Pekeliling Perkhidmatan SSM


Pengiraan Pemindahan Gaji

Caranya :

1.Pilih samada anda daripada daripada pecahan kumpulan yang berkaitan dengan anda
2.Masukkan gaji lama anda pada 31 Disember 2012. Dan akan tertera gaji baru anda (SSM) secara uatomatik selepas itu bermula 1 Januari 2012
3.Tahniah kami ucapkan

Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) – SSM

■KGT SSM baru sama macam seperti yang terkandung dalam SBPA. Tiada perubahan


■Berkaitan dengan kenaikan gaji tahunan (KGT), anda perlu menunggu surat kelulusan pergerakan gaji terlebih dahulu. Biasanya sekitar hujung bulan 5 atau awal bulan 6.

■Jikalau sudah dapat surat daripada jabatan, barulah boleh dapat gaji baru SSM untuk tangga gaji baru bersama-sama tunggakan kenaikan gaji tahunan (KGT)

■Berdasarkan maklumat yang diperolehi berdasarkan lampiran gaji, kenaikan gaji tahunan melibatkan gred 41 adalah sebanyak RM225. Maknanya kalau sebelum ini sudah bertahun-tahun, anda hanya menerima kenaikan gaji tahunan RM90 sahaja, kali ini ia melompat terus kepada RM225. Itu untuk DG41


■Apabila sudah menerima surat pengesahan daripada jabatan, barulah kirannya seperti ini :

■RM225 x dengan berapa bulan yang tertunggak. Contohnya : Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) Januari, tunggakan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) anda boleh dapat bulan 7

Pengiraan Gaji SSM Baru 2012 :

Gaji baru SSM 2012 = (Gaji 31 Disember 2011 x 13%) + Gaji pada 31 Disember 2011)
Seperti yang kami katakan sebelum ini, pada bulan April 2012 ini tunggakan 13% (selama 3 bulan) sekali dengan gaji baru SSM) anda

Merujuk semula kepada kenaikan gaji tahunan (KGT), ini bermakna pada bulan Julai kelak contohnya. anda akan memperolehi RM225 x 6 (Januari – Jun) + (RMgaji baru SSM 2012 + RM225 KGT)

Antara Butiran Penting Pekeliling Perkhidmatan SSM Bagi Kenaikan Gaji Baru Kakitangan Awam :

1. COLA kakitangan awam akan mula berkuatkuasa pada 1 April 2012. Ini bermakna tiada tunggakan melibatkan COLA. Pelarasan 13 % itu mungkin datang sekali dengan penambahan COLA
2. gaji minimum – maksimum bergantung kepada peringkat semasa SSM

Download Pekeliling Perkhidmatan (Gaji Baru SSM 2012)

Untuk mendapatkan pekeliling kenaikan ini, sila klik link di bawah ini dan download fail-fail yang terkandung di dalamnya :

PP 1/2012: Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia
PP 2/2012: Kenaikan Gaji Bagi Perkhidmatan Polis DiRaja Malaysia Di Bawah Sistem Saraan Malaysia
PP 3/2012: Kenaikan Kadar Bantuan Sara Hidup (COLA)


sumber : Beritasemasa

Monday, March 26, 2012

Dividen Bank Rakyat 15% + Bonus Saham 5%

Bank Rakyat mengumumkan dividen sebanyak 15% dan bonus saham sebanyak 5% bagi tahun kewangan berakhir 2011.


Bank Rakyat mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.02bilion bagi tahun kewangan 2011. Ia merupakan kenaikan sebanyak 17.6% atau RM301.9 juta berbanding RM1.72 bilion pada tahun sebelumnya.