Monday, July 8, 2013

Ku Akui – Hafiz

Katakan padaku kekasih
Kesilapan yang pernah ku lakukan dulu
Ternyata aku yang harus di persalahkan
Ku akui
Aku leka dengan kerjayaku
Mengejar kekayaan di dunia ini
Betapa hancurnya hatimu laluinya
Ku akui

Jika dapatku mengulangi
Perjalanan cintaku bersamamu lagi
Akan ku jaga
Sebaik-baik cinta ini

Kini ku rasa kehilangan
Ku sedar betapa pentingnya kau di sisi
Yang selalu ada
Yang selalu rindu
Terhadap diriku

Jangan jangan
Jangan ku ulangi lagi
Jika dapatku mengulangi
Perjalanan cintaku bersamamu lagi
Akan ku jaga
Sebaik-baik cinta ini
Kini ku rasa kehilangan
Ku sedar betapa pentingnya kau disisi
Yang selalu ada
Yang selalu rindu
Terhadap diriku

Sunday, July 7, 2013

Samsung Galaxy Note 3

Dari sumber yang dipetik dari web teknologi Slashgear, salah satu ciri keistimewaan gadget popular milik Samsung ini akan menggunakan RAM berkapasiti besar, iaitu sebesar 3GB.

Layar Galaxy Note III dikatakan berukuran 5,99 inci dengan resolusi Full HD (1920 x 1080) manakala jenis panel display adalah Super AMOLED.

Ukuran tersebut lebih besar setengah inci dari Galaxy Note II, yang memiliki paparan layar 5,5 inci, dengan kamera 13 mega pixel.


Badan Galaxy Note III dijangka sedikit lebih langsing dengan berat lebih ringan, 180 gram serta ketebalan 8 mm.

Semasa pelancarannya nanti, Galaxy Note III akan menggunakan sistem operasi Android terbaru, 4.3 Jelly Bean. Ia juga akan mendukung teknologi jaringan 4G LTE-Advanced dengan prosesor Qualcomm Snapdragon 800 quad-core. Adapun di pasaran lainnya akan menggunakan prosesor buatan Samsung sendiri, Exynos 5 "Octa" SoC.

Sama seperti sebelumnya, Samsung dikhabarkan akan memperkenalkan model baru Galaxy Note III pada pameran tahunan IFA di Berlin, Jerman, pada September 2013.

Kadar Mas Kahwin Mengikut Negeri

Kepada sesiapa yang bujang dan sudah berkahwin yang ingin berkahwin lagi...ini sebagai panduannya...

Selamat.

Friday, June 21, 2013

SISC + = Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah

Apa itu SISC?
Program SISC ataupun juga dikenali sebagai Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (School Improvement Specialist Coaches) telah dimulakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sejak awal tahun 2011. Guru-guru yang terpilih (sebahagian besarnya adalah merupakan kalangan Guru Cemerlang) telah diberikan latihan dalam bentuk kursus kepada "master coachees".

Guru-guru yang telah mendapat latihan ini seterusnya akan ditugaskan untuk memantau sekolah-sekolah yang berprestasi rendah serta berada dalam Band 6 dan Band 7. Dalam setahun, mereka perlu ke sekolah yang dipantau sekurang-kurangnya 3 kali bagi tujuan mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh sekolah serta memikirkan program intervensi / pemulihan yang boleh dijalankan di sekolah tersebut bersama-sama dengan pentadbir dan guru-guru sekolah.

Program ini telah diadakan secara berperingkat, dengan 2 negeri perintis telah dimulakan di Kedah dan Sabah pada tahun 2011. Atas keberkesanan program SISC yang telah dijalankan, maka jawatan SISC+ akan diwujudkan mulai tahun 2013, dengan pelaksanaan nya adalah merangkumi seluruh negara.


Kewujudan jawatan ini juga adalah di bawah anjakan ke 6 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu Mengupaya JPN dan PPD. Guru-guru yang terpilih akan ditempatkan sepenuh masa di PPD, tapi tidak akan terlibat langsung dengan pengurusan PPD. SISC+ ini akan memantau sekolah di bawah jagaan nya 4 hari untuk seminggu. Manakala 1 hari lagi diperuntukkan untuk berada di pejabat, membuat laporan dan juga bermesyuarat.

Buat sementara waktu ini, SISC+ ini hanya dibuka untuk 3 subjek teras sahaja, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Bidang tugas mereka adalah utk membimbing guru dlm aspek pedagogi, PBS,KSSR dan sbg penghubung terus pihak Kementerian dgn sekolah. SIP+ pula berfungsi untuk membimbing Pengetua/ GB dan pengurusan sekolah.


Bidang Tugas SISC

1. Membina hubungan dengan guru dan membimbing guru di sekolah
2. Bekerjasama dengan Kementerian dan pegawai PPD untuk menyediakan latihan yang amat diperlukan oleh guru
3. Mereka bentuk dan mentadbir intervensi khusus untuk meningkatkan kualiti pengajaran di sekolah


Faedah Yang Diterima oleh SISC
1. Peningkatan peluang untuk impak
Anda akan membina hubungan khusus dengan ~20 guru. Dengan membimbing 20 guru, anda boleh meningkatkan kualiti pengajaran sebanyak 20 kali ganda berbanding dengan seorang guru biasa


2. Pendidik yang terbaik tidak akan keluar dari sekolah untuk menjadi pentadbir – peranan anda adalah untuk meningkatkan kualiti pengajaran.

Selaku SISC+, anda akan menghabiskan sekurang-kurangnya 80% daripada masa anda bekerja dengan guru, bukannya untuk mengumpul data atau mengisi borang

3. Masa bimbingan berkualiti
Pertumbuhan profesional yang tidak dapat ditandingi
Program latihan yang boleh diakses sebanyak 15 hingga 20 hari dalam setahun. Di samping itu, anda akan diberi seorang Jurulatih Utama Peribadi yang akan bekerja bersama anda di PPD untuk membantu anda menjadi seorang pembimbing


4. Laluan kerjaya yang dipercepat
Selaku pendidik yang terbaik, SISC+ menikmati kemajuan kerjaya yang pesat melalui laluan kerjaya Cemerlang baharu *sedang dibangunkan dan dimuktamadkan


Syarat Memohon SISC
- Mempunyai pengalaman mengajar dalam subjek sekurang-kurangnya 5 tahun
- Berpengetahuan dalam subjek dan pedagogi serta memiliki BScEd/ BA(Ed)/ B.Sc dengan Dip Edu/ B.A dengan Dip Edu.
- Mengajar subjek pilihan utama (major/minor)
- Menunjukkan kemahiran pengajaran yang cemerlang
- Mempunyai kemahiran komunikasi dan insaniah yang baik
- Bersedia untuk belajar dan mencuba cara dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran terbaru dan inovatif



Bagaimana untuk Memohon SISC?
Jika anda ingin memohon atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi PPD berhampiran. Tiada tarikh tutup disertakan, bermaksud boleh dikemukakan pada bila-bila masa sahaja.
muat turun borang permohonan : klik sini

Monday, June 17, 2013

Amalan makan tengah malam adalah bahaya

Budaya makan lewat malam sudah menjadi satu perkara biasa bagi mereka yang bergelar warga kota. Mana tidaknya, mereka gemar mengunjungi premis-premis restoran atau gerai yang dibuka 24 jam setiap hari.

Ramai yang tidak sedar risiko kesihatan jangka panjang yang boleh dihadapi secara beransur-ansur akibat budaya ini.Sekiranya melakukan aktiviti berat seperti bersukan tiada salahnya mengambil makanan berlebihan di waktu malam.

Bagaimanapun, ia menjadi masalah yang besar kepada individu yang tidak melakukan apa-apa aktiviti di waktu malam kerana akan terdedah kepada masalah kegemukan.Protein dan karbohidrat adalah nutrien yang amat diperlukan oleh badan tetapi sekiranya berlebihan ia menjadi punca penyakit yang berkait dengan kolestrol.

Ditambah pula kadar metabolisme yang rendah pada badan di waktu malam , kalori yang tidak digunakan akan bertukar menjadi lemak dalam badan.Sekiranya makan lewat dari pukul 8 malam ke atas, kemungkinan badan kita gagal membakar kalori yang diproses daripada makanan yang dicernakan.

Tambang Bas Naik


Friday, May 10, 2013

Tanda-tanda Anda Ketagihan Internet

  1. Online melebihi keperluan. Mata tertumpu ke monitor, tangan di keyboard. Tapi tak tahu nak tulis apa.
  2. Urusan harian tertangguh. Gelas dan pinggan yang belum dibasuh tersusun rapi di samping meja komputer. Bila nak guna baru basuh. Bukan basuh selepas guna.
  3. Mengutamakan keseronokkan Internet berbanding bergembira dengan kawan-kawan. “Mana yang lebih seronok; berkumpul dengan kawan-kawan, pasang cerita, hidang air dan kacang, bergelak tawa bersama-sama, atau online?” Jawabnya, “Online.”
  4. Anda terima sesiapa sahaja dalam akaun Twitter, Facebook, MySpace, Friendster, Hi5, Yahoo Messenger dsb. Pada anda, jika anda ada 200 followers pada akaun Twitter anda, maka itu menandakan bahawa anda popular. Padahal seorang pun anda tak kenal!
  5. Keluarga dan kawan anda mula menegur jumlah penggunaan Internet anda. Pada mereka, ia membazir masa dan elektrik. Pada anda, mereka sedang cuba untuk ambil alih tempat duduk anda!
  6. Keputusan peperiksaan anda terjejas kerana pelajaran terabai. Anda kata ada sebab lain. Padahal semua orang tahu Internet adalah penyebabnya!
  7. Periksa e-mel sebelum mulakan sebarang kerja. Apabila ada e-mel yang perlu dibalas, anda akan mula melekat di meja komputer. Bila tengok jam, “Ah! Aku dah lewat!”
  8. Anda tidak produktif lagi kerana masa banyak terbuang di depan komputer. Bila disuakan dengan kerja, anda katakan bahawa anda sibuk. “Nak check e-mel lagi, nak update blog lagi, nak baca blog orang lagi, nak tengok wall kawan-kawan lagi.. Mana cukup masa!”
  9. Bila orang tanya, “Awak lama-lama kat Internet, awak buat apa?” Anda jawab, “Ada la..” Anda mula merahsiakan apa yang anda lakukan di Internet setiap hari. Anda bimbang orang akan lekehkan apa yang anda lakukan. “Kutuk Internet bererti kutuk aku!”
  10. Bila anda hadapi tekanan kerja atau belajar, anda berkata, “Indahnya jika ada Internet.”
  11. Anda tertunggu-tunggu bila agaknya anda boleh online lagi. “Bila la aku boleh online.” “Lama mana dah kamu tak online?” “Baru je tadi. Line tengah terputus sekarang ni.”
  12. Arahan: Cuba anda bayangkan dunia tanpa Internet. Reaksi: Tidaaaaaak! (sambil berguling-guling atas lantai).
  13. Anda terasa geram dan marah apabila ada orang ganggu anda online. Anda pamerkan tanda ‘Jangan Ganggu’ ketika anda online. Bila ada yang mendekati dengan wajah yang garang anda jengilkan mata sambil memberi isyarat supaya dia mematuhi tanda tersebut.
  14. Tidur terganggu kerana online.
  15. Apabila anda sendirian dan tidak lakukan apa-apa, anda bayangkan anda sedang online dan menikmati keasyikannya.
  16. Bila ada yang memanggil ketika anda online anda akan jawab, “Sekejap!”.
  17. Anda cuba untuk kurangkan waktu online beberapa kali tetapi tidak berjaya.
  18. Bila orang tanya, “Berapa jam anda online setiap hari?” Anda akan buat-buat lupa.
  19. Anda memilih untuk online berbanding keluar bersiar-siar. “Buat apa keluar bersiar-siar bila saya boleh lakukan hal yang sama dengan Google Earth?”.
  20. Anda terasa bosan dan tertekan apabila tidak boleh online dan perasaan itu hilang sebaik sahaja anda berada di depan komputer