Thursday, December 18, 2014

Tarikh Rasmi Keputusan PT3 2014 Diumumkan


Pelajar yang telah menduduki peperiksaan PT3 2014 yang lalu pasti berdebar-debar menunggu tarikh bila keputusan rasmi peperiksaan PT3 2014 akan diumumkan. Menerusi makluman rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia, keputusan result PT3 2014 akan diumumkan keluar pada 22 Disember 2014.

Semakan Keputusan PT3 2014 Secara Online

Semakan boleh dibuat menerusi http://www.moe.gov.my/ atau Semakan SAPS 


Gred Pemarkahan PT3 | Bagaimanakah pencapaian murid bagi PT3 ini dilaporkan?

Pelaporan Pencapaian Murid bagi PT3 adalah dalam bentuk Gred A, B, C, D, E dan F dengan tafsiran seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1: Gred dan tafsiran gred bagi PT3

GredTafsiran Gred
ACemerlang
BKepujian
CBaik
DMemuaskan
EMencapai tahap minimum
FBelum mencapai tahap minimum


Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2015


Berikut disertakan syarat kelayakan permohonan BR1M 2015 - Bantuan Rakyat 1Malaysia 4.0

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

Kemukakan Salinan:
MyKad bagi pemohon; dan
MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)

Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.

Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2015 bagi kategori Bujang. 

Pendaftaran untuk permohonan baru dan kemaskini BR1M 4.0 2015 telah dibuka bermula 1 Disember 2014 hingga 31 Disember 2014. Klik sini untuk permohonan

KATEGORI ISI RUMAH PENDAPATAN RM3000 KEBAWAH & RM3000-RM4000
StatusWarganegara Malaysia
Kriteria KelayakanSeorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya
  • Berkahwin
  • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Bujang (Janda,Duda)yang mempunyai tanggungan
Warga emas (sebatang kara)berumur 60 tahun keatas
Pendapatan Kasar BulananRM3000 dan kebawah (termasuk dengan warga emas)
RM3000 dan RM4000  
Cara Pembayara Dibayar sebanyak tiga kali setahun iaitu ( kategori bawah RM3000 )
  • RM300 Januari dan Mei
  • RM350 September
Dibayar sebanyak tiga kali setahun ( kategori RM3000-RM4000)
  • RM200 Januari dan Mei
  • RM350 September

    PENERIMA BR1M KATEGORI BUJANG

    StatusWarganegara Malaysia
    KriteriaIndividu (Bujang)
    • Berumur 21 tahun ke atas
    Pendapatan Kasar BulananRM2,000 Kebawah
    Cara Pembayaran DiterimaDibayar sekali gus mulai awal Januari 2015

    Tuesday, December 2, 2014

    Ringgit Malaysia (US$1=RM3.42)

    Ringgit Malaysia Terus Jatuh Teruk (US$1=RM3.42).

    Kesan 

    Negara terpaksa membayar beban hutang dengan kadar yang lebih tinggi, khususnya jika kerajaan berhutang ke luar negara.

    Walaupun hutang negara tidak bertambah, ekoran kejatuhan nilai mata wang akan menyebabkan kerajaan membayar lebih tinggi kadar pinjaman, sekaligus menyebabkan beban hutang meningkat.

    Kejatuhan nilai mata wang turut memberi kesan kepada industri import, di mana Malaysia banyak bergantung ke atas industri terbabit.

    Malaysia banyak bergantung dengan import, khasnya makanan dan automotif. Apabila nilai jatuh, nilai import akan meningkat yang boleh menyebabkan inflasi. Apabila harga import meningkat, barangan import tersebut akan meningkat sekaligus kuasa membeli rakyat rendah kerana terpaksa membeli dengan harga yang lebih mahal.

    Kesimpulan

    Kejatuhan nilai mata wang Ringgit Malaysia menyebabkan kuasa beli menurun ekoran kenaikan harga barangan diimport khususnya makanan.

    Suasana ekonomi itu berlaku apabila nilai mata wang negara mengecil berbanding mata wang asing sekali gus kemampuan berbelanja terjejas.

    Kita mengalami masalah untuk mendapatkan barang pada harga sama sebelum kejatuhan nilai mata wang negara

    Ini menyebabkan kemampuan membeli barangan itu semakin merosot.

    Penurunan nilai mata wang itu juga menyebabkan barangan import seperti barangan keperluan turut mengalami peningkatan harga.




    Monday, December 1, 2014

    Kalendar Tarikh Cuti Umum 2015 Cuti Sekolah 2015 Rasmi


    Tarikh yang di highlight kuning ialah tarikh cuti untuk seluruh negeri di Malaysia.




    Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2015


    Thursday, October 23, 2014

    iPhone 6 tiba di Malaysia seawal 7.11.2015

    Laman web tempatan, theskop.com mendedahkan pengguna di Malaysia boleh mendapatkan gajet Apple baru, iPhone 6 dan 6 plus seawal 7 November dengan syarikat telekomunikasi terkemuka, DiGi paling awal memperkenalkannya dalam laman web mereka digi.com.my/iphone.
    Pelanggan DiGi boleh menempah iPhone 6 dan 6 plus daripada syarikat itu bermula 31 Oktober dan ia akan mengepos peranti paling awal sampai ke tangan pelanggan pada 7 November 2014.
    Kedua-dua iPhone 6 baru ini dilengkapi paran Retina HD yang baru. iPhone 6 memiliki resolusi 1334 x 750 manakala resolusi untuk iPhone 6 Plus pula ialah 1920 x 1080. Rekabentuk iPhone 6 juga lebih nipis dari iPhone 5S iaitu iPhone 6 hanya senipis 6.8mm manakala iPhone 6 Plus 7.1mm.
    Butang kuasa kini terletak pada kanan telefon, berbeza dengan sebelum ini apabila ia terletak di atas. Ini bagi memudahkan capaian menggunakan sebelah tangan, kerana penambahan saiz skrin.

    Sunday, August 31, 2014

    Tema Sambutan Hari Kemerdekaan 2014


    Malaysia.... di sini lahirnya sebuah cinta" adalah Lagu Tema Hari Kemerdekaan ke-57. Ianya dinyanyikan oleh Bob Yusof, lirik lagunya ditulis oleh Ahmad Fedtri Yahya manakala Lagunya dicipta oleh Sharon Paul. Tema kemerdekaan Malaysia 2014 di ambil daripada baris lirik lagu Warisan yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

    Lagu ini dipilih kerana ianya dapat menyemai dan menyemarakkan semangat cintakan negara di dalam jiwa rakyat Malaysia. Ia juga diharap dapat memberikan kesan mendalam dan melahirkan semangat kecintaan terhadap negara di dalam hati semua rakyat. Secara tidak langsung dapat mewujudkan masyarakat yang cintakan negara dan sanggup berkorban dan bekerja keras demi menjamin keamanan, kemajuan, kesejahteraan dan kemakmuran negara pada jangka masa panjang.

    Pada tahun ini, Logo Merdeka 2014 dipilih daripada 1,586 hasil ciptaan peserta Pertandingan Mereka Cipta Logo Hari Kemerdekaan ke-57. Ianya dihasilkan oleh Abdul Mutalib Abd. Rahman.


    Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

    Merdeka...Merdeka...Merdeka