Sunday, October 31, 2010

Kelantan Juara Piala Malaysia



Dendam perlawanan akhir tahun terbalas.Kelantan menewaskan juara bertahan Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan Akhir Piala Malaysia edisi 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Gol-gol dijaringkan oleh:

NEGERI SEMBILAN
Minit 14: Shahurain Abu Samah (Penalti)

KELANTAN
Minit 57: Hairuddin omar
Minit 65: Mohd Badri Radzi

Tahniah kepada skuad Kelantan yang berjaya menjuarai Piala Malaysia buat kali pertama.

Friday, October 29, 2010

Nokia C3

Nokia C3, sebuah telefon bimbit ringkas dengan papan kunci QWERTY, selain sokongan penuh WiFi untuk memudahkan anda melayari internet dengan mudah pada skrin 2.4″, serta kamera terbina 2-megapixel dan diintegrasikan sepenuhnya bersama-sama dengan Ovi Store untuk anda memuat-turun sebaran aplikasi dan lagu dengan mudah.

Melalui Nokia C3, ianya mengutamakan hubungan anda bersama rakan-rakan melalui rangkaian sosial dan sebagainya, dimana ianya dibangunkan dengan tujuan untuk anda mudah berhubung dengan mereka yang dari pelbagai rangkaian melalui satu lokasi yang sama. Pada masa yang sama dengan rekabentuk QWERTY, ianya memudahkan anda menaip dengan pantas, serta berinteraksi dengan yang lain dengan mudah.

Harga : RM 425-RM 500

Wednesday, October 27, 2010

Nokia X3


Nokia X3 Specification


Network GSM850/900/1800/1900

Dimensions 96 x 49.3 x 14.1 mm, 65.8 cc

Weight 103 g

Display TFT, 256K colors, 240 x 320 pixels, 2.2 inches

Memory Card Slot microSD, up to 16GB, 2GB included, Internal 46 MB
GPRS Class 32

Data Transfer Bluetooth, USB microUSB

Camera Primary 3.2 MP, 2048x1536 pixels, enhanced fixed focus, QCIF@15fps video

Battery Standard battery, Li-Ion 860 mAh (BL-4CT)

Standby Up to 200 hrs

Talk Time Up to 7 hrs 30 mins

Music Play Up to 26 hrs


Nokia X3 Features

- Java MIDP2.1
- MP4/H.263/H.264/WMV player
- MP3/WAV/eAAC+/WMA player
- Organizer
- Voice memo
- Flash Lite 3.0
- T9

Harga : RM 377 - RM 450

Tuesday, October 26, 2010

Sotong `ajaib’ Paul mati

BERLIN 26 Okt. - Sotong kurita, Paul yang dikenali kerana ketepatan ramalannya berhubung keputusan pertandingan Piala Dunia di Afrika Selatan Julai lalu, mati di akuarium yang menempatkannya di Jerman.

“Pihak pengurusan dan kakitangan di Pusat Hidupan Laut Oberhausen sedih selepas mendapati haiwan yang terkenal dengan ramalan tepatnya semasa Piala Dunia lalu itu, mati malam tadi.

Kuda Terkecil Di Dunia



Seekor kuda bernama Bella Contessa merupakan kuda yang paling kecil di dunia kerana ia setinggi 53.3 sentimeter (cm) dan seberat 25.4 kilogram (kg), lapor sebuah akhbar semalam.

Baru berusia enam bulan, tinggi Bella tidak melebihi sebiji labu yang bersaiz normal.

Bella kini tinggal bersama pemiliknya, Alison Smith di DAKOTA UTARA, Amerika Syarikat

Kuda itu dikatakan sering menghabiskan masa di kandangnya bersama seekor lagi kuda yang diberi nama Lilly dan dua ekor kambing.

Ketika dilahirkan, Bella hanya setinggi 38.1sm dan seberat 4.08 kg, tidak jauh bezanya dengan berat bayi manusia biasa. Pada kebiasaannya, kuda kecil yang lain setinggi 45.7sm hingga 55.9sm bergantung kepada jantinanya dan seberat 9.97 kg.

Sunday, October 24, 2010

Subjek Sejarah wajib lulus SPM

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan mata pelajaran Sejarah akan dijadikan subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, keputusan itu adalah sama seperti langkah menjadikan mata pelajaran Bahasa Malaysia sebagai syarat untuk mendapatkan sijil SPM.

‘‘Pada masa ini di peringkat sekolah menengah, ia adalah mata pelajaran yang wajib diambil oleh setiap pelajar tetapi tidak wajib lulus,’’ katanya ketika menggulung perbahasan pada perhimpunan berkenaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Menurut Muhyiddin, 2013 dipilih bagi melaksanakan langkah itu berikutan kementerian memerlukan masa untuk melatih guru dan menyediakan pelajar bagi menghadapi sistem baru berkenaan supaya mereka tidak terkejut.

PBS Ganti PMR 2014

Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan digantikan dengan kaedah pentaksiran berasaskan sekolah akan dimulakan pada 2014 iaitu dua tahun lebih awal daripada tarikh asal ditetapkan.

‘‘Kita akan mulakan lebih awal kerana ada tuntutan daripada perwakilan UMNO supaya ia disegerakan tetapi kita perlu ada tempoh masa untuk menyiapkan usaha bagi melatih semula guru dan sebagainya,” kata TPM.