Monday, October 31, 2011

Celcom Broadband Lembab...



Nak update blog pun malas. Ini gara gara lembabnya Celcom Broadband..


PERLU KE BUAT MACAM INI..


Friday, October 28, 2011

Laptop atau Tablet

Belilah laptop jika:

Pengunaan keyboard yang sangat kerap dan serius. Ini selalunya ada pada ciri pekerja seorang blogger, pemberita, penulis, pelajar dan ramai lagi memerlukan penggunan keyboard bagi memudahkan kerja-kerja harian mereka. Jadi jika anda salah seorang daripada mereka, lebih sesuailah melaburkan wang itu dengan membelikan laptop

Perlu menyimpan, keluar, kongsi macam-macam data seperti gambar, file-file kerja, gambar, hasil-hasil kerja dan sebagainya. Seeloknya laptop adalah pilihan yang terbaik kerana tablet hanya memberi ruang yang kecil untuk menyimpan data.


Belilah tablet jika:


Mudah alih merupakan satu keutamaan? Ya, tablet adalah 'laptop' mudah alih untuk anda yang sentiasa inginkan 'laptop' sentiasa di sisi, di kepit di celah ketiak dan di bawa kemana-mana sahaja. Namun harus berhati-hati dengan situasi ini, kadar kemungkinan adalah tinggi untuk berlaku kes kecurian mahupun ragut. Ini jelas akan terjadi pada golongan wanita yang suka men'show-off' kan harta peribadi mereka itu.

Selesa dengan penggunaan skrin sentuh, hanya untuk kegunaan online facebook dan di bawa kemana-mana sahaja. Bukan sahaja facebook, malah penggunaan email, internet, game-game di waktu bosan menunggu klien, memang sesuai menggunakan tablet ini.

Tuesday, October 25, 2011

ENAM perkara yang ALLAH S.W.T. sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).

Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata, "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud, "Tidak."

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud,
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu." Kemudian Jibrail as berkata, "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?."

Lalu Allah berfirman yang bermaksud, "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud, "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?."

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud, "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini.




sumber: ibnuyunus

Penceraian Meningkat Angkara Facebook?

Jaringan sosial dalam Internet seperti Facebook, Twitter dan Myspace ternyata boleh mendatangkan mudarat kepada keharmonian rumah tangga jika penggunaannya disertai dengan niat yang salah.

Menurut maklumat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sebanyak 27,110 kes perceraian telah direkodkan daripada 135,136 perkahwinan yang telah didaftarkan pada tahun 2009.

Punca utamanya ialah pasangan gagal menjalankan tanggung jawab masing-masing. Walaupun tidak diperincikan bentuk kegagalan tersebut, sedikit sebanyak jelas pengabaian tanggung jawab itu memang ada hubung kait dengan ‘ketagihan’ sama ada suami atau isteri dengan laman web sosial masing-masing.

Itu tidak termasuk kes-kes nyaris bercerai kerana salah faham dan cemburu dari hasil hubungan sama ada suami atau isteri di laman Facebook masing-masing.

Facebook boleh minumbulkan kembali nostalgia.Kena pulak dengan hubungan suami isteri tengah tegang, akibat tidak puas dan sebagainya, mula la jadikan pakwe/makwe lama jadi tempat mengadu. Akhirnya, maruah tergadai, anak-anak terbiar, dan cerai.

Sunday, October 23, 2011

MotoGP Malaysia 2011 dibatalkan berikutan kematian Simoncelli akibat kemalangan

SEPANG: Perlumbaan Grand Prix (MotoGP) Malaysia 2011 dibatalkan berikutan kematian pelumba Itali Marco Simoncelli akibat kemalangan pada pusingan kedua di Litar Sepang di sini hari ini.


Simoncelli berusia 24 tahun.


Perlumbaan tersebut dibatalkan oleh penganjur perlumbaan, Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports iaitu pemegang hak perlumbaan MotoGP Dunia.


Pengarah Perubatan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Dr. Michele Macchiagodena mengumumkan kematian Simoncelli pada sidang media di Litar SIC.


Katanya, pelumba pasukan San Carlo Honda Gresini itu, yang mengalami kecederaan di bahagian toraks dan perut, meninggal dunia pada pukul 4.56 petang di pusat perubatan SIC di litar berkenaan.


Perlumbaan yang bermula 4 petang itu tersebut tidak diteruskan empat minit kemudian selepas Simoncelli terjatuh dan motosikalnya dirempuh oleh pelumba Yamaha, Colin Edwards dan pelumba Ducati, Valentino Rossi di selekoh ke-11.


Perlumbaan ditangguhkan pada pukul 4.05 petang dan Simoncelli kemudian dibawa dengan ambulans ke pusat perubatan di litar itu.


Bagaimanapun, Ewards terselamat daripada kecederaan serius manakala Rossi tidak mengalami kecederaan.
-Bernama-

Wednesday, October 19, 2011

Apa perbezaan ketara Samsung Galaxy tab 10.1 dari iPad 2?


■iPad 2 dikeluarkan oleh syarikat Apple dan Samsung Galaxy tab 10.1 pula oleh Samsung. Hehe
■Samsung Galaxy Tab 10.1 lebih ringan dan lebih nipis dari iPad 2
■Samsung Galaxy Tab 10.1 ada RAM lebih laju iaitu 1G berbanding iPad 2, 500MB RAM.
■Samsung Galaxy menggunakan Android 3.1 sebagai browser dan iPad 2 menggunakan iOs 4.
■Kamera depan dan belakang Samsung Galaxy tab 10.1 lebih tinggi megapixelnya.
■Samsung Galaxy tab 10.1 boleh menggunakan Adobe Flash dan iPad 2 tak boleh.

Tuesday, October 18, 2011

Kenaikan gaji guru setimpal beban tugas: NUTP

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyifatkan kenaikan gaji kakitangan awam terutama guru pada pembentangan Bajet 2012 oleh kerajaan baru-baru ini adalah selaras dengan bebanan kerja dihadapi warga pendidik kini.

Presiden NUTP, Hashim Adnan, berkata jika dibandingkan negara maju, gaji warga pendidik mereka lebih tinggi berbanding gaji kakitangan awam di kementerian lain kerana guru adalah aset melahirkan modal insan cemerlang.
“Memang pengumuman Bajet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kali ini menyaksikan kenaikan gaji kakitangan awam yang mana guru mendapat sedikit kelebihan, namun, bagi saya ia bertepatan dengan tugas dan tanggungjawab guru kini.
“Jika kita lihat negara maju, Jepun, Sweden dan Korea, gaji warga pendidik mereka adalah tinggi. Begitu juga dengan negara jiran kita Singapura,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Pengumuman bajet itu menyaksikan golongan guru yang meliputi kira-kira sepertiga daripada 1.2 juta penjawat awam mendapat kenaikan gaji terbesar menerusi Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Guru bukan siswazah menerima kenaikan sehingga 39 peratus, manakala guru siswazah menerima kenaikan 37.7 peratus. Sebagai contoh, gaji maksimum guru bukan siswazah gred DGA34 dinaikkan daripada RM3,860 di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) kepada RM5,370 mengikut SBPA. Bagi guru siswazah pula, gaji maksimum gred DG48, di bawah SSM ialah RM6,325 menjadi RM8,710 mengikut SBPA.

Sementara itu, Hashim turut menggesa pihak pentadbiran sekolah agar tidak menyekat warga pendidik berusia 47 tahun ke bawah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah.
Kementerian Pelajaran katanya, sudah mengeluarkan pekeliling September lalu dengan membuka peluang kepada warga pendidik lepas diploma untuk menyambung pengajian.

Sumber : Berita Harian Online