Thursday, December 29, 2011

SBPA : PENDAPAT SEORANG GURU

Pendapat Salah Seorang Guru Mengenai Skim Gaji Guru 2012 SBPA :

SAYA mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan yang bersetuju untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA. SBPA secara umumnya memang mendatangkan banyak kebaikan kepada semua pihak. Contoh ketara ialah peningkatan gaji mati bagi guru iaitu antara 19.34% hingga 56.78%. Perkiraan ini adalah berasaskan gaji mati P1T3 @ P1T2 mana yang berkenaan di gred gaji SSM dengan gaji mati SBPA.

Gaji mati SBPA ini berdasarkan kutipan maklumat dari blog-blog yang boleh dipercayai. Ini kerana laman web JPA setakat ini belum memaparkan jadual gaji SBPA. Namun maklumat ini sangat boleh dipercayai kerana berdasarkan pengalaman gaji saya sendiri yang diuar-uarkan di blog tersebut adalah sama dengan tawaran opsyen SBPA yang saya terima. Terima kasih kepada kerajaan dan syukur kepada Allah.

Namun, disebabkan SBPA ialah sistem ciptaan manusia pasti terdapat beberapa kekurangan. Izinkan saya berkongsi perasaan dan pendapat bersama pembaca sambil mengharapkan mendapat respons positif daripada pihak-pihak yang berkenaan.

Perkara pertama yang ingin saya kongsikan ialah perbezaan peratusan kenaikan gaji bagi guru di bawah SBPA yang sangat ketara. Kami guru DG44/ DG1-2 cuma mendapat kenaikan gaji sebanyak RM2.01 atau 0.07% iaitu dari RM2,982.99 ke RM2,985. Nilai ini terlalu rendah jika dibandingkan dengan guru DG54/DG1-6 iaitu sebanyak RM1,857.46 bersamaan 35.94% iaitu dari RM5,167.64 ke RM7,025.00.

Malah terdengar desas-desus peningkatan gaji JUSA dan kumpulan Premier pula lebih RM3,000 sebulan. Saya tidak dapat memastikan kesahihannya kerana JPA seolah-olah cuba menyembunyikan jadual gaji SBPA daripada menjadi tatapan umum. Untuk tujuan perbandingan tersebut, saya telah menggunakan kaedah yang sangat adil iaitu berdasarkan gaji permulaan bagi kedua-dua gred yang dibandingkan.

Saya mengharapkan agar gaji permulaan SBPA bagi guru DG2-3, DG2-5, DG1-2 DG1-4 dan DG1-5 disemak semula. Jurangnya hendaklah dirapatkan. Kami mengharapkan sekurang-kurangnya 10% kenaikan.

Perkara kedua ialah mengenai tempoh kenaikan pangkat secara time-based. Jika dihayati ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa membentangkan Belanjawan 2012, tempoh guru DG41 (DG1-1) dinaikkan pangkat ke DG44 (DG1-2) adalah tahun ke-8 dan seterusnya tahun ke-16 dikira dari pelantikan DG41 akan dilantik ke DG48 (DG1-4).

Tapi mengikut SBPA kami menunggu tahun ke-9 atau menggenapkan perkhidmatan selama 8 tahun di DG41/DG1-1 sebelum dinaikkan pangkat ke DG44/DG1-2 dan perlu menggenapkan 8 tahun perkhidmatan di DG1-2 sebelum layak dinaikkan pangkat secara time-based ke DG1-4.

Formula 8+8+6+3. Tempoh Kenaikan Pangkat. Dipetik daripada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 tahun 2011. Jika diikutkan maksud ucapan PM, formula tersebut sepatutnya jadi 7+8+6+4. Kami sangat mengharapkan agar dasar ini dikaji semula.

Perkara ketiga yang ingin saya utarakan juga berkaitan dengan perkara di atas. Sebahagian daripada guru siswazah adalah asalnya seorang guru bukan siswazah/lepasan diploma. Kami dinaikkan pangkat ke guru siswazah secara lantikan atau Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL).

Dalam SBPA kaedah ini dikenali dengan nama Peningkatan Secara Lantikan (PSL). Jika mengikut SSM kami diberi formula 3+7 iaitu menggunakan tempoh perkhidmatan sebagai guru bukan siswazah untuk diambil kira sebagai tempoh perkhidmatan untuk proses kenaikan pangkat ke DG44 atau DG48.

Formulanya ialah setiap tiga tahun perkhidmatan sebagai guru lepasan diploma sebagai setahun perkhidmatan sebagai guru siswazah dengan had maksimum yang boleh digunapakai ialah 9 tahun perkhidmatan bersamaan 3 tahun perkhidmatan guru siswazah.Di bawah SBPA kami tidak mendapat apa-apa maklumat mengenainya.

Kami mengharapkan agar dasar tersebut dipanjangkan di bawah SBPA dengan diberi penambahbaikan iaitu dengan menghapuskan had maksimum 9 tahun perkhidmatan bersamaan 3 tahun perkhidmatan guru siswazah.Rasionalnya permintaan ini ialah, kebanyakan guru KPSL/PSL ini sudah berumur.

Jika dihadkan kepada 9 tahun perkhidmatan sahaja yang diambil kira maka kebanyakan guru ini akan sentiasa ketinggalan dari segi insentif berbanding guru baru. Hargailah jasa guru lama ini.Perkara keempat adalah cadangan baru dari saya sendiri. Saya mencadangkan agar gred gaji guru KPSL/PSL diasingkan daripada guru lantikan pertama. Saya mencadangkan diwujudkan gred baru.

Contohnya DG1-1A, DG1-2A, DG1-4, DG1-5A dan DG1-6A. Jumlah gajinya dicadangkan 10% lebih tinggi berbanding gaji DG1-1, DG1-2, DG1-4, DG1-5 dan DG1-6. Cadangan ini adalah berdasarkan pengalaman saya yang dilantik pada Januari 2001 ke PPPS DG3/41 dengan mendapat kenaikan kurang daripada RM30.

Pada Julai 2007 kerajaan memberikan kenaikan gaji sebanyak 15% kepada kumpulan pengurusan dan profesional manakala kumpulan sokongan 1 (iaitu kumpulan saya sebelum itu) diberi kenaikan 25%.Kesannya gaji saya lebih rendah berbanding dengan rakan saya yang sama-sama dilantik sebagai guru bukan siswazah dengan kelulusan SPM pada tahun 1990.

Luahan kami tidak diambil tindakan yang sewajarnya.Jawapan standard daripada Pegawai Perhubungan Korporat Kementerian Pelajaran Malaysia ialah tidak boleh membandingkan gaji PPPS DG41 dengan PPPLD DGA32 dan menyarankan kami membandingkan gaji PPPS DG41 dengan gaji PPPLD DGA29.

Suka dimaklumkan PPPS DG41 yang membandingkan gaji mereka dengan gaji PPPLD DGA32 adalah guru KPSL@PSL yang mana jika kami tidak dilantik ke PPPSDG41 maka kami sepatutnya mendapat gaji sebagaimana PPPLD DGA32.Di sinilah wujudnya anomali iaitu di mana pegawai yang dinaikkan pangkat mendapat gaji yang kurang. Satu lagi hujah Pegawai Perhubungan Korporat KPM yang sangat kami benci mendengarnya ialah menyarankan kami melihat secara keseluruhan iaitu elaun-elaun yang diterima.

Saya akui, jika diambil kira elaun yang diterima, jumlah emolumen yang kami terima adalah lebih berbanding PPPLD32 tapi ia masih tidak berbaloi. Perlu diambil ingatan, elaun tidak diambil kira dalam pembayaran pencen dan gratuiti.Saya sangat mengharapkan agar semua kesatuan guru mengambil tempoh lanjutan ini untuk mengadakan perbincangan dengan JPA supaya skim perkhidmatan perguruan diperbaiki.

JAUHAR AJILI 64
Hulu Terengganu.

Beberapa Penambaikan Dalam Skim SBPA 2012 Termasuk Dasar Exit Policy & LNPT!!

Terma-terma Yang Lama SBPA JPA:


Kalau prestasi kakitangan awam di bawah 75 markah maka tak ada kenaikan gaji berlaku.Markah bagi pelaksanaan Dasar pemisah (exit Policy), mana-mana kakitangan awam yang gagal mencapai markah 70 akan dimasukkan dalam Dasar Pemisah.Terima opsyen SBPA atau SSM sehingga 31 Disember 2011



Terma-terma SBPA JPA 2012 Yang Terbaru :

Markah bagi Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) untuk kenaikan gaji dan markah pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) diselaraskan serta-merta. JPA bersetuju untuk menurunkan markah penilaian prestasi bagi kenaikan gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) daripada 75 kepada 65. Pelaksanaan Dasar Pemisah pula, markah diturunkan daripada 70 kepada 60 di mana tempohnya turut dilanjutkan daripada enam bulan kepada 12 bulan(Pengumuman pada 23 Disember 2011) JPA bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15 Jan depan. Wala Terma-terma Yang Lama SBPA JPA:

Kalau prestasi kakitangan awam di bawah 75 markah maka tak ada kenaikan gaji berlaku. Markah bagi pelaksanaan Dasar pemisah (exit Policy), mana-mana kakitanagn awam yang gagal mencapai markah 70 akan dimasukkan dalam Dasar PemisahTerima opsyen SBPA atau SSM sehingga 31 Disember 2011

Perbincangan Semula (SBPA JPA 2012) Antara Cuepacs VS JPA Di Masa Akan Datang?

Diadakan akhir Februari 2012
Isu gaji maksimum dan gred jawatan yang tertinggal

Sunday, December 25, 2011

PENCEN SBPA




Bermula 1 Januari 2012 bg PA yg opsyen berpencen 56/58/60, jika dia bersara awal contohnya 40 thn , dia akan tetap mendapat pencen tetapi pada umurnya 55thn.




Tetapi harus faham jika PA bersara contoh umur 40 tahun tadi, graduiti akan dikira berdasarkan gaji pada umur 40thn itu. begitu juga pencen berlandaskan gaji ketika 40thn, mungkin bukan separuh kerana belum cukup 25 tahun. (pencen SBPA 25 thn 1/2 gaji. 30 thn 3/5 Gaji, lebih 30 tahun tetap 3/5 Gaji).





Gambar menunjukkan kaedah pengiraan pencen dan Graduiti , bagi kes pencen diawalkan atau pencen paksa biasa, abaikan tambah 80 tahun diatas. kerana kes diatas adalah kes Arahan Kerajaan/ Kementerian demiKepentingan Negara jadi untuk kes biasa jika bersara selepas 290 bulan , cara kira adalah


Graduiti (Ganjaran Sekaligus) = 7.5% X 290 bulan X Gaji Akhir di B


Pencen =(290 bulan X Gaji Akhir di B) /600 (maksima 3/5 gaji akhir di B)




Gantian Cuti Rehat = (Gaji akhir B/30) X 120 (bil cuti disimpan)(bil cuti disimpan maksima 150 hari bagi PA, tetapi mungkin kurang bagi guru maybe 120)







Thursday, December 22, 2011

WANG KERTAS DAN SYILING BARU

Kakitangan Bank Negara, Nor Aimah Mohd Nor,32, menunjukkan nilai Wang kertas Note baru RM20 yang akan di keluarkan pada Julai tahun depan.

Gambar Wang kertas dan Wang syiling keluaran terbaru oleh Bank Negara Malaysia yang akan di gunakan pada Julai tahun depan.



Note baru Ringgit Malaysia yang akan di keluarkan pada Julai tahun depan.

Wednesday, December 21, 2011

KEPUTUSAN PMR 2011 ESOK : 22.12.2011

Pelajar boleh mula mendapatkan keputusan peperiksaan PMR 2011 di sekolah masing masing mulai jam 10.00 pagi.


Keputusan PMR juga boleh disemak melalui SMS 15888 bermula 10 pagi 22.12.2011 hingga pukul 12 malam 28.12.2011.


Contoh :


PMR [ no kp ] [ angka giliran ] sms ke 15888

Tuesday, December 20, 2011

Masih Adakah Ketuanan Melayu? Antara Realiti dan Fantasi



Buku terbaru untuk saya bulan ini. Masih Adakah Ketuanan Melayu? Antara Realiti dan Fantasi :Mohd Ridhuan Tee Abdullah. Harga RM28.00 sahaja. Beli buku ini di kedai MPH.

Buku ini adalah sambungan daripada buku sebelum ini, Nasib Melayu di Bumi Melayu karya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah.Fokus utama buku ini banyak berkisar tentang proses kesepaduan politik (social cohesion) untuk mencapai perpaduan nasional dalam kalangan rakyat terbilan kaum di negara ini. Perlembagaan hendaklah dijadikan terus dalam kehidupan bernegara. Sikap saling memahami, saling menghormati dan saling menghargai toleransi hendaklah dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Monday, December 19, 2011

PESANAN KEPADA LELAKI YANG INGIN MENCARI TEMAN HIDUP : HINDARI 6 SIFAT PEREMPUAN YANG KEJI

Enam Sifat Perempuan Yang Keji, dan Tak boleh di Jadikan Isteri:


1. Al-Anaanah:

Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup. Diberi rumah tak cukup, diberi kenderaan tak cukup. Tak redha dengan pergorbanan dan peraturan yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia sahaja, tanpa mengira perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yang tak cukup.


2. Al-Manaanah:

Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak memperlekehkan suami, tak kenang budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Padahal suami sudah memberi bermacam-macam keperluan kepadanya.


3. Al-Hunaanah:

Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami / lelaki lain. Tak redha dengan suami yang ada.


4. Al-Hudaaqah:

Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukan. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan pelbagai ancaman, ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami. Suami dibuat seperti budak suruhannya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.


5. Al-Hulaaqah:

Sibuk bersolek atau tidur atau santai hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak.


6. As-Salaaqah:

Banyak bercakap. Siang malam, pagi petang asik menggosip. Apa saja yang suami lakukan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan sahaja bercakap di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, internet, BBM dan macam-macam cara yang lain. Yang jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.