Sunday, December 30, 2012

Rebat RM200 Untuk Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat-Syarat Rebat RM200 Telefon Pintar (3G) Dalam Pakej Komunikasi Belia

Anda mesti warganegera Malaysia yang berumur antara 21 tahun sehingga 30 tahun

Anda mesti mempunyai pendapatan bulanan RM3000 ke bawah

Anda hanya layak menerima rebat RM200 jika model telefon pintar 3G yang diluluskan itu tidak melebihi harga RM500

Setiap belia yang terpilih hanya layak menerima sekali sahaja rebat RM200 untuk setiap telefon pintar 3G mereka

Pelanggan jalur lebar mudah alih sedia ada atau pakej internet baru.

Penyedia talian seperti Maxis Berhad, Celcom Axiata Berhad, DiGi Telecommunications Sdn Bhd, U Mobile, YTL Communications, Tune Talk dan Clixster. sedia menunggu anda sebagai “pelanggan baru mereka” dan dijangka telefon pintar 3G ini sendiri akan diedarkan oleh Senheng dan SenQ 

Permohonan Rebat RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone) Pakej Komunikasi Belia

Mana-mana daripada anda yang berminat untuk mohon rebat RM200 telefon pintar 3G (smartphone) ini, anda boleh menghantar permohonan rebat RM200 secara online dengan cara KLIK LINK di bawah ini iaitu portal Suruhanjata Komunikasi Malaysia :http://nbi.skmm.gov.my/

Permohonan Rebat RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone) Pakej Komunikasi Belia : Tempoh Sah Memohon Bermula 1 Januari 2013  - 31 Disember 2013



Wednesday, December 19, 2012

PMR 2012 : 30,474 calon dapat A keseluruhan mata pelajaran

Seramai 30,474 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) mendapat gred A bagi keseluruhan mata pelajaran, berkurangan sebanyak 3,797 atau 0.85 peratus berbanding 2011.

Bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran berkurang daripada 346 orang (0.08 peratus) pada tahun lalu kepada 241 orang (0.05 peratus) pada tahun ini.

Empat subjek utama iaitu bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam mencatatkan penurunan prestasi.

Saturday, December 15, 2012

Keputusan PMR 2012 Pada 19 Disember 2012


Semakan keputusan PMR 2012 boleh diambil di sekolah masing-masing pada 19 Disember 2012 selepas jam 10 pagi. Bagi kemudahan calon sejumlah 481,424 orang calon telah menduduki PMR 2012 di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara dan keluarga, semakan keputusan PMR juga boleh dibuat dengan menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS).


Semak Keputusan PMR 2012 Secara SMS

Taip PMR [angka giliran] dan hantar ke 15888
Contoh: PMR BC001A040 hantar ke 15888

Tuesday, November 27, 2012

Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Kerajaan 2013

Januari : 23 Januari 2013 (Hari Rabu)

Februari : 25 Februari 2013 (Hari Khamis)

Mac : 25 Mac 2013 (Hari Isnin)

April : 25 April 2013 (Hari Khamis)

Mei : 23 Mei 2013 (Hari Khamis)

Jun : 25 Jun 2013 (Hari Selasa)

Julai : 25 Julai 2013 (Hari Khamis)

Ogos : 22 Ogos 2013 (Hari Khamis)

September : 25 September 2013(Hari Rabu)

Oktober : 8 Oktober 2013 (Hari Selasa)

November : 25 November 2013 (Hari Isnin)

Disember : 18 Disember 2013 (Hari Rabu)

Sunday, November 4, 2012

BR1M 2.0

Bermula 1 November 2012, dijangka permohonan BR1M yang telah mula dibuka ini bakal memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang, yang melibatkan peruntukan sebanyak RM3 bilion. Borang BR1M 2.0 sudah mula disiarkan diakhbar-akhbar arus perdana dan juga boleh didapati di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Borang BR1M 2.0 Boleh Diperolehi Di :
  • kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  • pejabat Pembangunan negeri dan pejabat daerah
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
  • selain memohon BR1M secara online di eBR1M
Permohonan BR1M 2.0 Kedua Secara Online di eBR1M
KLIK LINK ini : ebr1m.hasil.gov.my
Pemohon BR1M 1.0 tidak perlu memohon sekali lagi melalui borang BR1M 2.0 KECUALI jika :
  1. Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang bertukar alamat atau
  2. Kematian ketua isi rumah perlu mendaftar semula untuk membolehkan mereka menerima bantuan BR1M pusingan kedua yang akan diagihkan awal tahun 2013
Syarat Kelayakan Penerima BR1M 2.0 Kedua ialah :

Untuk kriteria penerima BR1M yang layak memohon bantuan BR1M 2.0 kedua sebanyak RM500
  1. Ketua isi rumah (lelaki atau perempuan) berpendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah. Merangkumi individu yang telah berkahwin, termasuk yang tinggal bersama ibu bapa;
  2. Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah serta individu bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah di dalam rumah yang sama
  3. Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas (lahir 1953 atau sebelumnya) dengan pendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah juga layak memohon.
Untuk kriteria penerima BR1M yang layak memohon bantuan BR1M 2.0 kedua sebanyak RM250
  1. Individu bujang termasuk balu, janda atau duda berumur 21 tahun ke atas (lahir 1992 atau sebelumnya) yang merupakan warganegara Malaysia
  2. Tidak mempunyai tanggungan dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 ke bawah.                                                                                        
  1. Bukan pelajar IPT kerana akan mendapat bantuan baucar buku RM250

Friday, October 26, 2012

Neelofa Dengan Gayanya..


Mesti ramai jejaka diluar sana terpegun dgn gaya menawan drp Neelofa. Sabar je lah.

Sunday, October 21, 2012

Ibuku Seorang Pembohong

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian. 

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. 

Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar." PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA. 

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan waktu senangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA. 

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA. 

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT. 

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA. 

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit" PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM. 

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH. 

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." . PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN 

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali. 

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. 

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu. -iluvislam 

(Koleksi: Hamzah Mohd Taib, Institut Aminuddin Baki)