Sunday, April 12, 2015

Ulasan : Setahun Menggunakan Macbook Pro


Kenapa saya suka Mac berbanding PC ? Sebenarnya saya dah guna Macbook Pro sejak setahun lepas. Jadi memang saya dah familiar dengan OS X. Walaupun sudah setahun tapi masih terasa baru. Jika laptop berasaskan Windows, dalam masa setahun sudah terasa berat dan lembab. Ada 6 SEBAB UTAMA saya suka Mac berbanding PC. Mungkin boleh jadi panduan kat korang yang tak pernah pakai Mac.
Sepanjang saya guna Mac aku tak pernah install antivirus apa-apapun. Saya tak terganggu lagi dengan antivirus yang suruh update selalu dan sebabkan PC lembab. Saya juga tak perlu risau ketika surfing internet ataupun masukkan pendrive kat USB komputer. Pendrive yang penuh virus pun rileks je buka sebab virus tu tak effect langsung kat Mac platform. Mac almost free virus.

Multitasking Mac memang takde tandinganlah bagi saya melainkan high-end PC spec. Saya boleh buka program berat2 seperti Adobe Photoshop CS3, Flash CS3, After Effect CS3, Sound Forge, Dreamweaver, Sony Vegas 8.0 dan Mozilla (lebih 8 tab) simultaneously dengan lancar. Kalau guna PC biasa mesti ‘hang‘ ataupun PC jadi slow sangat.

Saya suka kestabilan platform Mac ni. Tak pernah crash. Saya memang tak perlu format 2-3 kali setahun seperti dulu kalau PC dah jadi lembab gila. Pastu kena re-install semua software. Saya juga dah lebih selesa guna OS X Yosemite berbanding Windows 8, Windows XP ataupun Windows 7. Tapi ni hanya personal preference saya. 

Design produk Apple. Biasanya produk2 Apple memang diketahui berkualiti tinggi dan teknologi nya lebih kehadapan (biasanya manufacturer lain tiru slps Apple perkenal teknologi tu). Tengok saja produk2 seperti iPhone, iPod, iPad, Macbook dan iMac. Saya kagum Apple boleh buat iMac tanpa Tower yang berat2 macam PC kat rumah. Hanya Monitor+Mouse+Keybord, itu je!! Harddisk+RAM+Speaker+USB+DVD RW semua letak kat monitor yang nipis tu. 

Saya tak suka monopoli. Tak kisahlah dalam apapun. Microsoft dan Bill Gates dah menguasai dunia dengan produk2nya sampaikan semua orang bergantung kat produk dia dari dulu!! Saya suka berbeza:).

Produce Apple bleh integrated antara satu same lain. Contoh iPhone 6 letak di dalam bilik, sambil saya membuat kerja di Macbook Pro di ruang tamu. Bila ada panggilan masuk, saya boleh terus menjawab panggilan tersebut di Macbook Pro tanpa menggunakan telefon iPhone. Bestkan.

Saya harap korang dapat sedikit gambaran kenapa saya prefer platform Mac berbanding PC :) Orang selalu cakap kalau dah pakai Mac takkan pakai PC lagi. Saya sangat setuju dengan pernyataan itu sekarang!! 

Wednesday, March 25, 2015

Pengkalan...

Pengkalan..
Saya Usaha!
Saya Yakin!
Saya Berjaya!
Excellent!

Idea daripada Tn Hj Mohd Jasmi b Alias, AMP. Pengetua Cemerlang SMK Pengkalan.

Beliau berusaha untuk mengubah budaya sekolah agar pelajar-pelajar mempunyai jati diri,sayang dan bangga pada SMK Pengkalan.


Tuesday, March 17, 2015

APC 2014

Menerima surat APC 2014 daripada Pengetua Cemerlang, Tn Hj Mohd Jasmi b Alias, AMP

Syukur Alhamdulillah...dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 atau APC 2014. Sungguhku tak sangka   menerima anugerah ini. Rasa terharu yang amat. Terima kasih kepada pihak pentadbir kerana dapat melihat sedikit hasil kerja ku...Rasa bermimpi. Ini kali kedua ku menerima APC. Kali pertama pada tahun 2005.

Walau bagaimana pun...aku sedar...

Anugerah ini jugak membuka hati aku untuk berfikir.. kerana dengan anugerah inilah kita boleh kehilangan kawan, kerja-kerja kita dipertikaikan dan segala macam perkara lagi yang mungkin akan berlaku... tapi jangan dilihat pada perkara negatif yang akan berlaku, lihatlah pada perkara positifnya.. aku rasa lebih bersemangat.. rasa lebih bertanggungjawab pada kerjaya dan anak-anak didik aku... dan yang paling penting, aku sedar kebesaran Allah.. jika dia mahukan aku, maka AKU lah orangnya.. jika bukan aku yang dipilih, aku akan tetap bekerja seperti biasa.. dapat APC atau tidak, aku tetap menjalankan tugas seperti selalu...

Budaya kerja Cemerlang datangnya dari hati yang ikhlas. Seronok melihat kejayaan kawan kawan..
Aku berpegang pada kata kata My Bos : "Kena ada persaingan yang sihat" dan " 3 bulan je...lepas tu senyap"

Banyak yang aku belajar daripada Pengetua aka BOS. Segala tunjuk ajar beliau dan teguran..akan ku jadikan tips untuk berjaya dalam kerjaya ini...Terima kasih Tuan.

Anugerah ini akan membuatkan aku bekerja dengan lebih tekun dan gigih. 

Kata kata seperti :

"bajet bagus....semua benda nak post"
"Mengajar kat bilik media pun nak post" Menyampah.."
"Boikot program Azza"
"Azza tu siapa?????"
"Saya dah plan nak kenakan Azza"
"Azza bukan saja kaki report malah kaki ampu"
"Azza dah berada di zon selesa"

dan bermacam macam lagi....

Ya Allah...semoga mereka yang berjiwa kacau ini sedar....

Ya Allah..aku berlindung darimu daripada orang orang yang talam dua muka, jiwa sakit, hasad dengki, busuk hati dan sebagainya...









Thursday, February 26, 2015

Dengki..

MASYARAKAT kita amat mudah sekali terjebak dengan pelbagai bentuk konflik. Sering kali konflik yang tercetus melarat-larat pula kepada pertelingkahan emosi hingga terputusnya ikatan ukhuwah dan terlerainya kasih sayang yang selama ini menjadi asas kekuatan umat Islam. Perselisihan yang berakar-umbi kepada konflik juga selalunya disulami dengan perlakuan ekstrem dan songsang yang sebenarnya bertentangan dengan prinsip dan nilai yang digariskan syariat.

Jika diamati secara objektif, kita akan dapati bahawa kebanyakan konflik yang melanda umat bermula dengan sikap hasad dengki yang dibiarkan menyubur dalam sanubari masyarakat. Perasaan hasad dengki ini jugalah yang mendorong umat untuk melakukan perbuatan terkutuk seperti adu-domba, fitnah-memfitnah dan berburuk sangka antara satu sama lain yang akhirnya mencetuskan konflik getir di kalangan anggota masyarakat.

Rasulullah s.a.w. sendiri memperakui betapa elemen hasad dengki dan segala perbuatan yang boleh menjejaskan hubungan kemanusiaan mestilah dihindari sekiranya kita benar-benar ingin menzahirkan ketaatan seutuhnya kepada Allah. Dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. menegaskan:

Jangan kamu dengki-mendengki, jangan tipu-menipu, jangan benci-membenci, jangan musuh-memusuhi, jangan sesetengah kamu berjual-beli atas jual-beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah).


Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin menggariskan bahawa sifat hasad dengki sebenarnya lahir apabila timbulnya rasa kurang senang dalam jiwa seseorang terhadap nikmat yang dikecap oleh orang lain. Perasaan cemburu ini lantas menjurus manusia kepada perlakuan keji dan mungkar lain lantaran begitu berharap agar nikmat yang dikecap orang lain tercabut daripada mereka.

Yang pasti, manusia yang diselaputi dan dirasuk dengan perasaan hasad dengki sanggup melakukan apa sahaja termasuklah mengadu-domba dan menyebar fitnah hanya kerana tidak mahu melihat orang lain lebih senang daripadanya atau memperoleh sesuatu yang tidak mampu dikecapinya.

Fenomena hasad dengki seperti ini hakikatnya cukup mengakar dalam masyarakat Melayu Islam di semua peringkat ketika ini. Dalam dunia politik umpamanya fenomena cantas-mencantas dan adu-domba bagaikan asam garam yang begitu sukar untuk dibendung. Begitu juga dalam bidang perniagaan, sikap tidak suka melihat orang lain menikmati kejayaan setanding atau melebihi diri sering kali menjurus manusia kepada budaya pertandingan yang saling jatuh-menjatuh antara satu sama lain.

Suasana ini berlaku kerana umat sedang mengalami kecelaruan dan kedangkalan pemikiran mengenai konsep rezeki Allah yang dikurniakan ke atas hamba-Nya yang bertakwa dan ikhlas berusaha. Usaha yang dimaksudkan pastilah tidak memerlukan seseorang menjatuhkan orang lain demi mengejar apa yang dicita. Ini kerana Islam melarang pengikutnya memandang kenikmatan yang diperoleh orang lain dengan pandangan seorang musuh yang hatinya dipenuhi kebencian, kemarahan dan ketamakan untuk memiliki.

Sebaliknya asas aqidah yang meletakkan kepercayaan mutlak bahawa Allahlah Yang Maha Pemberi Rezeki (Ar-Razzaq) menumbuhkan sikap yang lebih jernih bahawa setiap rezeki kurniaan Allah sudah pun ditentukan-Nya berdasarkan potensi jasmani, rohani dan kepintaran setiap individu. Ini bermakna tidak ada apa-apa yang mampu menghalang seseorang memperoleh rezeki yang ditetapkan Allah kepadanya walau pelbagai usaha dilakukan manusia untuk menafikannya.

Sejak zaman Nabi s.a.w. lagi wujud golongan seperti ini yang sentiasa berangan-angan ingin memiliki segala kurnian Allah yang dianugerahkan kepada orang lain sehingga tumbuhnya perasaan hasad dengki bahkan melarat-larat sampai kepada perilaku fitnah, adu-domba dan jatuh-menjatuh antara satu sama lain. Maka Allah pun menurunkan ayat berikut:

Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak daripada sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan bagi para wanita pun ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan mohonlah kepada Allah akan sebahagian kurnia-Nya. (An-Nisa:32)

Demikianlah peringatan tegas dan jelas yang diberikan Allah agar umat sentiasa berpegang kepada keyakinan aqidah yang teguh bahawa rezeki itu hanya datang daripada Allah semata-mata. Dengan menjiwai prinsip inilah, umat akan dihindari daripada perasaan hasad dengki yang membinasakan. Sebaliknya tumbuh menyubur perasaan qanaah atau rasa berpuas hati dengan apa sahaja rezeki kurniaan Allah kepada kita.



Sunday, February 1, 2015

TERKINI : RON95 RM1.70, RON97 RM2 seliter

Kerajaan menetapkan harga runcit petrol RON95 diturunkan sebanyak 21 sen seliter kepada RM1.70 seliter mulai 1 Februari 2015 mengikut kaedah pengapungan terkawal.

Harga runcit petrol RON97 pula diturunkan sebanyak 11 sen seliter kepada RM2 seliter.

Diesel pula diturunkan sebanyak 23 sen seliter kepada RM1.70 seliter.

// Bila lagi harga barang nak turun?


Sunday, January 11, 2015

KESERONOKAN BEKERJA

Tahun 2015...Semangat baru..

Macam mana dengan kehidupan seharian kita..Gembira, Sedih atau Membosankan.

Apa yg kita lakukan ditempat kerja ada kaitannya kehidupan seharian kita di rumah. Setuju??

Ungkapan keseronokan berkerja dapat diertikan sebagai perihal perasaan yang menyenangkan, menyedapkan hati apabila melaksanakan sesuatu tugas atau tanggungjawab yang diberikan. Perkhidmatan berkualiti pula mempunyai beberapa ciri antaranya; Memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan penuh budi bahasa dan sopan santun, cepat serta tepat masa; Menjalankan tugas dengan penuh amanah, adil serta peka kepada kehendak pelanggan.
            Keseronokan bekerja merupakan tonggak ketiga dari dua belas tonggak yang perlu diamalkan oleh semua kakitangan awam di semua peringkat organisasi. Keseronokan berkerja dihuraikan seperti berikut;
“Sejak zaman berzaman kerja ialah satu beban yang perlu dilakukan untuk hidup sama ada membanting tulang ataupun memeras otak. Kerja bukanlah sesuatu yang ringan, malah bagi kebanyakan mereka yang bekerja itu merupakan perlakuan yang tiada hujungnya. Namun begitu, jika kita mengambil pendirian yang optimistik kita boleh menjadikan kerja itu sesuatu yang mendatangkan keseronokan. 
Pertama, bekerja hendaklah dijadikan suatu ibadah kerana ibadah itu membawa ganjaran. 
Kedua, kerja itu hendaklah dijadikan cabaran yang memerlukan bukan saja daya usaha malah pemikiran dan kreativiti anda. Ia merupakan sumbangan yang hendaklah dikaitkan dengan kebajikan untuk masyarakat dan negara. Dengan sendirinya kita akan merasa puas kerana sumbangan kecil itu telah berjaya membangunkan negara. 
Ketiga, jika kerja itu kita anggap domain kita atau pengkhususan kita maka dengan sendirinya kita menjadi pakar yang diiktiraf.”
             Dari huraian di atas, dapat di senaraikan pula amalan-amalan positif yang dapat dilaksanakan bagi menggambarkan keseronokan berkerja.

AMALAN POSITIF
            Antara amalan positif yang membawa kepada keseronokan bekerja ialah menjadikan kerja yang dibuat itu sebagai ibadat, mendahului sesuatu kerja dengan inisiatif sendiri, mempunyai komitmen terhadap kerja, sentiasa memberi kerjasama kepada usaha-usaha organisasi serta menghasilkan sesuatu yang berfaedah.

BUAT KERJA DENGAN INISIATIF SENDIRI
Murid merupakan pelanggan utama di sekolah. Tanpa murid tidak wujud sekolah. Oleh yang demikian kemenjadian murid dari berbagai aspek perlu sentiasa dipantau. 

Kemenjadian murid dalam bidang akademik menjadi fokus utama dalam usaha dan kerja para guru.  Tugas utama guru ialah mengajar dalam bilik darjah. 
Kegagalan murid akan menjadi bahan templak kepada guru. Antara masalah murid yang sangat ketara dalam bidang akademik ialah malas. Untuk mengatasi sikap malas dikalangan sebilangan murid kita harus mencuba perbagai pendekatan dalam pengajaran.
          Sikap malas menyebabkan murid lemah dalam pembelajaran. Kita berusaha mencari cara mengatasinya. Rasa seronok meneroka dan mencuba beberapa kaedah serta membantu murid dalam pembelajaran mereka. 

Kebanyakan murid malas membaca buku teks tetapi mereka mesti mendapatkan fakta, maklumat serta pengetahuan dari buku teks. Bagi mengatasi masalah ini murid dibimbing cara belajar dengan baik dan dapat menguasai maklumat, fakta dan pengetahuan yang diperlukan.

               Jika kejayaan yang dicapai,  rasa seronok, gembira dan puas dalam melakukan kerja yang berpunca dari inisiatif sendiri ketika menghadapi cabaran semasa mengajar. Untuk lebih memantapkan lagi kejayaan itu murid diajar satu doa untuk mengelakkan rasa malas seperti berikut;

”Ya Allah aku berlindung kepada Mu dari rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepada Mu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Mu dari sifat bacol (pengecut) dan kikir (bakhil). Aku berlindung kepada Mu dari beban hutang dan penindasan.”  

            Oleh itu dapat dirumuskan bahawa inisiatif kendiri dapat mencetuskan keseronokan bekerja dan keseronokan bekerja menggalakkan guru meneroka kaedah pengajaran yang lebih baik. 

Semestinya kaedaan ini dapat mencapai matlamat pengajaran guru serta menyeronokkan  murid dalam melalui proses pembelajaran mereka. Dengan demikian aspek kemenjadian murid dari segi akademik dapat diperbaiki dan dapat menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti.

KOMITED TERHADAP KERJA

Selain kerja mengajar ada masanya guru terlibat dalam kerja-kerja yang berbentuk keraian dan perayaan diperingkat sekolah. Untuk menjayakan perkara ini memerlukan kesungguhan.  Sebelum membuat persediaan bagi keraian atau perayaan perancangan yang teliti diperlukan. 

Sesudah perancangan dibuat usaha perlu digembeling bagai memastikan apa yang dirancang diwujudkan. Sekiranya ingin melihat apa yang dibuat mencapai piawai komitmen terhadap kerja perlu ada.
           Didalam hal ini biasanya guru akan terlibat dalam pelbagai jawatankuasa. Untuk memastikan perjalanan jawatankuasa kerja mengikut piawai sekolah setiap anggota perlu memberikan komitmen yang tinggi. Sememangnya semasa melaksanakan kerja ia meletihkan. 

Tetapi dengan adanya rasa keseronokan berkerja dalam diri menjadikan kerja yang meletihkan itu dapat dibuat dengan jayanya. Apatah lagi kalau menerima pengiktirafan daripada mereka yang menghadiri majlis.
            Sudah menjadi resam pengetua apabila melihat perjalanan program itu mencapai piawai yang dikehendaki, dia akan menyebutnya didalam mesyuarat serta memberikan penghargaan yang setimpal maka usaha yang dibuat rasa berbaloi. 

Bolehlah dikatakan bahawa keseronokan bekerja menimbulkan kepuasan dalam menjalankan tugas serta berjaya menghasilkan perkhidmatan berkualiti. 
Setelah beberapa kali tugas yang diberi menjadi serta mendapat pengiktirafan dan galakan dari orang atasan maka rasanya keseronokan berkerja itu ingin dikongsi dengan rakan-rakan yang lain dengan mengajar mereka cara dan kaedah. 

Akhirnya perkhidmatan yang berkualiti itu dapat pula dikongsi bersama dengan rakan-rakan sejawat.

MEMBERI KERJASAMA

Sebagai anggota satu organisasi, kerjasama adalah penting untuk menjayakan sesuatu aktiviti atau program. Kerja di sekolah bukan setakat mengajar tetapi juga melibatkan berbagai urusan yang dikategorikan sebagai Pengurusan Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum.


            Satu orang tidak boleh menyelesaikan semua masalah tetapi semua orang boleh berkerjasama menyelesaikan banyak masalah. Menghadapi masalah adalah perkara lumrah dalam kehidupan manusia. Prinsipnya kita tidak boleh lari dari masalah sebaliknya kita mesti menghadapi dan mencari jalan menyelesaikan masalah.



           Dengan memberikan kerjasama kepada para guru yang menjalankan tugas dalam bidang ini akan memudahkan kerja-kerja yang mereka buat diselesaikan dengan cepat.
            
Disamping itu kerjasama yang kita berikan merupakan bimbingan kepada mereka yang baru dalam menjalankan tugas. Dengan berkongsi pendapat dan pengalaman menjadikan rakan-rakan guru yang muda dapat melaksanakan tugas mereka dengan selesa dan rasa tidak tertekan. 

Oleh yang demikian memberi kerjasama dalam satu organisasi dapat menghasikan perkhidmatan yang berkualiti disamping hubungan erat antara anggota dapat dicapai serta keseronokan bekerja diwujudkan dikalangan rakan setugas.


BERHENTI MENYALAHKAN ORANG LAIN
Pernahkah kita menyalahkan orang lain dan mengganggap orang lain sentiasa mencari salah kita. Adakalanya kita bersikap kurang rasional dan menggangap orang lain dengki dengan kejayaan kita yang tak seberapa itu.

Kenapakah ini berlaku...ini berlaku KERANA KITA MENGHARAPKAN GANJARAN, PUJIAN dan HABUAN daripada pegawai atasan. Bukannya mengharapkan keredaan daripada Allah s.w.t.

Cakap memang mudah..kerja seikhlas mungkin tetapi hakikatnya tidak begitu. Selaku pekerja yang mempunyai hati dan perasaan, PUJIAN amat diperlukan. 
Pernahkah kita mendengar ungkapan " Kerja kena ikhlas, Jangan Harapkan Ganjaran". Saya percaya orang yang ungkapkan ayat berkenaan adalah pekerja yang tidak ikhlas.

Keseronokan bekerja akan tiba bila kita suka dengan kerja kita dan tidak mengharapkan ganjaran. Percayalah..bila kita ikhlas bekerja..pegawai atasan akan nampak jua akhirnya. 

BERSAMBUNG....


Wednesday, January 7, 2015

Bantuan awal persekolahan 2015

Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia sebanyak RM100 yang diperuntukkan kepada 5.6 juta murid dan pelajar di seluruh negara boleh dituntut di sekolah masing-masing bermula hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, agihan bantuan tersebut dipercepatkan bagi meringankan beban ibu bapa terutama mangsa banjir untuk membuat persiapan sebelum sesi persekolahan bermula Ahad dan Isnin ini.

Beliau berkata, bagi sekolah yang masih tidak dapat digunakan akibat bencana alam itu, ibu bapa boleh membuat tuntutan di sekolah berhampiran yang ditetapkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah.

“Agihan bantuan RM100 kepada murid bermula hari ini, telah ada peruntukan, kita sudah bagi waran kepada Pengarah Pendidikan negeri maka RM100 boleh dituntut.