Wednesday, March 31, 2010

Proton Satria Neo R3 Lotus Racing



Gambar : paultan.org

Harga : RM115,000
Kuasa : 145 bhp
Torque :168 Nm

Tuesday, March 30, 2010

22 lepasan SPM SMK Yan dakwa dianiaya pengetua

Sumber : Berita Harian


Catatan sijil berhenti sekolah labelkan pelajar tak berdisiplin

YAN: Seramai 22 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yan, menghadapi masa depan yang gelap kerana dilabel sebagai murid tidak berdisiplin dalam sijil berhenti sekolah walaupun tidak melakukan kesalahan serius sepanjang tempoh persekolahan.

Malah, ada antara mereka menyertai acara sukan hingga berjaya mewakili negeri, tetapi sumbangan itu tidak diiktiraf kerana tidak dicatat dalam sijil berkenaan.

Seorang pelajar, Ahmad Ikram Rasli, 18, berkata tindakan pengetua sekolah itu amat keterlaluan dan penganiayaan kerana tidak mengambil kira kesannya terhadap masa depan pelajar.

"Saya bukan pelajar bermasalah. Jika bermasalah sudah pasti saya dikenakan tindakan lebih awal. Tindakan pengetua sekolah membuat catatan buruk dalam sijil berhenti seolah-olah mahu menyekat peluang kami mencari kerja atau menyambung pelajaran. "Kami rasakan masa depan sudah gelap," katanya yang kini bimbang tidak diterima melanjutkan pelajaran ke politeknik.

Bapanya, Rasli Mohd Zain, 55, berkata, beliau tidak pernah dipanggil oleh pihak sekolah, termasuk ketika pertemuan penjaga dengan guru bagi membincangkan masalah disiplin anaknya sepanjang belajar di sekolah itu.

"Saya bukan mahu menyebelahi anak, tetapi berharap pengetua lebih bertimbang rasa dan mengambil kira sumbangan anak saya yang aktif dalam sukan dan pernah mengharumkan nama sekolah apabila mewakili negeri dalam sukan bola tampar," katanya, semalam.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Kedah, Shahidan Abdul Rahman, berkata beliau sudah dimaklumkan mengenai perkara itu minggu lalu dan mengarahkan pengetua sekolah membetulkan catatan berkenaan.

“Saya minta penjaga dan pelajar terbabit pergi semula ke sekolah untuk membetulkan catatan dalam sijil berhenti itu," katanya.

Monday, March 29, 2010

Sunday, March 28, 2010

Operasi Jabatan Pertahanan Awam



Anggota JPA membantu masyarakat dalam hal hal kecemasan. Operasi menangkap ular pun diuruskan oleh JPA. Hebat bukan.
Bangga dengan JPA.

Bengkel Asas Permainan Petanque




Sabtu 24.3.2010. Bengkel Permainan Petanq.

Thursday, March 25, 2010

Microsoft Office 2010


Office 2010 adalah lanjutan daripada Office 2007. Akan berada di pasaran pada tahun ini.

Wednesday, March 24, 2010

Sekadar Peringatan

22 Tanda Kiamat Semakin Hampir

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan ).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Dunia Di Penghujung Nyawa

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. '- Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela.'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukanpersetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik.'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita- Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya.'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalamtetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang ***** & hina).Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

10) Bulan sabit kelihatan besar.'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim~

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyakkesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²'- Sahih Muslim

Tuesday, March 23, 2010

Program Latihan Separa Perubatan Sesi Kemasukan Julai 2010

Perhatian kepada pelajar lepasan SPM 2009.

Syarat:
1. SPM dgn 3 kepujian serta lulus BM dan ujian lisan peringkat SPM
2. Keutamaan kepada calon yang dapat kepujian dlm BM, BI, Mat, Sains

Tempoh Latihan:
3 Tahun kendalian Kementerian Kesihatan Malaysia

Biasiswa semasa Latihan diberi

Pelatih akan diserapkan ke dalam Kementerian Kesihatan Malaysia

Maklumat lanjut sila layari laman web :

http://www.spa.gov.my/

Semoga berjaya.

Monday, March 22, 2010

Latihan Kawad Kaki KRS



Latihan Kawad Kaki KRS. Setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 4.00 pm hingga 6.00 pm. Pertandingan Kawad kaki akan diadakan pada bulan 4 nanti. Harap tahun ini keputusan lebih baik daripada tahun depan.
Banyak lagi latihan yang perlu dibuat.

Sunday, March 21, 2010

Lagi Bayi dibuang

Anak adalah cahayamata yang tak ternilai harganya. Kehadiran mereka memeriahkan suasana suami isteri. Bagi yang tiada anak, bermacam macam cara dibuat untuk mendapatkan anak. Kisah buang bayi masih lagi berlaku di negara tercinta ini. Salah siapa? Kenapa ada manusia yang sanggup berbuat demikian.

Sila baca kisah ini : Sumber diambil dari Utusan Malaysia.

IPOH 21 Mac — Seorang bayi perempuan yang berbalut dengan sehelai kain dijumpai ditinggalkan di tempat pembuangan sampah di sebuah pusat membeli belah di sini semalam.
Bayi yang baru dilahirkan itu dijumpai oleh orang ramai yang lalu-lalang di kawasan itu dan telah dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Timbalan Pengarah HRPB, Dr. Raimi Goon berkata bayi yang cukup sifat itu telah dikejarkan ke hospital berkenaan selepas dijumpai oleh orang awam pada kira-kira 6 petang.Beliau berkata, bayi tersebut sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata polis telah menerima laporan mengenai penemuan bayi berkenaan dan sedang menyiasat.Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.


// Alangkah kejam manusia yang membuang bayi ini.

Tambahan Waktu Untuk Mata Pelajaran BM Dan BI Mulai 2011

Kabinet telah memutuskan supaya masa pembelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dipanjangkan mulai sesi persekolahan 2011, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

Keputusan yang dibuat pada mesyuarat Kabinet semalam, adalah selaras dengan usaha untuk memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI) di kalangan pelajar sekolah berikutan pemansuhan dasar PPSMI.

Saturday, March 20, 2010

Pelajar Lepasan SPM

Perhatian kepada pelajar lepasan SPM 2009

2 FEBRUARI 2010 - 30 MAC 2010 : Permohonan Aplikasi Dalam Talian Permohonan Kemasukan Ke IPTA Bagi Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2010/2011

Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut :-

Warganegara Malaysia danLulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu.

Program berikut adalah dikhaskan untuk Bumiputera sahaja:

Semua program Asasi di UIAM;
Semua program Asasi Sains di UM;
Semua program pengajian di UiTM; dan
Semua program Asasi di UNIMAS


Sumber: Jabatan Pengajian Tinggi.

Friday, March 19, 2010

Proton Persona Elegance

Gambar : paultan.org
Harga
Base Line (M) RM46,499
Base Line (A) RM49,499
Medium Line (M) RM52,999
Medium Line (A) RM55,999
High Line (A) RM59,499
Syabas Proton. Semoga Maju Jaya.


Thursday, March 18, 2010

Kau Milik Ku



Akhirnya...Perodua Alza milik penulis. Penulis berbangga menjadi salah seorang pemilik Perodua Alza.
Pemanduan :
1. Selesa
2. Bertenaga
3. Bunyi bising kurang
Kabin :
Nampak kecil..tetapi bila didalam terasa luas. Boleh tahan jugalah.
Memang seronok memandu kereta ini.

Wednesday, March 17, 2010

Apa itu GST

GST adalah singkatan bagi Goods & Service Tax atau dalam bahasa melayunya, Cukai Barangan & Perkhidmatan.

GST diperkenalkan bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang ketika ini dikenakan pada kadar 5% hingga 10%.

Dalam pelaksanaan GST yang bakal diperkenalkan nanti, beberapa barangan keperluan asas pengguna dikecualikan daripada GST seperti produk sayuran, beras, gula, garam, tepung dan minyak masak, daging serta perkhidmatan bagi elektrik dan air.

GST dikatakan adalah sistem percukaian yang lebih cekap kerana dikutip pada setiap peringkat.

Ini bermakna, cukai tidak dikenakan kepada pengguna sahaja sebaliknya turut dikenakan kepada pengilang, pemborong, dan juga peruncit yang tidak dikenakan dalam pelaksanaan SST sebelum ini.

Tuesday, March 16, 2010

Juara Terbuka ALL England


Datuk Lee Chong Wei akhirnya dinobat sebagai juara perseorangan lelaki pada sambutan ulang tahun ke-100 All England selepas menjinakkan cabaran kental bintang baru Jepun, Kenichi Tago 21-19, 21-19.

Kemenangan tersebut menjadikan Chong Wei perseorangan kedua Malaysia dalam tempoh 44 tahun berjaya merangkul gelaran berprestij ini, selepas Muhammad Hafiz Hashim menang buat kali terakhir pada 2003.



Saturday, March 13, 2010

Cuti Sekolah

Cuti sekolah bermula 13.3.2010 hingga 21.3.2010. Kepada semua pelajar : Selamat bercuti dan gunakan masa yang terluang untuk aktiviti yang sihat dan berfaedah.

Nasihat :

1. Buat ulangkaji (Form 3 dan Form 5). Cuti sekolah tidak bermakna cuti belajar.
2. Buat kerja sekolah yang diberikan oleh guru.

KURSUS PERGURUAN LEPAS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

Nama Program :Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian

Tempoh :Lima Tahun Enam Bulan (Termasuk Satu Tahun Enam Bulan Kursus Persediaan)

Mod Kursus :Sepenuh Masa


SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS

2.1
Warganegara Malaysia.

2.2
Umur tidak melebihi 20 tahun pada 28 Jun 2010 iaitu lahir pada atau selepas 28 Jun 1990.

2.3
Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.

2.4
Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.

2.5
Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran dan kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut :


2.5.1 Bahasa Melayu


2.5.2 Sejarah


2.5.3 satu mata pelajaran yang lain serta;


2.5.4 lulus Bahasa Inggeris

2.6
Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan

MAKLUMAT PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

3.1
Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.

3.2
Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama satu tahun enam bulan di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

3.3
Calon perlu lulus Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat tahun di Institut Pendidikan Guru untuk Pendidikan Rendah.


CARA MEMOHON

4.1
Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 08 Februari 2010.

4.2
Permohonan atas talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seleuruh negara dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, ATM dan perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS).

4.3
Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang tersebut bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

4.4
Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.

4.5
Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.

4.6
Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.



TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 28 MAC 2010

Friday, March 12, 2010

Honda CRV 2010

Harga : RM 149 980
Enjin : 2 litre SOHC
Transmisi : 5 kelajuan automatik

Keputusan SPM 2009 Naik

Peratus kelulusan SPM 2009 bagi SMK Pengkalan Ipoh adalah 98.1%. Peratus kelulusan SPM naik dan merupakan yang terbaik sejak penubuhan Sekolah SMK Pengkalan pada tahun 2001. Ia selaras dengan visi sekolah: Institusi Pendidikan Berkualiti dan Dinamik 2010.

Penulis rasa gembira kerana peratus kelulusan Matematik Tambahan juga menunjukkan peningkatan walaupun tidak banyak. Yang penting naik.

Semoga SMK Pengkalan akan mencapai peratus kelulusan 100% pada masa akan datang. Penulis yakin dengan kesungguhan guru-guru mendidik anak bangsa tanpa mengira masa dan tenaga.

Tahniah kepada semua pelajar dan guru SMK Pengkalan.

Thursday, March 11, 2010

Lebih 78 peratus daripada calon SPM 2009 dapat sijil

Sumber: Utusan Malaysia

PUTRAJAYA 11 Mac – Seramai 78.15 peratus atau 364,046 daripada 465,853 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 berjaya mendapat sijil.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, daripada jumlah itu, seramai 199,155 calon lulus semua mata pelajaran dan seramai 214 calon memperoleh gred tertinggi atau A dalam semua mata pelajaran.

Bagi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 3009 pula, seramai 3,138 daripada 6,920 calon lulus dalam sijil itu.

Wednesday, March 10, 2010

Naik atau Turun

Berdebar debar menantikan hari esok. Esok keputusan SPM 2009 akan diumunkan. Penulis berdoa agar peratus lulus Matematik Tambahan akan naik sekurang kurangnya sedikit. Kalau naik, lega...kalau peratus turun...susah kerana penulis kena bersedia menjawab kepada Pengetua. Laporan lengkap kena fikirkan( Kenapa, Mengapa, Post Mortem )

Bukan pelajar saja yang berdebar debar, semua guru pun berdebar. Harapan agar keputusan baik esok.

Tunggu........

MYVI BARU?

Toyota passo generasi ke dua telah pun berada dipasaran Jepun. Myvi berasaskan Toyota Passo mungkin akan mengalami perubahan juga. Mungkinkah ini MYVI baru?




Tuesday, March 9, 2010

Sukma XIII Melaka 2010

Logo
Maskot

SUKMA XIII, MELAKA 2010 akan diadakan pada 10.6.2010 hingga 19.6.2010.
Sukan Malaysia atau SUKMA adalah merupakan kejohanan 'beraneka sukan' (multi-sports competition) dan berkonsepkan 'Mini Sukan Olimpik' di Malaysia yang melibatkan atlet remaja. SUKMA diadakan secara dwi tahunan dan berselang seli dengan Sukan SEA. Sukan Malaysia yang pertama telah diadakan pada tahun 1986 di Kuala Lumpur.
Terdapat 33 acara yang dipertandingkan iaitu :

Akuatik - Renang

Akuatik- Terjun

Angkat Berat

Badminton

Berbasikal

Bola Jaring

Bola Keranjang

Bola Tampar (Dewan)

Bola Tampar (Pantai)

Bola Sepak

Ekuestrian

Gimnastik Artistik

Gimrama

Golf

Hoki

Judo

Kabaddi

Kanu

Karate

Lawan Pedang

Lawn Bowls

Memanah

Menembak

Olahraga

Pencak Silat

Perahu Layar

Petanque

Ping Pong

Ragbi

Sepak Takraw

Silambam

Skuash

Tenis

Tenpin Boling

Tinju

Wushu

Monday, March 8, 2010

Apa itu BLR

BLR (Base Lending Rate) atau Kadar Pinjaman Asas (KPA) adalah satu kadar yang telah ditetapkan oleh Bank Negara untuk dipatuhi oleh semua bank di Malaysia bagi penetapan Kadar Pinjaman Asas pakej-pakej pinjaman perumahan yang ditawarkan. Kadar bayaran balik pinjaman berubah ubah mengikut kadar BLR semasa. Jika BLR tinggi, kadar bayaran balik pinjaman tinggi dan begitulah sebaliknya.

Sunday, March 7, 2010

Proton Persona Facelift

Sumber: paultan.org

Proton Persona berwajah baru akan dilancarkan dalam masa yang terdekat. Pelancaran dijangka akan berlangsung pada 10.3.2010.

Kepada peminat kereta proton. Jangan lepaskan peluang untuk melihat Proton Persona Facelift.

Friday, March 5, 2010

Harga Minyak kekal



Sumber: Utusan Malaysia

PUTRAJAYA 4 Mac - Kerajaan hari ini membatalkan cadangan pelaksanaan penstrukturan semula subsidi petroleum setelah menerima maklum balas negatif daripada rakyat.Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebagai jalan penyelesaiannya kerajaan mewujudkan Makmal Merasionalisasikan Subsidi bagi mengkaji mekanisme terbaik pelaksanaan penyaluran subsidi merangkumi bahan petroleum, makanan serta infrastruktur lain.

Dalam aspek ini, kata beliau, pihaknya akan segera mengemukakan kertas cadangan kepada Kabinet berhubung kaedah sesuai dalam mengekang pembelian petroleum bersubsidi negara yang turut dinikmati rakyat asing.

Ketika ini, larangan penjualan petrol dan diesel melebihi 20 liter dikuatkuasakan ke atas kenderaan asing dalam lingkungan 50 kilometer dari sempadan negara tetapi tidak di lain-lain tempat termasuk ibu negara.

"Dari segi pelaksanaan (penstrukturan semula ini), ia sebenarnya boleh dilakukan antaranya menerusi penggunaan MyKad yang hanya mengambil masa tiga saat untuk proses pembelian petrol di samping tidak memerlukan cap jari."Tetapi kerana pandangan-pandangan negatif rakyat perlu diutamakan kerajaan, maka cadangan ini tidak diteruskan."Ini menunjukkan kerajaan sentiasa terbuka dalam menerima pandangan rakyat seperti ditegaskan oleh Perdana Menteri bahawa kerajaan hari ini adalah kerajaan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengumumkan keputusan pembatalan itu di pejabatnya di sini.Pada pembentangan Bajet 2010, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa petroleum bersubsidi kini dinikmati oleh semua kenderaan termasuk pemilik kereta mewah dan rakyat asing.

Bagi memastikan hanya golongan sasar diberi subsidi, kerajaan merancang untuk melaksanakan satu sistem penstrukturan subsidi petroleum yang akan menggunakan MyKad serta berdasarkan kuasa enjin kenderaan.Ismail Sabri berkata, Makmal Merasionalisasikan Subsidi yang diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala itu dijangka menyiapkan cadangannya sebelum pembentangan Bajet 2011 tahun ini.

"Hasil dari kajian itu akan digunakan oleh kerajaan dalam menentukan dasar pemberian subsidi pada masa depan," katanya.Dalam usaha untuk mengekalkan harga runcit petrol dan diesel, kerajaan menanggung subsidi petroleum tahun lalu sebanyak RM3.4 bilion manakala subsidi bagi diesel RM1.9 bilion.
Nota :
Kerajaan memahami kehendak Rakyat sesuai dengan slogan : 1 Malaysia : Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

SPM 2009

18.3.2010(Khamis). Tarikh keputusan SPM akan diumumkan diseluruh negara. Kepada semua pelajar, selamat berjaya. Keputusan ini langkah pertama untuk kejayaan di masa hadapan.

Kepada semua guru : Pasti berdebar debar untuk menantikan keputusan peperiksaan yang bakal keluar. Kita tunggu.

Thursday, March 4, 2010

8 Punca Suami Isteri Konflik Dan Penyelesaiannya

Sumber: Harian Metro

1. Pendapatan

Pendapatan suami lebih besar daripada isteri sememangnya bukan perkara luar biasa. Namun, apabila berlaku sebaliknya masalah akan timbul. Ini kerana suami akan berasa rendah diri kerana pendapatannya tidak dihargai manakala isteri berasa dirinya tunggak keluarga sehingga menjadi sombong dan tidak menghormati pasangannya.

2. Anak

Ketidakhadiran anak dalam keluarga juga sering menimbulkan konflik berpanjangan antara pasangan. Mungkin selepas lima tahun perkahwinan, suami selalu menyalahkan isteri sebagai pihak yang mandul. Padahal, suami tidak mahu mendapatkan rawatan untuk mengetahui siapa yang bermasalah.

3. Campur tangan keluarga

Kehadiran orang ketiga, misalnya adik ipar atau saudara-mara dalam keluarga kadang kala menimbulkan konflik dalam rumah tangga. Hal kecil yang sepatutnya tidak menjadi masalah berubah menjadi besar. Misalnya soal pemberian wang saku kepada adik ipar atau wang kepada ibu bapa.

4. Seks

Masalah seks turut menjadi titik bengik dalam perkahwinan. Biasanya suami sering mengadu mengenai ketidakpuasan selepas melayan isteri. Suami umumnya bersikap ego dan tidak mahu tahu. Pada hal, banyak perkara menyebabkan isteri bersikap seperti itu. Contohnya letih, tertekan dengan kerja di pejabat atau hamil.

5. Keyakinan

Pasangan yang sudah berikrar untuk sehidup semati tidak mempersoalkan mengenai keyakinan mereka untuk mengharungi bahtera kehidupan. Namun, banyak persoalan timbul selepas berumah tangga sehingga penyebab berlakunya pergaduhan.

6. Mentua

Kehadiran mentua dalam rumah tangga sering menjadi masalah. Ini kerana ada anak yang terlalu mengikut cakap mentua sehingga mengabaikan isteri.

7. Ragam berbeza

Menyatukan dua hati, bererti menyatukan dua peribadi dan selera yang tentu saja berbeza. Misalnya suami seorang pendiam, sementara isteri peramah dan cerewet dan belum termasuk soal hobi atau bersukan serta pelbagai benda yang ketara perbezaannya.

8. Komunikasi terbatas

Pasangan suami isteri yang sama-sama sibuk biasanya tidak cukup waktu untuk berkomunikasi. Paling-paling mereka bertemu ketika hendak tidur. Kadangkala, untuk sarapan pagi atau makan malam pun masing-masing tiba lewat. Kurangnya atau tiada waktu berkomunikasi menimbulkan pengertian salah. Ini kerana suami tidak tahu masalah isteri, demikian juga sebaliknya.

Wednesday, March 3, 2010

Proton EMAS Concept Cars


Gambar : paultan.org

Tuesday, March 2, 2010

Vitamin C

Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal, dan untuk gusi yang sihat. Ia menolong dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon,sejenis protin sistem imuniti yang penting , dan diperlukan juga untuk metabolisma folik asid , tairosin, dan phenylalanine.


Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan :

Lemah badan.
Sakit-sakit dan sengal badan.
Bengkak gusi.
Hidung berdarah.
Scurvy ( pendarahan pada badan, lebam-lebam, dan gusi berdarah; gigi mudah tercabut; pendarahan ke dalam otot dan sendi, yang menyebabkan kesakitan).
Anemia


Monday, March 1, 2010

Hotel Prescott Inn Klang

Penulis akan berkursus E Bahan Matematik Tambahan di Hotel Prescott Inn Klang selama 4 hari bermula hari Selasa hingga Jumaat.
Penulis berada disana sebagai panel penilai E bahan untuk subjek Matematik Tambahan. (Kerja...kerja...kerja..)