Sunday, March 21, 2010

Lagi Bayi dibuang

Anak adalah cahayamata yang tak ternilai harganya. Kehadiran mereka memeriahkan suasana suami isteri. Bagi yang tiada anak, bermacam macam cara dibuat untuk mendapatkan anak. Kisah buang bayi masih lagi berlaku di negara tercinta ini. Salah siapa? Kenapa ada manusia yang sanggup berbuat demikian.

Sila baca kisah ini : Sumber diambil dari Utusan Malaysia.

IPOH 21 Mac — Seorang bayi perempuan yang berbalut dengan sehelai kain dijumpai ditinggalkan di tempat pembuangan sampah di sebuah pusat membeli belah di sini semalam.
Bayi yang baru dilahirkan itu dijumpai oleh orang ramai yang lalu-lalang di kawasan itu dan telah dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Timbalan Pengarah HRPB, Dr. Raimi Goon berkata bayi yang cukup sifat itu telah dikejarkan ke hospital berkenaan selepas dijumpai oleh orang awam pada kira-kira 6 petang.Beliau berkata, bayi tersebut sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata polis telah menerima laporan mengenai penemuan bayi berkenaan dan sedang menyiasat.Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.


// Alangkah kejam manusia yang membuang bayi ini.

No comments:

Post a Comment