Thursday, September 30, 2010

New Perodua Kenari




Kenari = Daihatsu move. Mungkinkah?

Wednesday, September 29, 2010

Peringatan Kepada Pengguna Maybank2u.com

Akaun ‘lebur’ kerana perangkap e-mel hantu.

KUALA LUMPUR – Tidak sampai empat minit, duit dalam akaun bank milik seorang pengurus, Yong Chee Seong, 30, berjumlah hampir RM5,000 lesap sekelip mata.

Kes itu dipercayai gara-gara sindiket perbankan dalam talian (online ) yang didalangi pakar teknologi maklumat di kalangan warga asing yang memerangkap mangsa melalui penghantaran e-mel ‘berhantu’. Chee Seong memberitahu, e-mel dalam bahasa Inggeris yang diterimanya pada 23 September lalu kira- kira 1 tengah hari memintanya mengemas kini maklumat talian perbankan melalui proses pertukaran kata kunci akaun bank.

“Ia nampak asli dan meminta saya berbuat demikian bagi tujuan keselamatan selain mengelak ditipu oleh sindiket yang semakin menjadi-jadi di ruang siber,” katanya di sini semalam.

Menurut Chee Seong, sebagai pelanggan tetap bank terkemuka itu sejak enam tahun lalu, dia langsung tidak menaruh syak bahawa e-mel itu satu perangkap kerana pautan laman web untuk dia membuat kata kunci baru, muncul dengan hampir menyamai laman web bank tersebut.

Beliau hanya menyedari ada sesuatu yang tidak kena berlaku selepas beberapa minit mendaftarkan kata kunci baru dengan empat minit kemudian menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada pihak bank dengan maklumkan satu transaksi pemindahan wang dari akaunnya berjumlah RM4,935.

“Saya tergamam kerana saya tak buat apa-apa,” katanya. Sejurus selepas itu, Chee Wah terus menghubungi bank berkenaan dan jurucakapnya mengesahkan polisi mereka tidak meminta pelanggan menukar data menerusi e-mel..

Chee Wah cuba mengakses kembali pautan laman web berkenaan, namun gagal. Mangsa membuat laporan polis selepas dinasihatkan oleh pihak Maybank.


// Ulasan : Berhati hati bila melibatkan transaksi atas talian. Macam macam boleh berlaku sekiranya kita tidak berhati hati.



Sunday, September 26, 2010

HP Compaq Presario CQ42-203AU

SPECIFICATIONS
- AMD Athlon™ II Dual-Core Processor for Notebook PCs P320 (2.1GHz, 1MB L2 Cache)
- 1024MB 1333MHz / DDR3 Memory (1024 x 1 pcs)
- 320GB 7200rpm Hard Disk Drive
- 14.0” (1366 x 768) Screen
- FreeDOS
- LightScribe DVDRW Drive
- No Bluetooth
- Integrated B/G/N Wireless
- AMD RS880M Chipset
- AMD M880G with ATI Mobility Radeon™ HD 4250 Graphics
- HDMI Port
- Integrated 5-in-1 Card Reader
- Built-in Webcam
- No Fingerprint Reader
- 6 Cell Battery
- Approx 2.2kg
- 1 Year International Limited Warranty(parts/labor/carry-in)

Harga: RM 1499.00

Saturday, September 25, 2010

Rakyat beri cadangan positif


KUALA LUMPUR 24 Sept. - Bonus kepada kakitangan kerajaan, pengurangan faedah kad kredit dan pinjaman perumahan kerajaan serta pelepasan cukai adalah antara saranan pembaca blog 1Malaysia Perdana Menteri untuk input Belanjawan 2011.

Itulah antara cadangan menarik yang dikemukakan para pembaca blog itu terhadap pelawaan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya rakyat berkongsi pemikiran melalui entri blog www.1Malaysia.com.my. Belanjawan Negara 2011: Pemikiran daripada Rakyat.

Menurut seorang pembaca yang hanya menamakan dirinya sebagai Mohamad, kerajaan pimpinan Najib perlu mengembangkan rakyat Malaysia yang berpotensi menjadi buruh berkualiti dalam bidang yang ketika ini dikuasai oleh buruh asing.

Beliau menyarankan agar lepasan UPSR yang tidak berminat dengan pendidikan secara akademik dihantar ke sekolah kemahiran supaya tahap keciciran persekolahan dapat dikurangkan ke paras yang paling minimum.

Menurut pembaca itu, kerajaan mempunyai banyak pusat latihan kemahiran sama ada berkaitan elektronik, pertukangan, pertanian, penternakan, perikanan dan lain-lain yang mengambil pelajar lepasan SPM.

Katanya, adalah baik sekiranya pelajar lepasan UPSR yang tidak mahir akademik tapi mahir kemahiran pergi ke pusat latihan kemahiran berkenaan supaya potensi mereka boleh digilap hingga menjadi buruh berkualiti tinggi dalam aspek kemahiran.

Rosli Musa pula antara lain menyarankan agar Najib yang juga Menteri Kewangan menghapuskan cukai RM50 untuk setiap kad kredit manakala faedah kad kredit 24 peratus diturunkan kepada 12 peratus setahun.

Satu lagi saranan menarik beliau ialah pinjaman rumah yang belum diambil oleh kakitangan kerajaan ditukar kepada pinjaman peribadi tunai dan dibenarkan dipohon oleh petugas awam yang masih belum mengambilnya.

Katanya, pesara kerajaan perlu dinaikkan pencen sebanyak 25 peratus manakala kakitangan kerajaan perlu mendapat rebet jalur lebar internet sebanyak RM30 sebulan dan juga meminta agar cukai jalan kereta diturunkan lagi.

Mohd. Amin pula berkata, perkara utama yang harus dilakukan dalam menggubal belanjawan kali ini adalah mengkaji semula semua faedah yang dikenakan kepada peminjam yang membeli rumah.

Katanya, faedah yang dikenakan tidak logik dan membebankan, contohnya harga rumah RM40,000 tetapi faedahnya sampai 90 peratus manakala ansuran sehingga 30 tahun.

Ini katanya, berbeza pula dengan pinjaman untuk membeli kereta pada harga yang sama tetapi faedahnya sehingga 10 peratus dan ansuran selama maksimum sembilan tahun sahaja.

Sumber: utusan

Thursday, September 23, 2010

Toyota Corolla Altis




Gambar : paultan.org

1.6E (RM105,990)
1.8E (RM112,990)
1,8G (RM122,990)
2.0V (RM131,990).

Harga termasuk insuran.

Monday, September 20, 2010

Jika Berlaku?

Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik. Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321.

Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yg diterbalikkan drpd nombor yg sebenarnya melalui kad anda yg masukkan kedalam mesin tersebut. Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yg kita tidak ketahui, pihak Bank dgn segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda.

Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yg seumpama ini.


Sunday, September 19, 2010

Tanda-tanda kerosakan buah pinggang

* Kerap membuang air kencing terutamanya pada waktu malam, lama-kelamaan semakin berkurangan dan jumlah air kencing juga akan berkurangan.

* Retensi (penakungan) air kencing menyebabkan kaki, buku lali serta mata bengkak.

* Sering gatal di bahagian badan tanpa sebab yang nyata.

* Air kencing yang berbuih kerana kehadiran protein.

* Cepat letih dan mengantuk.

* Kerap sakit kepala.

* Mengalami masalah tidur.

* Kurang selera makan dan penurunan berat badan.

* Terasa seperti hendak muntah, loya.

* Darah di dalam air kencing.

Saturday, September 18, 2010

7 Perkara GANJIL Yang Pernah Dialami Penggali Kubur

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t.

Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat." Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.

Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.


Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi ****. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."

Jawab ahli ibadah tersebut "Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.

Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"

Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya." Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan di pertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun amalan sebesar zarah.

Friday, September 17, 2010

JANGAN KAHWIN WANITA YANG ADA 6 SIFAT

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.


5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli.

Thursday, September 16, 2010

Hari Malaysia

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Wednesday, September 15, 2010

KELEBIHAN PUASA ENAM

Setelah umat Islam menunaikan rukun Islam yang ketiga iaitu berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan, kedatangan bulan Syawal disambut dengan girang. Bagi mereka yang telah berjaya menyempurnakan bulan Ramadhan dengan cemerlang, Syawal adalah bulan kesyukuran yang mereka panjatkan ke hadrat Illahi.

Sabda Rasulullah S.A.W:

Yang bermaksud : Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan akan diampunkan dosa-dosa yang telah lalu.

Bagi mereka yang ingin memanjangkan ibadah yang dilakukan pada bulan Ramadhan, puasa enam pada bulan Syawal dilakukan sama ada secara berturut hari atau berselang-seli asalkan masih berasa di bulan Syawal.

Antara kelebihan-kelebihan berpuasa enam di bulan Syawal ialah:

1.Puasa sebulan di bulan Ramadhan dan diikuti puasa enam di bulan Syawal, ganjarannya adalah seperti berpuasa selama setahun.
2.Puasa enam umpama sunat rawatib sesudah solat fardhu bagi menampung kekurangan puasa fardhu menjadi tanda diterima puasa Ramadhan yang kita laksanakan.
3.Sebagai tanda syukur kepada nikmat yang diberikan di bulan Ramadhan seperti nikmat kesihatan tubuh yang baik.
4.Mendapat kebaikan berlipat ganda serta diangkat darjatnya.
5.Memudahkan malaikat maut mencabut nyawa.

CUEPACS MAHU PENJAWAT AWAM DIBENAR BERKHIDMAT SEHINGGA USIA 60 TAHUN

Sumber : Bernama

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Kerajaan diminta menaikkan umur persaraan daripada 58 kepada 60 tahun bagi 1.2 juta penjawat awam di Malaysia supaya seragam dengan amalan negara lain di rantau ini.Presidennya, Omar Osman berkata sehingga kini, Malaysia masih ketinggalan di belakang negara jiran yang mempunyai umur persaraan antara 60 dan 62 tahun.Beliau berkata sehubungan itu, Cuepacs berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, akan meluluskan cadangan itu dan mengumumkannya ketika pembentangan Bajet 2011 bulan depan.

"Kami telah meminta supaya umur persaraan dinaikkan kepada 60 tahun sejak beberapa tahun lepas, dan pada 2006, kami menyerahkan satu memorandum berhubung perkara itu, namun kerajaan hanya bersetuju menaikkannya sehingga 58 tahun."Justeru, kami harap kerajaan boleh mempertimbangkannya kerana ia satu opsyen dan bukan wajib, seperti juga apabila umur persaraan dinaikkan daripada 56 kepada 58 tahun, ia satu opsyen, bukannya automatik," katanya kepada Bernama dalam satu temubual.Kerajaan juga, katanya, perlu memastikan bahawa umur persaraan di Malaysia seragam dengan apa yang diamalkan di negara jiran seperti Brunei, Singapura, Thailand dan Indonesia.Umur persaraan bagi Thailand, Brunei dan Indonesia ialah 60 tahun, manakala di Singapura 62 tahun.Kali terakhir isu mengenai umur persaraan dibangkitkan di negara ini ialah pada 2008, iaitu sebelum ia dinaikkan kepada 58 tahun.

Omar berkata, baru-baru ini, pemain industri perbankan tempatan telah bersetuju menaikkan umur persaraan pekerjanya dan ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia masih mampu menyumbang kepada ekonomi negara meskipun umur persaraan dinaikkan kepada 60 tahun."Graduan baru atau mereka yang masih mempunyai tahun perkhidmatan yang panjang sebagai penjawat awam tidak perlu bimbang. Kita perlu bersikap terbuka kerana ia satu opsyen dan bukannya wajib," katanya.Beliau berkata ini kerana kepakaran serta pengalaman penjawat awam masih diperlukan, dan dengan menaikkan umur persaraan, ia mampu memberi pilihan kepada mereka yang berpengalaman untuk terus berkhidmat kepada negara."Kami tidak pasti jika kerajaan akan menerima cadangan ini, namun kami berharap ia akan dipertimbang dan diputuskan secepat mungkin," katanya.

Sunday, September 12, 2010

Nokia E5

NOKIA E5 dengan harga RM830 yang memudahkan urusan perniagaan dan komunikasi.

Telefon pintar E5 disasarkan kepada golongan muda berkerjaya atau golongan profesional.

Bagi pasaran Malaysia, Nokia E5 didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan putih yang mula berada di pasaran, minggu ini. Ia dilengkapi kamera lima megapiksel dengan lampu Flash LED di samping sokongan akaun e-mel popular seperti Yahoo, Gmail, Windows Live, Hotmail, Ovi Mail dan Microsoft Exchange dan IBM Lotus Notes Traveler Business.


Telefon berkenaan turut menggunakan antaramuka pengguna S60 edisi ketiga, capaian Internet dan servis data iaitu HSDPA/HSUPA, WLAN, Tri-band WCDMA dan GPRS.


Spesifikasi
PRODUK: Nokia E5
HARGA: RM830
RANGKAIAN: GSM, HSDPA/HSUPA, WLAN, Tri-band WCDMA, GPRS
OS: S60 Edisi Ketiga
KAMERA: 5.0 megapiksel
PAPARAN: 2.36 inci
MASA BERBUAL: 18 jam 30 minit
MASA BERSEDIA: 705 jam
MEMORI: 256 MB. MicroSD
APLIKASI: Email (SMTP, IMAP4, POP3), SMS, MMS (OMA 1.3), AMS, Nokia Messaging
SAMBUNGAN: WLAN, Micro-USB 2.0, Bluetooth 2.0
DIMENSI: 115 x 58.9 x 12.8mm
BERAT: 126g

Saturday, September 11, 2010

PENJAWAT AWAM HARAP TUNTUTAN PEMBERIAN BONUS DIPENUHI KERAJAAN

Sumber : Berita Harian

SEPERTI biasa tuntutan bonus untuk kakitangan awam sudah mula kedengaran terutama menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadualkan pada pertengahan bulan September nanti.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman baru-baru ini dilaporkan memohon kepada Perdana Menteri agar kakitangan awam diberikan bonus awal ataupun bonus raya antara RM1,000 hingga RM1,500 sempena Hari Raya kelak. Fenomena meminta bonus ini bukan saja sudah menjadi agenda tetap di pihak CUEPACS tetapi juga menjadi harapan tetap setiap individu penjawat awam itu sendiri. Setiap tahun mereka meletakkan harapan yang sangat tinggi agar kerajaan akan menghadiahkan mereka dengan bonus tahunan.

Sebagai penjawat awam dan juga sebagai seorang pengguna, penulis melihat tuntutan ini adalah sesuatu yang normal dan wajar apatah lagi mengambil kira situasi ekonomi semasa yang menggamit pengguna dengan kenaikan harga barang keperluan terutama menjelang musim perayaan serta kos hidup yang tinggi secara keseluruhannya.

Pada masa yang sama, pihak kerajaan baik melalui Kementerian Kewangan mahupun Bank Negara pula secara berterusan mengeluarkan pelbagai kenyataan dan statistik yang cuba meyakinkan rakyat bahawa Malaysia tidak terjejas teruk angkara kemelesetan ekonomi global dan diunjurkan kita masih mampu bertahan dan menikmati pertumbuhan walaupun pada kadar yang minimum atau perlahan.

Malah baru-baru ini Bank Negara sudah pun mengumumkan bahawa ekonomi negara berkembang pada kadar 9.5 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini yang boleh ditafsirkan sebagai satu pencapaian yang cukup memberangsangkan.
Dalam hal ini kita percaya pihak kerajaan mempunyai fakta yang kukuh dan jelas yang membolehkan mereka meyakinkan rakyat kerana pengumuman ini amat melegakan kita semua. Kita juga yakin dengan pelbagai langkah dan inisiatif yang sudah dan sedang diambil oleh kerajaan untuk terus merangsang dan memacu kembali ekonomi negara bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi seperti yang diidam-idamkan.

Justeru, selepas mengambil kira tahap kelemahan yang ketara dalam kuasa beli pengguna dewasa ini serta pengumuman kadar pertumbuhan KDNK yang cukup meyakinkan itu, adalah wajar pihak kerajaan mempertimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan pemberian bonus yang diharapkan ataupun dengan mengambil kira keadaan semasa kita boleh katakan rayuan penjawat awam untuk mendapatkan bonus agar sambutan Hari Raya Puasa tahun ini dapat dirayakan dengan meriah.

Apapun kita berharap agar pihak kerajaan akan menimbang dengan adil dan saksama dengan mengambil kira semua aspek dan persekitaran sebelum membuat keputusan tentang tuntutan bonus raya pada tahun ini. Bagi penjawat awam pemberian bonus adalah suatu yang amat wajar dan sangat diperlukan terutama untuk perbelanjaan Hari Raya yang bakal disambut, namun bagaimana pula dengan kewajaran di pihak kerajaan?

Friday, September 10, 2010

Amalan Mulia Di Hari Raya Aidilfitri

Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk: -

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidilfitri.

2) Menjamah makanan sebelum kelua dari rumah.

3) Memperbanyakkan Takbir.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ; Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Contohnya,”Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.

5) Memakai pakaian terbaik yang ada; Bagaimanapun, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Demikian juga, tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang diharamkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi)

7) Berziarah dan merapatkan silaturahimi sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.

Sebelum merayakan Aidilfitri, kita diwajibkan membayar zakat fitrah

Thursday, September 9, 2010

Cara Cara Buat Lemang


1. Kelapa atau nyok , perah untuk dapatkan santan, buluh lemang yang dah siap di potong .. daun pisang .. dan juga yang penting sekali .. beras pulut
2. Daun pisang dipotong , digulung dan dimasukkan kedalam buluh
3. Lepas tu masukkan beras yang telah di tos kedalam buluh tadi..
4.Selepas itu.. nyalakan api
5. Sementara itu, setelah api marak menyala, masukkan santan ke dalam buluh yang telah di isi daun pisang dan beras tadi..
6. Kemudian bakar
7. Lebih kurang 1 jam setengah .. mendidih.. kering .. then padam api .. hanya bara saja... tunggu sampai betul-betul kering .. boleh angkat

Wednesday, September 8, 2010

Kuih Bahulu


Bahan-Bahan:
4 biji telur
125 gm tepung serbuk penaik
125 gm gula halus, dijemur sebentar Secubit garam
2 sudu teh tepung beras

Cara:
Pukul telur sehingga berbuih, masukkan gula dan pukul lagi sehingga pekat. Sedikit demi sedikit, masukkan tepung yang diayak bersama gula tadi dan kacau perlahan-lahan untuk mendapatkan satu adunan yang rata. Dengan menggunakan api arang, panas dan minyakkan acuan kuih bahulu. Dengan menggunakan sudu, isikan adunan itu ke dalam acuan sehingga 3/4 penuh dan kemudian tutup dengan tudungnya. Masak sehingga elok naiknya dan bahagian atas serta bawah kuih bahulu itu kuning keemasan. Keluarkan kuih bahulu yang telah masak itu. Ulang proses ini sehingga semua adunan habis digunakan. Sejukkan. Hidangkan atau simpan di dalam bekas kedap udara.

Tuesday, September 7, 2010

NASIB 14,500 KAKITANGAN KONTRAK KEMAS MASIH DIBINCANG DENGAN JPA

Sumber : Bernama
3/9/2010

KUALA PILAH, 3 Sept (Bernama) -- Nasib 14,500 kakitangan kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), sama ada akan diserapkan ke jawatan tetap atau tidak, akan ditentukan selepas selesai perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasan Malek berkata kementerian sedar masalah itu dan sedang berunding dengan JPA untuk mencari penyelesaian terbaik."Kita sedang usahakan. Bagaimanapun, ia mengambil masa sebab melibatkan banyak perjawatan termasuk kita hendak gredkan semula jawatan itu."Perkara ini masih di peringkat perbincangan dan saya harap kakitangan terbabit supaya bersabar," katanya kepada pemberita pada majlis gema ramadan dan penyampaian sumbangan kepada 52 orang anak yatim dan fakir miskin anjuran Kemas Negeri Sembilan di Masjid Kariah Kuala Jemapoh dekat sini Khamis malam.

Hasan juga berkata Kemas akan membuka 1,000 lagi kelas Tadika pada tahun depan dan untuk itu, ia memerlukan 2,000 lagi guru iaitu 1,000 guru diploma dan 1,000 lagi guru lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Katanya keutamaan pembukaan 1,000 lagi kelas Tadika ini ialah di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.Pada masa ini, Kemas mempunyai 8,816 kelas Tadika dengan 10,500 orang guru di seluruh negara.Ketika berucap pada majlis itu, Hasan berkata pelaksanaan Model Baru Ekonomi akan memastikan tiada rakyat di negara ini yang hidup dalam kemiskinan dan semua rakyat dapat meningkatkan kualiti hidup serta berkongsi kemakmuran dan kesejahteraan bersama.

"Oleh itu, semua rakyat kita tanpa mengira kaum dan golongan, perlu melakukan transformasi minda dan sikap mulai sekarang untuk mencapai ekonomi berpendapatan tinggi bagi meningkatkan kualiti hidup sebagai rakyat bagi sebuah negara maju pada tahun 2020 nanti," katanya.-- BERNAMA

Monday, September 6, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin



Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin kepada semua pembaca setia blog ini. Jika ada posting yang menyakitkan hati, hanya maaf yang mampu diungkapkan.

Esok, penulis akan mula pulang ke kampung halaman iaitu di Kedah dan seterusnya berehat sambil bertemu sanak saudara.

Sementara berehat, penulis akan menghabiskan beberapa buah buku yang baru di beli di MPH untuk meluaskan minda. Idea ini penulis dapat daripada rakan blog iaitu CCZ. Terima Kasih CCZ. Rasanya budaya membaca tidak sehebat semasa zaman di Universiti dulu. Target penulis, sebulan sekurang kurangnya sebuah buku.

Akhir kata, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Saturday, September 4, 2010

Buku Menarik Untuk DiBaca



Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah tampil dengan kritikan bisa dan tajamnya melalui buku terbaru beliau berjudul "Nasib Melayu Di Bumi Melayu" . Buku ini merupakan himpunan artikel-artikel beliau yang telah disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia dan majalah al-Islam. Ia tidak seperti rencana Ridhuan Tee yang biasa tersiar di dalam Utusan Malaysia saban minggu - yang terpaksa disunting dan dipendekkan kerana keterbatasan ruang dan menjaga sensitiviti kaum tertentu. Harga senaskah RM 22.50 Terbitan Utusan Pubications.

Friday, September 3, 2010

Malam Lailatul - Qadar

Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.

Maksudnya: " Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "

Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:

Maksudnya: " Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu "

Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:

Maksudnya: " Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. "

Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Maksudnya: " Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil. "

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya." Daripada Riwayat Mu'awiyah:

Maksudnya: " Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar iaitu malam ke-27. "

Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:

Maksudnya: " Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "

Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:

Maksudnya: " Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku. "


Petikan dari :
FIQH & Perundangan Islam Jilid II
Wahbah al-Zuhaili
Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.