Tuesday, October 12, 2010

HIKMAH BERDIAM DIRI



Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh kerana itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia

•Kelebihan berdiam diri ;

1.Ia menjadi ibadah yang mendapat pahala tanpa susah payah.
2.Ia umpama perhiasan tanpa berhias.
3.Ia umpama kehebatan tanpa kerajaan.
4.Ia umpama benteng tanpa pagar.
5.Ia umpama kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6.Ia membolehkan istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7.Ia menutupi segala aib

No comments:

Post a Comment