Friday, December 31, 2010

Majlis Pernikahan antara Azza Rizal & Shima

Sedang mendengar Tuan Kadi memberi penerangan mengenai kehidupan suami isteri.
Bersiap sedia untuk diakad nikah. Hanya sekali lafaz. Shima menjadi milik Azza Rizal selamanya. Tahniah.

Doa kesyukuran.

Akhirnya...kembar penulis telah bergelar suami. Esok akan diadakan majlis perkahwinan di rumah pengantin perempuan. Manakala pada 8.1.2011 majlis perkahwinan sebelah lelaki akan berlangsung.

Selamat Pengantin Baru dan Semoga Kekal Hingga Akhir Hayat.



Wednesday, December 29, 2010

Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010



PERLAWANAN AKHIR KEDUA

INDONESIA 2 - 1 MALAYSIA
(min53 Safee Sali,min71 Nasuha,min87 Muslim-gol sendiri)

Malaysia mencipta sejarah membawa pulang trofi Piala Suzuki AFF buat julung kali meskipun tewas 1-2 dengan Indonesia pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno.

Malaysia menang dengan agregget 4-2. Syabas Malaysia.

Julia Perez


Pasukan Bola Sepak Malaysia akan menentang Indonesia dalam perlawanan akhir Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno pada hari ini.

Pasukan Malaysia boleh menewaskan Indonesia dengan 2-0 dengan agreggat 5-0. Harapan saya agar pasukan Malaysia tidak menghiraukan aksi Julia Perez yang ingin memakai coli pada perlawanan akhir nanti. Bukan apa...takut terganggu emosi bila bermain.

Jangan gentar Malaysia. Sebahagian rakyat Indonesia tidak menyokong aksi Julia Perez. Baca dibawah.

Front Pembela Islam (FPI) mengambil keputusan tidak akan menyokong pasukan bola sepak Indonesia jika Julia Perez memakai coli laser di Stadium Gelora Bung Karno pada perlawanan akhir Piala Suzuki AFF menentang Malaysia hari ini.

“Tidak boleh. Itu membabitkan Undang-Undang Pornografi. Kalau dia terus dengan hasratnya untuk memakai coli laser, kami tidak akan menyokong pasukan Indonesia,” kata Ketua FPI Jakarta, Habib Salim Alatas.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas rancangan Julia Perez atau Jupe, penyanyi dangdut dan juga pelakon filem seram Indonesia untuk memakai coli laser bagi ‘membutakan mata pemain Malaysia.’ FPI menganggap Jupe sebagai pelaku maksiat kerana mahu memakai coli laser.

“Tujuannya tidak baik. Sedangkan kita berdoa untuk kemenangan Indonesia, dia pula mahu lakukan maksiat,” kata Habib.

Tuesday, December 28, 2010

Monday, December 27, 2010

Lisa Surihani Covergirl Cosmopolitan Edisi Pembuka 2011

Lisa Surihani atau majalah Cosmopolitan yang menarik?

Jikalau sebelum ini tiada yang memandang anda, mungkin tahun 2011 anda diberikan satu harapan dengan mencuba gaya & imej terbaru yang dibawa oleh majalah Cosmopolitan.

Tahun Baru Harapan Baru.


Sunday, December 26, 2010

Malaysia 3 Indonesia 0


Tahniah dan Syabas pasukan bolasepak Malaysia.

Malaysia mendahului Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Safee Sali menyumbang dua gol setakat ini manakala satu lagi hasil jaringan Anshari Shamsuddin.

Final ke 2 akan berlangsung di Jakarta pada 29.12.2010.

Final 1 PIALA AFF SUZUKI 2010 : MALAYSIA VS INDONESIA


PIALA AFF SUZUKI 2010
PERLAWANAN AKHIR PERTAMA
MALAYSIA VS INDONESIA
26/12/10
8:00 MLM
STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL,KUALA LUMPUR MALAYSIA

Selamat Berjaya.


Akhbar Harian Metro – No.1 di Malaysia

Senarai Kedudukan akhbar paling laris di Malaysia (tempoh enam bulan dari Januari hingga Jun 2010).

1. Metro Ahad - 457,331
2. Harian Metro – 398,161
3. Mingguan Malaysia – 373,905
4. The Sunday Star – 296,290
5. The Star – 285,960
6. Berita Minggu – 231,925
7. Kosmo Ahad – 176,977
8. Kosmo – 172,251
9. Utusan Malaysia – 171,542
10. Berita Harian – 166,400
11. New Strait Times – 107,513

Saturday, December 25, 2010

Anugerah Skrin 2010 (ASK 2010)

Pemenang :

•Drama Terbaik - Antara Garisan

•Pelakon Lelaki Terbaik Drama - Fauzi Nawawi (Sebelum Akhirat)

•Pelakon Wanita Terbaik Drama - Noorkhiriah (Antara Garisan)

•Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Isma Yusoof (Antara Garisan)

•Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama - Fadilah Mansor (Sebelum Akhirat)

•Pengarah Terbaik Drama - Murali Abdullah (Sebelum Akhirat)

•Drama Rantaian Terbaik - Nur Kasih

•Drama Komedi Terbaik - Simpang 3

•Lakon TV Terbaik - Antara Garisan

•Videografi Terbaik - Datang Bulan

•Filem Terbaik: Muallaf

•Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Bront Palarae (Belukar)

•Pelakon Wanita Terbaik Filem: Sharifah Amani (Muallaf)

•Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem: Aaron Aziz (Evolusi KL Drift 2)

•Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem: Nor Fazura (Pisau Cukur)

•Pengarah Terbaik Filem: Yasmin Ahmad (Muallaf)

•Lakon Layar Terbaik Filem: Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2)

•Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik: Epik Suatu Ketika - Laskar Senoi (Astro Prima)

•Rancangan Bual Bicara Terbaik: Isu Khas Gaza Palestin Kami Bersamamu (RTM)

•Rancangan Hiburan Terbaik: Anugerah Bintang Popular Berita Harian

•Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu ke-24

•Rancangan Realiti Terbaik: Showdown 2010 (8TV)

•Laporan Khas/Berita Terbaik: Aduan Rakyat TV3

•Anugerah Khas Juri: Shaheizy Sam

Friday, December 24, 2010

Kaki Penipu Guna SMS

KUALA LUMPUR - "Tolong belikan ayah 'top up' (tambah nilai) RM50. Ini nombor baru ayah 017*******, ayah ada masalah di balai polis. Tak payah dulu telefon, nanti ayah telefon, cepat sikit."Demikian taktik terbaru sindiket penipuan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang giat menipu mangsa.

Seorang penerima SMS tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Zirman, 30, memberitahu, dia terkejut selepas membaca SMS yang menunjukkan seolah-olah bapanya berada dalam kecemasan."Mula-mula baca SMS tersebut, saya panik kerana bimbang sesuatu berlaku pada ayah.

Saya pun terus ke kedai dan membuat tambah nilai pada nombor diberikan."Namun, selepas membuat tambah nilai ayah saya masih tidak telefon seperti dijanjikan," katanya.Menyedari sesuatu yang pelik, dia akhirnya menghubungi nombor yang diberikan dalam SMS tersebut namun, tidak ada jawapan."

Saya hubungi pula nombor asal ayah saya, bila saya tanya apa yang berlaku di balai polis tadi, ayah kata tiada apa-apa yang berlaku," katanya.

Sumber : kosmo

Thursday, December 23, 2010

Keputusan PMR 2010 terbaik dalam empat tahun – KP

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, keputusan PMR tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun. Seramai 30,863 pelajar telah mencapai A dalam semua mata pelajaran yang diduduki dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010

“Bilangan pelajar yang mencapai A dalam semua subjek meningkat sebanyak 2,675 orang berbanding tahun lalu.

“Bilangan yang mendapat semua E telah menurun daripada 397 orang pada 2009 kepada 386 orang pada tahun ini,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Omar Osman pertahan jawatan Presiden CUEPACS

Omar Osman diumumkan Presiden CUEPACS bagi sesi 2010/2013 pada pemilihannya hari ini selepas menewaskan pencabarnya, Ramli Omar, Presiden Kesatuan Kakitangan Am MARDI.

Omar mempertahankan jawatan itu untuk penggal kedua selepas memenanginya tanpa bertanding pada 2007.

30,863 calon PMR peroleh A semua mata pelajaran

TERKINI :


PUTRAJAYA: Seramai 30,863 daripada 439,456 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini mendapat pangkat A dalam semua mata pelajaran, meningkat 0.65 peratus atau 2,675 calon berbanding tahun lalu.

Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010

Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 akan diumumkan pada hari Khamis 23 Disember 2010. Pelajar pelajar boleh mendapat keputusan PMR 2010 disekolah masing masing selepas pukul 10.00 pagi.

Selamat Berjaya.

Penduduk Malaysia Kini berjumlah 27,565,821 Orang (Bancian 2010)

PUTRAJAYA: Malaysia kini mempunyai 27,565,821 penduduk, dengan lelaki melebihi wanita pada nisbah 105:100, demikian menurut laporan kiraan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.

Penduduk lelaki kini adalah 14,112,667 orang dan wanita 13,453,154 orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ketika mengumumkan laporan itu pada sidang akhbar di sini, Rabu yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof.

Beliau berkata purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan dalam tempoh 2000 hingga 2010 ialah 2.17 peratus, menurun berbanding 2.60 peratus dari 1991 hingga 2000.

Semasa tempoh bancian dari 6 Julai hingga 22 Ogos lepas, terdapat 6,396,174 isi rumah dan 7,380,865 tempat kediaman di seluruh negara.

Banci 2010 adalah yang kelima dijalankan untuk menghasilkan data yang berguna bagi merancang dan melaksanakan dasar pembangunn negara. Banci sebelum ini dijalankan pada 1970, 1980, 1991 dan 2000.

Nor Mohamed berkata laporan terperinci mengenai bancian itu merangkumi kedudukan demografik, kelahiran, umur, jantina, etnik, bandar dan luar bandar pula akan dimaklumkan mulai Julai tahun depan.

Katanya Selangor mempunyai taburan penduduk tertinggi dalam negara dengan 5,411,324 orang (19.63 peratus) setelah mencatat kadar pertumbuhan penduduk 3.17 peratus.

Putrajaya yang mempunyai 67,964 penduduk mencatat pertumbuhan penduduk paling pesat iaitu 17.77 peratus akibat perpindahan kebanyakan pejabat kerajaan serta perpindahan penduduk ke kuarters kerajaan di situ.

Labuan, Sabah, Sarawak, Johor, Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan adalah antara negeri yang mencatatkan penurunan kadar pertumbuhan penduduk.

Nor Mohamed berkata penurunan kadar pertumbuhan penduduk adalah sejajar dengan kadar pertumbuhan penduduk di negara maju lain disebabkan beberapa faktor termasuk tumpuan kepada kerjaya.

Mengenai kadar kesuburan penduduk, beliau berkata ia menurun kepada 2.3 peratus pada tahun lepas berbanding tiga peratus pada tahun 2000.

"Pada tahun 2015 terdapat kemungkinan kadar kesuburan penduduk di Malaysia turun kepada 2.1 peratus seperti juga di negara maju," katanya.


- BERNAMA

Tuesday, December 21, 2010

Dividen ASB 2010 8.75%


Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah mengumumkan dividen ASB untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010 seperti berikut:

Dividen : 7.50%

Bonus : 1.25%

Jumlah : 8.75%

Monday, December 20, 2010

Nahas bas di Cameron Highlands:

KEMALANGAN maut yang membabitkan bas persiaran Thai di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, pagi tadi kini meningkat kepada 28 orang. Ketika nahas, bas itu membawa 37orang dengan 34 pelancong Thai manakala tiga rakyat tempatan. -BH

IPOH: Dua puluh lapan orang, kebanyakannya pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas pesiaran membawa pelancong negara itu terlibat dalam satu kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi tadi.


Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata 22 orang mati di tempat kejadian manakala empat lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di sini.Katanya bas dua tingkat itu milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.


Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.


Zakaria berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang.Menurutnya, identiti dan jantina mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti.- BERNAMA

Saturday, December 18, 2010

2011 Proton Saga FL







Harga Saga Facelift
1.3 Standard M/T RM37,998
1.3 Standard A/T RM40,998
1.3 Executive M/T RM40,698
1.3 Executive A/T RM43,298

Friday, December 17, 2010

Moral masyarakat yang semakin merosot?

Gempar aksi panas 2 beradik

BUTTERWORTH: Penyebaran rakaman aksi seks sepasang kanak-kanak yang didakwa adik-beradik melalui telefon bimbit menggemparkan penduduk sekitar bandar ini serta mencetuskan kebimbangan mengenai semakin parah keruntuhan moral masyarakat negara ini.

Ini kerana usia pasangan terbabit masih terlalu muda. Budak lelaki terbabit dipercayai berusia antara 11 dan 12 tahun manakala pasangan perempuan antara 13 dan 14 tahun.

Aksi berahi mereka dirakam dari pelbagai sudut dipercayai dalam bilik hotel atau motel oleh pihak ketiga berdasarkan katil dan keadaan sekitar. Kakitangan swasta dikenali sebagai Azman, 25, yang memperoleh video itu melalui bluetooth daripada rakannya, berkata dia terkejut sebaik melihat aksi pasangan terbabit kerana mereka terlalu muda dan dipercayai masih bersekolah.

Budak lelaki itu seperti murid tahun lima atau enam manakala remaja perempuan mungkin dalam tingkatan satu atau dua. Kemungkinan mereka adik-beradik kerana fizikal remaja lelaki lebih kecil berbanding pasangannya.

Saya menggeleng kepala sebaik melihat aksi mereka yang tidak ubah seperti orang dewasa. Bayangkan apa akan jadi kepada mereka pada masa depan dan bagaimana penerimaan ibu bapa mereka jika mengetahui perkara ini,” katanya, semalam.

Menurutnya, tindakan pasangan kanak-kanak itu menggambarkan keadaan moral masyarakat yang semakin merosot dan keadaan ini yang menyumbang peningkatan kes pembuangan bayi hasil hubungan luar nikah. “Jika murid sekolah rendah sudah pandai beraksi lucah dan dirakam pihak lain, bagaimana orang dewasa. “Apa akan jadi kepada moral masyarakat beberapa tahun akan datang jika gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit semakin berleluasa,” katanya.

Justeru, dia berharap pihak berkuasa segera melakukan sesuatu sebelum gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit menjadi ‘wabak’ yang sukar dikawal.


Sumber: Metro

//Adakah Moral Masyarakat Semakin Merosot?

Thursday, December 16, 2010

Jangan bebankan ibu bapa bayaran tambahan tinggi - TPM

Bayaran-bayaran tambahan persekolahan bagi sesi persekolahan baru 2011 hendaklah berdasarkan pada pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kementerian tidak mahu melihat para ibu bapa dibebankan dengan pembayaran-pembayaran yang tinggi yang boleh menyebabkan masalah kepada mereka.

Sesi persekolahan 2011 akan bermula pada 2 Januari di Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala negeri-negeri lain akan bermula 3 Januari.


Namun, jika pihak sekolah berpendapat perlu sedikit sumbangan dari ibu bapa, maka ini boleh dilakukan tetapi mengikut prosedur yang ditetapkan, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penggal Persekolahan 2011 di Bangunan Parlimen di sini.


Ini perlu dilakukan menerusi mesyuarat Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) untuk mendapatkan persetujuan, katanya.

Sumber :Bernama


Keputusan PMR 2010 diumumkan 23 Disember ini.

Kementerian Pelajaran Malaysia dalam satu kenyataan berkata analisis keputusan PMR 2010 akan diumumkan pada 23.12.2010 di pejabat Kementerian di Putrajaya.

Keputusan akan dikeluarkan di sekolah masing-masing pada hari yang sama mulai pukul 10 pagi manakala calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

Sejumlah 479,675 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini dan daripada jumlah itu, seramai 446,896 orang calon adalah daripada sekolah kerajaan.

Sumber: Bernama

Malaysia 2 Vietnam 0

Malaysia menumpaskan Vietnam 2-0 pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010, yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam tadi.

Mohd Safee Mohd Sali menjadi wira negara apabila menjaringkan kedua-dua gol pada minit ke-60 dan 79.

Perlawanan timbal balik separuh akhir kedua akan berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi, Vietnam pada 18 Dis ini.

Monday, December 13, 2010

Bond 23



PELANCARAN : November 2012

Filem Bond yang ke 23 akan ditayangkan pada 2012 dengan Daniel Craig sebagai James Bond. Kepada semua peminat filem James Bond, nantikan tayangannya pada tahun 2012.

//Penulis berharap agar watak Q dan Moneypenny kembali dalam filem terbaru Bond nanti.

Friday, December 10, 2010

Finalist Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25) 2010

AJL akan diadakan pada 9.1. 2011 di Stadium Bukit Jalil.

Peserta AJL ke 25:

1.Hanyut – Faizal Tahir
2.Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Shahir
3.Noktah Cinta – Hafiz
4.Drama King – Black & Meet Uncle Hussain
5.Ku Ada Kamu – Adira
6.Cinta Sempurna – Yuna
7.Pelita – API
8.Berlari – Tomok
9.Sofea Jane – Black
10.Mencari Konklusi – Hujan
11.Selamat Malam – Faizal Tahir
12.Extravaganza – Bunkface
13.Jahat- Stacy
14.Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali

Thursday, December 9, 2010

Transformer 3 : Dark Of The Moon


Filem Transformer : Dark of The Moon, akan masuk ke versi ke-3 selepas kejayaan filem pertama Transfomer pada tahun 2007 & Transfomer : Revenge of The Fallen. Filem arahan pengarah yang sama, Micheal Bay akan ditayangkan secara serentak pada 1 Julai 2011 masih mengekalkan hero yang sama, Shia Lebeouf.

Rosie Huntington-Whiteley akan mengantikan tempat Megan Fox.

Jalan cerita Transformer penuh dengan aksi lawan di antara Autobots & Deceptions dalam bentuk 3D.

Tuesday, December 7, 2010

SELAMAT DATANG 1432

Tarikh Hijrah juga menandakan permulaan tahun dan tarikh baru bagi umat Islam. Di dalam Takwim Hijrah, asas kalendarnya adalah berdasarkan pergerakan bulan mengelilingi bumi.

Hijrah merujuk kepada sebuah perjalanan yang diambil oleh umat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622 Masihi dari Makkah ke Madinah. Tujuan penghijrahan ini adalah untuk meneruskan penyebaran Islam.

Ancaman orang Arab Quraisy juga telah menjejaskan aktiviti penyebaran ajaran Islam. Hijrah merupakan satu strategi Nabi Muhammad s.a.w untuk mengembangkan Islam dengan aman. Hijrah membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan. Perjalanan sejauh 320 km ini mengambil masa 8 hari.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432. Semoga tahun baru kita diberkati oleh Allah s.w.t.


Saturday, December 4, 2010

Subsidi bahan api, gula diselaras

KUALA LUMPUR 3 Dis. - Kerajaan hari ini mengumumkan pengurangan subsidi sebanyak lima sen bagi setiap liter petrol RON 95 dan diesel, lima sen setiap kilogram (kg) bagi Gas Asli Cecair (LPG) dan 20 sen sekilogram bagi gula berkuat kuasa esok.

Berikutan pengurangan subsidi itu, harga petrol RON95 adalah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 satu kg dan gula RM2.10 satu kg.

Menurut kenyataan itu, penyelarasan harga runcit bagi semua barangan berkenaan di Malaysia masih rendah berbanding negara jiran Indonesia, Singapura dan Thailand.

Sebagai contoh, petrol RON95 berharga RM2.46 seliter di Indonesia, RM4.36 di Singapura dan RM4.25 di Thailand, manakala harga diesel pula RM2.50 seliter di Indonesia, RM3.18 di Singapura dan RM2.96 di Thailand.

Harga LPG pula RM2 bagi satu kg di Indonesia, RM6.42 di Singapura dan RM1.93 di Thailand, manakala harga gula RM3.50 bagi satu kg di Indonesia, RM3.80 di Singapura dan RM2.80 di Thailand.

Langkah pertama program rasionalisasi subsidi dilaksanakan pada 16 Julai apabila subsidi bagi petrol RON95 petrol dan diesel dikurangkan sebanyak lima sen seliter, 10 sen bagi satu kg untuk LPG dan 25 sen bagi satu kg gula.

Menurut kenyataan itu lagi, rasionalisasi subsidi perlu dilakukan kerana kerajaan mendapati ia perlu terus mengurus kedudukan fiskalnya dengan cara meningkatkan jumlah kutipan hasil dan pada masa sama, mengurangkan perbelanjaan.


Sumber : Utusan

Wednesday, December 1, 2010

Tidak perlu ambil semula Bahasa Melayu Kertas 2

PUTRAJAYA 30 Nov. — Kementerian Pelajaran menafikan khabar angin bahawa calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 berkemungkinan perlu menduduki semula peperiksaan Bahasa Melayu Kertas Dua yang dijalankan pada 23 Nov. lepas.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud berkata, berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, peperiksaan subjek itu sah dan calon-calon yang menduduki peperiksaan itu tidak perlu menduduki semula kertas tersebut.

"Saya ingin menegaskan di sini supaya ibu bapa dan terutamanya calon-calon peperiksaan supaya tidak mempercayai khabar angin yang tidak berasas ini,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau meminta ibu bapa dan calon-calon peperiksaan supaya tidak risau atau bimbang kerana Kementerian Pelajaran sentiasa mengambil langkah-langkah untuk memastikan semua peperiksaan adalah sah serta memastikan kualiti atau standard peperiksaan berada pada tahap yang baik.

Abd Ghafar berkata, sehingga hari ini, peperiksaan SPM yang bermula pada 23 Nov lepas dan berakhir pada 20 Dis depan berjalan baik dan lancar seperti yang telah dijadualkan.

Sebarang kemusykilan atau pertanyaan mengenai peperiksaan SPM 2010 boleh dikemukakan kepada Bilik Gerakan SPM, Lembaga Peperiksaan Malaysia yang beroperasi setiap hari peperiksaan dari pukul 7 pagi hingga 6 petang atau menghubungi talian 03-8889 3551, 03-8889 3601 atau 03-2889 3520.

Sumber: Utusan