Thursday, December 16, 2010

Jangan bebankan ibu bapa bayaran tambahan tinggi - TPM

Bayaran-bayaran tambahan persekolahan bagi sesi persekolahan baru 2011 hendaklah berdasarkan pada pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kementerian tidak mahu melihat para ibu bapa dibebankan dengan pembayaran-pembayaran yang tinggi yang boleh menyebabkan masalah kepada mereka.

Sesi persekolahan 2011 akan bermula pada 2 Januari di Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala negeri-negeri lain akan bermula 3 Januari.


Namun, jika pihak sekolah berpendapat perlu sedikit sumbangan dari ibu bapa, maka ini boleh dilakukan tetapi mengikut prosedur yang ditetapkan, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penggal Persekolahan 2011 di Bangunan Parlimen di sini.


Ini perlu dilakukan menerusi mesyuarat Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) untuk mendapatkan persetujuan, katanya.

Sumber :Bernama


No comments:

Post a Comment