Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kadar gaji minimum kebangsaan
bagi sektor swasta sebanyak RM900 sebulan atau RM4.33 sejam untuk Semenanjung
manakala Sabah, Sarawak dan Labuan pula pada paras RM800 atau RM3.85
sejam.
Perdana Menteri berkata, gaji minimum itu akan meliputi semua pekerja
termasuk pekerja asing dalam semua sektor ekonomi, kecuali perkhidmatan domestik
seperti pembantu rumah dan tukang kebun.
Sambil menyifatkan persetujuan kerajaan itu sebagai hadiah istimewa kepada
golongan pekerja di negara ini sempena sambutan Hari Pekerja.
Pengumuman itu akan berkuat kuasa enam bulan dari tarikh perintah gaji minimum
diwartakan.
Beliau berkata, satu mekanisme juga akan disediakan supaya pelaksanaan gaji
minimum tidak membebankan majikan dan merugikan para pekerja dengan membenarkan
penyerapan sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap dalam perkiraan gaji
minimum.
Terima Kasih Kerajaan Malaysia. Pekerja swasta harus bersyukur dengan pengumuman oleh PM.
No comments:
Post a Comment