Hmm...rendahnya nilai wang RM seketika ini..Beli barang keperluan di TESCO..troli penuh dengan barangan tapi nilainya berjumlah hampir RM600..Harga barang semakin tinggi tetapi nilai wang semakin rendah..
Dalam ekonomi, inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa.Dengan peningkatan tingkat harga umum, setiap unit matawang cuma dapat membeli barangan dan perkhidmatan dalam jumlah yang lebih kurang daripada sebelumnya. Oleh itu, inflasi juga mencerminkan penurunan dalam kuasa beli wang berkenaan iaitu satu kehilangan nilai sebenar dalam medium pertukaran dalaman dan unit akaun dalam sesebuah ekonomi.Satu ukuran utama bagi inflasi harga adalah kadar inflas iaitu perubahan peratusan tahunan di dalam sesuatu indeks harga umum (biasanya disebut Indeks Harga Pengguna) dari masa ke semasa.
Cuba bayangkan orang yang bergaji RM1000 sebulan. Betapa peritnya kesan yang dirasai ketika ini. Yang bergaji RM 10,000 pun terasa bahang kenaikan harga barangan.
Bila difikirkan balik,,,apa yang kita makan hari ini adalah rezeki kita pada hari itu. Bersyukurlah apa yang kita ada. Manusia selalu merungut itu dan ini. Cuba melihat orang yang lebih susah daripada kita daripada kita melihat orang yang lebih senang daripada kita.
Barulah hidup kita aman dan tenteram.
No comments:
Post a Comment