Sunday, January 31, 2010

1994

Tahun 1994...tahun kritikal...tahun berkenaan penulis mengambil peperiksaan SPM. Sudah 16 tahun berlalu...terasa cepat masa berlalu.

Masa berumur 17 tahun, penulis memikirkan masa depan. Jika gagal SPM bagaimana??? Apa nak buat??

Penulis nekad untuk berjaya. Syukur..berkat usaha, penulis kembali semula ke sekolah. Bukan sebagai seorang pelajar tapi seorang pendidik.

Cabaran bidang perguruan kini amat mencabar. Menuntut berkorban masa dan tenaga untuk kejayaan anak murid. Guru ibarat lilin menerangi kehidupan pelajar. Adakalanya usaha kita langsung tidak dihargai. Malah ada ibubapa yang pandang rendah pada golongan guru.

Salah siapakah??

Bercerita pasal guru, hanya golongan pendidik sahaja yang mengetahuinya.


Masa terus berlalu. Ada juga terfikir...apa akan terjadi jika penulis ingkar kata guru dahulu. Malas belajar dan sebagainya. Persoalan???

Walaupun hidup tidak mewah dan bergaya, penulis berpuas hati kerana dapat menjadi salah seorang pengerak untuk memajukan modal insan manusia.

Keinginan untuk melihat anak malaysia berjaya terlalu tinggi.

1994...jika tersilap langkah...tidak mungkin penulis akan berada didalam situasi sekarang.

Bersambung..........................

2 comments:

  1. CCZ antara anak murid yang paling tak digemar oleh guru-guru dulu. Sebab malas buat kerja rumah dan tak makan saman. Teruk betul lah sekolah dulu. CCZ tak suka sekolah..

    ReplyDelete
  2. dulu CCZ tidak digemari oleh guru...sekarang CCZ menjadi manusia hebat..apa resepi kejayaan???

    ReplyDelete