Tuesday, January 12, 2010

PMKP

Terkenang semasa dulu....

Penulis pernah belajar di sini..terasa cepat masa berlalu.. Penulis selitkan info berkenaan dengan PMKP seimbas lalu...

Pusat Matrikulasi (UKM), Kementerian Pendidikan Malaysia ini mula beroperasi pada 1 Julai 1988 hasil kerjasama di antara Kementerian Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus. Pusat ini bertujuan menyediakan pelajar-pelajar Bumiputera untuk memasuki fakulti-fakulti di UKM.

Pusat ini diletakkan di bawah Unit Sekolah Berasrama Penuh, Bahagian Sekolah. Dasar kurikulum dan perlaksanaannya pula berada di bawah bidang kuasa Lembaga Kurikulum dan Pusat Matrikulasi, Program Pengajian Jarak Jauh, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Darul Ehsan.


Sejak penubuhannya Pusat ini mengendalikan Kursus Matrikulasi Sains dan Kejuruteraan satu tahun atau dua tahun mengikut keperluan semasa UKM.

Bagi memenuhi tuntutan semasa negara, PM(UKM)KP juga menyediakan pelajar-pelajar untuk ke luar negara terutamanya dalam bidang perubatan, pergigian dan kejuruteraan.

1 Malaysia



LOGO 1 MALAYSIA

Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

MATLAMAT

‘1 Malaysia’ bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.

‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat seperti yang terpamer melalui slogan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’

NILAI-NILAI 1 MALAYSIA

Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep ‘1 Malaysia’. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai-nilai tersebut adalah:

1. Budaya kecemerlangan
2. Ketabahan
3. Rendah hati
4. Penerimaan
5. Kesetiaan
6. Meritokrasi
7. Pendidikan
8. Integriti

Sunday, January 10, 2010

Laptop Dell Inspiron 1440







Semalam hari sabtu saya dan isteri pergi ke PC Fair 2010 di Stadium Indera Mulia Ipoh. Tujuan pergi ke sana untuk melihat gajet terbaru PC yang terdapat dipasaran. Ramai sungguh manusia berada disini.

Penulis memang suka bab bab komputer ini. Peminat setialah katakan berkaitan barang barang komputer. Penulis ke sana dengan satu tujuan....mendapatkan sebuah laptop yang sesuai dengan bajet yg ada. Pilihan penulis pada kali ini adalah DELL INSPIRON 1440 berharga RM1799. Cantik laptop ini. Yg bestnya..windows 7 original...ada cd dibekalkan untuk itu..Cd driver pun diberi..senang kalau masalah kemudian hari..
Penulis juga suka dengan barang free yang diberikan sebanyak 20 jenis...banyak...
Kesimpulannya...memang berbaloi dengan nilai wang yang dilaburkan...



Thursday, January 7, 2010

PEPERIKSAAN PTK



Peperiksaan PTK

Pelaksanaan Peperiksaan PTK di KPM Bagi Tahun 2010
Sukacita dimaklumkan bahawa Peperiksaan PTK Aneka Pilihan tahun 2010
bagi Anggota Khidmat Sokongan (AKS) gred 17 dan 22 serta Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PPP) gred 29, 32, 41 dan 44 akan diadakan
pada tarikh 8, 9 dan 10 Jun 2010.

Tempoh Pendaftaran

25 Januari hingga 15 Februari 2010
(2 minggu)

Tarikh Peperiksaan PTK
8, 9 dan 10 Jun 2010
(jadual lengkap tarikh peperiksaan
mengikut gred jawatan akan
dimaklumkan kemudian)

Rujukan: Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi

Monday, January 4, 2010

Jadual Gaji Kakitangan Awam 2010

Penulis berharap Kakitangan Awam dapat faedah dari info yang diberikan. Rancanglah perbelanjaan dengan berhemah.

Sunday, January 3, 2010

Eco Park

Isteri dan anak
Penulis bersama anak


Ikan yang terdapat di Eco Park



Permandangan Indah

Orang ramai melihat ikan







Pada waktu petang penulis mengambil kesempatan untuk pergi beriadah ke Eco Park di Bandar Seri Botani. Bandar Botani ini adalah bandar terancang di Ipoh. Taman ini kepunyaan Taiko.

Ramai orang berkunjung disini. Keindahan alam terserlah di sini...nyamannya..terasa indahnya ciptaan tuhan.

Ada yang memberi ikan makan, ada yang main layang-layang, ada yang berjoging dan sebagainya.
Taman ini hanya dibuka sementara untuk pengunjung luar. Bila kawasan perumahan mewah Banglo dan Semi D siap dibina, taman ini akan ditutup untuk orang ramai. Penulis dimaklumkan bahawa taman ini akan menjadi milik khas pembeli banglo mewah dan semi d sahaja.
Agak merugikan..kawasan secantik ini hanya sementara.



Saturday, January 2, 2010

Gula



Berkuatkuasa 1.1.2010 harga gula naik 20 sen kepada RM 1.65 sen sekilogram di Semenanjung dan RM1.75 sen di Sabah dan Sarawak.

Kerajaan ada sebab untuk menaikkan harga gula. Sebagai pengguna kita kena mengurangkan pengambilan gula. Kita kena jadi pengguna yang bijak. Penulis ingin menceritakan serba sedikit mengenai gula. Bukan makan saja..tapi mesti tahu apa itu gula...mana datangnya dan sebagainya.

Jenis gula

1.Monosakarida
Monosakarida atau gula ringkas menyimpan tenaga yang boleh digunakan oleh sel-sel biologi. Gula ini mempunyai satu molekul sahaja.

Glukosa terdapat dalam dekstrosa dan gula darah.
Fruktosa atau levulosa terdapat dalam gula buah.
Galaktosa terdapat dalam susu.


2.Disakarida
Disakarida merupakan dua molekul yang diikat melalui pemeluwapan:

Sukrosa yang terdapat dalam gula pasir merupakan gabungan satu molekul glukosa dengan satu molekul fruktosa.
Laktosa yang terdapat dalam gula susu merupakan gabungan molekul glukosa dengan molekul galaktosa.
Maltosa yang terdapat dalam gula malt merupakan gabungan dua molekul glukosa.

Pengeluaran gula negara kini dikuasai oleh empat kilang iaitu:-

Malayan Sugar Manufacturing (MSM),Prai, Pulau Pinang
Central Sugar Refinery (CSR), Shah Alam, Selangor
Gula Padang Terap (GPT), Padang Terap, Kedah
Kilang Gula Felda Perlis (KGFP), Chuping, Perlis.

Mulai saat ini, rakyat Malaysia kena mengurangkan penggunaan gula seharian. Ini baik untuk kesihatan kita.