Friday, January 20, 2012

SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN KE MRSM TING 1 DAN TING 4

Semakan Keputusan Kemasukan Ke MRSM Tingkat 1 Dan Tingkatan 4 bagi tahun 2012 boleh dibuat pada hari ini 20/1/2012 bermula jam 10.00 pagi.Sila klik pada link berikut:

Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1
Keputusan Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 4

"Ikhlas" Yang Disalah Ertikan

Apa yang kita faham dengan sebuah keikhlasan?

Seringkali pemahaman kita tentang ikhlas adalah melakukan sesuatu itu dalam keadaan hati yang rela dan benar-benar ingin melakukan. Kita juga memahami ikhlas itu melakukan kerja kerana Allah SWT namun pemahaman yang pertama tadi yang selalunya menjadi rujukan kita ketika melakukan sesuatu kebaikan.

Selama ini kita memahami… untuk melakukan kebaikan perlu dilakukan dengan senang hati… rela… Jika tidak.. tidak guna melakukan sesuatu kerja itu walaupun kerja yang baik. Inilah pemahaman kita dengan sebuah keikhlasan. Persoalannya berapa banyak kali hati kita benar-benar rela di dalam melakukan kebaikan walaupun kita cuba melakukan kerana Allah SWT?

Berapa banyak kali hati kita benar-benar mendirikan solat dengan benar-benar rela atau senang hati melakukan? Selalunya kerana solat itu sebuah kewajipan. Berapa banyak kali hati kita benar-benar senang hati bersedekah walaupun dalam keadaan kita juga memerlukan?

Berapa banyak kali hati kita senang hati membantu orang lain dalam keadaan kita sibuk? Selain dari itu, ikhlas juga difahami bahawa kerja yang dilakukan mestilah percuma. Seandainya kita menuntut bayaran atau ganjaran ke atas sesuatu kebaikan, maka kita dikatakan tidak ikhlas. Seandainya begitu, maka semua orang tidak ikhlas kerana kerja kita dibayar upah gaji setiap bulan.

Ikhlas tidak bermakna percuma dan percuma belum tentu ikhlas.


Betulkan Kefahaman Kita Tentang Ikhlas.

Benar makna ikhlas adalah melakukan sesuatu itu kerana Allah SWT. Namun tidak ada dinyatakan bahawa ketika kita melakukan kerja, kita harus menunggu hati kita benar-benar senang hati melakukan. Selalunya disebut… “kalau tak ikhlas, tak guna lakukan” seolah-olah rasa senang hati atau rela melakukan itu perlu ada dahulu barulah kita melakukan.

Dari segi realiti kehidupan, ikhlas ini adalah berapa kuatnya diri kita mampu melepaskan diri dari keterikatan yang menghalang untuk kita melakukan kebaikan. Biarlah hati kita tidak senang… jasad kita terasa berat untuk melakukan, otak memikirkan pelbagai alasan.. namun kita tetap terus melakukan. Kita mampu melakukan dalam apa jua keadaan hati kerana kita faham apa yang kita lakukan kerana Allah SWT.

Inilah keikhlasan di mana melakukan sesuatu kerana Allah SWT walau dalam keadaan apa jua pun.


BUKAN MENUNGGU HATI SENANG ATAU SELESA MELAKUKAN KEBAIKAN, BARULAH KITA MELAKUKAN dengan menyatakan…. “aku ikhlas”.

“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun berat dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (At Taubah:41)

Firman Allah jelas menyatakan bahawa berangkat untuk berjihad dalam keadaan ringan atau pun berat. Bukan sahaja dalam keadaan ringan semata-mata, malah dalam keadaan berat pun perlu juga berjihad kerana yang utama kita berjihad kerana Allah SWT.

Orang kata… kalau kita melakukan kerana Allah SWT pasti kita ikhlas. Ya benar. Namun hakikat ramai antara kita sekarang ini sekadar tahu. Kerana tidak menyedari akan Allah SWT maka walaupun tahu melakuan kerja kerana Allah namun di hati itu masih terasa beratnya.
Kita bercerita dalam realiti kebanyakan kita hari ini.


Ubah Kefahaman Kita Selama Ini Tentang Ikhlas

Ikhlas di dalam melakukan kebaikan adalah melakukan kerana Allah. Namun realiti kita walaupun melakukan kebaikan kerana Allah namun hati masih berat. Melakukan kebaikan dengan ikhlas bukanlah melakukan kebaikan dengan senang hati semata-mata. Tingginya keikhlasan kita diukur sejauh mana kita berjaya melepaskan diri dari halangan dari melakukan kebaikan.

Seandainya kita banyak duit dan kita senang bersedekah, ikhlas kita tidaklah setinggi berbanding mereka yang kekurangan duit tapi tetap bersedekah. Mereka yang kekurangan duit lebih hebat halangannya dan golongan itu yang berjaya melepaskan diri dari keterikatan harta benda pasti lebih ikhlas.

Namun bagi yang banyak duit, tingginya ikhlas adalah bergantung sejauh mana nilai yang sanggup yang disedekahkan. Seandainya tinggi ikhlasnya, lagi banyak duit, lagi banyak yang disedekahkan. Kerana ujian kita adalah berapa kuatnya kita melepaskan diri dari keterikatan harta benda.

Namun kita seringkali dihalang dengan kata-kata… “banyak duit tapi tak ikhlas lebih baik dari sikit duit tapi ikhlas”. Seandainya ikhlas.. tidak mungkin nilainya sedikit berbanding dengan duit yang kita ada.

Ketika kita ingin membantu sahabat kita, bukanlah menunggu benar-benar kita senang hati ingin membantu. Namun bantulah ketika sahabat kita memerlukan bantuan. Solat.. lakukan walaupun rasa berat. Kerana itu khusyuk di dalam solat adalah dinyatakan oleh Allah adalah sebuah keadaan bahawa kita yakin sedang bertemu Allah dan kembali kepadaNya. Kita perlu sabar walaupun rasa berat namun seandainya kita yakin sedang bertemu Allah, kita pasti akan berasa ringan.

Tidak ada di katakan dirilah solat ketika hati senang. Solat wajib didirikan dalam keadaan hati samada senang atau tidak senang. Yang utama kerana Allah. Maka kebaikan itu tidak perlu menunggu hati senang melakukan atau tidak atau dengan kefahaman kita selama ini, menunggu ikhlas dahulu baru lakukan. Salah faham makna ikhlas… kita mengatakan “kalau tak ikhlas.. tak guna buat baik”.

Lakukan sahaja kebaikan tanpa mempedulikan samada rasa senang hati atau berat kerana rasa senang hati, kebahagiaan, lapang hati dan seumpanya PASTI akan diberikan Allah selepas kita berjaya melepaskan diri dari halangan untuk melakukan kebaikan. Fahamilah bahawa melakukan sesuatu kerja dengan ikhlas BUKANLAH menunggu hati dalam keadaan senang melakukan barulah kita rasa kita ikhlas. Jika ini kefahaman kita, ternyata kita salah memahami erti keikhlasan.

Maka lakukan kebaikan, inshaAllah pasti akan diikhlaskan Allah hati kita ini. Seandainya ingin menunggu kita ini ikhlas dahulu… entah berapa banyaklah agaknya kebaikan yang berjaya kita lakukan.



Thursday, January 19, 2012

Semakan Online Status Permohonan Bantuan RM500

Umum sudah mengetahui yang permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia[BR1M] yang berupa bantuan tunai RM500 telah pun di lanjutkan ke 10hb Februari 2012.

Walaubagaimanapun, bagi mereka yang telah pun membuat permohonan sebelum ini, bolehlah menyemak status permohonan yang telah dibuat. Untuk menyemak, Pemohon bolehlah menghubungi talian hotline yang telah disediakan iaitu 1800222500 atau 1300883010 mulai 16hb Jan 2012. Talian tersebut akan dibuka bermula jam 9 pagi hingga 5 Petang.

Sekiranya permohonan tersebut tidak berjaya, rayuan bolehlah dibuat dengan menggunakan borang khas yang boleh diperolehi di Pejabat LHDN dan agensi berkaitan. Ianya boleh juga di akses melalui laman sesawang LHDN

KLIK DISINI UNTUK SEMAK SECARA ONLINE


*****************************************

SEMAKAN ONLINE BR1M STATUS PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT RM500

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada pemohon yang berjaya akan dibuat dalam bentuk baucer tunai, bermula Ahad ini. Pembayaran secara berperingkat itu dijangka mengambil masa dua bulan sehingga 15 Mac depan.

Panduan Semakan BR1M

Baucer itu boleh ditunaikan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB dan Maybank di seluruh negara.

Pemohon boleh menghubungi talian hotline 1800222500 atau 1300883010 mulai 16.1.2012 antara jam 9 pagi hingga jam 5 petang untuk memeriksa status permohonan.

Atau anda boleh mula menghantar pertanyaan email ke belanjawan2012@treasury.gov.my. Insyallah anda akan dapat serta merta status permohonan anda.

Sehingga Selasa lalu, sebanyak 4.12 juta borang BR1M diterima dari seluruh negara dan daripada jumlah itu, 3.1 juta diluluskan. Baki permohonan sedang diproses dan dijangka selesai esok.

Tempoh penyerahan borang BR1M itu dilanjutkan selama satu bulan lagi sehingga 10 Februari depan.

Rayuan

Bagi pemohon yang gagal, rayuan boleh dibuat dengan menggunakan borang khas yang boleh diperoleh di pejabat LHDN, agensi kerajaan berkaitan atau dimuat turun menerusi laman web www.treasury.gov.my atau untuk mendownload borang rayuan sila klik DISINI.

UPDATE SYMBIAN BELLE MINGGU DEPAN

Berita baik untuk pengguna symbian. Symbian belle boleh dikemaskini melalui OTA mulai minggu depan. Kemaskini symbian Belle boleh dilakukan untuk telefon Nokia N8, Nokia E7, Nokia E6, Nokia X7, Nokia C6-01, Nokia C7, Nokia 500 dan Nokia Oro.

Bestnya. Daripada symbian 3 kepada symbian anna. Symbian anna kepada symbian belle. Untung betul pengguna symbian.

Pelajar dakwa dipukul guru hingga pengsan

"Kami berkelahi tetapi mengapa cikgu masuk campur dan pukul kami berdua sehingga saya cedera teruk."

Demikian luah seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib, Jalan Changkat Jong di sini yang mendakwa dia dipukul sehingga pengsan oleh seorang guru sekolah tersebut semalam.

Pelajar berkenaan, Muhamad Ziqril Hakin Mohd. Farol, 14, mendakwa, kejadian berlaku pada pukul 12.30 tengah hari ketika dia sedang bergaduh dengan seorang pelajar di sekolah tersebut.

"Saya terkejut kerana guru itu menerpa datang dan memukul kami berdua dengan tangannya. Saya dipukul sebanyak tiga kali di muka dan sekali di leher sehingga menyebabkan saya terjatuh.

"Saya tidak ingat apa-apa lagi selepas itu dan sedar-sedar saya sudah terbaring di atas katil di hospital. Saya cuma rasa sakit di tengkuk dan kepala saya," ceritanya ketika ditemui di Hospital Teluk Intan di sini semalam.

Kosmo Online: 18 Januari 2012

SIASAT DULU SEBELUM SALAHKAN GURU

Wednesday, January 18, 2012

MESYUARAT PERTAMA SEMAK SBPA SELEPAS TAHUN BARU CINA

Mesyuarat pertama pasukan petugas bagi mengkaji semula pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dijangka diadakan selepas Tahun Baru Cina.

Pengerusinya, Tan Sri Ismail Adam berkata, pasukan petugas yang dianggotai pelbagai pihak itu akan mengenal pasti beberapa perkara yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penjawat awam.

''Anggota pasukan petugas akan meneliti isu-isu berbangkit berhubung pelaksanaan SBPA, mereka akan membuat rumusan dan kita akan bertemu untuk berbincang mengenainya,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lepas mengarahkan SBPA disemak semula untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan pihak-pihak tertentu.Berikutan itu, satu pasukan petugas ditubuhkan dipengerusikan Ismail yang juga bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berdasarkan pengalaman luas beliau dalam hal berkaitan perkhidmatan awam.

Pasukan tersebut dianggotai pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Awam; Jabatan Peguam Negara; Kementerian Kewangan; dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman serta pegawai kementerian yang berkaitan.Mereka diberi tempoh dua bulan iaitu sehingga 16 April untuk mengkaji isu-isu tersebut dan seterusnya mengemukakan cadangan-cadangan kepada kerajaan. Penyerahan surat pelantikan kepada semua anggota pasukan petugas oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan akan berlangsung di sini, esok.

Ditanya gesaan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) supaya wakil kesatuan itu turut dilantik menganggotai pasukan itu, Ismail berpandangan, kehadiran wakil CUEPACS mencukupi untuk mewakili kakitangan awam pelbagai bidang.Mengenai tempoh dua bulan yang diperuntukkan kepada pasukan untuk menyelesaikan semakan semula, katanya, beliau yakin segala isu berbangkit akan dapat dirungkai mengikut had masa yang ditetapkan.

''Kita kena lihat sama ada isu-isu berbangkit itu mudah atau rumit. Kalau mudah tentunya kita akan dapat menyelesaikannya dengan cepat, namun saya pasti segala-galanya akan selesai mengikut had masa yang ditetapkan,'' katanya.

SBPA LAGI.

Cuepacs SBPA : Antara Aduan Kakitangan Awam Yang Akan Dibawa Cuepacs Berkenaan Masalah Pelaksanaan SBPA 2012

Tempoh singkat menyebabkan kakitangan kerajaan yang tidak memahami dengan jelas skim SBPA yang ditawarkan itu dikehendaki menandatangani borang opsyen dengan segeraJurang perubahan gaji antara kumpulan gred 27 dan ke atas, yang mengalami kenaikan ketara antara 20 hingga 40% berbanding gred-gred rendah.

Kumpulan Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa) ke atas memperolehi peratusan kenaikan gaji sehingga 50%, terlalu tinggi sedangkan kumpulan gred bawahan hanya empat %

Ada di antara dapat kenaikan hanya RM40 tapi gred atas sampai RM40,000.

Kemudian masalah lain yang timbul, apabila dalam taklimat bersama Cuepacs, gred yang asal, dapat satu kenaikan, akan pindah ke gred yang baru dan akan dapat satu kenaikan lagi. Jadi apabila dicampurkan kedua-dua, inilah kenaikan yang akan diterima . Tetapi apabila sampai ke (peringkat) jabatan, pelaksanaan itu tidak ada, hanya berlaku kenaikan satu baris di mana apabila ke gred baru gaji (kalau kata RM15, RM15 lah dapat, sedangkan kumpulan di atas dapat kenaikan RM1,500 hingga RM5,000).

Akhirnya berlakulah kemarahan (di kalangan kakitangan awam peringkat bawahan)Sepatutnya skim ini menceriakan penjawat awam dengan adil dan sama rata


Cuepacs SBPA : Cadangan Kepada Kerajaan Untuk Penambaikan SBPA 2012 ini

Meminta 9 pegawai tertinggi kami berada dalam (panel) perbincangan itu kerana Cuepacs wakil 1.4 juta penjawat awam di negara ini.

Panel itu akan disertai juga, pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kewangan dan Presiden Cuepacs serta pegawai kementerian yang berkaitan.

Gelaran untuk jawatan yang ditukar juga perlu disemak semula mengikut kesesuaian kerana terdapat aduan penjawat awam tidak setuju penukaran jawatan baru.

Formula kenaikan gaji perlu yang baru supaya pindaan yang akan berlaku yang terbaik.

Senioriti juga perlu diambil kiraKedudukan lama paling maksimum dalam jawatan juga akan diubahKakitangan awam yang telah lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) masih tidak dianjak.

Cuepacs juga akan mengadakan roadshow bagi menjelaskan penangguhan pelaksanaan skim SBPA akan dapatkan pandangan daripada ahli-ahli untuk dibangkitkan dalam jawatankuasa (untuk menyemak semula SBPA).