Thursday, February 23, 2012

SBPA :Cadangan Cuepacs : Kenaikan Gaji RM700 – RM2,500 Bagi Gred 1 – Gred 54

Antara Tuntutan & Cadangan Gaji SBPA Yang Dikemukakan Ialah :


Memberi kenaikan gaji di antara RM700 hingga RM2,500 melibatkan kakitangan awam Gred 1 hingga Gred 54.

Kenaikan gaji tersebut yang dituntut Cuepacs ini mesti dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM)

Selepas kenaikan gaji tersebut berjaya dilaksanakan barulah Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) boleh dibuat penambaikan

Kakitangan awam yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.

Contohnya kakitangan awam yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar tunggakan sebanyak RM500

Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji setimpal dengan usaha mereka selama ini.

Cadangan Gaji SBPA Cuepacs : Kenaikan Gaji

Gred 1 – 16 : Kenaikan gaji sebanyak RM700
Gred 17 – Gred 26 : Kenaikan gaji sebanyak RM1,000
Gred 27 – Gred 40 : Kenaikan gaji sebanyak RM1,500
Gred 41 – Gred 48 : Kenaikan gaji sebanyak RM1,800
Gred 52 – Gred 54 : Kenaikan gaji sebanyak RM2,500

Cadangan Gaji SBPA Cuepacs : Contoh Pengiraan

Gaji kakitangan awam gred 17 semasa dalam SSM : RM820
Selepas kenaikan gaji sebanyak RM1,000 : RM1800

Wednesday, February 22, 2012

Saturday, February 18, 2012

Guru Tidak Akan Naik Pangkat Secara Automatik, Kata Muhyiddin

Kenaikan pangkat guru-guru tidak akan berlaku secara automatik sebaliknya mereka harus melalui proses temuduga dan sebagainya, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kaedah kenaikan pangkat guru terbabit akan diputuskan setelah perbincangan antara Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan kerajaan selesai kelak.

"Berkaitan soal kebajikan guru kita sudah ambil kira. Tetapi apapun, keputusan muktamad belum tercapai kerana urusan ini telah kita bawakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam disamping perbincangan di peringkat wakil-wakil kesatuan dan CUEPACS, katanya pada pemberita selepas menghadiri majlis kenduri rakyat 1Malaysia di Kampung Permatang Tepi, Simpang Empat, dekat sini, Sabtu.

Katanya, isu kenaikan pangkat itu bagaimanapun dijangka selesai dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar yang memetik sebanyak 15,000 guru lepasan ijazah yang belum menerima kenaikan gred akan menikmatinya sebaik semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diselesaikan April ini.

sumber : BERNAMA: 18 Februari 2012

Makan sikit elak nyanyuk

1. Kajian terbaru terhadap tabiat makan orang-orang tua mendedahkan masalah kehilangan memori berkait rapat dengan jumlah makanan yang diambil.


2. Orang tua yang makan banyak punyai lebih potensi untuk hilang ingatan. Semakin banyak dia akan semakin tinggi fenomena hilang ingatan berlaku padanya.


3. Rahsia untuk orang tua mengekalkan kesihatan dan mengekalkan daya ingatan adalah dengan mencatu makanan serta mengambil diet yang baik untuk kesihatan.


4. Kepada mereka yang masih muda elok mula berlatih untuk mengamalkan puasa sunat Isnin dan Khamis. Jadikan amalan itu sebagai rutin mingguan anda agar ianya melekat sehingga ke hari tua.

5. Banyak contoh di kalangan mereka yang mengamalkan puasa sunat Isnin dan Khamis kelihatan sihat dan kuat sehingga ke tua dan kuat ingatan mereka.

6. Jom amalkan puasa Isnin dan Khamis.

Sunday, February 12, 2012

Proton Baru 2012 (P3-21A)





Spesifikasi Proton 2012 (P3-21A)


Impact Sensing Door Lock, Continuous Variable Transmission
Enjin CFE 1.6 liter turbocharged engine yang mempunyai kuasa menyamai enjin 2.0 liter. Enjin ini mencapai tahap Euro 5
Bakal menggunakan hot press steel body dimana dia lebih kukuh berbanding cold press
Vehicle Seek Lamp
Wiper Auto Speed
Auto side door folding mirror
Push Button Start / Stop
Sensors untuk kegunaan Automatic Wiper and Headlamp
GPS Antenna untuk Navigation System
Versi automatik mempunyai Shift Lever dengan Tiptronic Mode & Paddle Shifter pada steering dengan pertukaran 7 gear.
ABS & BA (Brake Assist)
Security Alarm System
Immobiliser & Central Locking

Spesifikasi Proton 2012 (P3-21A) – Informasi Tambahan Daripada Funtastickodesigin

EXTERIOR :

DRL (Daytime Running LED Lights) pada head lamp
Tail lamp gabungan LED
Signal indicator pada side mirror macam Persona Elegance & Saga FLX
Tayar & rim bersaiz 16?
5 pilihan warna – solid white, tranq black, genetic silver, fire red & blue lagoon
Tayar “spare” sama saiz dengan tayar asal
Rekaan berciri Eropah & Global
Boot space yang luas
Rain & light sensor
Enjin 1.6 CFE & 1.6 IAFM+
Mencapai rating 5 bintang untuk crash test*
ABS, EBD, ESC & BA

INTERIOR :

Soft touch plastic dashboard
Emblem steering yang mempunyai finishing chrome & hitam (macam logo)
S Mode menggantikan L – S bermaksud Sport Mode untuk CVT VT3 untuk CFE + paddle shift
Start Stop Button
Built in GPS bersama Head Unit (touch screen) dari BOSCH – * mungkin untuk versi Premium sahaja
Multi info display pada Meter Panel
Air bag penumpang yang boleh dikawal
Tiada manual lock depan dan belakang, cuma ada central lock sahaja
Material seat yang lebih baik
Isofix



Tuesday, February 7, 2012

Kemaskini Nokia Belle Bermula Dari Hari Ini



Sehari lebih awal daripada apa yang disasarkan, hari ini, Nokia telah pun mengeluarkan kenyataan, yang mana Nokia Belle sudah pun boleh dikemaskini bermula daripada hari ini, dimana ianya akan diperkenalkan kepada pengguna seluruh dunia secara berperingkat. Para pengguna Nokia N8, E7, X7, C6-01, C7, dan Nokia Oro boleh memuat-turunnya, manakala untuk Nokia 500 ia akan diperkenalkan dalam beberapa minggu lagi.


Nokia Belle merupakan pejenamaan semula daripada Symbian Belle, dan merupakan kemaskini kepada Symbian Anna. Melaluinya, ia membawakan beberapa penambahan untuk mengubah mengikut pelbagai cita-rasa, membawakan lebih daripada 6 skrin utama untuk memaparkan aplikasi dan perkhidmatan kegemaran. Bersama-sama dengan itu, ia juga memberikan sedikit nafas baru kepada antaramuka perisian tersebut.


Untuk mengemaskini, para pengguna peranti Nokia yang sedia ada boleh menyambungkan telefon pintar mereka bersama komputer, dan mengemaskininya menggunakan Nokia Suite 3.3 atau yang terkini.

Buat Pengguna Broadband: Inilah Cara Nak Lajukan Broadband Bagi Yang Dah Habis Limit

1) Pastikan waktu ini sudah connect ke internet. Tekan "start" & cari "run". Dalam tu tulis "cmd" dan tekan ok...




Untuk Windows Vista @ 7, tekan "cmd" tekan search



2) Akan keluar command prompt macam di bawah ini. Tulis "ipconfig/all" dan enter...






3) Bila sudah enter akan keluar senarai connection, cari hardware wireless (nama Modem anda), tengok gambar di bawah utuk pilih yang mana betul...






4) Ok sekarang tekan "ping [address korang] -t" Cth ping 10.175.53.131 -t mcm gmbar kt bwh. Bila berjaya, korang akan trima balasan mcm kt bwh. Kalo x kuar mcm kt bwh mksudnya x berjaya la tu...



5) Biarkan benda ini jalan selama mana anda online. Jika sudah tidak guna, tekan pangkah tu ja.



Proses ini akan buat anda akan sentiasa ada connection dgn server, akan cepatkan proses hantar & terima packet (bdk2 network n IT tau la apa bnda nie) jadi website lebih cepat loading...



Tip nie utk semua jenis broadband xkira la CELCOM, MAXIS, DIGI asalkan broadband.