Saturday, February 18, 2012

Makan sikit elak nyanyuk

1. Kajian terbaru terhadap tabiat makan orang-orang tua mendedahkan masalah kehilangan memori berkait rapat dengan jumlah makanan yang diambil.


2. Orang tua yang makan banyak punyai lebih potensi untuk hilang ingatan. Semakin banyak dia akan semakin tinggi fenomena hilang ingatan berlaku padanya.


3. Rahsia untuk orang tua mengekalkan kesihatan dan mengekalkan daya ingatan adalah dengan mencatu makanan serta mengambil diet yang baik untuk kesihatan.


4. Kepada mereka yang masih muda elok mula berlatih untuk mengamalkan puasa sunat Isnin dan Khamis. Jadikan amalan itu sebagai rutin mingguan anda agar ianya melekat sehingga ke hari tua.

5. Banyak contoh di kalangan mereka yang mengamalkan puasa sunat Isnin dan Khamis kelihatan sihat dan kuat sehingga ke tua dan kuat ingatan mereka.

6. Jom amalkan puasa Isnin dan Khamis.

No comments:

Post a Comment